Anda di halaman 1dari 13

TMKS 3072

TEKNOLOGI PENDIDIKAN
DAN KOMUNIKASI DALAM
PEMBELAJARAN ABAD KE-21
MOOC DALAM PELAKSANAAN PEDAGOGI
ABAD KE-21

PENSYARAH : TUAN HJ.BAHARUDDIN BIN HUSSAIN


APA ITU MOOC
MOOC adalah singkatan daripada Massive
Open Online Course.
MOOC mula diperkenalkan pada tahun 2008
oleh Dave Cormier dan Bryan Alexander
setelah mengikuti kursus berkaitan
Connectivism and Connective Knowledge
(CCK08) oleh George Siemens dan Stephen
Downes (Hollands & Tirthali, 2014; Weller &
Anderson, 2013).
adalah kursus dalam talian bertujuan untuk
penyertaan interaktif besar-besaran dan akses
terbuka melalui laman web.
Adakah MOOC untuk Anda?

Walaupun pembelajaran yang berlaku pada skala yang lebih besar, tanggungjawab tersebut
terletak kepada pelajar.

Konsep yang ingin diterap dalam kursus ini menuntut anda untuk banyak membaca dan juga
berinteraksi

MOOC adalah untuk orang-orang yang mencari ilmu tambahan dengan mengisi masa lapang
mereka.

MOOC boleh digunakan untuk penjelasan konsep asas dan pemahaman manakala semua
kursus-kursus ini adalah percuma, seseorang itu untuk hanya perlu melaburkan masa untuk
mendapatkan yang terbaik.

Ini bukan untuk pelajar pasif kerana ia melibatkan penciptaan kandungan aktif, yang
kadang-kadang boleh menjadi huru-hara.
Platform-platform
yang menawarkan
MOOC
MOOC PLATFORMS
coursera (https://www.coursera.org/
Coursera adalah portal atau platform yang diasaskan oleh pensyarahpensyarah
di Universiti Standford pada awal tahun 2012.

Dilengkapi modul yang menerapkan penilaian kendiri dan rakan sebaya yang
mana pelajar boleh menyesuaikannya dengan bimbingan pensyarah sebelum
diteruskan kepada penilaian rakan sebaya.

Coursera menghalang pesertanya daripada menghasilkan semula, duplikat,


meniru, menjual, atau menerangkan bahan kursus yang terdapat dalam
kandungan laman kepada orang lain (Atenas, 2015).

Video syarahan yang disediakan kebanyakkan sarikatanya adalah dalam Bahasa


Inggeris, namun terdapat beberapa daripadanya diperkenalkan dalam
bahasabahasa yang lain (Baturay, 2015).

Coursera menekankan pembelajaran menggunakan pendekatan instruktivis


yang mana pelajar belajar melalui video, forum dan perbincangan
Udacity (https://www.udacity.com/)
Udacity merupakan satu organisasi pendidikan peribadi yang diasaskan pada
tahun 2012 (Chen, 2013)

Udacity mempunyai peraturan yang hampir serupa dengan Coursera yang


mana pengguna tidak dibenarkan mengguna semula kandungan yang 148
disediakan namun dibenarkan hanya untuk kegunaan peribadi (Atenas, 2015).

Terdapat juga universiti yang berkolaborasi dengan pelantar MOOC bagi


menjana hasil dengan cara menyediakan sijil kelayakan, mengenakan yuran
tuisyen serta menyediakan peserta MOOC ke arah kursus berbayar dan
program prasiswazah (Hollands & Tirthali, 2014).
EDX (https://www.edx.org/)
edX diasaskan oleh Universiti Harvard dan Massachusettes Insitute of Technology
(MIT) (Weller & Anderson, 2013) dan merupakan platform yang tidak mengaut
keuntungan (Chen, 2013).

Platform ini turut menyediakan pengiktirafan dari segi sijil kelayakan (Li et al.,
2015). edX jelas menyatakan bahawa kandungan laman web tersebut di bawah
kawalan undang-undang persekutuan harta intelektual Amerika Syarikat (Atenas,
2015).
https://www.openlearning.com/
OpenLearning adalah salah satu penyumbang kepada MOOC yang
membenarkan pesertanya mereka bentuk dan menyediakan kursus (Li
et al., 2015).

Platform ini mempunyai lebih daripada 20 rakan kongsi dan


menawarkan lebih 50 kursus
Malaysia menggunakan OpenLearning iaitu platform MOOC yang
berasas dari Sydney, Australia (Fadzil et al., 2015)
Enam buah universiti yang telah melancarkan penggunaan MOOC iaitu
Taylor University, UPM, UKM, UiTM dan UNIMAS, menggunakan
platform OpenLearning.