Anda di halaman 1dari 7

.

,
,
.


.

Strategi Pemusatan Murid


Pembelajaran Berpusatkan Pelajar

Student-centered learning theorist Carl Rogers


Theorists like John Dewey, Jean Piaget, and Lev Vygotsky, whose collective work focused
on how students learn, have informed the move to student-centered learning. Carl Rogers'
ideas about the formation of the individual also contributed to student-centered learning.
Rogers wrote that "the only learning which significantly influences behavior [and education]
is self discovered".[8] Maria Montessori was also a forerunner of student-centered learning,
where preschool children learn through independent self-directed interaction with previously
presented activities.

Self-determination theory focuses on the degree to which an individuals behavior is self-


motivated and 'self-determined'. When students are given the opportunity to gauge their
learning, learning becomes an incentive.

Student-centered learning means inverting the traditional teacher-centered understanding of


the learning process and putting students at the centre of the learning process. In the
teacher-centered classroom, teachers are the primary source for knowledge. On the other
hand, in student-centered classrooms, active learning is strongly encouraged. Armstrong
(2012) claimed that "traditional education ignores or suppresses learner responsibility

Pengenalan

Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses interaksi yang berterusan
di antara murid dan guru. Proses interaksi ini boleh berpusatkan pelajar atau berpusatkan
guru.Pembelajaran berpusatkan guru, guru bertanggungjawab sepenuhnya menentukan
objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran
bagi muridnya. Sebaliknya, dalam pembelajaran berpusatkan murid, pelajar adalah
autonomous dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses
pembelajaran.Proses dan arah pembelajaran daripada pembelajaran berpusat guru kepada
berpusat murid mengambil masa. Proses tersebut akan meningkat mengikut umur dan
kematangan pelajar. Ilustrasi di bawah menunjukkan satu kontinum pergerakan
pembelajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran berpusatkan murid.

Di bawah strategi berpusatkan murid ini, murid memainkan peranan yang penting dalam
proses pembelajaran. Mengikut strategi ini, murid digalakkan melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti pembelajaran mereka. Di dalam bilik darjah, guru merupakan seorang
pemimpin yang memandu murid menjalankan aktiviti pembelajaran, sama ada secara
kumpulan ataupun individu. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak
masa akan diperuntukkan kepada aktiviti pembelajaran murid. Kaedah kumpulan, lawatan,
bermain, simulasi atau main peranan dan pengajaran individu adalah kaedah yang menjadi
pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan murid terutamanya murid di dalam
kelas.
CiriCiri Strategi Pemusatan Murid
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid memainkan peranan yang
penting sedangkan peranan guru merupakan pemimpin yang membimbing murid
menjalankan aktiviti pembelajaran.
Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala.
Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik. Murid digalakkan memberi pendapat
mereka.
Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif
pembelajaran murid.
Peluang interaksi di antara murid adalah banyak dan sifat-sifat sosial yang positif
seperti tolong-menolong, berkerjasama dan bertolak ansur jelas dapat dipupuk.
Strategi ini mementingkan pengelolaan kaedah kumpulan. Perbezaan murid dari segi
kebolehan dan minat diberikan perhatian.
Di bawah strategi pemusatan murid, lazimnya murid menunjukkan sifat kreatif dan
berinisiatif.

Melalui kaedah ini, boleh dikatakan guru mempunyai kuasa dan mengawal sepenuhnya
kelas dan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Gambaran kasar bagi kaedah ini
seolah-olah guru memberi kuliah di hadapan kelas dan pelajar mendengar syarahan guru di
meja masing-masing. Kaedah ini tidak menggalakkan pelajar memberi pendapat mereka
sendiri walaupun mereka berkemungkinan besar mempunyai lebih pengetahuan sedia ada
dalam diri mereka melalui pemerhatian atau pengalaman hidup mreka sendiri.
3. Berpusatkan guru, maklumat, pengetahuan, contoh dan perkembangan topik adalah
bergantung sepenuhnya pada guru. Kaedah ini juga dikenali dengan jolokan kaedah
tradisional. Ini adalah kerana kaedah ini banyak digunakan dalam bidang pendidikan
terutama pada era sebelum merdeka kerana kebanyakan pelajar tidak mempunyai banyak
pengetahuan sendiri dan mengharapkan guru menyampaikan maklumat sepenuhnya.
4. Kaedah ini memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran pelajar sebagai
individu. Guru memberi pilihan kepada pelajar, pengetahuan dan apa yang ingin mereka
pelajari, mewujudkan kolaborasi dengan membina pengetahuan dan persekitaran positif.
Penilaian yang dilakukan juga melibatkan pelajar secara berterusan dan guru lebih banyak
mendengar pandangan guru. Pelajar juga akan melibatkan diri secara terus dalam
perancangan pembelajaran mereka sendiri.
5. Bagi kaedah ini pelajar digalakkan meluahkan segala pengetahuan yang mereka sedia
ada. Pengetahuan tersebut mungkin datang dari pengalaman hidup, pemerhatian atau
pembacaan daari sumber selain buku pelajaran. Dalam era pmbangunan moden ini,
capaian maklumat yang tiada sempadan menjadikan pelajar era kini bukan pelajar kosong.
6. KAEDAH PENGAJARAN BERPUSATKAN GURU KAEDAH PENGAJARAN
BERPUSATKAN MURID Guru sebagai penyampai utama maklumat berkenaan bidang
tertentu Guru sebagai fasilitator Pengetahuan sedia ada pelajar tidak dipertimbangkan
sebagai sesuatu yang penting Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik
minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Pelajar tidak perlu aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas. Guru
bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bahan bantu mengajar yang akan digunakan dalan
P&P. Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan
berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar.
7. KAEDAH PENGAJARAN BERPUSATKAN GURU KAEDAH PENGAJARAN
BERPUSATKAN MURID Guru menentukan sendiri tatacara membuat penilaian terhadap
prestasi pelajar Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan
aktiviti pembelajaran. Komunikasi satu hala. Hanya guru yang bercakap di dalam kelas.
Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang
mereka pelajari. Pendapat dan pandangan pelajar tidak diambil kira. Menentukan kriteria
penilaian secara kolaboratif antara guru dan pelajar.

Kaedah pengajaran berpusatkan murid

Kaedah ini memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran pelajar sebagai individu.
Guru memberi pilihan kepada pelajar, pengetahuan dan apa yang ingin mereka pelajari,
mewujudkan kolaborasi dengan membina pengetahuan dan persekitaran positif. Penilaian
yang dilakukan juga melibatkan pelajar secara berterusan dan guru lebih banyak
mendengar pandangan guru. Pelajar juga akan melibatkan diri secara terus dalam
perancangan pembelajaran mereka sendiri.

Bagi kaedah ini pelajar digalakkan meluahkan segala pengetahuan yang mereka sedia ada.
Pengetahuan tersebut mungkin datang dari pengalaman hidup, pemerhatian atau
pembacaan daari sumber selain buku pelajaran. Dalam era pmbangunan moden ini,
capaian maklumat yang tiada sempadan menjadikan pelajar era kini bukan pelajar kosong.

Sebelum sesebuah topik itu diperbincangkan, guru terlebih dahulu akan menimbangkan
pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan topik itu. maklumat yang salah atau salah faham
akan diperbetulkan melalui perbincangan dan sumbang saran. Kaedah ini lebih mudah
digunakan jika guru mahu menegur sesuatu fakta yang negatif yang sering disalah ertika
oleh pelajar yang masih belum matang pemikirannya.

Kaedah ini juga membenarkan komunikasi dua hala berlaku antara guru dan pelajar
seterusnya dapat membina satu hubungan yang erat antara guru dan pelajar. Guru lebih
mudah mendekati pelajar dan pelajar lebih mudah bertanyakan kepada guru mengenai
perkara yang mereka tidak fahami atau keliru serta persepsi mereka akan sama dan tidak
berlainan daripada logik akal biasa.

Banyak sumber dalam bidang pendidikan telah menitik beratkan isu mengenai kaedah
pembelajaran paling berkesan bagi menarik minat pelajar untuk ke sekolah mahupun
menumpukan perhatian terhadap pembelajaran. Selain belajar untuk lulus periksa, guru
perlu menimbangkan strategi bersesuaian agar pelajar dapat mengalami satu pengalaman
pembelajaran menarik yang tidak berlaku di luar sekolah sekaligus mengukuhkan ingatan
mereka terhadap pembelajaran yang mereka pelajari.
Kaedah tradisional telah banyak ditolak oleh kebanyakan guru kerana ia didapati tidak
berkesan dalam proses P&P bagi murid kini yang rata-rata lebih mendahului pengetahuan
guru dan mempunyai daya keyakinan yang tinggi. Kebanyakan murid merasa bosan berada
di dalam kelas jika mereka tidak dapat menyertai atau melakukan apa-apa dan semata-mata
mendengar sahaja. Cara ini boleh menyebabkan mereka mudah bosan, mereka lebih tahu
banyak dan bolh mendorong mereka ponteng kerana bagi mereka sekolah adalah tempat
yang bosan kerana semua topik telah mereka pelajari dan boleh diperolehi melalui sumber
lain selain dari guru.

Bagi menarik perhatian pelajar untuk ke sekolah, guru terlebih dahulu haruslah
menimbangkan strategi berpusatkan murid agar guru dan murid mempelajari sesuatu yang
baru setiap hari. Menggunakan kaedah ini kedua pihak guru dan murid akan memperolehi
pengalaman yang baru kerana proses pembelajaran berasaskan pengetahuan dan
maklumat yang berlainan bagi setiap murid.

Pembelajaran berpusatan murid melatih pelajar agar bertanggungjawab ke atas


pembelajarannya. Ini adalah kerana mereka terlibat secara terus dalam menemui
pengetahuan, menggunakan bahan yang mencabar pengetahuan sedia ada dan
pemahaman konsep baru yang mendalam. Kaedah ini juga melibatkan interaksi sosial yang
tinggi menggunakan sekolah, pekerjaan, rumah dan komuniti sebagai sumber rujukan serta
menggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan pembelajaran.
Kaedah pengajaran berpusatkan murid

Strategi bagi kaedah ini lebih dikenali sebagai strategi pengajaran tidak langsung. Berbeza
dengan strategi berpusatkan guru, strategi berpusatkan murid mengalih peranan guru
daripada tenaga pengajar kepada pemudahcara atau fasilitator. Semasa proses
pembelajaran dalam kelas, murid akan terlibat secara aktif dan sepenuhnya dalam aktiviti
berfikir, mencari maklumat, merumus, membentang, menilai, berkolaborasi, bekerjasama
dan membuat refleksi pembelajaran. Secara automatiknya, murid akan membina kefahaman
dengan menggunakan sumber yang telah disediakan sebagai asas (teknik scaffholding)
secara hands-on dan minds-on dan bekerja secara koperatif dan kolaboraasi dengan rakan
atau orang lain. Penekanan tersebut membuatkan murid dapat melaksanakan pembelajaran
terarah kendiri dan mengikut kada kemampuan kendiri.

Bagi melaksanakan strategi ini, guru harus menitikberatkan beberapa perkara berikut :-
Apa yang murid ingin tahu tentang sesuatu topik atau konsep
Guru perlu mengambilkira tentang keperluan individu murid seperti tahap intelektual
dan emosi
Keperluan sosial murid : bolehkah mereka berkolaborasi, berkomunikasi sesama
mereka dan penerimaan rakan sebaya dalam proses pembelajaran mereka.
Aplikasi strategi ini tidak bermakna murid dapat menentukan apa yang mereka ingin pelajari
atau lakukan. Apabila strategi ini diinterpretasikan kepada murid, mereka lebih cenderong
memilih tajuk, kaedah dan aktiviti mereka sendiri dan selalunya berakhir dengan situasi yang
berada luar dari kawalan guru.

Sepatutnya strategi ini akan menjadikan tumpuan murid lebih kepada pembelajaran yang
akan memberikan pengalaman yang bermakna kepada murid. Guru dinasihatkan agar tidak
hanya menjadi fasilitator yang duduk menunggu murid mendatanginya. Selain memerlukan
pelajar aktif melibatkan dalam aktiviti P&P, guru juga harus menjadi fasilitator dan
pembimbing yang aktif.

Beberapa rumusan boleh dikupas dari strategi pengajaran berpusatkan murid iaitu:-
Pembelajaran lebih bersifat aktif dan bukan pasif
Penekanan kepada pembelajaran dan pemahaman lebih mendalam
Meningkatkan tanggungjawab murid
Meningkatkan autonomi murid
Saling bergantung antara guru dan murid
Saling menghormati antara guru dan murid
Pendekatan P&P lebih refleksif untuk guru dan murid.

Strategi berpusatkan murid ini digunakan secara meluas di sekolah-sekolah seluruh


Malaysia. Semua guru yang terlatih wajib untuk mengetahui perkara-perkara asas yang
digunakan semata-mata untuk memastikan kaedah pengajaran yang digunakan di dalam
kelas ialah pengajaran berpusatkan murid.

Kebanyakan sumber maklumat yang diperolehi rata-rata menolak kaedah pengajaran


berpusatkan guru yang dianggap ketinggalan zaman dan hanya digunakan oleh guru yang
tidak mampu menarik perhatian murid.

Jadual berikut merupakan perbezaan ketara yang boleh dilihat antara kaedah pembelajaran
berpusatkan guru dan pembelajaran berpusatkan murid.

Guru sebagai fasilitator

- Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta


menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

- Memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas.
- Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan
kekuatan dan kelemahan pelajar.

- Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti
pembelajaran.

- Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang


mereka pelajari.

- Menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan pelajar.

- Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif

- Pelajar bebas memberi pendapat mereka dengan pantauan dan panduan guru.

Contoh kaedah yang boleh digunakan dalam kelas :

1. Sumbang saran dan debat

2. Main Peranan, kerja lapangan dan projek.

3. Pelbagai sumber rujukan ensiklopedia, internet, pemerhatian

4. Lokasi pembelajaran yang pelbagai makmal komputer, padang sekolah, dewan

5. Penerangan dan praktikal

6. Pengajaran oleh rakan sebaya

7. Guru mencapai setiap pelajar dalam aktiviti berkumpulan kecil

Pembelajaran berpusatkan murid


Kebaikan

Kaedah ini membolehkan murid terlibat secara aktif dalam pelajaran mereka. Proses dan
aktiviti pembelajaran dilaksanakan oleh murid dan bukan dipaksakan oleh murid. Guru
berperanan sebagai pemudahcara atau fasilitator. Strategi ini dapat menggalakkan daya
kreativiti pelajar seterusnya membantu murid membina kemahiran menyelesaikan masalah.
Pembelajaran cara ini membolehkan berlakunya pengalaman pembelajaran secara lebih
mendalam dan luas.

Kelemahan

Antara kelemahan strategi atau kaedah ini adalah ia lebih bersifat tumpuan pembelajaran.
Maka, tempoh berlaku pembelajaran yang optima akan mengambil masa yang panjang jika
dibandingkan dengan pengajaran secara langsung. Sebagai fasilitator, guru perlu berupaya
untuk mengawa pembelajaran murid-muridnya dan kemungkinan ini mungkin boleh
menimbulkan rasa ketidakselesaan di kalangan murid. Selain itu, lebih banyak cabaran akan
dihadapi semasa pelaksanaannya untuk membolehkan murid mencapai objektif
pembelajaran yang telah ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai