Anda di halaman 1dari 3

PENDIDIKAN BAHASA MELAYU ANAK PERIBUMI

(RAFFI BIN SMAIL)


(GP03907)

Anak peribumi merupakan anak-anak bumiputera yang hidup bermastautin di negeri


Sabah dan Sarawak. Kehidupan anak-anak peribumi yang datang daripada pelbagai latar
belakang suku kaum dan corak budaya kehidupan mereka. Pada era globalisasi ini, anak-anak
peribumi kebanyakan mempunyai latar belakang keluarga yang berpendidikan. Ibu bapa yang
ada di negeri Sabah dan Sarawak sudah sudah bersifat terbuka dalam mendorong anak-anak
mereka untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik sama ada di peringkat seawal prasekolah
sehingga ke peringkat institut pengajian tinggi awam mahupun swasta.
Namun demikian terdapat isu berkaitan pendidikan pembelajaran Bahasa Melayu
wujud dalam kalangan anak-anak peribumi di negeri Sabah dan Sarawak. Meskipun anak-
anak peribumi dapat menguasai mata pelajaran lain dengan baik, tetapi untuk mata pelajaran
Bahasa Melayu mereka mengalami masalah ekoran pengaruh bahasa ibunda yang mereka
gunakan dalam komunikasi seharian. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa percakapan
seharian diaplikasikan oleh anak-anak peribumi apabila berkomunikasi dengan pihak ataupun
individu yang tidak mahir dalam penggunaan bahasa ibunda mereka. Seperti di sekolah-
sekolah yang terdapat di negeri Sabah dan Sarawak, murid-murid lebih cenderung
menggunakan bahasa ibunda mereka apabila berkomunikasi dengan sesama rakan mereka,
malahan juga dengan guru-guru ataupun staf-staf sekolah yang mempunyai bahasa ibunda
sama dengan mereka. Ini sememangnya banyak mempengaruhi pembelajaran anak-anak
peribumi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Terdapat banyak kajian yang sudah dilaksanakan oleh pengkaji-pengkaji terhadap
pengaruh bahasa ibunda terhadap pembelajaran Bahasa Melayu anak-anak peribumi di negeri
Sabah dan Sarawak. Sebagai contoh, pengaruh Bahasa Iban terhadap pembelajaran Bahasa
Melayu murid-murid berbangsa Iban dan pengaruh bahasa Kadazan terhadap pembelajaran
Bahasa Melayu murid-murid berbangsa Dusun Kadazan. Perkara yang menjadi masalah
dalam pembelajaran Bahasa Melayu anak-anak peribumi ialah, dari segi penggunaan kosa
kata. Terdapat perkataan-perkataan yang sama dan hampir sama ejaan dalam bahasa ibunda
dengan perkataan dalam Bahasa Melayu tetapi tidak sama makna. Perkataan yang terdapat
dalam bahasa ibunda digunakan atas fahaman makna bahasa ibunda mereka dalam
pembinaan ayat ketika belajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Ini menjadikan makna ayat
lain dan tidak tepat apabila diperiksa. Sebagai contoh, perkataan belacan dalam bahasa Dusun
Kadazan ialah balasan. Contoh ayat, Emak menggoreng nasi goreng balasan.Ayat tersebut
mungkin menimbulkan satu makna yang lain kepada pemeriksa ataupun pembaca yang lain
bukan berbangsa suku kaum Dusun Kadazan. Begitu juga anak-anak peribumi di negeri
Sarawak. Sebagai contoh anak peribumi yang berbangsa Iban. Terdapat banyak perkataan
dalam bahasa Iban yang mempunyai sama sebutan dengan perkataan yang terdapat dalam
Bahasa Melayu. Antaranya ialah perkataan makan (Bahasa Melayu) disebut makai dalam
bahasa Iban.
Dalam penulisan ketika belajar bahasa Melayu, anak-anak peribumi di sekolah
dipengaruhi dengan ejaan perkataan dalam bahasa ibundanya. Contoh lain untuk perkataan
yang sama ejaan tetapi tidak sama makna ialah, dalam bahasa Melayu Sarawak. Contoh
perkataannya ialah menetak. Perkataan menetak dalam bahasa Melayu Sarawak
bermaksud mentertawakan dalam bahasa Melayu. Sekiranya anak-anak peribumi membina
ayat seperti Karim dan Hashim menetak Leman kerana tidak pandai bermain bola.
Sekiranya individu yang tidak mahir dalam bahasa Melayu Sarawak, secara tidak langsung
perkataan menetak itu ditafsirkan sebagai memotong menggunakan alat yang tajam seperti
parang. Inilah antara isu-isu yang dibangkitkan dalam pembelajaran Bahasa Melayu dalam
kalangan anak-anak peribumi di negeri Sabah dan Sarawak.
Isu berkaitan pembelajaran bahasa Melayu dalam kalangan anak-anak peribumi di
negeri Sabah dan Sarawak dapat dikurangkan malah diselesaikan sekiranya ibu bapa dan
guru-guru serta pihak masyarakat memainkan peranan dengan aktif dalam memartabatkan
Bahasa Melayu dalam kalangan anak-anak peribumi. Ibu bapa boleh mendidik anak dengan
menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan di rumah sebagai proses pengayaan bagi
meningkatkan lagi pengetahuan dalam Bahasa Melayu. Manakala, daripada pihak guru-guru
di sekolah, penegasan dalam penggunaan bahasa Melayu sangat penting untuk memahirkan
anak-anak peribumi dalam penggunaan Bahasa Melayu. Selain itu, guru-guru perlu bijak
mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu agar
ianya lebih seronok dan menarik minat murid untuk belajar. Ini adalah kerana, sekiranya
murid-murid minat untuk mempelajari sesuatu maka, murid tersebut akan berusaha
menguasai perkara tersebut. Peranan masyarakat tempatan pula ialah, penganjuran berkaitan
dengan penggunaan Bahasa Melayu dapat diperbanyakkan. Pertandingan yang melibatkan
penggunaan bahasa Melayu seperti pertandingan bercerita, berpidato, mendeklamasikan sajak
dan sebagainya boleh dianjurkan di peringkat masyarakat tempatan bagi menggalakkan lagi
masyarakat tempatan menggunakan Bahasa Melayu dengan baik.
Pokok pangkalnya, pendidikan Bahasa Melayu anak-anak peribumi sebenarnya
bermula daripada asas didikan di rumah, kemudian diasah dan diperkukuhkan lagi disekolah
seterusnya diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Sekiranya tiada kesinambungan dalam
proses tersebut, maka ilmu itu tidak dapat dikuasai dengan baik. Oleh yang demikian, semua
pihak harus memainkan peranan dengan sebaik mungkin agar tiada lagi isu dalam
pembelajaran Bahasa Melayu untuk anak-anak peribumi di negeri Sabah dan Sarawak sama
ada yang berada di bandar mahupun luar bandar.

Anda mungkin juga menyukai