Anda di halaman 1dari 1

18 Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Oleh Para Usahawan

1. Tidak mengenalpasti dan jelas bidang utama. Akhirnya melakukan semua model
bisnes tanpa sebarang kejayaan.
2. Semua kerja dilakukan sendiri tanpa mahu delegate (upah, outsource, guna khidmat
orang lain).
3. Menangguhkan kerja.
4. Tidak meluangkan masa untuk membaca buku.
5. Melakukan kerja separuh jalan (melompat dari satu idea kepada idea yang lain).
6. Tidak memperbanyakkan sumber pendapatan. Amat bahaya jika bergantung kepada
satu sumber sahaja. Namun pada peringkat permulaan, mulakan dengan satu
dahulu.
7. Tiada matlamat, tujuan, visi dan misi perniagaan yang jelas.
8. Tidak mengikut perancangan yang telah dilakukan, sebaliknya terus menerus
melakukan kerja tanpa disiplin.
9. Mudah mengambil peluang yang tidak penting untuk perniagaan.
10. Terlalu banyak merancang, tetapi tidak bertindak atau melaksanakan perancangan
tersebut.
11. Banyak duit keluar berbanding duit masuk. Tanpa dana (wang), bisnes sukar untuk
bergerak ke hadapan.
12. Berbelanja kepada perkara yang tidak penting untuk bisnes.
13. Terlalu banyak sesi lepak bersama para usahawan untuk borak-borak kosong.
Melainkan jika bisnes sudah berjalan automatik atau separa automatik, dan sudah
menghasilkan pendapatan, tidak salah untuk melakukan kerja secara santai. Tetapi
jangan berlebih-lebihan kerana kita tetap perlu bekerja kuat.
14. Terlalu fokus kepada masalah berbanding memikirkan penyelesaian. Jika sesuatu
usaha tidak berhasil, fikirkan apakah penyelesaian yang boleh dilakukan.
15. Tidak menguasai kemahiran berkata TIDAK kepada permintaan atau peluang yang
tidak penting untuk bisnes.
16. Menambah-nambah maklumat sehingga mengalami limpahan maklumat yang
terlampau. Ini menyebabkan usaha atau tindakan akan terbantut.
17. Banyak menghabiskan masa kepada perkara-perkara yang kurang produktif
walaupun kerja-kerja yang lebih penting belum siap.
18. Mudah lemah semangat apabila melihat kejayaan orang lain yang lebih hebat. Itu
adalah rezeki mereka dan kita perlulah berusaha untuk membina kejayaan kita
sendiri.

Anda mungkin juga menyukai