Anda di halaman 1dari 5

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO-BUDAYA KEPADA SISTEM PENDIDIKAN

DI MALAYSIA

Kepelbagaian sosio-budaya di Malaysia turut memberi kesan kepada sistem pendidikan. Ini
memberikan cabaran kepada guru dalam usaha untuk memberikan pendidikan yang seimbang
kepada murid tanpa mengira latar belakang dan kaum. Selain itu, Implikasi ini turut memberi
kesan kepada murid, sekolah malah kepada kurikulum tersirat. Oleh itu, semua pihak harus
mengetahui peranan mereka dalam implikasi tersebut.

GURU

Kesan daripada kepelbagaian sosio-budaya di Malaysia memberikan cabaran kepada


guru untuk memastikan kaedah PnP yang digunakannya dapat diterima oleh semua murid. Ini
dapat dijalankan sekiranya guru menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap
professional dalam pekerjaannya. Guru perlu sentiasa bertindak dalam memastikan ruang
pembelajaran murid tidak terganggu dengan perbezaan latar belakang, kelas sosial dan kaum
masing-masing dengan cara tidak membezakan mereka di antara satu sama lain. Contohnya,
guru akan memastikan murid dari pelbagai latar belakang ditempatkan dalam satu kumpulan
yang sama semasa melakukan aktiviti berkumpulan. Ini akan memberi peluang kepada murid
untuk berinteraksi sesama sendiri secara terbuka seterusnya mewujudkan pergaulan yang tidak
berkelompok dan tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Suasana pembelajaran yang
menyeronokkan akan terbentuk dan ini dapat membantu guru untuk mengawal persekitaran
bilik darjah dengan berkesan.Selain daripada itu, guru juga perlu sentiasa membantu murid
untuk memahami diri sendiri dalam membentuk nilai, sikap dan tingkah laku yang sesuai. Murid
dibimbing untuk memahami kekuatan pada diri sendiri yang boleh digunakan untuk membantu
murid lain. Ini dapat membuatkan murid tersebut rasa dihargai dan akan sentiasa bersungguh-
sungguh dalam setiap perkara yang dilakukannya. Hubungan rapo dapat dijalinkan di antara
guru dengan murid. Guru juga perlu membantu murid membina konsep positif kendiri serta
memberi tunjuk ajar bagi meningkatkan prestasi murid samada dari segi akademik dan
sebagainya. Guru juga perlu menunjukkan teladan yang baik di hadapan murid-murid.
Contohnya guru datang awal ke bilik darjah, sentiasa bersikap adil dan sentiasa berdisiplin
dalam apa jua hal. Perkara ini akan meningkatkan rasa hormat murid terhadap guru dan
menjadikan guru sebagai idola mereka. Hubungan guru dengan murid akan erat dan ini akan
meningkatkan minat murid untuk meneruskan pembelajaran mereka.Seterusnya, guru
bertanggungjawab untuk membina persefahaman di antara setiap murid yang berlainan latar
belakang. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan bagi menghalang mana-mana aktiviti
yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, mengejek dan menghina di antara satu
sama lain dan sebagainya. Guru perlu menerangkan kepada murid mengenai perlunya
menghormati kepercayaan setiap kaum dan isu-isu sensitif yang tidak harus dipertikaikan. Oleh
itu, aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama perlu
dirancang dengan teliti bagi menaburkan persefahaman di antara setiap murid.Guru juga perlu
memberi peluang sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti
pembelajaran. Aktiviti PnP perlulah dipastikan tidak mempunyai unsur bias kepada mana-mana
murid bagi memberi peluang kepada setiap murid untuk menerokai aktiviti pembelajaran. Guru
perlu menggunakan bahasa standard kebangsaan yang boleh diterima oleh semua lapisan
murid dan bukannya menggunakan dialek bahasa yang sedikit sebanyak memberikan impak
terhadap pembelajaran. Penggunaan bahasa yang standard memberi peluang kepada semua
murid untuk mengambil bahagian dalam PnP.Kemajuan dan kelemahan setiap murid perlu
dicatat dan diambil tindakan dengan cara membuat penambahbaikan terhadap mutu PnP selain
daripada membimbing murid untuk mempertingkatkan prestasi tanpa membezakan di antara
satu sama lain. Guru boleh meminta pandangan murid-murid mengenai masalah pembelajaran
yang mereka hadapi dan aktiviti-aktiviti yang ingin mereka lakukan secara bersama-sama. Guru
perlu sentiasa memikirkan kaedah pengurusan bilik darjah yang berkesan. Selain daripada itu,
guru juga perlu mengetahui dan memahami bidang kerjayanya dan bijak dalam mengendalikan
anak-anak muridnya. Dalam memastikan perancangan yang dilakukan selaras dengan
kepelbagaian sosiobudaya masyarakat, guru perlu sentiasa meningkatkan kualiti, kemahiran,
keupayaan diri dan sebagainya bagi memastikan kejayaan tersebut.

MURID

Murid secara bersama-sama dalam satu kumpulan besar akan sentiasa mengikut aktiviti
PnP yang berlangsung dalam bilik darjah. Perbezaan di antara satu sama lain seringkali
mendesak guru untuk memastikan aktiviti PnP yang dirancang dapat dilakukan dengan betul
dan tepat. Mahu tidak mahu, murid perlu meneruskan pembelajaran mereka bersama-sama
selaras dengan kepelbagaian sosio-budaya masyarakat.Murid harus bersosial di antara satu
sama lain dalam melakukan aktiviti bagi memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai. Ini
dapat direalisasikan sekiranya murid dapat membuang sikap prejudis terhadap latar belakang
murid lain dan berinteraksi di antara satu sama lain. Kepercayaan dan amalan agama yang
dianuti oleh setiap murid perlu dihormati bagi memastikan proses pembentukan kendiri murid
dapat dilaksanakan. Sikap hormat menghormati di antara satu sama lain berupaya untuk
menyemai semangat saling percaya mempercayai di dalam jiwa murid dan secara tidak
langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan seterusnya membentuk individu yang toleran ke
arah pemacu pembangunan negara.Murid juga perlu mengamalkan penggunaan bahasa yang
standard dan mengelakkan unsur-unsur dialek mengikut kaum. Murid perlu berusaha untuk
menggunakan bahasa yang betul dalam interaksi dengan individu lain. Penggunaan dan
pengamalan bahasa standard akan menambahkan tahap penguasaan bahasa murid selain
daripada mencapai kematangan sosial yang sepatutnya. Guru juga perlu bertanggungjawab
dalam mengingatkan murid dan memperbetulkan bahasa murid agar tidak melarat hingga ke
dewasaKemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya
penyayang di kalangan murid. Interaksi yang berterusan di antara murid akan menimbulkan
rasa sayang, hormat dan sebagainya di antara satu sama lain. Guru juga boleh menggunakan
pendekatan penyayang dalam komunikasi, bercakap dengan lembut dan sopan, menegur
kesilapan murid dengan cara yang berhemah dan sebagainya. Ini akan ditiru dan digunapakai
oleh murid dalam komunikasinya dengan orang lain. Ini dapat menjana suasana PnP yang lebih
dinamik dan cara pembentukan akhlak dan penerapan kemahiran dapat dilakukan dengan
mudah dan berkesan.Guru perlu memastikan budaya bilik darjah dibentuk bagi menarik minat
murid supaya berusaha untuk mengembangkan potensi diri ke arah pembentukan modal insan
yang berkualiti. Dorongan dan bimbingan guru dan rakan sebaya perlu bagi mendisiplinkan diri
untuk memberi peluang kepada diri sendiri untuk berusaha.Murid perlu sentiasa untuk berusaha
demi mempertingkatkan keupayaan diri sendiri di samping menjaga perhubungan dengan murid
lain yang mempunyai latar belakang yang berbeza selaras dengan kepelbagaian sosio-budaya
masyarakat setempat.

SEKOLAH
Sistem pendidikan Negara mempunyai pelbagai pilihan jenis sekolah yang boleh diikuti
oleh murid. Kepelbagaian sosio-budaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada
pelbagai bangsa seperti sekolah kebangsaan untuk semua kaum, sekolah jenis Cina dan Tamil.
Oleh itu, aktiviti-aktiviti di sekolah dirancang dengan teliti bagi mengatasi kepelbagaian sosio-
budaya ini.Sekolah merupakan ruang untuk guru menerapkan keparcayaang dan nilai dalam
masyarakat. Oleh itu, murid perlu diterapkan dengan nilai-nilai yang baik tanpa mengira latar
sosio-budaya mereka. Murdi juga haruslah sentiasa diingatkan agar sentiasa mengikut aktiviti
yang dianjurkan oleh sekolah. Selain daripada meningkatkan pengetahuan murid, hubungan di
antara setiap murid dapat dijalinkan melalui aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.Pihak
berkuasa juga perlu memainkan peranan dalam membina perhubungan tersebut selain
daripada sekolah/ Program Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu aktiviti yang
diusahakan oleh Kementerian Pelajaran bagi memastikan perpaduan dipupuk di kalangan
murid tanpa mengira latar belakang, agama, kaum, jantina dan sebagainya. Pihak-pihak
berwajib boleh menyumbangkan sokongan samada dalam bentuk moral ataupun material bagi
mengembangkan lagi pengetahuan dan perpaduan di kalangan murid.Sekolah Wawasan
ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid disekolah. Sekolah ini adalah
antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem
pendidikan yang seragam. Apabila murid-murid yang berlainan latar belakang dapat berinteraksi
sejak peringkat awal persekolahan, sudah tentu masa hadapan akan lahir satu generasi yang
hormat dan bertoleransi di antara satu sama lain. Oleh itu, penekanan semangat perpaduan
dan integrasi antara kaum perlu dipupuk sejak kecil iaitu dibangku sekolah rendah karana ia
akan lebih memudahkan mereka untuk menghadapi masyarakat di masa akan datang.

KURIKULUM TERSIRAT
Kurikulum merujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif,
kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan. Kurikulum tersirat pula
merujuk kepada norma, nilai dan kepercayaan yang disebarkan melalui pendidikan formal dan
interaksi di sekolah.Kurikulum tersirat memberi penekanan kepada persekitaran yang wujud di
kalangan warga sekolah. Budaya akademik di sekolah boleh dikatakan sebagai kurikulum
tersirat. Kurikulum tersirat juga boleh dilaksanakan melalaui aktiviti ko-kurikulum seperti aktiviti
berpersatuan, kegiatan panitia dan sebagainya.Kurikulum tersirat merangkumi nilai-nilai yang
dibentuk oleh warga sekolah sendiri seperti amalan, prosedur, peraturan, pertalian dan struktur
di sekolah. Ianya dijalankan secara tidak langsung seperti murid mempelajari tingkah laku baik
guru, guru mempamerkan akhlak budi pekerti, hubungan rapo di antara warga sekolah dan
sebagainya. Nilai, norma, peraturan, daya intelek dan apa juga yang dibawa di dalam
persekitaran sekolah akan memberi kesan secara tidak langsung tetapi amat bermakna
terhadap amalan hidup murid. Namun demikian, sesetengah kurikulum tersirat kadang-kadang
mempunyai konotasi negatif kerana nilai-nilai yang disebarkan mungkin menjurus kepada hal-
hal seperti menyokong perbezaan kelas di mana murid dibahagikan kelas mengikut tahap
kepandaian, kaum dan jantina dan ini akan menjurus kepada pengagihan modal pendidikan
secara tidak sekata. Dalam hal ini, guru perlu memainkan peranan dan memberikan perhatian
kepada kurikulum tersirat sewajarnya supaya bersifat positif ke arah membina keadilan sosial
berlandaskan kepada kepelbagaian sosio-budaya

Anda mungkin juga menyukai