Anda di halaman 1dari 3

CARA-CARA MENJAGA KEBERSIHAN SEKOLAH

Kebersihan bermaksud terhidar daripada sebarang kekotoran. Kebersihan dalam


kehidupan seharian ialah menjaga kebersihan fizikal termasuk kebersihan diri.
Persoalannya, sebagai seorang pelajar sekolah, bagaimanakah kita menjaga
kebersihan sekolah?

Selain kebersihan fizikal diri kita, kita perlulah mempunyai rasa


bertanggungjawab terhadap kebersihan sekolah. Contohnya kita sebagai pelajar,
melihat kekotoran atau sampah merata-rata. Adakah kita akan membiarkannya?
Sebagai seorang pelajar hendaklah kita ringankan tulang untuk mengutip dan
membersihkannya. Hal ini kerana, apabila sekolah bersih hati kita pun senang
dan seronok untuk belajar. Keadaan yang bersih menjamin keselesaan kepada
semua.

Kesimpulannya, kebersihan itu amat penting dalam kehidupan seharian kerana


kebersihan merupakan cabang iman. Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga
kebersihan kerana kebersihan lambang ketamadunan seseorang.

CARA-CARA MENJAGA KESELAMATAN DIRI DI ATAS JALAN RAYA

Negara kita Malaysia mempunyai sistem perhubungan jalan raya yang sangat
baik. Namun, kadar kemalangan jalan raya di negara kita tidak setanding dengan
kemudahan infastruktur yang ada di negara kita. Mengapa ini terjadi??
Persoalannya bagaimanakah cara-cara kita menjaga keselamtan diri di atas jalan
raya??

Sebagai seorang pengguna, kita seharusnya sentiasa mematuhi peraturan yang


telah ditetapkan. Antaranya memandu mengikut had laju yang ditetapkan,
memakai tali pinggang keledar, mematuhi lampu isyarat, memandu di lorong
yang betul dan banyak lagi. Jika semua pengguna mematuhi pertauran yang
ditetapkan, maka keselamatan di jalan raya sudah pasti dapat ditingkatkan.

Selain itu, para pengguna jalan raya patut mengamalkan sikap bertolak-ansur,
saling menghormati antara satu sama lain dan berhemah ketika memandu. Sikap
ini akan sentiasa diaplikasikan pengguna ketika di jalan raya, pasti tahap
keselamatan dapat dipelihara malahan nyawa dapat diselamatkan.

Kesimpulannya, keselamatan di jalan raya adalah menjadi tanggungjawab


bersama baik pejalan kaki, penunggang basikal mahupun pemandu kenderaan.
Keselamatan semua pengguna bergantung kepada keperihatian dan komitmen
tinggi para pengguna. Oleh itu, berhati-hati di jalan raya, nyawa pengguna di
tangan kita. Sekian, terima kasih.

FAEDAH MEMBACA
Berapa ramai di antara kita yang suka membaca? Kenapa membaca penting
kepada setiap orang? Ilmuan menyatakan membaca itu jambatan ilmu. Begitulah
rangkai kata yang sering kita dengar Maksudnya jika kita selalu membaca
pelbagai jenis buku ilmiah, hasilnya kita akan memperoleh ilmu pengetahuan
yang luas. Tanpa perlu bergerak ke serata dunia hanya untuk mengetahui
maklumat tentang sesuatu tempat. Apabila kta banyak membaca kita mendapat
maklumat tentang sesuatu yang baharu tidak kira maklumat terdahulu, semasa
mahupun terkini. Membaca umpama tiang ilmu. Sekiranya kita tidak tahu
membaca maka kita boleh diumpamakan sebagai si tua yang kehilangan
tongkat.

Kesimpulannya, amalan membaca memberi impak yang positif kepada kita. Oleh
itu marilah kita menanam dan memupuk sikap rajin membaca supaya hidup kita
tidak ketinggalan dek arus semasa.

FAEDAH MENYERTAI KOKURIKULUM

Kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang disertai oleh para pelajar di luar
bilik darjah dan di luar waktu persekolahan. Antara aktiviti kokurikulum adalah
aktiviti dalam sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta menyertai
kegiatan unit beruniform.

Kegiatan kokurikulum sangat penting kepada para pelajar. Antara faedah adalah
kegiatan kokurikulum dapat menanam nilai-nilai murni dalam diri pelajar
termasuk saling bekerjasama, melahirkan rasa 1 Malaysia terutama bagi
kegiatan berbilang kaum, belajar berdikari malahan memupuk keberanian
melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan. Selain itu, para pelajar juga akan sentiasa
berwawasan tinggi, berdaya saing malahan cergas dan cerdas sepanjang masa.

Di samping itu, melalui kegiatan kokurikulum para pelajar dapat memanafaatkan


masa senggangnya dengan melakukan kegiatan berfaedah termasuk bermain,
berkhemah, berekspedisi, berkayak dan lain-lain. Ini membantu mereka daripada
terjebak dalam kegiatan tidak bermoral dan bercampur dengan individu yang
rendah akhlak.

Kesimpulannya, kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan yang sangat baik


terutama kepada para pelajar yang sentiasa berwawasan dan bercita-cita tinggi.
Bak kata orang; kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Kalau
tidak sertai kokurikulum, manakan tahu nilai faedahnya.

Sekian, terima kasih.

CARA-CARA MENGHORMATI GURU

Guru ialah insan mulia yang mendidik anak didiknya dengan ilmu dunia
dan ilmu akhirat. Seorang pelajar, hendaklah kita menghargai insan yang
bernama GURU. Tanpa guru gelaplah hidup seorang pelajar. Berjayanya
seseorang itu adalah hasil keberkatan ilmu dari guru. Tanpa guru pada hari
ini, maka tiadalah arkitek, professor, doktor mahupun kerjaya-kerjaya lain.
Guru perlulah dihormati. Kita haruslah menghormati guru yang menggalas
tanggungjawab sebagai ibu bapa kedua kita di sekolah. Antara cara-cara
kita menghargai dan menghormati guru adalah; menyapa dengan
memberi salam apabila bertemu guru. Cukuplah dengan kata-kata indah
ASSALAMUALIKUM CIKGU ATAUPUN SALAM SEJAHTERA CIKGU
Seterusnya, sebagai pelajar kita hendaklah patuh pada arahan guru dan
melakukan tugsan yang telah diberikan. Selain itu, Kita juga boleh
membantu guru dengan mengangkat barang ke bilik guru.

Anda mungkin juga menyukai