Anda di halaman 1dari 4

AIA PUBLIC Takaful Bhd.

(935955-M)
Menara AIA, 99 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Care Line: 1300 88 8922
T: 03-2056 1111
F: 03-2056 3690
E: my.customer@aiapublic.com.my
AIAPUBLIC.COM.MY
HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK
Sila baca Helaian Pendedahan Produk ini sebelum anda memutuskan untuk menyertai A-Life Cancer360-i. Sila pastikan anda juga membaca semua
terma-terma dan syarat-syarat am.
Disediakan oleh : NARENDHARAN A/L PARAN ME PARAN

Nama Orang Dilindungi : SAMPLE


Umur Ulang Tahun Terakhir : 35 Perokok : Tidak Jantina : Lelaki Kod Pekerjaan : A53-01-01

1. Apakah produk ini?

A-Life Cancer360-i adalah pelan Takaful caruman berkala yang memberikan perlindungan ke atas Kanser sehingga umur 80 tahun Orang Dilindungi. Pelan ini
memberikan:
(i) Faedah Kanser - bersamaan dengan 100% Jumlah Dilindungi bagi Pelan Asas akan dibayar, dengan syarat bahawa Faedah Kanser Peringkat Awal dan
Ganjaran Pemulihan (jika ada). Jika Orang Dilindungi didiagnosis dengan Kanser dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh diagnosis Kanser Peringkat Awal,
Faedah Kanser akan dikurangkan oleh jumlah yang dibayar di bawah Faedah Kanser Peringkat Awal dan Ganjaran Pemulihan (jika ada). Setelah Faedah
Kanser telah dibayar sepenuhnya, semua faedah akan ditamatkan, kecuali Pendapatan Pemulihan Lanjutan.Pendapatan Pemulihan Lanjutan akan
membayar bayaran tahunan sebanyak 10% Jumlah Dilindungi bagi Pelan Asas selepas 12 bulan daripada tarikh diagnosis Kanser selama 5

EN
tahun.Sebarang rujukan mengenai Kanser, adalah tidak merangkumi Kanser Peringkat Awal.
(ii) Faedah Kanser Peringkat Awal - bersamaan dengan 30% Jumlah Dilindungi bagi Pelan Asas. Faedah ini akan dibayar sekiranya Orang Dilindungi
didiagnosis dengan Kanser Peringkat Awal seperti yang disenaraikan di bawah:
i. Karsinoma-in-situ
ii. Kanser Prostat Awal
iii. Kanser Tiroid Awal
iv. Kanser Pundi Awal
v. Leukemia Limfositik Kronik Awal

Tambahan daripada itu, Ganjaran Pemulihan akan membayar bayaran tahunan sebanyak 10% Jumlah Dilindungi bagi Pelan Asas selepas 6 bulan dan 12
IM
bulan dari tarikh diagnosis Kanser Peringkat Awal. Faedah Kanser Peringkat Awal dan Ganjaran Pemulihan akan dibayar sekali sahaja. Sebarang
bayaran yang dibuat di bawah Faedah Kanser Peringkat Awal dan Ganjaran Pemulihanakan mengurangkan Jumlah Dilindungi bagi Pelan Asas. Faedah
Set Semula akan mengembalikan Jumlah Dilindungi bagi Pelan Asas yang telah dikurangkan kepada 100% Jumlah Dilindungi bagi Pelan Asas selepas 12
bulan dari tarikh diagnosis Kanser Peringkat Awal.
(iii) Faedah Belas Kasihan - Sekiranya berlaku kematian, 10% Jumlah Dilindungi bagi Pelan Asas atau Nilai Serahan bagi Pelan Asas, yang mana lebih tinggi
akan dibayar, kecuali bagi kematian yang disebabkan oleh sebab-sebab bukan kemalangan dalam masa 2 tahun Sijil yang pertama, AIA PUBLIC Takaful
Bhd. akan memulangkan caruman yang telah dibayar tanpa keuntungan. Tuntutan untuk Faedah Belas Kasihan tidak akan dibayar sekiranya tuntutan
untuk Kanser dibuat sebelum atau pada masa yang sama tuntutan untuk Faedah Belas Kasihan dibuat atau tuntutan untuk Kanser tersebut telah
EC

diluluskan oleh AIA PUBLIC Takaful Bhd.


(iv) Bayaran Matang - Pada tarikh kematangan pada umur 80 tahun, 100% Jumlah Dilindungi bagi Pelan Asas akan dibayar.
2. Apakah konsep Syariah yang digunapakai?
Tabarru' - adalah baki Caruman selepas ditolak Yuran Wakalah, yang diperuntukkan ke dalam Dana Risiko Peserta sebagai derma bagi tujuan saling
membantu antara Peserta-peserta yang memerlukannya.
Wakalah - adalah kontrak di antara Peserta dan AIA PUBLIC Takaful Bhd. (sebagai Pengendali Takaful), di mana Peserta menguasakan AIA PUBLIC Takaful
Bhd. untuk menjalankan urusan perniagaan Takaful bagi pihak Peserta. AIA PUBLIC Takaful Bhd. akan mengambil sebahagian daripada Caruman Peserta
sebagai Yuran Wakalah untuk perkhidmatan ini.
SP

Ju'alah - adalah kontrak berdasarkan komisen di mana AIA PUBLIC Takaful Bhd. layak menerima sehingga 50% daripada Lebihan yang terhasil daripada
Dana Risiko Peserta sebagai Ujrah (yuran prestasi) bagi pengurusan dana dengan cekap yang menghasilkan lebihan. Baki daripada Lebihan akan diagihkan
kepada Peserta-peserta yang layak.

Al-Qard Al-Hasan - adalah pinjaman tanpa faedah yang diberikan oleh AIA PUBLIC Takaful Bhd. kepada Dana Risiko Peserta sekiranya ia menjadi defisit bagi
membolehkannya membayar faedah-faedah Takaful kepada Peserta yang layak. Jumlah ini akan dibayar-balik dari Lebihan pada masa hadapan sebelum ia
diedarkan.

3. Apakah perlindungan/faedah yang disediakan?

Keterangan Faedah-faedah

A-Life Cancer360-i (ALC360i)


-Faedah Kanser RM 100,000.00

-Pendapatan Pemulihan Lanjutan RM 10,000.00 setahun selama 5 tahun daripada tarikh diagnosis Kanser

-Faedah Kanser Peringkat Awal RM 30,000.00

-Ganjaran Pemulihan RM 10,000.00 pada 6 bulan dan 12 bulan daripada tarikh diagnosis Kanser
Peringkat Awal

akan mengembalikan Jumlah Dilindungi bagi Pelan Asas yang telah


-Faedah Set Semula dikurangkan kepada 100% Jumlah Dilindungi bagi Pelan Asas selepas 12
bulan dari tarikh diagnosis Kanser Peringkat Awal.

Date : 09/09/2015 Halaman 1 /4


AIA PUBLIC WIN SQS Ver 5.3
Keterangan Faedah-faedah

RM 10,000.00 atau Nilai Serahan bagi Pelan Asas, yang mana lebih tinggi
akan dibayar. Walaubagaimanapun, sekiranya kematian disebabkan oleh
-Faedah Belas Kasihan sebab-sebab bukan kemalangan berlaku dalam masa 2 tahun Sijil yang
pertama, AIA PUBLIC Takaful Bhd. akan memulangkan caruman yang telah
dibayar tanpa keuntungan.

-Bayaran Matang
RM 100,000.00
Perlindungan untuk ALC360i adalah sehingga umur 80 Orang Dilindungi.

A-Plus LifeCover-i (APLCi)


Faedah Kematian RM 100,000.00

A-Plus DisabilityCare-i (APDCi)


Faedah Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)

APDCi ini diberikan bagi umur 60 dan ke bawah dan Jumlah Dilindungi adalah
berbeza bergantung kepada keputusan akhir penilaian pengunderaitan dari
AIA PUBLIC Takaful Bhd. disebabkan oleh pekerjaan atau keadaan perubatan,
tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM 1,250,000 bagi setiap hayat
untuk umur isu 15 tahun dan ke bawah, dan RM 8,000,000 setiap hayat untuk
umur isu 16 tahun dan ke atas.

Definisi HUMK berdasarkan Pekerjaan Sesuai RM 100,000.00

EN
10% daripada Jumlah Dilindungi APDCi untuk setiap 2 tahun pertama akan
dibayar sebagai bayaran pendahuluan kepada Anda, diikuti dengan baki 80%
daripada Jumlah Dilindungi APDCi akan dibayar pada tahun ketiga.

Definisi HUMK berdasarkan Hilang Upaya Andaian atau Apa-apa Pekerjaan


Keseluruhan jumlah daripada Jumlah Dilindungi APDCi akan dibayar serta-
merta.

Perlindungan untuk APDCi adalah sehingga umur 65 tahun Orang Dilindungi


atau penamatan Pelan Asas, yang mana terdahulu.

A-Plus CriticalCover-i (APCVi)*


IM
Perlindungan bagi 36 penyakit kritikal
RM 100,000.00
Perlindungan untuk APCVi adalah sehingga umur 80 tahun Orang Dilindungi
atau penamatan Pelan Asas, yang mana terdahulu.

* Tertakluk kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)


EC

Peringatan: Sila rujuk kepada Sijil Takaful dan/atau ilustrasi produk, yang mengandungi maklumat faedah-fedah produk.

4. Berapakah jumlah caruman yang harus saya bayar?

Jumlah Caruman yang harus Anda bayar dan terma-terma Sijil Takaful mungkin berubah bergantung kepada keperluan pengunderaitan AIA PUBLIC Takaful
Bhd.
Anggaran jumlah caruman yang harus anda bayar : RM 3,652.40 tahunan. (termasuk GST RM 41.40 ke atas caruman.)
Tempoh Caruman: sehingga Orang Dilindungi mencapai umur 80 tahun.
Anda hendaklah memastikan bahawa Caruman yang perlu dibayar di bawah Sijil ini adalah jumlah yang Anda mampu bayar.
Sila ambil perhatian bahawa Caruman bagi Pelan Asas dan rider(rider-rider) tertentu termasuk penyakit kritikal, kemalangan, penghospitalan dan penepian
SP

Caruman (jika ada) adalah tidak dijamin dan mungkin meningkat pada masa hadapan. AIA PUBLIC Takaful Bhd. berhak menyemak semula kadar Caruman
dengan memberi Anda 3 bulan notis bertulis sebelum Ulang Tahun Sijil yang berikutnya.

5. Apakah yuran-yuran dan caj-caj yang saya kena bayar?

(a) Yuran Wakalah ditolak terdahulu sebagai peratusan Caruman untuk membayar komisen dan perbelanjaan lain. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada
Ilustrasi Produk untuk maklumat mengenai Yuran Wakalah dan komisen. Perbelanjaan lain termasuk duti setem sebanyak RM10.
(b) Selepas ditolak Yuran Wakalah, semua Caruman dibayar akan diperuntukkan ke dalam Dana Risiko Peserta sebagai Tabarru' bagi tujuan memberi
perlindungan dan menepati tuntutan ke atas acara / risiko yang dilindungi di bawah Sijil Takaful. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada Ilustrasi Produk
untuk butiran Tabarru'.

Sila rujuk Ilustrasi Produk untuk butiran caj-caj. Semua yuran dan caj adalah tidak terjamin dan mungkin berubah dari masa ke masa dan AIA PUBLIC Takaful
Bhd. akan memberi 3 bulan notis bertulis.
Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk kepada Illustrasi Produk dan Sijil Takaful untuk maklumat lanjut mengenai yuran-yuran dan caj-caj di bawah produk
ini.

6. Apakah item yang tertakluk kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan?


Sila ambil perhatian bahawa berkuatkuasa mulai 1 April 2015, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dikenakan ke atas Caruman semua rider yang
boleh dicukaikan dalam Sijil Takaful Anda pada kadar semasa.

Date : 09/09/2015 Halaman 2 /4


AIA PUBLIC WIN SQS Ver 5.3
7. Apakah di antara terma-terma dan syarat-syarat utama yang perlu saya ketahui?

(a) Kepentingan Pendedahan - Anda mesti mendedahkan semua fakta-fakta penting seperti keadaan kesihatan dan menyatakan umur Anda dengan betul.
(b) Tempoh Percubaan - Anda berhak untuk memeriksa dan membatalkan Sijil ini dengan memulangkan Sijil Takaful dan memberi notis bertulis kepada AIA
PUBLIC Takaful Bhd. yang ditandatangi oleh Anda dalam masa 15 hari selepas Anda menerima Sijil Takaful tersebut. AIA PUBLIC Takaful Bhd. akan
memulangkan kesemua Caruman yang telah Anda bayar, selepas menolak mana-mana perbelanjaan yang ditanggung untuk pemeriksaan perubatan (jika
ada).
(c) Tempoh Ihsan - Anda diberi Tempoh Ihsan selama 31 hari dari tarikh genap tempoh bagi pembayaran setiap Caruman berikutnya. Jika Caruman masih
tidak dibayar pada akhir Tempoh Ihsan ini, Sijil Takaful ini akan luput.
(d) Lien Juvenil - Jika Orang Dilindungi mati, HUMK atau penyakit kritikal (di mana berkenaan) sebelum mencapai umur 4 tahun, Jumlah Dilindungi yang
telah dikurangkan akan dibayar. Lien Juvenil tidak dikenakan untuk Pelan Asas dan faedah rider yang dibayar ke atas Kanser. Sila rujuk kepada Ilustrasi
Produk untuk butiran.
(e) Prosedur Tuntutan - Borang tuntutan boleh diperolehi dari mana-mana cawangan AIA atau dengan menghubungi Careline Kami di 1-300-88-8922. Bukti
tuntutan mesti diterima dan diluluskan oleh AIA PUBLIC Takaful Bhd. untuk memudahkan pembayaran sebarang faedah. Sekiranya tuntutan kematian,
adalah dinasihatkan untuk memberitahu AIA PUBLIC Takaful Bhd. dengan serta-merta.
(f) Ia mungkin akan merugikan Anda jika bertukar dari satu pelan Takaful/insurans kepada pelan yang lain, kerana Anda mungkin akan tertakluk kepada
syarat-syarat pengunderaitan yang baru, tempoh menunggu penuh dan sebarang tempoh berkenaan pengecualian bagi syarat-syarat penyakit
tertentu/pra-wujud bagi Sijil baru tersebut.

Untuk Takaful Perubatan dan Kesihatan


- Produk-produk/rider-rider Takaful Perubatan dan Kesihatan menyediakan faedah-faedah seperti A-Plus CriticalCover-i. Caruman dan Tabarru' untuk
Takaful Perubatan dan Kesihatan adalah tidak terjamin dan AIA PUBLIC Takaful Bhd. berhak menyemak semula kadar semasa pembaharuan. Salah satu
faktor munasabah yang boleh menyebabkan kenaikan Caruman dan Tabarru' ialah pengalaman tuntutan. Faktor-faktor lain juga boleh menyebabkan
penyemakan Caruman dan Tabarru' semasa pembaharuan dan dalam keadaan lain yang munasabah. AIA PUBLIC Takaful Bhd. akan memberi 3 bulan
notis bertulis sebelum Ulang Tahun Sijil. Trend kenaikan Caruman dan Tabarru' dahulu tidak semestinya menggambarkan trend pada masa akan datang.
- Tempoh menunggu untuk A-Plus CriticalCover-i:

EN
- 60 hari untuk Kanser, Serangan Jantung, Pembedahan Pintasan Arteri Koronari dan Penyakit Arteri Koronari Lain yang Serius dan Angioplasty dan
Rawatan Invasi Lain-Lain untuk Penyakit Arteri Koronari Utama.
- 30 hari untuk Penyakit Kritikal lain-lain.
Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk kepada Sijil Takaful untuk tema-tema dan syarat-syarat di bawah produk ini.

8. Apakah pengecualian penting di dalam sijil?

Sebarang tuntutan yang timbul daripada peristiwa berikut adalah tidak dilindungi di bawah ALC360i:
1. Sebarang penyakit atau pembedahan selain daripada yang didiagnosis dengan Kanser atau Kanser Peringkat Awal; atau
IM
2. Tanda-tanda atau gejala-gejala, yang pertama kali berlaku dalam tempoh 60 hari selepas Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula pelan ini, yang mana
kemudian; atau
3. Kanser atau Kanser Peringkat Awal yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung akibat Keadaan Sedia Ada, yang wujud sebelum Tarikh
Penyertaan atau Tarikh Mula pelan ini, yang mana kemudian; atau
4. Kanser atau Kanser Peringkat Awal, yang pada pendapat AIA PUBLIC Takaful Bhd. disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh Sindrom Kurang
Daya Tahan Penyakit (AIDS), atau jangkitan oleh sebarang Virus Kurang Daya Tahan Penyakit (HIV). AIA PUBLIC Takaful Bhd. berhak untuk
mengarahkan Orang Dilindungi menjalani ujian darah untuk HIV sebagai syarat lazim untuk penerimaan sebarang tuntutan. Pengecualian adalah apabila
HIV akibat transfusi darah. Bagi tujuan pelan ini:
EC

(a) Takrifan AIDS akan merupakan apa yang digunakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada tahun 1987, atau semakan terbarunya oleh Pertubuhan
Kesihatan Sedunia akan takrifan itu;
(b) Jangkitan hendaklah dianggap telah berlaku di mana ujian darah atau sebarang ujian lain menandakan, pada pendapat AIA Bhd. tentang kewujudan
sebarang Virus Kurang Daya Tahan Penyakit atau Antibodi terhadap Virus seperti itu;
5. Kanser atau Kanser Peringkat Awal yang didiagnosis disebabkan, secara langsung atau tidak langsung, akibat kecacatan kongenital atau penyakit yang
ditunjukkan dengan jelas atau didiagnosis sebelum Orang Dilindungi mencapai umur 17 tahun; atau
6. Kanser atau Kanser Peringkat Awal disebabkan oleh kecederaan yang disengajakan; atau
7. Kanser atau Kanser Peringkat Awal yang disebabkan secara langsung oleh alkohol atau penyalahgunaan dadah.

Sebarang tuntutan kematian yang timbul daripada peristiwa berikut adalah tidak dilindungi di bawah APLCi:
SP

1. Kematian akibat bunuh diri dalam tempoh 1 tahun dari Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula, yang mana kemudian. Liabiliti AIA PUBLIC Takaful Bhd.
adalah terhad kepada pembayaran balik caruman tanpa keuntungan.

Sebarang tuntutan HUMK yang timbul daripada peristiwa berikut adalah tidak dilindungi di bawah APDCi:
1. Pendedahan kepada bahaya secara sengaja atau cubaan pemusnahan diri atau kecederaan diri semasa siuman ataupun tidak siuman; atau
2. Perkhidmatan dalam angkatan bersenjata semasa peperangan diisytiharkan atau tidak diisytiharkan atau semasa menjalani perintah untuk operasi yang
menyerupai peperangan atau pemulihan ketenteraman awam; atau
3. Aktiviti yang berkaitan dengan sebarang peranti atau pengangkutan udara melainkan sebagai penumpang berbayar atau ahli krew untuk penerbangan
pengangkutan udara komersial di perjalanan penumpang berjadual biasa melalui laluan penumpang yang ditetapkan; atau
4. Sebarang kecacatan kongenital yang telah bermula atau telah didiagnosiskan sebelum umur 17 tahun; atau
5. Hilang upaya yang sedia ada akibat keadaan fizikal atau mental.
Sebarang tuntutan penyakit kritikal yang timbul daripada peristiwa berikut adalah tidak dilindungi di bawah APCVi:
1. Keadaan sedia ada sebelum Tarikh Dikeluarkan atau Tarikh Mula, yang mana kemudian; atau
2. Kanser, Serangan Jantung, Pembedahan Pintasan Arteri Koronari, Penyakit Arteri Koronari Lain yang Serius, dan Angioplasti dan Rawatan Pembedahan
Lain untuk Penyakit Arteri Koronari Utama, dengan tanda-tanda atau gejala-gejala, yang pertama kali berlaku dalam tempoh 60 hari selepas Tarikh
Penyertaan atau Tarikh Mula, yang mana kemudian; atau
3. Semua penyakit kritikal lain dengan tanda-tanda atau gejala-gejala, yang pertama kali berlaku dalam tempoh 30 hari selepas Tarikh Penyertaan atau
Tarikh Mula, yang mana kemudian; atau
4. Penyakit kritikal yang didiagnosis secara langsung atau tidak langsung yang disebabkan oleh kecacatan kongenital atau penyakit yang ditunjukkan dengan
jelas atau didiagnosis sebelum umur 17 tahun; atau
5. Diagnosis dengan Hepatitis Virus Fulminan, Kanser, Ensefalitis, Meningitis Bakteria, Penyakit Alzheimer / Gangguan Kemerosotan Otak Organik Tidak
Boleh Pulih atau Penyakit Membawa Maut disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS), atau
jangkitan oleh sebarang Virus Kurang Daya Tahan Penyakit (HIV).

Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk kepada Sijil Takaful untuk senarai pengecualian di bawah produk ini.

Date : 09/09/2015 Halaman 3 /4


AIA PUBLIC WIN SQS Ver 5.3
9. Bolehkah saya membatalkan Sijil Takaful saya?

Ya, Anda boleh membatalkan/menyerahkan Sijil Takaful Anda. Tetapi, Anda perlu mengambil perhatian bahawa menyertai produk Takaful Keluarga adalah
komitmen kewangan jangka panjang. Jika Anda tidak membayar Caruman Anda dalam Tempoh Ihsan, Sijil Takaful Anda mungkin luput. Amaun tunai yang
akan AIA PUBLIC Takaful Bhd. bayar apabila Anda membatalkan Sijil Takaful sebelum tempoh matang mungkin kurang daripada jumlah Caruman yang telah
Anda bayar.

10. Apakah yang perlu saya lakukan jika butir-butir hubungan saya bertukar?

Adalah penting Anda memaklumkan AIA PUBLIC Takaful Bhd. mengenai sebarang pertukaran kepada butir-butir hubungan Anda secepat mungkin bagi
memastikan semua surat-menyurat sampai kepada Anda tepat pada masanya.
11. Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?

Sekiranya Anda memerlukan maklumat tambahan mengenai Takaful Keluarga dan Takaful Perubatan dan Kesihatan, sila rujuk kepada buku kecil
insuranceinfo bertajuk "Takaful Keluarga" dan "Takaful Perubatan dan Kesihatan". Anda boleh mendapatkan salinan buku kecil tersebut dari mana-mana
cawangan AIA atau Perancang Hayat Takaful atau kunjungi www.insuranceinfo.com.my.
Jika Anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi:
AIA PUBLIC Takaful Bhd. (935955-M)
99 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Careline : 1-300-88-8922
Telephone : 03-2056 1111
Faks : 603-2056 3690
E-mel : my.customer@aiapublic.com.my

EN
AIA PUBLIC Takaful Bhd. didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia.

12. Produk-produk lain yang serupa yang sedia ada

Sila hubungi AIA PUBLIC Takaful Bhd. /Perancang Hayat Takaful / perantara Kami untuk produk-produk serupa yang lain yang Kami tawarkan.

NOTA PENTING:
MENYERTAI PRODUK TAKAFUL KELUARGA MERUPAKAN KOMITMEN KEWANGAN JANGKA PANJANG. ANDA MESTILAH MEMILIH JENIS
PRODUK YANG PALING SESUAI DENGAN KEADAAN PERIBADI ANDA. ANDA HENDAKLAH MEMBACA DAN MEMAHAMI SIJIL TAKAFUL ITU DAN
BERBINCANG DENGAN AGEN TAKAFUL ATAU HUBUNGI KAMI SECARA TERUS UNTUK MAKLUMAT LANJUT.
IM
HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK INI MENGANDUNGI RINGKASAN PRODUK DAN BUKANLAH SATU KONTRAK TAKAFUL. SIJIL TAKAFUL AKAN
SENTIASA MENGATASI DOKUMEN INI.

Maklumat yang diberikan dalam Helaian pendedahan ini adalah sah setakat 09/09/2015.
EC
SP

Date : 09/09/2015 Halaman 4 /4


AIA PUBLIC WIN SQS Ver 5.3