Anda di halaman 1dari 12

(a)Tema dalam novel Tirani ialah kecantikan fizikal bersifat sementara tetapi

ilmu yang dimiliki seseorang dapat melindungi kelemahan diri.

Bukti pertama Waheeda sering melayari laman sesawang tentang kecantikan diri
seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obses dengan
kecantikan.

Bukti kedua ialah bagi menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit
monyet melakukan pembedahan semula wajahnya dengan memasang hidung palsu
menjadikannya hidungnya mancung dan cantik. Dengan kejayaannya menjadi cantik
datang jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya dalam bidang pelancongan. Waheeda
telah dipilih memasuki pertandingan Ratu Cantik Miss Tourisme International dan
Waheeda telah memenanginya.

Bukti ketiga ialah cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga
jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu berpunca daripada
wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa
cemburu oleh Zahid.

(b) Huraikan tiga persoalan dalam novel Tirani.

Persoalan pertama dalam novel Tirani ialah kasih sayang seorang ibu kepada
anaknya.Bukti pertama ialah Raidah,ibu Waheeda sentiasa bersama-sama Waheeda
semasa menjalani pembedahan hidungnya yang pesek dan matanya yang sepet. Bukti
kedua ialah Raidah tidak jemu memujuk Waheeda ketika anaknya itu balik dari sekolah
dengan marah-marah kerana diejek oleh rakan-rakannya.Bukti ketiga ialah Raidah
sentiasa mengambil berat terhadap anaknya Waheeda dengan bertanyakan hal Waheeda
ketika pulang dari sekolah dan menjahit kain Waheeda yang terkoyak.

Persoalan kedua ialah persahabatan antara dua sahabat.Bukti pertama ialah Bazilah
menyediakan sebuah bilik untuk Waheeda di rumah kepunyaan pak ciknya ketika
Waheeda ingin menjalani pembedahan di Silicon Medical Centre,Singapura.Bukti kedua
ialah Bazilah menemani Waheeda ketika hari pembedahan di Singapura. Selain itu, Aiman
setia mendengar keluhan dan rintihan Zahid menceritakan kisah hidupnya yang sebelum
ini curiga terhadap kesetiaan isterinya.

Persoalan ketiga ialah kecantikan merupakan perkara yang menjadi keutamaan wanita.
Sebagai contoh, Waheeda melayari laman sesawang tentang kecantikan diri seorang
wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obses dengan kecantikan.
Kedua,Waheeda telah dipilih memasuki pertandingan Ratu Cantik Miss Tourisme
International dan Waheeda telah memenanginya. Ketiga, Zahid tidak dapat menerima
anaknya, Izzati kerana tidak mempunyai rupa paras yang sama cantik dengan mereka.

Persoalan kegigihan seorang wanita dalam menempuh berbagai-bagai cabaran


dalam kehidupannya. Buktinya ialah Waheeda gigih berusaha untuk memajukan Chalet
Tajau Emas dengan menyediakan pakej pelancongan walaupun menerima saingan yang
sengit daripada pengusaha chalet yang lain. Bukti yang kedua ialah Waheeda gigih
membuat persiapan diri dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan Keterampilan
diri untuk menghadiri temu duga pegawai perhubungan di Flamingo Resort , Singapura.
Bukti ketiga, Waheeda gigih berhadapan dengan sikap prejudis rakannya Bazilah yang
mencemburui hubungan baiknya dengan tunangannya sendiri, Dr. Zahari.

1
(c) Huraikan perwatakan utama yang terdapat dalam novel Tirani.

Watak utama dalam novel Tirani ialah Waheeda. Ibunya bernama Raidah dan
mempunyai seorang abang yang bernama Ghazi.

Perwatakan utamanya ialah Seorang yang gigih berusaha. Buktinya Waheeda gigih
berusaha bersama-sama keluarganya untuk mengusahakan perusahaan inap desa di
Bukit Tajau Emas Matang Sarawak. Bukti yang kedua ialah Waheeda gigih membuat
persiapan diri dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan Keterampilan diri untuk
menghadiri temu duga pegawai perhubungan di Flamingo Resort , Singapura.Bukti yang
ketiga ialah Waheda gigih menerima tugas yang agak berat daripada Halloway untuk
acara di Flamingo Resort sebaik sahaja menjadi juara dalam pertandingan Ratu Cantik
Pelancongan Antarabangsa.

Perwatakan kedua ialah seorang yang tabah menghadapi cabaran.Misalnya, Waheeda


tabah menerima kata-kata kesat daripada Zahid walaupun dia sedang mengandung
seperti menuduh bahawa Waheeda curang dengan lelaki lain. Waheeda meminta nasihat
daripada ibunya, Raidah untuk mengurangkan rasa risau dalam hatinya. Contoh kedua,
Waheeda tabah menghadapi sikap Zahid yang jarang-jarang pulang ke rumah setelah
mereka bergaduh dengan alasan ingin menonton perlawanan bola sepak. Ketiga,
Waheeda tabah menerima ejekan daripada rakan-rakannya di sekolah yang mengatakan
bahawa hidungnya pesek dan menerima gelaran Eda Keropok.

Perwatakan ketiga ialah Waheeda seorang yang berani mengambil risiko. Bukti
pertama, Waheeda berani mengambil risiko membuat pembedahan pada muka dan
kelopak matanya selepas mukanya digigit monyet Belanda. Seterusnya, Waheeda berani
membuat pinjaman dengan Bank Rakyat untuk mengambil alih perusahaan Chalet Iwana-
Iwani. Selain itu, Waheeda berani membuat pilihan sama ada untuk tinggal di Sarawak
atau di Cameron Highlands untuk memulakan kerjaya baharunya serta untuk melupakan
kenangannya setelah bercerai dengan Zahid.

Cabaran Yang dihadapi oleh Watak Utama dan cara menyelesaikannya.

Cabarannya ialah Zahid tidak mempercayai bahawa Izzati ialah anaknya. Hal ini
kerana Izzati mewarisi wajah ibunya yang sebenar iaitu mempunyai hidung yang pesek.
Waheeda membuat ujian DNA dengan mengambil sampel rambutnya, rambut Zahid dan
rambut Izzati di makmal Spektro-Kimia.

Kedua, waheeda mengambil alih Chalet Iwana-Iwani walaupun menyedari risikonya


untuk bankrup. Waheeda bertindak membuat pinjaman dengan Bank Rakyat untuk
memajukan Chalet tersebut.

Ketiga, Waheeda ingin menghadiri temuduga sebagai Pegawai Perhubungan di


Flamingo Resort. Sebelum itu, Waheeda menghadiri bengkel Keusahawanan dan
Keterampilan diri.

2
(d)Huraikan watak sampingan dalam novel Tirani.

Watak sampingan dalam novel Tirani ialah Raidah, iaitu ibu kepada Waheeda.

Perwatakan pertama ialah seorang yang bertanggungjawab. Buktinya, Raidah


menyuruh Ghazi membeli tiket kapal terbang ke Singapura dan membawa ketupat lepas
kepada anaknya untuk mmeberikan semangat kepada anaknya menjalani pembedahan,
Perwatakan kedua ialah seorang yang berpengetahuan luas. Buktinya, Raidah
menceritakan sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang dilalui ketika
menghantar anaknya ke lapangan terbang.
Perwatakan yang ketiga ialah Raidah seorang yang penyayang. Buktinya, dia telah
menasihati anaknya agar reda dengan keadaan fizikalnya yang hodoh dan sering diejak
oleh rakannya. Raidah, berusaha dan sanggup pergi ke Singapura semata-mata untuk
menemani anak gadisnya itu menjalani pembedahan mata dan hidung di Silicon Medical
Center (SMC), Singapura.

(e) Nilai pertama dalam novel Tirani ialah nilai kesabaran seorang isteri terhadap
suaminya. Sebagai contoh, Waheeda sabar dalam menghadapi sikap Zahid yang jarang-
jarang pulang ke rumah setelah mereka bergaduh dengan alasan ingin menonton
perlawanan bola sepak. Selain itu, kesabaran dalam menghadapi ejekan rakan-rakannya.
Buktinya, semasa zaman persekolahannya Waheeda sering diejek oleh rakan-rakannya
kerana dia berhidung pesek dan matanya yang sepet dengan menggunakan gelaran Ida
Keropok.

Nilai kasih sayang dalam novel Tirani ialah kasih sayang seorang ibu kepada
anak.Buktinya, Raidah sentiasa bersama dengan anaknya ketika anaknya menjalani
pembedahan pada mukanya yang digigit monyet Belanda. Nilai kasih sayang yang kedua
ialah kasih sayang seorang bapa kepada anak. Buktinya, Datuk Yasser sanggup ke
Singapura semata-mata untuk menemui anaknya. Nilai kasih sayang seorang isteri
terhadap suami. Buktinya,Waheeda yang terlalu mencintai suaminya telah mengalami
masalah kemurungan dan migran meroyan akibat tindakan Zahid yang menceraikannya.

Nilai tanggungjawab terhadap anak-anak. Fadhil dan Raidah bertanggungjawab


menghantar Waheeda ke hospital bagi mendapatkan rawatan sejurus digigit oleh monyet
putih. Nilai tanggungjawab terhadap tugas. Waheeda cekap menguruskan syarikat
keluarganya.Waheeda cekap menguruskan tugasnya bagi menarik pelancong ke
Flamingo de La Rossa seperti yang disuruh oleh Pengurus Halloway. Nilai tanggungjawab
seorang pelajar. Bazilah tekun menyiapkan tesisnya sehingga tiada masa untuk melayan
tunangnya, Dr.Zahari yang datang ke rumah.

Nilai kebijaksanaan berikhtiar dalam menyelesaikan masalah.Bukti pertama


,Waheeda bijak mengatasi masalah kemurungannya dengan mendapatkan rawatan dan
khidmat pakar kaunseling Dr. Qamariah di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI Kuala
Lumpur).Bukti kedua, Waheeda mendapat khidmat kawannya Nurjihan untuk
menyerahkan sampel rambut suami, Izzati dan dirinya sendiri untuk membuat ujian DNA
bagi membuktikan bahawa Izzati adalah anak kandung mereka.Bukti ketiga, Pak Cik Aziz
meminta Waheeda dan Ghazi mengambil alih perusahaan Chalet Iwana-Iwani sebelum
pihak bank menyita segala aset perniagaan beliau.

3
Nilai ketabahan menghadapi keruntuhan dalam rumah tangga. Bukti pertama,Sebagai
ibu tunggal Waheeda tabah mendidik dan membesarkan anaknya Izzati sejak lahir di
samping menguruskan perniagaan pelancongannya setelah diceraikan oleh suaminya
Zahid.Bukti kedua,Waheeda tabah dan bersabar menghadapi karenah suaminya Zahid
yang kuat cemburu dan panas baran.
Nilai Setiakawan/persahabatan. Hubungan persahabatan yang erat dan utuh. Bukti
pertama,Waheeda telah dikunjungi oleh sahabat lamanya setelah 10 tahun tidak
bersua.Bukti kedua,Bazilah telah membenarkan Waheeda tinggal bersama-sama
dengannya ketika berada di Singapura. Bazilah sentiasa menemani Waheeda ketika pergi
ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Bukti ketiga, Waheeda terkenang kembali
keakraban ketika bersama-sama sahabatnya Bazilah setelah dia berpindah dari rumah
Pangsa Yishun ke Hotel Flamingo.

(f) Pengajaran dalam novel Tirani .

Kita hendaklah mengamalkan sikap kasih sayang agar hidup lebih


bahagia.Raidah,ibu Waheeda sentiasa bersama-sama Waheeda semasa menjalani
pembedahan hidungnya yang pesek dan matanya yang sepet.Contoh 2.Ketika Waheeda
dimasukkan ke wad bersalin, ibunya sanggup menunggunya sehingga kira-kira 12 jam
lamanya.
Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan.Waheeda gigih berusaha
untuk memajukan Chalet Tajau Emas dengan menyediakan pakej pelancongan walaupun
menerima saingan yang sengit daripada pengusaha chalet yang lain.Contoh 2 Waheeda
gigih membuat persiapan diri dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan
Keterampilan diri untuk menghadiri temu duga pegawai perhubungan di Flamingo Resort ,
Singapura.
Kita hendaklah tabah menghadapi cabaran agar hidup lebih cemerlang.Waheeda
tabah menerima kata-kata kesat daripada Zahid walaupun dia sedang mengandung
seperti menuduh bahawa Waheeda curang dengan lelaki lain. Contoh 2, Waheeda tabah
menghadapi sikap Zahid yang jarang-jarang pulang ke rumah setelah mereka bergaduh
dengan alasan ingin menonton perlawanan bola sepak.

(g)Latar Tempat
1.Silicon Medical Center (SMC) di Singapura. Tempat Waheeda menjalani pembedahan
mata dan hidungnya.
2.Chalet Tajau Emas. Tempat Waheeda mengalami kecederaan pada muka & hidung
akibat dicakar & digigit oleh monyet Belanda yang meluru masuk secara tiba-tiba.
3.Hotel Flamingo de La rossa. Tempat pertemuan pertama kali antara waheeda dengan
Zahid.Tempat Waaheeda bekerja sebagai Pegawai Perhubungan Awam.

(h) Latar Masa


. Waktu siang. Contohnya, peristiwa Waheeda dikejarkan ke hospital akibat kecederaan
pada muka & hidungnya kerana digigit & dicakar monyet Belanda.

2.Waktu petang. Contohnya, peristiwa Waheeda yang duduk sambil menikmati minuman
petang di Restoran Genki Susyi.

3. Waktu malam. Contohnya, peristiwa Fadhil yang teringat akan tindakannya


menyanggah hasrat anak gadisnya, Waheeda untuk melakukan pembedahan kosmetik
pada hidungnya yang pesek sewaktu dia melintasi bilik tidur anak gadisnya itu.

4
(i)Latar Masyarakat
Masyarakat yang mengamalkan sikap kasih sayang. Raidah,ibu Waheeda sentiasa
bersama-sama Waheeda semasa menjalani pembedahan hidungnya yang pesek dan
matanya yang sepet.Contoh 2.Ketika Waheeda dimasukkan ke wad bersalin, ibunya
sanggup menunggunya sehingga kira-kira 12 jam lamanya.

Masyarakat yang gigih berusaha. Waheeda gigih berusaha untuk memajukan Chalet
Tajau Emas dengan menyediakan pakej pelancongan walaupun menerima saingan yang
sengit daripada pengusaha chalet yang lain.Contoh 2 Waheeda gigih membuat persiapan
diri dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan Keterampilan diri untuk menghadiri
temu duga pegawai perhubungan di Flamingo Resort , Singapura.

Masyarakat yang tabah. Waheeda tabah menerima kata-kata kesat daripada Zahid
walaupun dia sedang mengandung seperti menuduh bahawa Waheeda curang dengan
lelaki lain. Contoh 2, Waheeda tabah menghadapi sikap Zahid yang jarang-jarang pulang
ke rumah setelah mereka bergaduh dengan alasan ingin menonton perlawanan bola
sepak.

(j)Binaan Plot

Bahagian Permulaan
Pengarang memperkenalkan watak Waheeda yang sedang melayari laman sesawang
berkaitan dengan perihal kecantikan wajah dan pembedahan plastik pada wajah.
Waheeda mempunyai keinginan yang tinggi untuk melakukan pembedahan plastik pada
wajahnya yang bertujuan untuk membaiki, memulihkan serta menjaga kekemasan diri.

Bahagian perkembangan
Waheeda telah dicederakan oleh seekor monyet Belanda pada wajah dan hidungnya
hingga menyebabkan Waheeda dikejarkan ke hospital .untuk proses pembedahan mata
dan hidungnya. Waheeda mendapat tawaran bekerja di Flamingo de La Rossa sebagai
Pegawai Perhubungan Awam. Majlis pertunangan antara Waheeda dan Zahid dibatalkan
dan digantikan dengan majlis pertunangan ringkas antara Ghazi dan Fatimah. Zahid
menemui Waheeda di salah sebuah bilik penginapan penghuninya di Chalet Tajau Emas
yang mewujudkan rasa cemburu dan salah sangka atas kesetiaan Waheeda. Selepas
Waheeda selamat melahirkan bayi perempuan di bilik wad eksklusif, Hospital Pakar
Normah, Zahid tidak menjenguk bayinya. Waheeda meminta dan merayu suaminya agar
melihat hasil laporan DNA .

Bahagian Klimaks
Zahid bertindak nekad untuk menceraikan isterinya, Waheeda dengan talak satu
disebabkan faktor cemburu dan sikap curiganya yang terlampau itu. Waheeda mengalami
masalah kemurungan dan masalah migrain meroyan akibat tindakan Zahid yang kejam itu
kerana dia terlalu mencintai suaminya.

Bahagian Peleraian

Zahid menangis apabila memberitahu dan mengesahkan bahawa Izzati merupakan anak
kandungnya dan Waheeda, ibu Izzati merupakan insan yang dicarinya selama ini. Zahid
meluahkan penyesalannya atas kesalahan besarnya terhadap Waheeda dan anak
kandung mereka, Izzati. Lais cuba menenteramkan perasaan Zahid dan Waheeda
manakala Izzati pula memujuk ibunya agar memaafkan kesalahan bapanya, Zahid.

5
(k) Teknik Plot Novel Tirani

1.Teknik Dialog
Bukti pertama,perbualan antara Mat Mekanik dengan Waheeda berhubung tentang potret
Dayang Ranee yang akan dibingkaikan.

Bukti kedua,dialog Raidah dengan anak saudaranya, Kamri ketika Raidah memintanya
membelikan daun nipah muda untuk dibuat kelongsong ketupat lepas.

2.Teknik imbas Kembali


Bukti pertama ,Waheeda teringat kembali akan kain sarung birunya terbelah sehingga
paras paha seperti busana Ceongsam kerana sering mengejar rakan-rakan sekolahnya
yang selalu mengejeknya berhidung pesek.
Bukti kedua,Waheeda terkenang akan kata-kata semangat ayahnya, iaitu insan tanpa
kejayaan umpama mati sebelum ajal

3.Teknik Saspens (peristiwa dalam novel yang menimbulkan keadaan tertanya-


tanya pembaca)
Bukti pertama ,Waheeda berani menyahut cabaran dengan membuat pinjaman untuk
mengembangkan perusahaan chalet Tajau Emas.Pembaca tertanya-tanya akan
kemampuan Waheeda untuk bersaing dengan pengusaha yang lain.

Bukti kedua,monyet Belanda menyerang chalet tajau emas sehingga suasana menjadi
kelam kabut.Pembaca tertanya-tanya tentang nasib yang akan dialami oleh pengunjung di
situ.

4.Teknik Kejutan-(Perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba )


Bukti pertama ,peristiwa serangan monyet Belanda di Chalet Tajau Emas sehingga
Waheeda mengalami kecederaan pada bahagian muka dan hidungnya.

Bukti kedua,peristiwa Zahid bertemu dengan Waheeda buat pertama kali di hotel
Flamingo, Singapura sehingga boleh terpaut hati lantas bersetuju untuk berkahwin
dengan Zahid.

5.Teknik Imbas Muka (Ramalan Peristiwa yang berlaku).

Bukti pertama,Bazilah berasa gerun semasa membayangkan keadaan meja bedah dan
alat perkakasan yang lazim digunakan semasa sesi pembedahan dijalankan sewaktu
mendengar penerangan tentang prosedur pembedahan dari Dr Zahari.

Bukti kedua,semasa menantikan kedatangan doktor untuk menjalankan pembedahan ke


atas Waheeda, dia membayangkan keadaan dirinya disembelih hidup-hidup semasa
proses pembedahan itu nanti.

Bukti ketiga, Waheeda membayangkan suasana mesra yang berlaku sesama kakitangan
di Chalet Tajau Emas yang sedang belajar menganyam kelonsong ketupat lepas daripada
ibunya, Raidah ketika dia membaca kiriman e-mel yang dihantar oleh sepupunya,
Fatimah.

6
Teknik monolog dalaman(kata hati atau pengucapan batin sesuatu watak)
Bukti pertama,Waheeda bermonolog ketika teruja dan seronok untuk melakukan
pembedahan plastik pada wajahnya. Waheeda berbisik dalam hati bahawa kalau boleh
hendak menjalani pembedahan plastik sekarang juga.
Bukti kedua, Waheeda bermonolog untuk memujuk nafsunya bahawa pemergiannya ke
Singapura adalah untuk melakukan pembedahan pada wajahnya dan bukannya untuk
membeli- belah.
Bukti ketiga,Waheeda bermonolog dengan memperli perwatakan Zahid yang dilihatnya
amat berbeza pada waktu itu dan hari semalamnya. Dalam fikirannya semalam Zahid
seperti robot, tetapi hari ini bukan main ligat macam gasing.

(L) Peristiwa dalam novel Tirani yang boleh dijadikan teladan dan alasan.
1. Peristiwa Waheeda yang mengalami masalah kemurungan akibat kegagalan rumah
tangga telah mula bangkit dan berusaha melupakan kenangan lalu dengan memajukan
Chalet Aya-Sajinah. Alasan: Peristiwa ini boleh dijadikan teladan kerana walaupun kita
gagal namun kita tidak boleh terlalu mengikut perasaan sedih itu sebaliknya berusaha
untuk kehidupan yang mempunyai masa depan.
2. Peristiwa Waheeda gigih mendapatkan pinjaman daripada tabung usahawan siswazah
daripada Bank Pembangunan untuk menubuhkan Syarikat Tajau Emas.Alasan: Peristiwa
ini memberi teladan kepada kita agar gigih berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang
kita inginkan dan akhirnya kita akan berjaya.
3. Peristiwa Zahid bermunajat dan berdoa kepada Allah agar mengembalikan anaknya
dan isterinya semula yang pernah ditinggalkan.Zahid memohon ribuan ampun dan maaf
daripada bekas isterinya dan menyatakan rasa kekesalannya kerana meninggalkan
mereka dahulu.Peristiwa ini memberi teladan kepada kita agar memohon ampun kepada
orang yang telah kita lakukan kesilapan agar orang itu memaafkan kita.
4.Peristiwa Fadhil menjadi pemandu pelancong dan sentiasa memajukan perniagaan
pelancongan inap desa Tajau Emas dengan bersikap mesra pelanggan.Dia memberikan
layanan istimewa dan mengetengahkan produk yang unik seperti mewujudkan
ekopelancongan di dusun buah-buahan dan perkhidmatan ikan mengurut kaki. Peristiwa
ini memberi teladan kepada kita agar bertanggungjawab atas tugas yang telah
diamanahkan kepada kita untuk memajukan sesuatu perniagaan yang diceburi.
5. Peristiwa Raidah segera bertolak ke Singapura untuk menemani Waheeda menjalani
pembedahan yang dijangka memakan masa selama 10 hingga 12 jam . Peristiwa ini
memberi teladan kepada kita agar memberikan kasih sayang kepada anak dengan
sebaik-baiknya.
(M)Peleraian yang baik dapat memuaskan hati pembaca melalui pemaparan peristiwa
tertentu dalam novel Tirani.
Peleraian novel `Tirani ialah Zahid hadir di Caf Iwana Iwani. Dia berjumpa
Waheeda ingin memohon maaf daripadanya. Waheeda tidak mahu memaafkan Zahid,
namun Izzati meminta ibunya memaafkan Zahid.
Saya setuju dengan peleraian yang dilakukan oleh pengarang kerana: Zahid, bekas
suami Waheeda telah memohon maaf atas perbuatannya yang bersangka buruk terhadap
Waheeda sehingga menganggap bahawa Izzati bukan anaknya. Kedua ,tindakan Zahid
yang berani bersemuka dan menyesali perbuatannya walaupun perbuatan itu telah
menyebabkan mereka bercerai. Ketiga, Izzati telah memujuk ibunya, Waheeda agar
menerima permohonan maaf bapanya kerana dia yakin bahawa ayahnya telah
menyesal.Keempat, saya bersetuju kerana tidak ada manusia yang tidak pernah
melakukan kesilapan dan tindakan memberikan maaf itu lebih mulia.

7
(N)Kepincangan hidup masyarakat dalam novel Tirani.
Raidah memberi ketupat lepas kepada anaknya itu kononnya untuk menolak bala
ketika anaknya menjalani pembedahan plastik pada mukanya setelah digigit oleh monyet
Belanda.Perbuatan ini adalah salah di sisi agama Islam kerana tindakan yang dilakukan
oleh Raidah ialah kepercayaan karut.
Waheeda telah bersalam dengan pelanggan lelaki dari Dubai di Chalet Tajau Emas
agak lama sehingga menimbulkan rasa cemburu kepada Zahid, iaitu suaminya.Perbuatan
ini adalah salah di sisi agama kerana Waheeda ialah isteri Zahid yang tidak patut berbuat
demikian .
Zahid tidak menemani Waheeda yang hendak bersalin di hospital Normah .Ibu
mentua Waheeda memberitahu Waheeda bahawa Zahid tidak dapat datang kerana sibuk
menguruskan hotelnya yang akan berlangsung konvensyen antarabangsa. Perbuatan ini
tidak patut dilakukan oleh seorang suami ketika isterinya memerlukan suami di sisi pada
waktu hendak bersalin.
Zahid menceraikan Waheeda kerana hanya cemburu dengan menuduh Waheeda
bermain kayu tiga apabila melihat anaknya tidak mempunyai rupa yang sama dengan
mereka. Perbuatan membuat tindakan tanpa usul periksa adalah tidak mendatangkan
kebaikan.
Soalan soalan lain Novel
1.Peristiwa yang dapat dijadikan teladan .
Novel : Leftenan Adnan Wira Bangsa

1. Peristiwa Leftenan Adnan bersungguh-sungguh mempertahankan Bukit Candu


daripada ditawan oleh tentera Jepun. Walaupun kakinya telah tercedera akibat ditembak
oleh tentera Jepun, Leftenan Adnan tidak menyerah kalah sehingga titisan darah yang
terakhir. Alasan: Peristiwa ini boleh dijadikan teladan kerana daripada peristiwa itu telah
menimbulkan semangat patriotik dalam diri saya untuk terus menjaga kedaulatan dan
keamanan negara daripada dicerobohi oleh musuh negara.
2. Peristiwa Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris walaupun mendapat
tentangan daripada penduduk kampung. Alasan: Peristiwa ini boleh dijadikan teladan
kerana kita hendaklah menuntut ilmu demi masa depan walaupun terpaksa menghadapi
pelbagai cabaran.Novel Tirani
Novel Tirani.
i.Bazilah menemani Waheeda dan ibunya ke SMC. Mereka terus menuju ke tingkat dua
untuk berjumpa dengan Dr. Alma Chen dan perbincangan bernada serius saling berganti.
Jururawat di situ diarahkan oleh Dr. Alma Chen untuk menemani mereka ke bilik bedah.
Dalam perasaan yang begitu takut, Waheeda menggenggam erat tangan ibunya.
Setibanya di hadapan dewan kuarantin, Waheeda terus memeluk ibunya erat-erat.
Kemudian, dia memeluk Bazilah. Hal ini menunjukkan bahawa sokongan seorang ibu
amat diperlukan oleh seorang anak untuk memastikan dirinya sentiasa selamat.

ii.Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibuk memberi idea
tentang pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik Miss
Tourisme Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu memakai
fesyen yang berbelah sampai ke paha. Sebaliknya dia akan mengenakan pakaian Gajoh
Oleng yang merupakan pakaian tradisi Sarawak. Hal ini menunjukkan bahawa Waheeda
cinta akan budaya bangsanya dengan menolak pakaian yang dicadangkan oleh
kawannya kerana pakaian itu bercirikan budaya bangsanya.
8
2. Persamaaan Watak Utama

Novel yang saya pelajari ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip bin
Talib dan novel Tirani,karya Beb Sabariah Wira Bangsa ialah Leftenan Adnan manakala
novel Tirani ialah Waheeda. . Terdapat persamaan perwatakan watak utama dalam
kedua-dua novel ini. Watak utama Novel Leftenan Adnan

Kedua-dua watak ini seorang yang tabah. Misalnya Leftenan Adnan tabah
menghadapi perpisahan dengan isterinya, Sophia Haji Pakih dan anak-anaknya kerana
terpaksa menghantar mereka ke Tanah Melayu apabila mendapat tahu Jepun akan
menyerang Tanah Melayu. Manakala Waheeda tabah menghadapi kegoyahan rumah
tangganya dengan Zahid yang menuduhnya mempunyai teman lelaki yang ramai dan
menjaga kecantikan untuk memikat lelaki lain.

Selain itu, kedua-dua watak ini seorang yang bijak. Misalnya Leftenan Adnan bijak
menghidu penyamaran askar Jepun yang memakai serban dan menyerupai tentera Sikh.
Manakala Waheeda pula bijak merebut peluang dengan membeli chalet Iwana-Iwani yang
mempunyai potensi untuk dimajukan.

3. Huraikan persoalan kepentingan ilmu pengetahuan dalam kedua-dua buah novel.


Novel Leftenan Adnan.
Pak Saidi rajin membaca buku sehinggakan dia mengetahui tentang isu-isu semasa tanah
air dan agenda penjajah.Pak Saidi menghantar anaknya ke sekolah Inggeris agar Adnan
dapat menimba ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Novel Tirani.
Pak Fadhil dan Raidah merupakan ibu bapa yang mementingkan ilmu pengetahuan
terhadap anak-anaknya.Waheeda berkelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang
Pengurusan Perniagaan dan Pelancongan dari UTM Sekudai Johor.Abang Wheeda, iaitu
Ghazi belajar dalam bidang kejuteraan sehingga melayakkannya menjadi jurutera
Petronas di Miri Sarawak.

4.Peristiwa yang melibatkan watak utama dalam perkembangan cerita.


Novel Leftenan Adnan:
Peristiwa pertama yang melibatkan watak utama pada perkembangan
cerita ialahAdnan berkahwin dengan Sophia.Perkahwinan ini dirancang dan diatur bapa
Adnan, Pak Saidi.Perkahwinan ini membuahkan kebahagiaan apabila pasangan Adnan
dan Sophia dikurniakan dua orang anak, iaitu Mokhtar dan Zainuddin
Peristiwa kedua yang melibatkan watak utama pada perkembangan cerita
ialah Adnan pulang membawa khabar gembira pada cutinya, terutamanya buat
isteri tercinta.Adnan menyatakan hasrat untuk mengajak Sophia berpindah kerana Adnan
akan berpindah tugasnya ke Pasir panjang. Di sana, Adnan dibenarkan untuk membawa
keluarga dan rumah juga disediakan. Sophia menyambut pelawaan Adnan dengan
kegembiraan.

Novel Tirani.
Peristiwa pertama yang melibatkan watak utama pada
perkembangan cerita ialah Waheeda telah dicederakan oleh seekor monyet Belanda pada
wajah dan hidungnya.Halini menyebabkan Waheeda dikejarkan hospital
oleh Fadhil sambil ditemani oleh ibunya, Raidah. Waheeda menaiki pesawat ke
ingapura untuk bertemu dengan Dr. Alma Hollis Chen yang bertugas di Silicon
Medical Center (SMC)
9
Peristiwa kedua yang melibatkan watak utama pada perkembangan cerita
ialah Waheeda menjalani pembedahanpembetulan pada kelopak matanya yang
dijalankan oleh Dr. Shirrim Ghazizadeh -pembedahan hidungnya dijalankan oleh Dr.
Averroes atau Dr.Rushdi.Pembedahan Waheeda berjaya dijalankan dengan lancar.

5. Konflik yang dihadapi oleh watak utama.

Novel Leftenan Adnan

Konflik pertama yang dihadapi oleh watak utama ialah konflik antara Adnan dengan
ibunya.Ibunya tidak membenarkan Adnan menjadi tentera.Tidak sanggup berpisah
dengan Adnan yang perlu menjalani latihan ketenteraana di Port Dickson.
Akhirnya, ibu Adnanmerelakan dan menghormati keputusan Adnan yang ingin
menjadi seorang tentera

Konflik kedua yang dihadapi oleh watak utama ialah konflik antara Leftenan Adnan
dengan pihak Jepun.Banyak anggota Leftenan Adnan terkorban kerana diserang oleh
Jepun.Leftenan Adnan terus memberikan kata-kata semangat kepada anak-anak buahnya
walaupun mereka semakin kehabisan peluru.Tentera Jepun berjaya menembusi
pertahanan kubu askar Melayu.

Novel Tirani.

Konflik pertama yang dihadapi oleh watak utama ialah konlfik antara
Waheeda dengan bapanya.Waheeda ditegur oleh bapanya selepas bapanya mengetahui
bahawa .Waheeda mahu menjalani pembedahan kosmetik.Bapanya berkata bahawa
perbuatan itu menyalahi hukum agama.Waheeda tidak mempedulikan nasihat tersebut
sekali gus membuat keputusan untuk menjalani pembedahan di Singapura.

Konflik kedua yang dihadapi oleh watak utama ialah konlfik antara Waheeda
dengan suaminya, Zahid .Waheeda dicemburui oleh suaminya sehingga mahu diceraikan
oleh Zahid.Waheeda pula berani mencabar suaminya dengan cadangan ujian DNA.Hal ini
berlaku demikian kerana Zahid mencurigai kebenaran Izzati ialah anaknya.

6. Perwatakan Sampingan

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa


Pak Saidi
Pak Saidi merupakan ayah kepada Leftenan Adnan.- Pak Saidi tinggal di kampung dan
bekerja sebagai penoreh getah dan bersawah padi. Beliau berkahwin dengan Mak Milah
dan mempunyai tiga oranganak lelaki.

Perwatakan
Pak Saidi seorang yang rajin bekerja. Buktinya, setiap pagi Pak Saidimenjalankan
rutin hariannya dengan tekun. Beliau tidak suka berborak kosong dan membuang masa di
kedai kopi.

Pak Saidi seorang yang berwawasan dan berpandangan jauh. Buktinya, Pak
Saidi menghantar anak-anaknya belajar di sekolah aliran Inggeris kerana beliau sedar
anak-anaknya akan banyak memperoleh ilmu pengetahuan di sana.

10
Pak Saidi seorang yang berpendirian teguh. Buktinya, walaupun sebahagian orang
kampung tidak menyukai langkahnya menghantar anaknya ke sekolah aliran Inggeris
tetapi Pak Saidi tidak menghiraukannya.

Novel Tirani

Raidah
Raidah isteri kepada Fadhil dan ibu kepada dua orang anaknya, iaitu Ghazi dan
Waheeda Nurlyana. Dia seorang yang berbangsa Melayu Sarawak dan berfikiran agak
konservatif. Raidah bertugas sebagai pengurus dapur di Chalet Tajau Emas dan pandai
memasak.

Raidah seorang yang patuh akan arahan suami. Contohnya, Raidah akur akan
arahan suaminya supaya menasihati Waheeda agar tidak meneruskan niatnya untuk
melakukan pembedahan mata dan hidungnya jika sekadar untuk kelihatan cantik.

Raidah seorang yang baik hati. Contohnya, Raidah membawa ketupat lepas yang
dibuatnya sendiri sebagai buah tangan untuk Waheeda dan Bazilah semasa berkunjung
ke Singapura.

Raidah seorang yang bertanggungjawab. Contohnya, sebagai seorang isteri dan


juga ibu, Raidah menyediakan makan dan minum untuk keluarganya dan melakukan
kerja-kerja harian di rumah.

7.Peristiwa Kesepakatan Melakukan Sesuatu Pekerjaan

Novel Leftenan Adnan


Leftenan Adnan bersepakat dengan pegawai tentera bawahannya untuk
menentang Jepun.Mereka bersemangat tinggi walaupun kehabisan peluru untuk
menyerang Jepun. Semangat kesepakatan demi mempertahankan negara ini
menyebabkan tentera Jepun mengagumi Leftenan Adnan.

Novel Tirani
Waheeda bersepakat dengan adiknya, Ghazi dan ibunya, Raidah untuk menjaga
chalet Tajau Emas.Waheeda menggunakan kepakarannya dalam bidang pengurusan
perniagaan untuk menguruskan Chalet Tajau Emas manakala Raidah pula menjadi
pengurus dapur Chalet Tajau Emas manakala Ghazi pula membantu kakaknya dalam
kerja am di chalet tersebut.

8. Sebab utama novel menarik ialah


Novel Leftenan Adnan
Sebab pertama ialah tema yang kukuh dan menyebabkan jalan ceritanya menarik.
Temanya ialah keberanian seorang anggota tentera dalam mempertahankan tanah air.
Adnan berani berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir walaupun anggota
pasukannya tidak ramai tetapi dia percaya hanya dengan semangat juang yang tinggi dan
keberanian mampu memberikan tentangan sengit kepada musuh.

Sebab kedua novel ini menarik ialahnovel ini banyak mengandungi pengajaran.Kita
mestilah menimba ilmu demi masa depan.Pak Saidi memberikan pendidikan kepada
anaknya demi menjamin masa depan mereka.
11
Novel Tirani

Sebab utama novel ini menarik ialah watak utama novel ini amat tabah.Waheeda tabah
menghadapi cabaran dalam perniagaan . Waheeda mengambil alih Chalet
Iwana-Iwani walaupun menyedari risikonya untuk bankrap. Waheeda bertindak membuat
pinjaman dengan Bank Rakyat untuk memajukan Chalet tersebut. Waheeda tabah
menghadapi perceraian dengan suaminya, Zahid.Dia dituduh berhubungan sulit dengan
pelancong dari Dubai.Dia berpisah dengan suami dan terus tabah .Saya tertarik akan
sikapnya yang kuat dan kental.

Sebab kedua novel ini menarik ialah banyak nilai murni.Nilai kegigihan dan pada watak
utama. Waheeda bersungguh-sungguh mengusahakan chaletTajau Emas.Kegigihan
ini berjaya menarik perhatian pembaca seperti saya.

9.Permulaan Menarik Dalam

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Pada bahagian permulaan atau eksposisi, pembaca diperkenalkan kepada watak


utama, iaitu Adnan. Adnan digambarkan sebagai anak muda yang mempunyai ciri-ciri
keistimewaan dalam dirinya. Dia memilik sifat keberanian yang jarang-jarang terdapat
pada anak muda yang seusia dengannya. Keberanian Adnan ada kaitan dengan
keturunannya. Sebenarnya, dia ialah cucu kepada Datuk Siamang Gagap. Hal ini
terpaksa dirahsiakan oleh ayahnya kerana masyarakat memandang serong terhadap
keturunannnya yang dianggap penderhaka dan menjadi buruan Inggeris.Permulaan ini
menarik kerana banyak digambarkan keberanian watak utama iaitu Adnan .

Novel Tirani

Pada bahagian pengenalan atau eksposisi, pengarang memperkenalkan watak


Waheeda yang sedang melayari laman sesawang berkaitan perihal kecantikan wajah dan
pembedahan plastik pada wajah. Waheeda mempunyai keinginan yang tinggi untuk
melakukan pembedahan plastik pada wajahnya yang bertujuan untuk membaiki, memulih,
serta menjaga kekemasan diri. Permulaan novel ini menarik kerana menepati tema novel
iaitu kecantikan.

12

Anda mungkin juga menyukai