Anda di halaman 1dari 4

Bahagian 1

Jawab semua soalan.

1. Apakah ciri-ciri sumber pertama?


i. Telah diolah iii. Bahan bertulis
ii. Bersifat asli iv. Belum bercetak

A. i dan ii B. i dan iv C. ii dan iv D. iii dan


iv

2. Jadual berikut merujuk kepada konsep masa dalam sejarah.

X Jangka masa sepuluh


tahun
Kurun Jangka masa seratus
tahun
Apakah X?
A. Dekad B. Zaman C. Hijrah D. Masihi

3. Mengapakah 31 Ogos merupakan tarikh bermakna kepada negara kita?


A. Ulang tahun kemerdekaan negara
B. Rombongan kemerdekaan dibentuk
C. Bendera Malaysia pertama kali dikibarkan
D. Pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu

4. Sejarah penting dipelajari untuk


i. Menghargai jasa pemimpin
ii. Mengagungkan kuasa asing
iii. Menjadi iktibar dalam kehidupan
iv. Menanam semangat cinta negara

A. i, ii dan iii C. i, iii dan iv


B. i, ii dan iv D ii, iii dan iv

5. Apakah kepentingan mengetahui salasilah keluarga?


A. Memupuk nilai murni C. Membentuk keluarga bahagia
B. Mewujudkan kemesraan D. Mengetahui asal usul keluarga

6. Antara berikut, yang manakah merupakan keluarga asas bagi Afzan?


i. Ibu ii. Bapa iii. Nenek iv. Kakak

A. i, ii dan iii C. i, iii dan iv


B. i, ii dan iv D ii, iii dan iv
7. Apakah yang harus dilakukan oleh Lim jika ingin keluar berjumpa rakannnya?
A. Diam C. Meminta izin
B. Tunduk D. Meninggikan suara

8. Nama sekolah biasanya diambil sempena nama


i. Tokoh ii. Tempat iii. Kerajaan iv.
Peristiwa

B. i dan ii B. i dan iv C. ii dan iv D. iii dan


iv

9. Mengapakah tempat bersejarah perlu dijaga dan dikekalkan?


i. Menjadi lokasi pelancongan
ii. Menghargai jasa kerajaan British
iii. Memupuk semangat cintakan negara
iv. Menjadi warisan kepada generasi akan datang

A. i, ii dan iii C. i, iii dan iv


B. i, ii dan iv D ii, iii dan iv

10.Pembakaran hutan secara terbuka dan besar-besaran telah menyebabkan


berlakunya
A. Jerebu B. tsunami C. kemarau D. tengkujuh

Bahagian B
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul. (4
markah)

Pentadbir Nama
1 Guru Besar
2 Guru Penolong Kanan 1
3 Guru Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid
4 Guru Penolong Kanan

Kokurikulum

Bahagian C

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang disediakan. (6


markah)

Kembangan Logam Sejarah Sejarawan


Biodata Bumi Lisan Asas

1. Menurut Ibn Khaldun, _______________________ menceritakan hal tentang


manusia dan perbuatan-perbuatan yang berlaku dalam masyarakat tersebut.

2. Sumber __________________ seperti rakaman boleh dijadikan sebagai sumber


sejarah.

3. ________________________ menggunakan tiga kaedah utama untuk


mendapatkan maklumat sejarah, iaitu kaedah lisan, kaedah bertulis dan
kaedah arkeologi.

4. _________________________ bermaksud maklumat ringkas diri seseorang


seperti nama, jantina, nama ibu bapa, tarikh lahir dan tempat dilahirkan.

5. Keluarga _____________________ terdiri daripada bapa, ibu dan anak-anak.

6. Keluarga _____________________ terdiri daripada datuk, nenek, ibu, bapa, dan


anak-anak.

Anda mungkin juga menyukai