Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

POKOK SENA, 13220 KEPALA BATAS,


PULAU PINANG

KERTAS KERJA SUDUT HIP


& BAHASA inggeris

1.0 PENDAHULUAN
Persekitaran kawasan di sekolah adalah sebagai wahana untuk merealisasikan
pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang bermula dari persekitaran sekolah
yang kondusif. Sudut Bahasa Inggeris yang dirancang adalah bahan rangsangan
yang boleh digunakan oleh pelajar dalam proses pembelajaran mereka.

2.0 RASIONAL

Prasarana dan pengurusan kawasan persekitaran sekolah yang kondusif menjadi


agenda penting dalam rutin seharian di sekolah. Persekitaran yang diwujudkan
mestilah menepati cita rasa pelanggannya yakni guru, kakitangan sekolah dan para
pelajar. Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan
persekitaran sekolah seperti sudut-sudut mestilah berperanan dalam menarik
perhatian umum, supaya perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi
keselesaan dan kepuasan hati penggunanya. Keselesaan dan suasana yang
kondusif digabungjalinkan pula dengan suasana persekitaran yang mendidik melalui
pembinaan sudut yang menyajikan ilmu pengetahuan dalam bentuk Bahasa
Inggeris.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menjadikan Sudut Bahasa Inggeris sebagai pusat untuk para pelajar
menambah ilmu pengetahuan Bahasa Inggeris.
3.2 Menjadikan sudut tersebut sebagai suatu tempat tumpuan yang boleh
dijadikan sumber perhatian terutama pelajar dan juga tetamu yang selalu
mengunjungi sekolah.
3.3 Membiasakan diri pelajar serta guru-guru dengan perkataan-perkataan serta
informasi di dalam Bahasa Inggeris.
3.4 Meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam diri pelajar-pelajar SMK
Pokok Sena

4.0 TEMPOH PERLAKSANAAN

Sepanjang tahun 2017

5.0 TEMPAT
Ruang atau sudut tangga blok B dan sepanjang tiang dewan terbuka.

6.0 KUMPULAN SASARAN

Semua komuniti SMK Pokok Sena, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang

7.0 JADUAL PERLAKSANAAN

Minggu Aktiviti

1 Membuat kertas kerja

Melakukan perbincangan dengan pihak pengurusan sekolah, mentor serta


guru-guru Bahasa Inggeris

2 Mengecat semula dinding dengan cat berwarna baru

3 Mencari bahan-bahan yang sesuai untuk dijadikan bahan informasi


Bahasa Inggeris dan untuk ditampal di pondok.

Membersihkan pondok.

4 Laminate bahan-bahan tersebut

Menampal bahan-bahan

Menghias dinding Bahasa Inggeris

8.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : Pn Zarifah bt Omar (Pengetua)


Pengerusi : En Megat Azlan bin Megat Kasairi (GPK 1)

Naib Pengerusi 1 : En Yahaya bin Wan Chik (GPK HEM)

Naib Pengerusi 2 : En Roslan bin Mohd Noor

Setiausaha : Pn Norasfizah binti Ismail (Ketua Panitia B. Inggeris)

AJK : Pn Aliza binti Ibrahim

En Mohd Farid Wajdi bin Ishak

Pn Nor Azizah binti Abdul Aziz

Pn Nur Hayati binti Mustapha

Pn Rafeeza binti Abdul Rahim

Pn Suraiya binti Abdul Halim

Pn Noor Hafida binti Hussain

9.0 BELANJAWAN

Perkara Keterangan Kos


Cat 4 tin RM 100

Berus cat 2 RM 25

Roller 1 (saiz besar) RM 30

Whiteboard 1 set RM 55

Colour A4 paper 2 pek RM 10

Plastic Cover Papers 4 gulung RM 20

Board 1 keping RM 25

Paper Double Tape 2 rolls RM 10

Foam Double Tape 2 rolls RM 10

Banner frame 24 keping RM700

Jumlah Kos RM 981

10.0 PENUTUP

Perancangan perlaksanaan program dalam kertas kerja ini adalah bertujuan


memudahkan pengurusan yang dikendalikan oleh guru-guru Bahasa Inggeris bagi tahun
2017 selaras dengan usaha kerajaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia memantapkan
Bahasa Inggeris melalui program Highly Immersive Programme. Di harap projek Sudut
Bahasa Inggeris ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Projek ini adalah salah satu
flatfom untuk mencari pengalaman secara terus tidak melalui bilik darjah. Diharap hasil
daripada usaha ini nanti akan lebih menceriakan lagi kawasan persekitaran SMK Pokok
Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Disediakan oleh :

.................................................................
Norasfizah binti Ismail,
Setiausaha.
Disemak oleh:

En Megat Mohd Azlan bin Megat Kasairi,


Guru Penolong Kanan 1
SMK Pokok Sena.

Disahkan oleh:

Pn Zarifah bt Omar,
Pengetua
SMK Pokok Sena,
13220 Kepala Batas,
Pulau pinang

Anda mungkin juga menyukai