Anda di halaman 1dari 2

Mohon semua pelajar baca artikel yang bertajuk Myth of Testing dan sila beri respon kepada

soalan-soalan yang dikemukakan dalam forum ini. Soalan-soalan adalah seperti berikut:

1. Sejauhmanakah kebenarannya mitos dan realiti pentaksiran seperti yang dibincangkan dalam

artikel di atas dalam konteks pendidikan di Malaysia?

Dalam artikel yang saya membaca, mereka membincangkan tentang mitos dan realiti tentang

pentaksiran ujian kepada pelajar. Artikal ini merupakan artikal Amerika Syarikat yang

membincangkan tentang 9 mintos dan realiti pentaksiran ujian dalam konteks mereka.

Pertama sekali dalam artikal ini, mereka membincangkan tentang pentaksiran ujian untuk

mengukur kebolehan pelajar dalam pembelajaran mereka dan juga kepada guru yang mengajar.

Dalam pendidikan Malaysia juga pentaksiran ujian amat diperlukan. Seorang guru boleh

melakukan pengajaran dan pembelajaran yang teratur dan baik. Tetapi pengajaran dan

pembelajaran tersebut harus difahami oleh pelajar. Kalau pelajar tersebut tidak memahami

pengajaran dan pembelajaran itu, ia akan memberi kesan yang buruk kepada pelajar tersebut dan

juga guru yang mengajar. Jadi untuk mengenalpasti kefahaman pelajar, guru harus menguji

pelajar dengan ujian. Ujian akan menentukan kebolehan pelajar dan juga keberkesanan

pengajaran guru. Dengan ini guru boleh mengetahui kebolehan pelajar dan boleh membantu

pelajar dalam pembelajaran mereka. Ujian seperti UPSR. PT3, SPM dan STPM amat membantu

pelajar untuk meningkatkan taraf pembelajaran mereka. Ia juga mendorong guru untuk

melahirkan pelajar yang berpendidikan.

Selain itu dalam artikal ini juga mengutarakan pentaksiran ujian memberi kesan negatif

kepada pelajar dari segi pendidikan. Dalam sistem pendidikan Malaysia juga berlaku kesan
negatif pentaksiran ujian ini. Apabila pelajar menduduki ujian, mereka akan mendapat markah

peperiksaan mereka. Dengan ini mereka akan dinilai dan akan dibahagiakan kepada ketogari

pandai dan tidak pandai. Jadi ia akan memberi kesan negatif kepada pelajar yang tidak mendapat

markah yang tinggi. Kadang-kadang ujian tidak boleh menentukan kebolehan mereka. Ia kerana

bukan semua pelajar akan belajar dan membuat ujian dengan baik. Mereka juga akan bosan

dengan ujian. Jadi mereka akan membuat ujian dengan leka sahaja. Jadi apabila mereka

dibahagikan dalam ketogari pandai dan tidak pandai, yang pandai akan menjadi pandai dan juga

yang pandai juga akan menjadi tidak pandai.

2. Apakah pengajaran yang boleh diperolehi daripada perbincangan tentang mitos dan realiti

dalam artikel tersebut?

Pengajaran yang diperolehi dalam perbincangan ini adalah pentaksiran ujian bukannya

semata-mata menentukan kebolehan pelajar. Ia hanya pengukur pembelajaran pelajar. Sebagai

seorang guru, guru yang harus menentukan kebolehan pelajar kerana guru yang sahaja dapat

menilai pengetahuan pelajar dan kebolehan pelajar.

Pentaksiran ujian hanya satu tangga kejayaan pelajar bukanya digunakan untuk

mengetogarikan pelajar dari segi kebolehan. Ini akan memberi kesan yang mendalam kepada

pelajar dan akan memberi perasaan merendah diri dalam pelajar. Selain daripada itu pentaksiran

ujian harus berasaskan kebolehan pelajar tersebut. Bukanya semua pelajar sekolah sama dari

segi pendidikan dan latar belakang. Jadi pentaksiran ujian ini harus dinilai semula.

Anda mungkin juga menyukai