Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KERJA DASAR

PROGRAM IHYA'
RAMADHAN
TAHUN 1438H / 2017M

SEK. KEB. SIOL KANAN

1.0 PENDAHULUAN
Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat
untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Justeru itu, program ini
dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan mendapatkan keredhaan Allah
dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala
daripada Allah, serta dapat memberikan penghayatan dan pengajaran dalam
penghayatan Ramadhan.

Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk


menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan
yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui Program Ihya
Ramadhan 1438H ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi
alam kedewasaan kelak.

Adalah amat diharapkan supaya program ini dapat berjalan lancar dan
dapat membantu perkembangan murid dalam pelbagai aspek serta
mencapai objektif yang dirancang.

2.0 MATLAMAT

Tujuan Program Ihya Ramadhan ini dijalankan adalah untuk :

2.1 Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek
dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2.2 Memupuk semangat setia kawan dan berpasukan serta melahirkan
murid yang berketrampilan dan mempunyai disiplin yang tinggi.
2.3 Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan
mental
setiap peserta.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Membudayakan penghayatan dalam ibadat berpuasa di bulan
Ramadhan.
3.2 Menyuburkan budaya membaca al-Quran selaras dengan saranan
Rasulullah SAW untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.
3.3 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.
3.4 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan
diri dalam setiap situasi.

4.0 RASIONAL

1. Pelajar perlu diberi pendedahan dan pengalaman menghidupkan bulan


Ramadhan secara amali / praktikal.
2. Pelajar perlu diberi peluang untuk menunjukkan penghayatan mereka
terhadap ajaran Islam.

5.0 JANGKA MASA / TARIKH PELAKSANAAN

12 Jun 2017 23 Jun 2017 M bersamaan

17 Ramadhan 1438H 28 Ramadhan 1437 H

6.0 AKTIVITI PROGRAM IHYA RAMADHAN :

1. Ceramah (seperti lampiran aktiviti 1).

2. Tadarus Al-Quran (seperti lampiran aktiviti 2).

3. Pertandingan Kuiz dan mewarna tahun 1(seperti lampiran aktiviti 3).

4. Kutipan derma / Galakan bersedekah.

7.0 KUMPULAN SASARAN

Program ini melibatkan semua murid Tahun 1,2,3,4,5 dan 6.

Tahap 1

Tahun 1, 2 dan 3

Tahap 2 :

Tahun 4, 5 dan 6
8.0 SUMBANGAN

1 Sumbangan daripada guru-guru, ibu bapa dan badan korperat.

9.0 PERBELANJAAN KEWANGAN

1 Bantuan Persekolahan - Panitia Pendidikan Islam


ANGGARAN PERBELANJAAN :

Jumlah keseluruhan perbelanjaan tahap 1 dan 2 :

RM120 + RM180 = RM 300

10.0 PENUTUP
Majlis ini diharap dapat memberi kesan yang mendalam kepada
murid-murid dalam menghayati dan mengamalkan segala amalan yang
wajib dilaksanakan dengan sempurna dan disertai dengan amalan sunat
yang dapat mendekatkan diri kepada Allah seterusnya untuk mencari
keredhaanNya di dunia dan di akhirat.

In sha Allah.

Disediakan oleh;

(USTAZ MUHAMAD FAIZZUL BIN BUANG)

PENYELARAS
PROGRAM IHYA RAMADHAN 1438 H
LAMPIRAN 1

PERKARA AKTIVITI TARIKH


TAZKIRAH Pada perhimpunan 13 Jun 2017 (SELASA)
RAMADHAN mingguan. Ustaz Mohd Zainuri B Zainal
Akan disampaikan pada Abidin (sesi pagi).
setiap perhimpunan Guru yang dipilih (sesi petang).
mingguan oleh setiap
pelajar yang dilantik. 20 Jun 2017 (SELASA)
Pelajar yang dipilih (sesi pagi).
Guru yang dipilih (sesi petang).

LAMPIRAN 2

AKTIVITI BUTIRAN TINDAKAN

TADARUS Semua Guru.


Dijalankan pada waktu Semua murid yang beragama
AL-
rehat. Islam.
QURAN
- 10.00 10.20 sesi pagi. Diketuai oleh Ustaz Abdul Razi
- 03.00 03.20 sesi petang.
- Dilakukan pada setiap hari. B. Luhi (sesi pagi) dan
Ustaz Zaini B Haron (sesi
petang).

Alunan ayat suci Al-Quran Ustazah Nuraini Bt Salleh


akan dipasang pada waktu
(sesi pagi).
rehat melalui pembesar
Ustaz Zaini B Haron (sesi
suara.
petang).

LAMPIRAN 3

PERTANDINGAN KUIZ RAMADHAN DAN MEWARNA TAHUN 1

1. Peserta harus menjawab 25 soalan berkaitan Ramadhan yang telah


disediakan.
2. Peserta harus membayar 10 sen untuk mendapatkan kertas soalan
dan duit yang diberi akan disalurkan ke tabung Ihya Ramadhan.
3. Pertandingan akan diadakan pada hari rabu, khamis dan jumaat.
4. Masa diberi selama 1 jam untuk menjawab soalan.
5. Peserta diminta untuk membawa alat tulis sendiri.
6. Semua peserta diminta berkumpul di Anjung Muhibbah (Tahun 4),
Foyer (Tahun 5) dan Surau (Tahun 6) sebelum pertandingan bermula.
7. Keputusan adalah berdasarkan soalan yang betul paling terbanyak.
Keputusan Hakim adalah muktamat.
8. Penyertaan untuk satu set soalan adalah hanya untuk satu orang
pelajar.
9. Untuk penyertaan boleh berhubung dengan
Sesi pagi : Ustazah Nuraini Bt Salleh@Mohammad.
Sesi petang : Ustazah Wan Islamiah Bt Wan Zakaria.

LAMPIRAN 4

PERBELANJAAN HADIAH BERSEMPENA IHYA' RAMADHAN ANJURAN


PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SK SIOL KANAN.

PERTANDINGAN MEWARNA TAHUN SATU :

(Hadiah tempat pertama sehingga saguhati dipilih daripada setiap kelas)

Tempat Pertama : RM 10.00 x 4 orang = RM 40.00

Tempat Kedua : RM 8.00 x 4 orang = RM 32.00

Tempat Ketiga : RM 7.00 x 4 orang = RM 28.00

Saguhati : RM 5.00 x 4 orang = RM 20.00

JUMLAH = RM 120.00
PERTANDINGAN KUIZ

TAHUN 1,2,3,4,5 dan 6

: RM 10 x 6
1. Hadiah Tempat Pertama orang =RM 60.00

2. Hadiah Tempat Kedua : RM 8 x 6 orang =RM 48.00

3. Hadiah Tempat Ketiga : RM 7 x 6 orang =RM 42.00

4. Saguhati : RM 5 x 6 orang =RM 30.00

=RM
JUMLAH 180.00

SUMBANGAN HARI RAYA UNTUK ANAK YATIM

RM 100 x 50 orang = RM 5000.00

Jumlah keseluruhan perbelanjaan:


RM120 + RM180 = RM 300
MEMO.......
Assalamualaikum.....

Perhatian kepada guru-guru yang ingin memberi


sumbangan kepada anak yatim dan faqir miskin
sempena bulan Ramadhan ini, bolehlah
menyampaikan sumbangan tersebut kepada :
i) Pn Nuraini Bt Salleh @ Mohamad (Sesi Pagi)
ii) Cik Siti Maisarah Bt Anuar (Sesi
Petang)

Bentuk sumbangan adalah seperti berikut :


i) Kurma
ii) Wang tunai
iii) Barangan makanan (beras, tepung, gula dll)
Segala sumbangan daripada guru-guru amatlah
dihargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

TARIKH AKHIR SUMBANGAN :


23 / 06 / 2017 (JUMAAT)
SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK
MOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH BAIK DARIPADA
RAMADHAN YANG LALU & MEMBAWA SERIBU
MAKNA

ANGGARAN PERBELANJAAN

SENARAI BARANGAN UNTUK ANAK YATIM & FAQIR MISKIN

BIL. BARANG HARGA JUMLAH


1. Beras Ekonomi 1 Msia RM 15.50 RM 15.50 X 100
RM 1550
2. Tepung Gandum Cap Lili RM 2.35 RM 2.35 X 100
RM 235
3. Gula 2kg RM 5.68 RM 5.68 X 100
RM 568
4. Minyak RM 4.50 RM 4.50 X 100
RM 450
5. Susu F&N (Teh Tarik) RM 2.39 RM 2.39 X 100
RM 239
6. Milo 200g RM 5.90 RM 5.90 X 100
RM 590
7. Kurma RM 9.90 RM9.90 X 100
RM 990
8. Sumbangan duit raya RM 50 RM50 X 100
RM5000
JUMLAH RM 9622.00

Anda mungkin juga menyukai