Anda di halaman 1dari 2

1.

Sikap Guru
Sikap guru ini termasuklah rasa bosan yang terbit dalam diri guru
setelah mereka bertahun-tahun di sekolah yang sama dan menjalani
rutin harian yang sama. Guru tersebut akan mula berasa bosan dengan
perkara yang hampir sama dilaluinya setiap hari. Sikap guru yang
tidak bertanggungjwab dan tidak memegang amanah serta
mengabaikan kod etika perguruan juga cenderung melakukan kesalah
ini secara tidak sengaja. Malah mereka tidak menyedari bahawa
mereka telah melakukan kesalahan yang amat berat dan melanggar
etika keguruan dan secara tidak langsung merendahkan martabat
keguruan dalam diri mereka itu sendiri. Selain ini minat yang hilang
untuk mengajar juga merupakan salah satu faktor menyebabkan guru
hilang motivasi untuk memberi komitmen yang sepenuhnya kepada
sekolah.

2. Persekitaran
Apabila dikaitkan dengan persekitaran, guru yang ditugaskan di
persekitaran sekolah yang harmonis akan memberikan komitmen
sepenuhnya berbanding sebaliknya. Rakan-rakan kerja yang komited
akan mempengaruhi sedikit sebanyak persembahan guru tersebut
dalam pekerjaannya. Sekiranya guru itu ditugaskan di sekolah yang
persekirannya agak pasif maka guru tersebut akan menjadi pasif dan
akhirnya hilang motivasi kerja dan tidak memberi komitmen yang
sepenuhnya.

3. Bebanan Kerja
Bebanan kerja guru yang semakin hari semakin meningkat merupakan
salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah guru ponteng.
Tekanan kerja yang dibebani kadang kala menyebabkan mereka tidak
bersedia untuk mengajar demi untuk menyiapkan tugasan yang
diberikan. Guru mengambil langkah mudah dengan meminta murid
untuk melakukan kerja masing-masing sementara guru tersebut
menyiapkan tugasan yang diberikan kepadanya oleh pihak pentadbir.
Masalah bebanan kerja ini perlu diteliti semula kerana bebanan kerja
yang melampau akan menganggu proses P&P guru dan memberi
tekanan emosi kepada guru sehinggakan minatnya untuk mengajar
terganggu.

Anda mungkin juga menyukai