Anda di halaman 1dari 2

Hafizah Binti Abdul Halim 2016655472

CS242

Peranan Saya Sebagai Mahasiswa dalam Menjayakan Transformasi Nasional 2050

Alaf ini, seperti yang kita ketahui, sesetengah golongan muda di negara ini
kerap kali didengarkan mengutuk dan membangkang apa sahaja yang dilakukan
oleh pemimpin negara tanpa mengambil kira kesan positif dan faedah
perancangan atau dasar berkenaan kepada rakyat dan negara. Hal ini amat
membimbangkan kerana mereka seharusnya menggunakan masa mereka untuk
perkara yang lebih bermanfaat. Oleh itu, Transformasi Nasional 2050 (TN50)
telah diisytiharkan oleh Perdana Menteri bertujuan untuk mendapatkan maklum
balas daripada golongan muda untuk membentuk masa depan negara
menjelang 2050 nanti. Persoalannya, apakah peranan golongan muda yang juga
merupakan mahasiswa Negara untuk menjayakan inisiatif ini?

Pertama sekali, mahasiswa perlulah bergiat aktif dan hadir dalam dialog
perdana yang diadakan dengan membawa fikiran yang rasional, persediaan rapi
dalam menyuarakan pendapat serta minda yang bebas dan terbuka bagi
menerima segala jawapan yang diberikan kepada persoalan mereka. Segala
persoalan berkaitan ekonomi, politik, sosial, pembangunan bandar dan luar
bandar, suara mahasiswa, perpaduan kaum, hubungan diplomatik negara,
jenayah, agama, keselamatan dan sebagainya terjawab apabila dialog perdana
TN50 diadakan. Malahan bukan itu sahaja, segala idea, cadangan, kritikan,
pembaharuan dan penambahbaikan generasi muda yang dilemparkan dalam
dialog TN50 akan dijadikan medan terbaik bagi membantu kerajaan dalam
merangka dasar dan polisi terbaik untuk generasi kini dan masa depan.

Selain itu, mahasiswa hendaklah tekun menuntut ilmu dan


membudayakan ilmu. Mahasiswa juga digalakkan untuk mengamalkan konsep
kebebasan keilmuan yang merupakan satu konsep yang menjunjung nilai
keilmuan dan memartabat intelektualisme merentasi segala perkara yang
mampu mencalarkannya. Institusi pengajian tinggi seharusnya menjadi tempat
untuk mempersiapkan mahasiswa menghadapi alam realiti dunia yang kian
mencabar dengan menyediakan silibus dan metodologi pengajaran yang
menepati piawaian dan kehendak industri agar mahasiswa kompeten boleh
dilahirkan. Hal ini demikian kerana, negara amat memerlukan kepakaran dalam
berbagai displin sains dan teknologi untuk mewujudkan inovasi dan produk baru
dalam usaha untuk menjayakan program TN50.

Kesimpulannya, mahasiswa mempunyai peranan penting dalam


menrealisasikan matlamat negara kita untuk terus berada di landasan
pembangunan, keamanan dan kesejahteraan kehidupan bermasyarakat. Dasar
keterbukaan kerajaan dalam mencorak negara dengan mengambil kira
pandangan generasi muda melalui TN50 ini merupakan wasilah dan mekanisme
yang tepat dan sesungguhnya mahasiswa sendiri sudah menanti-nantikan saat
ini dari dahulu lagi. Mudah-mudahan TN50 mampu menjadi medan yang terbaik
untuk masa depan bangsa dan negara serta generasi akan datang. TN50 adalah
milik kita semua sebagai rakyat Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai

  • TN50
    TN50
    Dokumen7 halaman
    TN50
    Hafizah Halim
    Belum ada peringkat
  • TN50
    TN50
    Dokumen7 halaman
    TN50
    Hafizah Halim
    Belum ada peringkat
  • Ana Halim
    Ana Halim
    Dokumen3 halaman
    Ana Halim
    Hafizah Halim
    Belum ada peringkat
  • Ctu551 - Bab 5
    Ctu551 - Bab 5
    Dokumen66 halaman
    Ctu551 - Bab 5
    Hafizah Halim
    Belum ada peringkat