Anda di halaman 1dari 4

Budak yang nakal (Gambar)

Li Hai seorang budak yang nakal. Pada suatu hari,


dia bermain bola di taman yang berhampiran dengan
rumahnya. Dia bermain dengan gembira.

Tiba-tiba, dia tersepak bola ke arah sebatang


pokok yang rendang. Dia berlari ke pokok itu untuk
mengutip bolanya. Dia ternampak sebuah sarang
burung pada celah dahan pokok itu.

Tanpa membuang masa, dia memanjat ke atas


pokok untuk mengambil anak burung. Tiba-tiba, dia
terpijak sebatang dahan pokok yang reput lalu terjatuh
ke atas tanah. Dia menangis sambil menjerit kesakitan.

Li Hai dihantar ke hospital oleh ibunya. Kakinya


telah patah. Dia terpaksa dirawat di hospital selama
seminggu.

Li Hai dimarahi oleh ibu bapanya. Dia berasa


menyesal terhadap perbuatannya. Dia berjanji
dengan ibu bapanya supaya tidak nakal lagi.
Hari Sukan (Gambar)

Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Foon Yew Li telah


mengadakan Hari Sukan ke-15. Padang sekolah dihiasi
dengan panji-panji yang berwarna-warni. Terdapat
beberapa khemah didirikan di padang sekolah.

Suasana pada Hari Sukan sangat meriah. Banyak ibu


bapa juga hadir datang beramai-ramai ke sekolah untuk
menyaksikan acara sukan. Mereka duduk di tempat yang
disediakan.

Hari Sukan dimulakan dengan perbarisan rumah


sukan. Guru Besar menyampaikan ucapan di atas pentas.
Setrusnya, pengerusi PIBG telah dijemput untuk
merasmikan Hari Sukan.

Pada pukul 8 pagi, acara sukan telah bermula. Banyak


acara sukan telah dipertandingkan seperti lumba lari,
lompat tinggi dan lain-lain lagi. Peserta yang mengambil
bahagian dalam setiap acara bermain dengan bersungguh-
sungguh supaya menang dalam pertandingan. Acara
sukaneka seperti tarik tali dan lari dalam guni juga
diadakan. Acara ini terbuka kepada ibu bapa dan guru
untuk mengerat hubungan antara ibu bapa dan guru.

Upacara penyampaian hadiah diadakan setelah acara


sukan telah tamat. Guru Besar menyampaikan hadiah
kepada para pemenang dan mengucapkan tahniah kepada
mereka. Rumah Merah telah menjadi juara keseluruhan
pada tahun 2016. Guru-guru mengambil gambar dengan
kamera sebagai kenangan. Hari Sukan bersurai pada pukul
12:30 tengah hari.

Hari Sukan

Pada 26 Julai yang lalu, sekolah saya telah


mengadakan Hari Sukan di padang sekolah yang luas.
Hari Sukan bermula pada pukul 7 pagi, ibu bapa dan
bekas murid juga datang beramai-ramai ke sekolah
untuk menyaksikan acara sukan. Mereka duduk di
tempat yang disediakan untuk menyaksikan acara
sukan.

Hari Sukan dimulakan dengan perbarisan rumah


sukan. Seterusnya, pengerusi PIBG telah dijemput
untuk merasmikan Hari Sukan. Beliau menasihati
semua murid supaya aktif dalam sukan dan
menggalakkan peserta supaya bersemangat
kesukanan.

Kira-kira pukul 8 pagi, acara sukan telah bermula.


Banyak acara telah dipertandingkan seperti lumba lari,
tarik tali, lumba lari berpagar dan lain-lain lagi. Semua
peserta berlari dengan pantas menuju ke garisan
penamat untuk menang dalam pertandingan.
Upacara penyampaian hadiah diadakan setelah acara
sukan telah tamat. Guru Besar menyampaikan hadiah
kepada para pemenang dan mengucapkan tahniah kepada
mereka. Rumah Merah telah menjadi juara keseluruhan
pada tahun 2016. Guru-guru mengambil gambar dengan
kamera sebagai kenangan.

Hari Sukan tamat tepat pada pukul 1:00 petang.


Murid-murid dan guru-guru membersihkan padang sebelum
pulang. Semua pihak berasa gembira dan berharap Hari
Sukan akan diadakan pada tahun hadapan.

Anda mungkin juga menyukai