Anda di halaman 1dari 2

EDUCATION of ELAKSAMANA

1.4 KATA MAJMUK

1.4.1 PENGENALAN

Definisi
Kata majmuk ialah proses merangkaikan dua atau lebih kata dasar dan bentuk yang terhasil itu
membawa makna yang tertentu.

1.Contoh kata majmuk adalah balai raya, rumah tangga, ketua polis dan sebagainya.
2.Namun terdapat juga kata majmuk yang tidak membawa sebarang makna seperti bagaimana, oleh
demikian, walau bagaimana dan sebagainya.
3.Kata majmuk tidak boleh disisipkan perkataan lain di tengahnya seperti perkataan tanda tangan, tidak
boleh diletakkan perkataan lain di tengah antara perkataan tanda dan tangan.
4.Dalam penggunaan ayat, kata majmuk tidak dapat berfungsi sebagai kata kerja.
5.Jika kata majmuk ingin digunakan di dalam ayat, ia hendaklah ditukar kepada kata terbitan seperti
contoh di bawah :

Tolak ansur Bertolak ansur


Titik berat Dititikberatkan
Kuat kuasa menguatkuasakan

1.4.2 BENTUK KATA MAJMUK

Terdapat 3 bentuk kata majmuk dalam bahasa melayu iaitu :


a) Kata majmuk rangkaian bebas

Alat tulis Jalan raya


Jam tangan Timbalan pengarah
Terima kasih Penolong pengarah

b) Kata majmuk istilah khusus

Keratan rentas Tabung uji


Garis lurus Jangka lukis
Garis pusat Telefon dail terus

c) Kata majmuk simpulan bahasa atau kiasan

Cepat tangan Senyum simpul


Makan hati Duit kopi
Buah hati Batu api

1.4.3 KEKECUALIAN BENTUK KATA MAJMUK


Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

Terdapat pengecualian bentuk pada sebahagian kata majmuk, iaitu kata ini dieja sebagai satu perkataan
walaupun sebenarnya terdiri daripada dua perkataan dasar. Bentuk ini dianggap sudah mantap dan
disenaraikan seperti berikut :

Apabila Padahal Pesuruhjaya


Apahal Beritahu Olahraga
Apakala Bumiputera Sukarela
Bagaiman Dukacita Tandatangan
a
Barangkali Jawatankuasa Tanggungjawab
Darihal Kakitangan Setiausaha
Daripapda Kerjasama Sukacita
Manakala Matahari Suruhanjaya
manalagi Antarabangsa Warganegara

1.4.4 PENGGANDAAN KATA MAJMUK

Apabila kata majmuk digandakan, ia hanya melibatkan perkataan ataupun unsur di hadapan sahaja.
Walaubagaimanapun, bagi kata majmuk yang terdiri dari simpulan bahasa dan bentuk yang telah
mantap, penggandaan melibatkan keseluruhan perkataan seperti berikut :

Jam-jam tangan Pesuruhjaya-pesuruhjaya


Jalan-jalan raya Warganegara-warganegara
Timbalan-timbalan pengarah Buah hati-buah hati

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009

Anda mungkin juga menyukai