Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG LINDUNGAN

JLN PJS 10/ 11 46150 PETALING JAYA, SELANGOR.

KERTAS KERJA
PROGRAM IHYA RAMADHAN
TAHUN 2016 / 1437H

DISEDIAKAN OLEH:
PN. NURUL HUDA SOFIA BT
ZAWAWI @ MOKHTAR
( SETIAUSAHA PROGRAM IHYA
RAMADHAN)

1.0 TAJUK KERTAS KERJA

PROGRAM IHYA RAMADHAN TAHUN 2016/ 1437H


TARIKH : 13 30 / 05 01/ 07 2016
TEMPAT : DEWAN BUDIMAN SKKL
MASA : PERHIMPUNAN SETIAP PAGI DAN WAKTU REHAT

2.0 PENDAHULUAN

Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh umat untuk
mendapat pahala yang berlipat ganda. Justeru itu, program ini dirancang
dan dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dan
memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari
Allah, serta dapat memberikan penghayatan dan pengajaran dalam bulan
Ramadhan.

Seseorang murid itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk


menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam
kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba daripada
Program Ihya Ramadhan pada tahun ini bakal diaplikasikan oleh mereka
apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

Adalah amat diharapkan supaya program ini dapat berjalan lancar dan membantu
perkembangan murid dalam pelbagai aspek serta mencapai objektif- objektif yang dirancang.

3.0 RASIONAL

Ramai dikalangan murid-murid sekolah kebangsaan Kampung Lindungan


tidak bersekolah agama. Ini menyebabkan pengetahuan agama di
kalangan mereka agak cetek, bahkan ada yang tidak tahu membaca al
quran. Murid-murid juga kurang mengetahui kelebihan-kelebihan bulan-
bulan dalam Islam khasnya bulan ramadhan. Jadi melalui program yang
dirancang ini di harap murid-murid dapat mengetahui, memahami serta
melaksanakan amalan-amalan baik di bulan ramadhan seterusnya dapat
dipraktikkan dalam kehidupan seharian hingga ke akhir hayat.

4.0 MATLAMAT

Untuk melahirkan murid yang seimbang jasmani, emosi, rohani dan


intelek dan sosial selaras dengan Falsafah pendidikan Kebangsaan dan
meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental
setiap individu.

5.0 OBJEKTIF
5.1 Melatih murid untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah sempena
bulan yang penuh keberkatan ini

5.2 Meningkatkan kemahiran murid-murid dalam bacaan surah-surah


muqaddam.
5.3 Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang kebaikan dan
kelebihan bulan ramadhan seperti puasa, solat tarawikh serta
fadhilat bersedekah dan lain-lain.

5.4 Membantu murid-murid yang kurang berkemampuan dan anak-anak


yatim untuk persediaan menyambut hari raya melalui sumbangan
derma guru-guru, ibubapa serta murid-murid.

6.0 JAWATANKUASA PERLAKSANAAN PROGRAM IHYA RAMADHAN

Pengerusi : En. Mohd Misbah bin Ajir


Naib Pengerusi 1 : Pn Shareen bt Md Tahir
Naib Pengerusi 2 : Pn Tan Thiam Leh
Naib Pengerusi 3 : En. Zainal b Tamby Chik
Ketua Panitia : Muhamad NorAzman b. Ishak
Penyelaras : Pn Siti Fridaus bt Abdullah
Setiausaha : Pn Nurul Huda Sofia bt Zawawi @ Mokhtar
Bendahari : Pn Hasmawati bt Adna @ Hassan
Ahli- ahli Jawatankuasa:

6.1 Persiapan tempat dan siaraya

Pn. Nur Hidayati bt Mohd Harmain

6.2 Buku Program


Pn. Fauziana bt Salleh
Pn. Nur Isdawani bt Hassan

6.3 Kawalan Murid

Pn. Norhuda bt Omar


Pn. Hamidah bt Mad Rasat

6.4 Backdrop

Pn. Siti Hajierah bt Omer


Pn. Noor Majdina bt Khalib

6.5 Jurufoto dan dokumentasi

Pn. Nurul Huda Sofia bt Zawawi @ Mokhtar


En. Muhammad Norazman b. Ishak

7.0 BIDANG TUGAS

7.1 Penyelaras program


Mengadakan perbincangan dengan PK Pentadbiran.
Membuat kertas kerja dan mengadakan mesyuarat.

7.2 Setiausaha
Menguruskan makluman mesyuarat dan minit mesyuarat.
-Menguruskan makluman kepada semua murid yang terlibat

7.3 Persiapan Tempat dan Siaraya


- Menyediakan dan menyusun tempat untuk murid.
- Memastikan siaraya berfungsi dengan baik.

7.4 Jurufoto dan Dokumentasi


- Mengambil foto di sepanjang majlis berlangsung untuk
didokumentasikan.

7.5 Buku Program


- Berbincang dengan penyelaras, merangka dan menyediakan buku
program.

8.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid tahun 1 hingga 6 Sekolah Kebangsaan Kampung Lindungan.

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN

BI TARIKH AKTIVITI TINDAK CATATAN


L AN
1. 20. 05. 2016 Perbincangan Penyelar Membuat graf 1
bersama pentadbir as kertas kerja
mengenai Program Program Ihya
Ihya Ramadhan Ramadhan
tahun 2016
2. 23. 05. 2016 Menyerahkan kertas Penyelar Membaiki kertas
kerja untuk diedit as kerja
3. 24. 05. 2016 Menyerahkan kertas Penyelar Lulus / Tidak lulus
kerja untuk as
kelulusan Penasihat
4. 25. 05. 2016 Mesyuarat bersama Penyelar Pengagihan tugas
semua AJK as kepada AJK
pelaksana
5. 26. 05. 2016 Menyediakan Setiausa Lancar / Tidak
pamplet pelancaran ha lancar
Nilam
6. 27. 05. 2016 Taklimat akhir Semua Lancar / Tidak
bersama AJK AJK lancar
pelaksana
7. 13.06 - 01.07. Pelaksanaan Semua Lancar / Tidak
2016 Program Ihya AJK lancar
Ramadhan Tahun
2016
10.0 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM IHYA RAMADHAN

MASA ATURCARA
Perhimpunan pagi
7.0 7.30 pagi - Mengalunkan Asmaulhusna
- Bacaan ayat- ayat al- Quran
- Tazkirah pagi

Waktu rehat - Berselawat, berzikir dan membaca surah-


9.30 10.00 surah lazim
( sesi 1) - Tadarus al- Quran
10.00 10.30
( sesi 2)

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA KUANTITI ANGGARA SUMBER


N JUMLAH

1. Sumbangan kepada 50 orang x RM 500.00 Peruntukan


peserta tadarus AQ RM10 Panitia
2. Majlis khatam AQ RM 300.00
3. Kuiz Ihya Ramadhan 1 x RM300 RM 100.00
100 x
4. Bunting Program RM1.00 RM 120.00
menutup aurat RM 50.00
5. Banner Ihya Ramadhan 3 x RM 40 RM 30.00
6. CD zikir dan surah- surah 1 x RM 50 RM 500.00
lazim 3 x RM 30
7. Sumbangan kurma
ANGGRAN JUMLAH RM
KESELURUHAN : 1600.00

12.0 PENUTUP

Program Ihya Ramadhan merupakan salah satu program wajib yang


dilaksanakan oleh Panitia Pendidikan Islam. Program ini adalah kali
kelapan telah dilaksanakan di sekolah ini. Kami amat berharap agar
program ini mendapat kerjasama dan sokongan yang padu daripada pihak
pentadbir, guru-guru, ibubapa, murid-murid serta masyarakat sekeliling
dalam menjayakan setiap aktiviti yang dirancang. Segala perancangan,
pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang
dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah
S.W.T.
Disediakan oleh,

.
(NURUL HUDA SOFIA BT ZAWAWI @ MOKHTAR)
Setiausaha Program Ihya Ramadhan

Disemak oleh,

.
(MUHAMAD NORAZMAN BIN ISHAK)
Ketua Panitia Pendidikan Islam

Diluluskan oleh,

..
(MOHD MISBAH BIN AJIR)
Guru Besar SKKL

Anda mungkin juga menyukai