Anda di halaman 1dari 4

Definisi

Tekanan merupakan satu pengalaman yang lumrah dalam kehidupan manusia.


tekanan sebagai kebangkitan minda dan badan seseorang dalam bertindakbals kepada
permintaan terhadap dirinya.
tekanan sebagai permintaan yang dibuat ke atas keupayaan penyesuaian minda dan
badan
Stres diambil daripada perkataan Greek iaitu Stringere yang bermaksud ketat atau
tegang
satu keadaan emosi yang kompleks dan satu reaksi fisiologi dan psikologi yang
berlaku pada seseorang apabila ia bertindak balas kepada faktor-faktor luaran di
persekitaran seperti keadaan tempat kerja, sikap rakan, hubungan dengan subordinat
dan tekanan kerja.
Faktor-Faktor yang Menyebabkan sress dikalangan Guru
Faktor Salah Laku murid

faktor utama yang menyebabkan guru menghadapi tekanan di sekolah. Sikap biadap
atau tidak menghormati dan menghargai guru ketika guru sedang mengajar seperti
membuat bising, berbual-bual, tidak membuat latihan yang diberikan selain keluar kelas
tanpa kebenaran guru yang sedang mengajar. Bagi pelajar-pelajar yang suka ponteng
kelas bagi mata pelajaran yang diajar oleh guru itu juga telah menyebabkan tekanan
emosi kepada guru tersebut. Ini adalah kerana tindakan pelajar yang sebeginilah telah
menyebabkan prestasi sesuatu mata pelajaran itu merosot dan ini juga memberi suatu
tekanan kepada guru-guru di sekolah.

Faktor Beban Tugas


Kebanyakan guru berasa tertekan apabila mereka diberikan tugas-tugas lain yang
banyak selain daripada mengajar. Selain itu, pengagihan tugas yang tidak saksama dan
seimbang dalam kalangan guru juga telah menimbulkan rasa kurang puas hati dalam
kalangan guru. Guru yang memegang jawatan penting seharusnya tidak diberikan jadual
waktu yang padat, sama seperti guru-guru lain. Sebagai cadangan guru disiplin tidak
seharusnya diberikan waktu mengajar yang padat kerana guru ini berperanan
membantu pihak sekolah menangani masalah disiplin murid sepanjang masa
persekolahan. Jika perkara ini dibiarkan tentunya guru ini akan berasa tertekan
disebabkan beban tugas mengajar dan tugas mengawal disiplin murid di sekolah.

Faktor Kekangan Masa dan Sumber

Faktor kekangan masa dan sumber seperti mengadakan ujian bulanan yang terlalu
kerap telah menyebabkan guru-guru tidak berkesempatan untuk menghabiskan sukatan
pelajaran kerana masa yang terlalu singkat. Guru itu juga harus memeriksa kertas
jawapan pelajar dan membuat analisis keputusan ujian tersebut. Namun begitu, apabila
terlalu rapat masa ujian tersebut, maka guru itu akan berasa tertekan kerana tugas
menyemak kertas baru sahaja selesai dilakukan.

Faktor Kekurangan Sumber


Kekurangan sumber seperti kekurangan bilik darjah, kekurangan makmal komputer,
komputer dan perisiannya merupakan faktor penting kepada guru-guru yang
memerlukan peralatan tersebut untuk pengajaran. Tambahan pula mata pelajaran
yang diajarnya itu memang berkaitan dengan alat-alat tersebut. Sekiranya
kekurangan sumber ini berlaku, ianya akan menyebabkan guru-guru menjadi kurang
bersemangat dan tertekan kerana ia boleh menjejaskan kualiti pengajarannya.

Faktor Hubungan Interpersonel

Faktor hubungan interpersonel ini kerap berlaku di antara guru-guru biasa dengan
pihak pentadbir sekolah seperti ketua-ketua panitia mata pelajaran, ketua-ketua
bidang mata pelajaran, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid, Penolong Kanan Pentadbiran malah dengan Pengetua sekolah. Hubungan
yang kurang baik di antara guru biasa juga berlaku. Wujudnya jurang komunikasi di
antara guru lama dengan guru baru dan kurangnya rasa hormat menghormati dalam
kalangan guru ketika menjalankan tugas. Terdapat juga sebilangan guru yang suka
mencampuradukkan urusan peribadi dengan tugas di sekolah yang boleh
menjejaskan hubungan dalam kalangan guru-guru.

CARA MENANGANI STRESS


1.KEMAHIRAN SOSIAL
1. Hubungan interpersonal yang baik juga perlu bagi guru antaranya berkongsi
masalah dengan rakan sekerja, rakan sekerja sentiasa memberi kerjasama dan
sentiasa mendapat galakan daripada pentadbir atau pengetua.
2. KENALI DIRI DAN KEBOLEHAN
Seseorang guru perlu mengenali diri dan emosinya terlebih dahulu sebelum
mencapai matlamat dan tujuan hidup cemerlang. Apabila keperluan emosi dapat
dikenal pasti maka seseorang guru boleh menangani stress dengan cara yang lebih
positif.
3. TERAPI FIZIKAL
Stress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang guru harus
tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress terutamanya menjelang peperiksaan
pelajar, tugasan perkeranian yang bayak, pertukaran pentadbiran di sekolah dan
sebagainya.. Pengetahuan dalam senaman releksasi sebagai rutin setiap hari selama
20 hingga 30 minit boleh membantu guru menangani stress. Pengurusan diri dan emosi
yang stabil dapat membina kendiri yang cemerlang yang boleh memberi impak positif
terhadap budaya kerja cemerlang guru.
4.JELAS MATLAMAT & PERANAN.
Sebagai guru sewajarnya tahu tentang sejauh dan sedalam mana peranan dan
tanggungjawabnya dalam organisasi sekolah dan pendidikan itu sendiri. Tugasan yang
dilaksanakan tidak perlu melangkaui tahap kebolehan dan jawatannya. Ilmu dan amalan
pedagoginya mencakupi apa yang disarankan oleh pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia.
5. PENGURUSAN MASA
Dalam apa jua lapangan pengurusan masa amat penting, guru perlu membuat satu
plan tindakan tentang program utama dan program sokongan di sekolah. Beri
keutamaan kepada perkara yang penting.. Tindakan yang bijaksana akan
menghasilkan kerja yang berkesan dan tiada gangguan emosi. Guru boleh membina
jadual kerja , agihan masa, snarai kerja ikut keutamaan, membentuk disiplin diri ,
membuat semakan semula kerja dan membuat penilaian kendiri terhadap kerja yang
ditugaskan agar segalanya dilaksanakan dengan baik.

6. LAKUKAN PERUBAHAN
Perubahan sistem pendidikan selaras dengan kemajuan teknologi abad 21 ini. Guru
juga perlu bertindak agar tidak ketinggalan dengan era kemajuan dunia khususnya
dalam arena pendidikan. Guru yang cemerlang sentiasa bersikap optimis , punya
kognitif yang positif, menganggap perubahan pendidikan dan dunia hari ini adalah
sangat baik untuk generasi.

7. FAKTOR KEAGAMAAN

Guru di negara ini terdiri daripada pelbagai agama. setiap agama yang dianuti ada
amalan tersendiri dalam menbentuk jiwa dan emosi yang stabil . Menyentuh dalam
ajaran cara yang terbaik dalam menangani stres ialah dengan mendekatkan diri
kepada Tuhan

8. MAKANAN SEIMBANG.

Amalan pemakanan seimbang juga dapat membantu emosi yang sempurna. Guru
perlu menikmati makanan yang berkhasiat yang membantu kecergasan fizikal dan
mental.

IMPLIKASI TERHADAP PENDIDIKAN NEGARA

1. membawa pelbagai kesan buruk kepada murid.

-Apabila guru mengalami stress, guru akan cenderung untuk melepaskan


tekanan tersebut terhadap muridnya semasa mengajar. Misalnya jika murid
melakukan kesilapan seperti tidak menyiapkan kerja sekolah, gagal menjawab
soalan yang dikemukakan guru dan kurang tumpuan semasa di kelas akan
menyebabkan guru naik angin dan menghukum murid dengan cara yang tidak
sepatutnya.
2. penurunan kualiti kerja dan keinginan meninggalkan pekerjaan
- stres yang dihadapi oleh seseorang guru juga boleh membawa kesan kepada budaya
sekolah. Setiap sekolah mempunyai budaya dan cara pentadbirannya yang tersendiri
3. mempengaruhi prestasi diri dan kerjanya malahan turut memberi kesan terhadap rakan
sejawatnya
-Lambakan kerja yang dihadapi oleh seseorang guru akan menyebabkan dirinya mengalami
tekanan dan pada akhirnya banyak kerja yang sentiasa tertangguh. Kerja-kerja yang tertangguh
tersebut akan mempengaruhi tugasan-tugasan rakan sejawatnya yang lain kerana rakan
sejawatnya yang lain mungkin terpaksa mengambil alih tugas tersebut.

http://duniaparasarjana.blogspot.my/2012/02/stres-dalam-kalangan-guru-sekolah.html