Anda di halaman 1dari 2

a.

Creative Problem Solving


b. Problem Based Learning danaplikasinya

CREATIVE PROBLEM SOLVING (CPS)

Creative problem solving merupakan model pemikiran yang telah


diformulasikan oleh Alex Osborn. Osborn percaya bahawa setiap orang
secara semulajadi memiliki keupayaan kreatif yang sering diabaikan tanpa
digunakan sepenuhnya. Menurutnya juga, keupayaan imaginative manusia
boleh dipertingkatkan melalui latihan. Konsep asas CPS mengandungi 7
langkah, tetapi Osborn telah meringkaskan kepada 3 dan kemudian
dikembangkan kepada 5 langkah iaitu:

1. Mencari fakta
- Memahami situasi atau masalah.
- Mengumpul maklumat berhubung fakta yang dimiliki, fakta yang
diperlukan dan bagaimana untuk mencari dan mendapatkan fakta.
- Menggunakan teknik 5W1H supaya tidak tertinggal perkara-
perkara penting.
2. Mencari masalah
- Memperjelaskan isu atau masalah.
- Menyatakan semula masalah dalam bentuk pernyataan umum agar
kita berupaya memecahkannya kepada pernyataan- pernyataan
yang lebih khusus.
- Menggunakan frasa in what ways might we (IWMMW) atau in
what ways might I (IWMMI)
3. Mencari idea
- Menjana idea bagaimana untuk menangani masalah.
- Mengenalpasti dan menyenaraikan seberapa banyak alternative
yang mungkin.
- Teknik brainstorming digunakan.
- Tidak boleh prejudis.
4. Mencari penyelesaian
- Menyenaraikan criteria penilaian yang mencakupi aspek kos, masa.
Kebolehlaksanaan, penerimaan dan manfaat sesuatu penyelesaian,
membuat penilaian ke atas penyelesaian yang dicadangkan
berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan, dan memilih satu atau
beberapa cadangan penyelesaian terbaik.
- Merupakan peringkat penting untuk memperkukuhkan penyelesaian
yang dipilih.
- Menggunakan matriks penilaian yang boleh disediakan dengan
menyenaraikan kriteria- criteria penilaian pada satu paksi dan
cadangan penyelesaian pada paksi yang lain.
- Seterusnya cadangan penyelesaian dinilai berdasarkan skala 1-5
bagi setiap kriteria, dan cadangan penyelesaian dengan jumlah
skor tertinggi akan dipilih untuk dilaksanakan pada peringkat akhir.
5. Merancang tindakan
- Menumpukan usaha untuk mendapatkan penerimaan bagi
penyelesaian yang dipilih, menentukan pelan tindakan dan
melaksanakan penyelesaian.
- Memperincikan langkah- langkah spesifik yang perlu diambil dan
jadual untuk melaksanakannya.

PROBLEM BASED LEARNING (PBL)

PBL membawa maksud, pendekatan instruksional yang menghendaki para


pelajar untuk menyelesaikan masalah yang disimulasikan daripada situasi
sebenar.

Fungsi PBL

1. Merangsang perasaan ingin tahu dan minat terhadap topik pelajaran.


2. Membina keupayaan menyelesaikan masalah pelajar dan
mengintegrasikan pelbagai pengetahuan serta kemahiran dalam
pelbagai disiplin ilmu.
3. Mendidik pelajar berhubung situasi bekerja dan bagaiman mereka
harus menyesuaikan diri dalam kerja berkumpulan.
4. Membina dan memperbaiki kemahiran berkomunikasi pelajar.
5. Member peluang kepada pelajar untuk merancang sendiri
pembelajaran mereka dan menjadikan suasana pembelajaran sebagai
pengalaman yang menyeronokkan.

Proses PBL

1. Penetapan kumpulan
2. Mengenalpasti masalah
3. Penjanaan idea
4. Isu- isu pembelajaran
5. Pembelajaran kendiri
6. Sintesis dan aplikasi
7. Refleksi dan maklum balas

Anda mungkin juga menyukai