Anda di halaman 1dari 1

SKEMA BAHAGIAN 2 UJIAN OGOS KHB TINGKATAN 1

Nombor 1
a)
1. Potong penebat luar wayar tiga teras berpenebat PVC dengan
menggunakan pisau
2. Buang penebat luar dan benang yang tidak diperlukan
3. Buka penutup plag dan longgarkan skru pengapit. Masukkan wayar di
bawah pengapit dan ketatkan semula.
4. Potong wayar yang terlalu panjang untuk mendapatkan pendawaian yang
kemas. Jalurkan ketiga-tiga wayar tersebut dengan menggunakan
penjalur wayar.
5. Pintalkan dan lipatkan hujung teras yang telah dijalur.
6. Masukkan setiap teras mengikut kod warna yang betul dan ketatkan
semula skru.
7. Pasangkan semula penutup plag dan ketatkan.

b) - pastikan tangan sentiasa kering semasa membuat pendawaian


- gunakan alatan tangan yang betul dengan cara yang betul

Nombor 2
a)
1. Sediakan alatan dan bahan yang diperlukan
2. Tapis ketiga-tiga bahan iaitu tanah loam, bahan organik dan pasir sungai
secara berasingan.
3. Sukat isipadu ketiga-tiga bahan mengikut nisbah yang ditetapkan iaitu
2:1:1 dengan menggunakan baldi.
4. Gaulkan ketiga-tiga bahan sehingga sebati
5. Masukkan medium ke dalam bekas semaian sehingga 2.5 cm dari bibir
bekas semaian.
6. Letakkan bekas semaian di tempat yang redup.
7. Bersihkan kawasan kerja, cuci dan kemaskan alatan.
b)
1. Pilih keratan batang yang sihat dan bebas dari penyakit/haiwan perosak.
2. Pilih keratan yang berdiameter 1 1.5 cm.
3. Memotong keratan batang sepanjang 10 -15 cm dengan hujung pangkal
bawah dipotong secara serong.

Anda mungkin juga menyukai