Anda di halaman 1dari 5

Kata Tanya

1. ( ) yang terdapat di dalam kotak ini?


2. ( ) budak lelaki itu?
3. ( ) binatang peliharaan Kiki?
4. ( ) nama kamu?
5. ( ) harga baju ini?
6. ( ) datuk datang melawat kami?
7. ( ) kegemaran John?
8. ( ) yang dibeli oleh bapa untuk adik?
9. ( ) ekor itik yang kamu ternak?
10. ( ) yang pandai bermain biola?
11. Buku ini kepunyaan ( )?
12. ( ) yang mendapat tempat pertama dalam
pertandingan menyanyi?
13. ( ) umur kamu sekarang?
14. ( ) kamu akan datang lagi?
15. Pukul ( ) kamu bangun daripada tidur?
16. ( ) harga durian ini?
17. ( ) kamu menangis?
18. ( ) Antony tinggal?
19. ( ) doktor mencabut gigi adik?
20. ( ) biji telur diperlukan untuk membuat
kek?
21. ( ) perlawanan bola sepak itu dibatalkan?
22. ( ) kemalangan itu berlaku?
23. ( ) Pak Kassim tidak bekerja pada hari ini?
24. Sudah ( ) lamakah kamu menunggu di sini?

25. Mengapakah Fadli didenda oleh guru disiplin?


A. Fadli didenda oleh guru disiplin kerana tidak memakai lencana
sekolah.
B. Guru disiplin mendenda Fadli yang tidak memakai lencana sekolah.
C. Guru disiplin memarahi Fadli yang tidak memakai lencana sekolah.
D. Fadli yang tidak memakai lencena didenda oleh guru disiplin
semasa perhimpunan sekolah.

26. Mengapakah kamu memakai baju tebal walaupun sekarang bukan


musim sejuk?
A. Pakaian tebal ini saya pakai pada musim sejuk sahaja.
B. Saya memakai baju tebal kerana kesejukan akibat demam.
C. Saya membeli baju tebal ini sebagai persediaan pada musim sejuk
nanti.
D. Ayah yang pakaikan baju tebal ini untuk saya pada musim sejuk.

27. Adakah kamu akan menyertai rombongan ke Melaka yang


dianjurkan oleh pihak sekolah?
A. Ya, rombongan ke Melaka itu dianjurkan oleh pihak sekolah.
B. Ya, saya akan menyertai rombongan tersebut.
C. Rombongan ke Melaka yang dianjurkan oleh pihak sekolah itu
mendapat sambutan.
D. Rombongan ke Melaka itu pasti akan disertai oleh ramai murid.

28. Siapakah yang mengambil buku di atas meja saya?


A. Buku itu telah saya pulangkan semalam.
B. Sayalah yang mengambil buku di atas meja kamu itu.
C. Buku di atas meja kamu itu telah koyak.
D. Ya, buku yang berada di atas meja kamu itu sudah saya berikan
kepada Amin.
29. Di manakah kejadian banjir besar itu berlaku?
A. Kejadian banjir besar itu telah mengorbankan banyak nyawa.
B. Kejadian banjir besar itu telah berlaku di negeri Kedah dan Perlis.
C. Kejadian banjir besar yang berlaku pada tahun ini sungguh
dahsyat.
D. Kejadian banjir besar itu berlaku pada awal bulan Disember.

30. Bagaimanakah keadaan cuaca di tempat kamu pada hari ini?


A. Cuaca di tempat saya pada hari ini baik sahaja.
B. Hujan dijangka akan turun sekejap lagi di tempat saya.
C. Saya sudah menjangka hujan akan turun pada hari ini.
D. Hujan telah turun dengan lebatnya pada malam tadi.

31. Apakah bahan yang diperlukan untuk membuat kek ini?


A. Bahan yang diperlukan untuk membuat kek ini ialah gandum, telur
dan marjerin sahaja.
B. Kek ini mengambil masa lebih daripada sejam untuk masak.
C. Kek ini sungguh enak jika ditambah kismis dan buah-buahan.
D. Bahan yang digunakan untuk membuat kek ini boleh dibeli di pasar
raya.

32. Alia tidak hadir ke sekolah semalam kerana dia cirit-birit.


A. Apakah yang menyebabkan Alia mengalami cirit-birit?
B. Bilakah Alia mula mengalami cirit-birit?
C. Benarkah Alia tidak hadir ke sekolah semalam?
D. Mengapakah Alia tidak hadir ke sekolah semalam?

33. Buah jambu air itu saya petik semalam kerana sudah masak.
A. Adakah buah jambu air itu kamu petik semalam?
B. Berapa bijikah buah jambu air yang kamu petik semalam?
C. Mengapakah kamu memetik buah jambu air itu semalam?
D. Di manakah kamu simpan buah jambu air yang sudah dipetik?

34. Saya tidak mahu campur tangan dalam urusan keluarganya.


A. Adakah kamu tahu apa-apa tentang keluarganya?
B. Bagaimanakah keadaan keluarganya sekarang?
C. Mengapakah kamu tidak cuba menasihatinya?
D. Siapakah yang boleh memberikan nasihat kepada keluarganya?

35. Mak Minah berasa bimbang kerana anak gadisnya belum pulang
walaupun hari sudah jauh malam.
A. Siapakah yang belum pulang walaupun hari sudah jauh malam?
B. Mengapakah anak gadis Mak Minah belum pulang walaupun hari
sudah jauh malam?
C. Mengapakah Mak Minah berasa bimbang?
D. Apakah tindakan Mak Minah terhadap anak gadisnya?
36. Pak Cik Amin singgah di kedai runcit untuk membeli setin susu dan
sekampit beras.
A. Adakah Pak Cik Amin singgah di kedai runcit?
B. Apakah tujuan Pak Cik Amin singgah di kedai runcit itu?
C. Berapakah harga setin susu dan sekampit beras yang dibeli oleh
Pak Cik Amin?
D. Siapakah yang sampai di kedai runcit untuk membeli setin susu
dan sekampit beras?

37. Asmalah yang menemani nenek ke hospital semalam.


A. Ke manakah Asma dan nenek pergi semalam?
B. Bilakah Asma dan nenek pergi ke hospital?
C. Siapakah yang menemani nenek ke hospital semalam?
D. Mengapakah Asma menemani nenek ke hospital semalam?

38. Mak Limah tergesa-gesa hendak pulang ke rumah kerana anaknya


sakit.
A. Bilakah Mak Limah tergesa-gesa hendak pulang ke rumah?
B. Mak Limah tergesa-gesa pulang ke rumah dengan siapa tadi?
C. Mengapakah Mak Limah tergesa-gesa hendak pulang ke rumah?
D. Benarkah Mak Limah tergesa-gesa hendak pulang ke rumah?

39. Saya lebih suka menggunakan pensel kerana mudah untuk


memadamkan mana-mana jawapan yang salah.
A. Bagaimanakah caranya untuk memadamkan jawapan yang salah
dengan mudah?
B. Berapakah harga pensel yang kamu gunakan ini?
C. Apakah jenis pensel yang selalu kamu gunakan untuk menjawab
soalan?
D. Mengapakah kamu lebih suka menggunakan pensel untuk menjawab
soalan latihan itu?