Anda di halaman 1dari 6

.

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PANITIA BAHASA MALAYSIA


SJK (C) YU CHAI, 34350 KUALA KURAU
BIL. 1 TAHUN 2016

Tarikh: 14 Januari 2016 (KHAMIS)


Masa: 1.40 2.40 Petang
Tempat: Bilik Gerakan

KEHADIRAN:
Bil. Nama Jawatan

1. Pn. Tan Kai Yee Penolong Kanan HEM


2. Cik Noor Haszwani bt. Mohd Yusoff Ketua Panitia Bahasa Malaysia
3. En. Niak Hiong Huat Guru Pemulihan NKRA
4. Cik Tang Siok Keng Guru Kelas 6M
5. En. Lim Woei Hwan Guru Kelas 4M
6. Pn. Beh Gaik Suan Guru Kelas 5M
7. Pn. Tan Huoy Theng Guru Kelas 1M
8. Pn. Kho Sih Gie Guru Bahasa Melayu
9. En. Ahmad Fikri b. Hashim Setiausaha

TIDAK HADIR
Bil. Nama Sebab

1. Pn. Khor Kim Lin 1.


2. En. Cheah Chin Chye K
3. En. Sea Keng Kang
4. Pn. Lee Wan Jean Taklimat Program Out-Reach LINUS 2.0
ATA ALU-ALUAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir pada mesyuarat
Panitia Bahasa Malaysia kali pertama 2016. Pengerusi berharap guru-guru teruskan azam
tahun 2016 untuk mendidik dan meningkatkan prestasi sekolah.
Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL. 4 2014

Minit Mesyuarat Bil. 4 Tahun 2014 telah disahkan tanpa pindaan.

Pencadang: Pn. Beh Gaik Suan


Penyokong: Pn. Khor Sih Gie
Setiausaha

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada
4. ISU-ISU YANG DIBINCANGKAN
4.1 ANALISIS DAN POST MORTEM UPSR 2015
4.1.1 Bahasa Malaysia Pemahaman UPSR 2015 (Rujuk Lampiran)
4.1.2 Bahasa Malaysia Penulisan UPSR 2015 (Rujuk Lampiran)
4.1.3 Analisis Dan Post Mortem UPSR 2015 (Rujuk Lampiran)
Makluman

4.2 DASAR PANITIA


4.2.1 Pertandingan Ko-Akademik (luar sekolah)
4.2.1.1 Pertandingan yang telah dijalankan pada tahun 2015 akan diteruskan pada tahun
2016. Diharap semua guru memberi komitmen dan kerjasama yang baik untuk
menjayakan pertandingan pada tahun 2016.
4.2.1.2 Guru-guru pembimbing diminta membantu dan mengambil tindakan untuk
melatih murid.
4.2.1.3 Berikut merupakan pertandingan yang akan dijalankan sepanjang tahun 2016 :

- Pertandingan Bercerita Tahap 1 (Tahun 3)


- Pertandingan Bercerita Tahap 2 (Tahun 4 atau 5)
- Pertandingan PSTSK-Pertandingan Syarahn dan Teka Silang Kata
(Tahun 5 dan 6)
- Pertandingan Sahiba
- Pertandingan Karnival BM (Kuiz Bahasa dan Pertandingan Teater Solo)
- Pertandingan Mengarang Surat Hari Kepenggunaan.

4.2.2 Pertandingan Ko-Akademik (peringkat sekolah)


4.2.2.1 Pertandingan yang telah dijalankan pada tahun 2015 akan diteruskan pada tahun
2016. Diharap semua guru memberi komitmen dan kerjasama yang baik untuk
menjayakan pertandingan pada tahun 2016.
4.2.2.2 Berikut merupakan pertandingan yang akan dijalankan sepanjang tahun 2016 :

- Tahun 1 : Pertandingan Puisi (Sajak)


- Tahun 2,3,4 : Pertandingan Bercerita
- Tahun 5 dan 6 : Pertandingan Syarahan

4.2.2.3 Pertandingan untuk Tahap 1 akan dijalankan pada 2 Mac 2016 manakala
pertandingan Tahap 2 pula akan dijalankan pada 30 Mac 2016.
4.2.2.4 Pertandingan Syarahan bagi Tahun 6 akan diadakan selepas UPSR.
Makluman

4.3 PENGGUBAL SOALAN PKSR

4.3.1 Ujian Pengesanan bagi Tahap 2 akan dijalankan pada 9 Mac 2016.
4.3.2 Guru-guru yang menggubal soalan kali pertama perlu membuat skop soalan dan Soalan
peperiksaan. Skop soalan boleh dibahagikan mengikut unit yang terdapat dalam buku
teks.
4.3.3 Guru-guru yang menggubal soalan perlu menggubal soalan dengan teliti mengikut skop
yang telah ditetapkan.
4.3.4 Format peperiksaan bagi Tahun 3, 4, 5, dan 6 akan mengikut format UPSR yang sebenar
dan mengikut skop yang disediakan.
4.3.5 Format bagi Tahun 1 dan 2 akan diasingkan kepada dua kertas iaitu Pemahaman (100%)
dan Penulisan (100%).
4.3.6 Format pemarkahan mengikut Band ditukar kepada markah 100%.
4.3.7 Berikut merupakan penggubal soalan Ujian Pengesanan bulan Mac.

Tahun 4 Cik Noor Haszwani Yusoff


Tahun 5 En. Ahmad Fikri Hashim
Tahun6 Pn. Kho Sih Gie

Tindakan : Pengubal Soalan BM

4.4 PENETAPAN BUKU LATIHAN DAN KUANTITI LATIHAN

4.4.1Murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 menggunakan lima buah latihan iaitu:


i. Buku karangan.
ii. Buku Latihan/Tatabahasa
iii. Buku Bahagian A dan Bahagian B
iv. Buku Ejaan
4.4.2 Murid-murid Tahun 3 menggunakan tiga buah buku latihan iaitu:
i. Buku karangan.
ii. Buku Latihan/Tatabahasa
iii. Buku Ejaan
4.4.3 Tahun 1 dan 2 menggunakan empat buah buku .
i. Buku Latihan
ii. Buku Ejaan
iii. Buku Tulisan (2 buah)
4.4.4 Murid-murid kelas M perlu menulis 2 buah karangan seminggu manakala murid kelas K
dan B hanya sebuah karangan.
4.4.5 Ejaan perlu dijalankan di dalam kelas. Kelas M perlu menjalankan ejaan sebanyak 10
perkataan manakala kelas B dan K perlu mengikut kemampuan murid.
4.4.6 Modul UPSR (Unggul Prestasi Semarak Realiti) yang dikeluarkan JPN perlu dijalankan
oleh guru-guru BM kerana pemantauan akan dilakukan oleh JPN.

Tindakan: Semua Guru BM

4.5 RANCANGAN TAHUNAN PANITIA 2015


4.5.1 Guru-guru BM Tahun 6 boleh menggunakan buku teks Tahun 6 KBSR sementara
menunggu buku teks KSSR Tahun 6 yang baharu.
4.5.2 Guru-guru perlu menyediakan RPH dan RPT bagi mata pelajaran BM dan dimasukkan ke
dalam fail yang telah disediakan.
4.5.3 DSKP Tahun 6 yang lama sudah ditukar dengan DSKP yang baharu dan telah diedarkan
kepada semua guru BM Tahun 6.
4.5.4 Fail PS perlu dilengkapkan dengan maklumat seperti biodata, takwim, jadual, instrumen
dan bahan yang berkaitan.
4.5.5 Para guru diminta menyerahkan biodata dan jadual kepada ketua panitia untuk dimasukkan
ke dalam fail panitia.
4.5.6 Program Bacaan Pagi :
4.5.6.1 Program Bacaan Pagi bagi BM diteruskan dan dilaksanakan.

Tahun 1, 2 Kamus bergambar


Tahun 3 Jamin dan Kamus Kota Kata
Tahun 4 4M, 4K- Karangan dan Kamus Kosa Kata
4B Jamin dan Kamus Kosa Kata
Tahun 5 5M, 5K- Karangan dan Kamus Kosa Kata
5B Jamin dan Kamus Kosa Kata
Tahun 6 6M, 6K- Karangan dan Kamus Kosa Kata
6B Jamin

Tindakan : Semua Guru BM


4.6 PKJR
4.6.1 Guru diminta menulis waktu PKJR dalam jadual waktu kelas (guru kelas) dan jadual
waktu peribadi.
4.6.2 Tahun 1-5 akan bermula mulai minggu ketiga.
4.6.3 Tahun 6 bermula selepas UPSR.
4.6.4 BBB PKJR boleh diambil di dalam bilik BBB.
4.6.5 PKJR dilaksananakan apabila semua murid berada di dalam kelas. Jangan lakukan semasa
murid ada pemulihan. Semak jadual dengan kelas pemulihan.

Tindakan : Semua Guru BM

4.7 PLBS
4.7.1 Akan dijalankan seperti biasa mengikut Pekeliling asal.
4.7.2 Markah akan dimasukkan terus dalam tapak PLBS di PC 2.

Tindakan : Guru BM Tahap 2

4.8 PEMULIHAN
4.8.1 Guru yang mengajar Tahun 4K, 4B, 5K dan 5B diminta mencadangkan nama murid
untuk ke kelas pemulihan. Bilangan murid antara 4 dan 5 sahaja.

Tindakan: Guru Pemulihan dan semua Guru BM

4.9 LINUS
4.9.1 Gempur LINUS akan dijalankan pada bulan Februari hingga Mac.
4.9.2 Setiausaha LINUS yang baharu iaitu Puan Halijah telah menghadiri Gempur LINUS.
4.9.3 Pemantauan dan pencerapan akan dibuat oleh PPD. Permantauan berdasarkan Modul.
4.9.4 Modul LINUS akan diedarkan pada bulan Januari.

Tindakan : Semua Guru BM

4.10 MBMMBI
4.10.1 Para guru diminta melengkapkan papan kenyataan MBMMBI yang terdapat di dewan.

Tindakan : Semua Guru BM

4.11 SUDUT PANITIA


4.11.1 Sudut Panitian perlu dikemaskini mengikut bulan dan bagi bulan Januari sudah
dikemaskini.
4.11.2 Senarai guru yang bertugas untuk mengemaskini sudut panitia akan ditampal pada sudut
BM di bilik guru.

Tindakan : Guru Berkenaan

4.12 AKTIVITI PANITIA


4.12.1 Guru-guru tahap 1 dan 2 sudah boleh memberi skrip bagi pertandingan yang akan
dijalankan pada bulan Mac. Latihan boleh mula dijalankan pada bulan ini.
4.12.3 Guru-guru perlu mengenalpasti murid-murid yang layak untuk menyertai pertandingan
ko-akademik (peringkat luar sekolah)
4.12.4 Senarai nama guru pembimbing telah dipamerkan di bilik guru.

Tindakan : Guru Berkenaan

4.13 PROTIM
4.13.1 Murid-murid yang belum melepasi ujian Pasca Protim akan dihantar ke kelas KPBM.
4.13.2 Seramai 5 orang murid yang masih belum melepasi ujian Protim.

Tindakan : Guru BM Tahap 2

4.14 KPBM
4.14.1 Kelas KPBM telah bermula selaras dengan kelas bimbingan.
4.14.2 Guru yang terlibat :
Isnin : Pn Lee Wan Jean
Selasa : En Niak Hiong Huat
4.14.3 Bilangan murid adalah seramai 5 orang, iaitu :
Tahun 6 : 2 orang
Tahun 5 : 3 orang
Tahun 4 : Tunggu perlaksanaan Ujian Protim
Tindakan : Guru Pemulihan dan semua Guru BM

5. HAL-HAL LAIN
5.1 Pihak Panitia BM mengalu-alukan kedatangan Puan Siti Halijah binti Hashim yang
menggantikan Puan Suriati binti Shahidan yang telah bertukar sekolah.
5.2 Puan Siti Halijah binti Hashim telah menggantikan Cik Noor Haszwani Yusoff sebagai SU
LINUS bagi tahun 2016.
5.3 Kursus Penataran Format Baharu UPSR 2016 Bahasa Malaysia akan dijalankan pada 23
Januari 2016 yang disampaikan oleh Cikgu Noor Haszwani Yusoff.
5.4 Teknik Menjawab BM akan dijalankan pada 23 Januari 2016 yang akan disampaikan oleh
Pn. Kho Sih Gie.
Makluman

6. PENANGGUHAN MESYUARAT
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang dengan ucapan terima kasih daripada
Pengerusi kepada semua guru yang hadir.

Disediakan oleh,
Setiausaha Panitia Bahasa Malaysia.
SJKC Yu Chai,Kuala Kurau, Perak.

Bertarikh: 16 JANUARI 2016