Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬.


‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬.
dan salam sejahtera.

Yang Berusaha,

................................,
Tuan Pengetua Sekolah ...................................
.............................
Penolong Kanan Pentadbiran,.
..............................
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

............................
Penolong Kanan Kokurikulum,

Ketua-ketua Jabatan, Guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Syukur kita ke Hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya kita masih lagi dapat menyedut
udara segar di kelilingi hutan yang menghijau ini.

Bagi memberkati majlis perhimpunan di pagi yang mulia ini, majlis menjemput saudara
_________________ untuk membacakan doa. dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Semoga dengan pembacaan doa tadi akan diperkenankan oleh Allah dan akan memberkati lagi
majlis kita pada hari ini.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput saudara _______________


untuk mengetuai lafaz ikrar pelajar. Dengan ini majlis menjemput…..

Ribuan terima kasih diucapkan kepada saudara ________________.

Seterusnya, majlis menjemput para guru dan rakan pelajar untuk berdiri tegak untuk
menyanyikan lagu NegaraKu, (dengan iringan muzik / tanpa iringan muzik).

Para guru dan pelajar dijemput duduk. Bagi meneruskan lagi majlis kita di pagi yang mulia ini,
majlis menjemput
1- Guru-guru

2- Penolong Kanan Kokurikulum


3- Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

4- Penolong Kanan Pentadbiran

untuk memberikan sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada ________________________


atas ucapan beliau tadi.

Semoga dengan ucapan dan teguran itu tadi dapat kita hayati bersama dan dijadikan sebagai
panduan kepada kita semua.

Tidak sempurna kata tanpa bicara


Tiada sempurna bicara tanpa bahasa
Tiada sempurna perjalanan majlis kita
jikalau tiada ucapan dari Tuan Pengetua.

Dengan ini majlis menjemput Tuan Pengetua, ................ untuk memberi nasihat dan teguran
kepada kita semua. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Jutaan terima kasih majlis ucapkan kepada Tuan Pengetua. Semoga dengan teguran dan nasihat
itu tadi akan kita jadikan panduan dan diamalkan dalam kehidupan kita.

Seterusnya, majlis menjemput para guru dan rakan pelajar untuk berdiri tegak bagi
menghormati dan menyanyikan lagu ibu pertiwiku.

Dengan berakhirnya lagu ibu pertiwiku tadi, maka berakhirlah majlis perhimpunan kita pada hari
ini. Segala yang baik datang daripada Allah swt, manakala yang kurang itu datang dari
kelemahan saya sendiri.

Sekian.

‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬.

Para pelajar diminta tunggu sebentar bagi memberi laluan kepada para guru.

Anda mungkin juga menyukai