Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

KLINIK KEMAHIRAN DAN UNDANG-UNDANG HOKI


KELOLAAN KELAB HOKI
SK TEMBANGU 6

TARIKH : 20 JULAI 2016


HARI : RABU
MASA : 12.30 2.30 PETANG
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER

UNTUK PERHATIAN DAN KELULUSAN


TUAN GURU BESAR SK TEMBANGAU 6
1. Tajuk Kertas Kerja:
Klinik Kemahiran dan Undang-undang Hoki Kelolaan Kelab Hoki SK LKTP Tembangau
6

2. Objektif:
2.1 Melengkapkan peserta kursus dengan pengetahuan, kemahiran dan teknik-
teknik dalam permainan hoki .
2.2 Melengkapkan peserta kursus dengan peraturan dan undang-undang hoki.
2.3 Memupuk semangat bekerjasama dan mengamalkan semangat persaingan
yang sihat.
2.4 Melahirkan bakal-bakal pemimpin yang berkebolehan dalam segala bidang
terutamanya kepemimpinan dan pengurusan kumpulan.
2.5 Memupuk dan menghayati nilai-nilai murni serta sikap positif berterusan melalui
penglibatan aktif dalam aktiviti Kokurikulum Permainan.

3. Tarikh, Masa dan Tempat :


Tarikh : 20 Julai 2016
Masa : 12:30 tengah hari 2.30 petang
Tempat : Makmal komputer dan Padang Hoki Sekolah

4. Sasaran:
4.1 Pasukan Kelab Hoki SK Tembangau 6 dan murid tahun 3,4,5 dan 6
4.2 Jumlah pelajar 20 orang

5. Instruktor:
5.1 Hairuk Saufe Sk LKTP Tembangau 6
Jurulatih Kelab Hoki Sk Tembangu 6
Pemain Pasukan Hoki PSKPP Daerah Bera
6. Anggaran Perbelanjaan:

6.1 Bahan kursus bercetak 4 rim x RM10 RM 40.00

Jumlah RM 40.00

7. Jawatankuasa :

1. En. Hairul Saufe dan En Shafiq - Pendaftaran Pelajar dan


ceramah
2. En. Ahmed dan En. Alif Hakimi - Jamuan dan peralatan
3. Pn. Liahisma dan Pn. Nik Haslinda- Cendera hati dan sijil

8. Jadual / Atur Cara Kursus

Tarikh : 20 Julai 2016 ( Rabu )

12.30 : Teori jenis-jenis hantaran dalam hoki


- Hantaran Slap
- Hantaran Hit
- Hantaran Flick
: Teori Peraturan-peraturan dan undang-undang hoki
1.30 : Praktikal Strategi Permainan
- Strategi serang balas
- Merentas halangan organisasi
2.30 : Bersurai
9. Penutup:

Dengan terlaksananya kursus ini diharap pelajar dapat memperoleh pengetahuan dan
kemahiran dalam aspek kemahiran dan undang-undang sukan hoki agar menjadi
pemain yang berimu dan berkemahiran.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

______________________ __________________
( Hairul Saufe Bin Jaini ) ( Anizan A/K A.Daud )
Guru Penasihat PK Kokurikulum
Kelab Hoki Sk Tembangau 6 Sk Tembangau 6

Diluluskan oleh:

______________________
( Abu Bakar Bin Ibrahim )
Guru Besar
Sk Tembangau 6