Anda di halaman 1dari 3

Nieto menyatakan bahawa kewujudan pelbagai budaya dalam sesebuah kelas

meningkatkan keperluan bagi seseorang guru bagi memperkembangkan pengetahuan


mereka tentang multibudaya dalam konteks pendidikan di sekolah. Guru-guru akan
berhadapan dengan pelbagai murid daripada kaum, budaya, latarbelakang yang
berlainan. Guru perlu menyingkirkan diskriminasi kaum dalam pengajaran dan
pembelajaran di kelas. Pengajaran multibudaya dalam pendidikan memerlukan
strategi dan pendekatan yang mantap, hubungan baik antara guru dan murid,
hubungan antara guru dengan ibu bapa dan budaya sesenuah sekolah itu sendiri
dalam mengintegrasikan kepelbagaian budaya dalam pendidikan.

Terdapat 7 ciri-ciri pendidikan multibudaya iaitu:

1. Pendidikan multibudaya adalah pendidikan anti-rasis

2. Pendidikan multibudaya adalah pendidikan asas

3. Pendidikan multibudaya adalah pendidikan yang penting bagi semua murid.

4. Pendidikan multibudaya ialah pendidikan yang berleluasa

5. Pendidikan multibudaya adalah pendidikan untuk keadilan sosial

6. Pendidikan multibudaya adalah satu proses

7. Pendidikan multibudaya adalah pedagogi yang kritikal

1.
Nieto menyatakan bahawa pendidikan multibudaya sangat perlu bagi
melahirkan warga yang menghormati dan menghayati nilai budaya sejagat tanpa
diskriminasi. Semua individu berhak mendapat pendidikan yang saksama tanpa
mengira kaum, budaya, status sosial dan sebagainya.

Peranan guru dalam pelaksanaan kurikulum di bilik darjah


Sebagaimana yang dikatakan oleh Nieto (1992) pendidikan multibudaya suatu
pedagogi yang kompleks di mana guru perlu mahir dalam pelaksanaannya. Guru
hendaklah besikap sederhana dan empati semasa melaksanakan pendidikan yang
berusurkan budaya dalam kelas kerana murid-murid terdiri daripada pelbagai budaya
yang berlainan.

1. Kenalpasti dan menghargai kepelbagaian yang wujud dalam kelas.

Sebagai seorang guru efisien kita perlu mengetahui latar belakang setiap
individu dalam kelas. Seterusnya guru juga perlu memainkan peranan sebagai
mediator antara murid untuk mewujudkan kefahaman dan integrasi dalam
kalangan murid. Kefahaman antara murid akan mewujudkan hubungan yang
baik dalam kelas. Selain itu, guru juga perlu memastikan bahawa suasana
dalam kelas tidak prejudis terhadap sesuatu suku kaum, menyinggung
perasaan murid dan tidak memberikan gambaran negatif tentang sesuatu
budaya. Pemilihan bahan untuk menghias kelas juga perlu meliputi budaya
yang pelbagai yang diwakili murid agar murid berasa dirinya diterima dengan
baik.

2. Memuji dan menghargai kepelbagaian latar belakang, budaya, perspektif


budaya murid termasuk yang tidak wujud dalam kelas.

Guru perlu sedar bahawa pendidikan multibudaya adalah untuk melahirkan


bangsa yang menghormati semua individu tidak kira mereka hidup di bawah
satu bumbung ataupun berasingan. Perkara ini akan mendedahkan murid
dengan pelbagai jenis budaya dan mengahrgai serta menghormati mereka.
Oleh itu, guru perlu menggunakan pellbagai media agar murid dapar
didedahkan dengan kepelbagaian yang wujud dalam kalangan manusia.

3. Pemilihan media pengajaran yang sesuai.

Media pengajaran seperti buku, video, bahan bacaan , latihan perlu


menitikberatkan kesesuaian pada perbezaan yang wujud dalam kalangan
pelajar. Media yang dipilih tidak harus menindas dan mengkritikkan norma
sesuatu budaya. Guru juga perlu mengintegrasikan pelbagai maklumat tentang
budaya lain dan tidak hanya fokus terhadap yang utama sahaja. Hal ini akan
mewujudkan perasaan kepunyaan dalam kelas oleh setiap murid.

4. Peka dan mahir dalam menangani konflik yang wujud dalam kelas.

Adakalanya murid kurang faham akan perbezaan yang wujud antara mereka.
Mereka menghadapi masalah dalam mengadaptasi perbezaan dan ini akan
mungkin mewujudkan konflik dalam kelas. Guru harus peka terhadap masalah
seperti ini dan harus bijak dalam menguruskan konflik ini.

5. Mewujudkan komunikasi yang baik

Walaupun guru orang yang paling berkuasa dalam kelas tetapi perlu sedar
bahawa kemahiran komunikasi itu penting. Guru perlu memberi perhatian
kepada nada suara semasa menyampaikan arahan. Penggunaan perkataan
atau dialek tidak harus menyentuh sensitiviti budaya lain. Murid akan berasa
lebih selesa jika pola komunikasi dalam kelas sesuatu yang menyenangkan.
Guru juga harus melatih murid untuk menggunakan gaya bahasa yang sesuai.