Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum,,

Berdasarkan objektif pembelajaran dan aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru semasa
proses PdP tingkatan 3 Batani, objektif dan aktiviti yang dirancang oleh guru sangat tidak sesuai. Ini
kerana melalui objektif ini,dapat dilihat guru menggunakkan kaedah pemusatan. Kaedah pemusatan
yang dilaksanakan adalah sebarang aktiviti adalah berpusatkan guru semata-mata.

Di dalam aktiviti yang dijalankan pelajar hanya diberi arahan dan tidak diberikan peluang untuk
mengutarakan idea mereka sendiri berdasarkan persoalan yang bermain di minda mereka. Persoalan
yang melibatkan perkembangan otak para pelajar akan terbantut. Guru hanya menayangkan video
dan memberi sedikit penerangan, menyebabkan murid juga boleh hilang tumpuan .Komunikasi dua
hala membantu pelajar untuk menjana idea-idea mengenai pengetahuan berkaitan komunis di Tanah
Melayu.

Seterusnya, objektif pembelajaran dan aktiviti yang dirancang oleh guru dalam kelas 5 Zarqali pula
sangat sesuai. Hal ini kerana berdasarkan objektif pengajaran guru ini telah menggunakan kaedah
pembelajaran 3 hala iaitu secara penerangan,perbincangan dan penyoalan. Murid dapat
memperkembangkan pengetahuan, idea yang sedia ada seterusnya mendapatkan input yang banyak
serta, aktif dalam menggunakkan (KB) Kemahiran Berfikir.

Sekian Terima Kasih

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Objektif Rancangan Pengajaran Harian (RPH) 1 yang disediakan oleh guru dalam kelas 3 Batani
lebih menjurus kepada aktiviti sehala iaitu guru sebagai pihak yang berusaha keras untuk
menyampaikan dan memberi maklumat manakala pelajar hanya mendengar arahan serta tidak
memberi tindak balas sepenuhnya selain dari menulis isi penting dan maklumat. Kaedah ini dapat
dilihat bahawa ianya hanya berpusatkan guru sahaja. Pelajar hanya memberi tumpuan terhadap
penerangan guru tanpa diberi arahan untuk mengulas topik yang disampaikan oleh guru. Hal ini
menyebabkan kurangnya elemen komunikasi antara guru dan pelajar di mana pengetahuan pelajar
itu hanya tertumpu kepada bentuk dan fungsi sesuatu maklumat. Aktiviti penulisan pelajar hanyalah
berdasarkan bahan lisan dan bacaan yang diperoleh dari tenaga pengajar iaitu guru dan buku teks
yang merupakan bahan bacaan. Oleh itu, kaedah ini menghadkan kebebasan berfikir sehingga
pelajar hanya menumpukan kepada buku teks semata-mata tanpa berfikir menggunakan pendapat
dan daya fikir yang tinggi. Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan
pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi kelas 5 Zarqali pula amat sesuai digunakan oleh guru
apabila objektif pembelajaran dan aktiviti melibatkan komunikasi dua hala antara guru dan pelajar.
Kaedah ini dapat dilihat bahawa ianya berpusatkan guru dan murid. Hal ini dapat dilihat apabila
pelajar diberi kebebasan untuk memberi pendapat masing-masing dan dalam masa yang sama, guru
memberi penerangan, pertanyaan, penyoalan serta perbincangan. Pertanyaan yang diberikan oleh
guru adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk berfikir secara kritis dengan
berpandukan bahan bantu mengajar. Hal ini menjadikan pelajar lebih berdaya saing dan mampu
berfikir pada aras tinggi tanpa bergantung kepada penerangan guru semata-mata. Pelajar juga diberi
peluang untuk menanyakan soalan kepada guru sekiranya mereka tidak faham tentang tajuk
pembelajaran pada hari tersebut. Kaedah ini dilihat mampu membangkitkan semangat dan motivasi
para pelajar apabila ia mengiktiraf kemahiran berfikir secara kritis dan menghargai idea dan
pandangan daripada pihak pelajar.

Sekian.