Anda di halaman 1dari 42

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

1.0 PENDAHULUAN

Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu
berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta
berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Di harapkan langkah mengaplikasikan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam PdP akan dapat menaikkan prestasi negara khususnya
dalam persaingan peringkat antarabangsa terutama dalam pentaksiran Programme for International
Student Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) yang
dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2015.

2.0 KONSEP & TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)

KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini kebiasaan melibatkan merujuk kepada
empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta.

KBAT juga mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran logical, pemikiran
reflektif dan meta kognitif. Secara mudahnya murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian
diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam pelbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini
juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif.

Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan
mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan
suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada
beberapa sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta di
kalangan murid.

KBAT ini juga mempunyai kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan sedia
ada pada murid. Mereka akan dapat mengawal, memandu dan mengukur pembelajaran yang telah mereka
kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih produktif dan berdaya saing. Seterusnya sudah tentu
dapat meningkatkan kefahaman dan memperkukuh pembelajaran dalam apa sahaja perkara yang mereka
pelajari nanti.

Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid maka peranan guru sangat
signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh. Sebenarnya kemahiran berfikir
ini bukanlah asing kepada guru kerana mereka telah didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran ini
semasa mengikuti latihan perguruan di maktab atau universiti suatu ketika dahulu. Walau apa pun guru
perlu terus ditingkatkan keupayaan kemahiran berfikir mereka supaya dapat memberikan yang terbaik
kepada murid dalam pengajaran mereka. Antara cara berkesan yang boleh dilakukan untuk menerapkan
KBAT dalam PdP ialah dengan mengemukakan soalan-soalan yang berunsurkan KBAT semasa proses
PdP dijalankan. Soalan dikemukakan adalah soalan yang membolehkan murid untuk mengaplikasi,
menganalisa, mensintesis dan menilai suatu maklumat daripada sekadar menyatakan semula fakta atau
hanya mengingati fakta yang telah dipelajari.

TUGASAN : 1) PEMBENTANGAN

2) PENULISAN ILMIAH 17/03/2010

TAJUK : GAYA DAN KAEDAH PENGAJARAN GURU PRASEKOLAH. BINCANGKAN JUGA

PENGAJARAN GURU PRASEKOLAH DALAM SAINS AWAL.

NAMA : MOHAMMAD SAIDI B. USOP

SITI ZAWANI BT. SARUMAT

ZURAIDA BT. INSON

NURUL SHUHAIRIANI BT. ISHAK

NURUL SYAHIDA BT. MOHD FADZIL

FAKULTI : SENI MUZIK


JABATAN :TEKNIKAL VOKASIONAL

TEMPAT : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

DISEMAK: EN. KAMARUL AZMAN BIN ABD SALAM

1. PENGENALAN

Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang penting bagi kanak-kanak sebelum

memasuki sekolah. Pendidikan prasekolah merupakan pendidikan awal dalam perkembangan

hidup seseorang individu selepas pendidikan di rumah. Ia merupakan pendidikan awal yang

dapat menarik minat dan dapat menyemai bibit cintakan ilmu pengetahuan dan sukakan

sekolah terhadap kanak-kanak. Oleh sebab itu guru prasekolah perlu mempunyai pengetahuan

yang luas mengenai pendidikan prasekolah yang merangkumi aspek-aspek perkembangan

kanak-kanak, strategi pengajaran dan pembelajaran, pentadbiran pusat prasekolah dan aspek-

aspek lain yang berkaitan dengan pendidikan prasekolah.

Program pendidikan prasekolah memberi pendedahan pengetahuan, kemahiran dan

nilai murni kepada kanak-kanak secara praktikal dan secara tidak normal serta dalam suasana

yang menyeronokkan melalui pendekatan bermain sambil belajar. Pendekatan ini merupakan

satu kaedah yang fleksibel, dinamik, konprehensif, interaktif dan pembabitan dalam aktiviti bilik

darjah yang mementingkan penerokaan serta yang menggalakkan naluri ingin tahu di kalangan

kanak-kanak.
Pendidikan prasekolah juga menerapkan pendidikan sains awal didalam kandungan

pembelajaran prasekolah. Pendidikan sains awal, menyediakan peluang pembelajaran sains

dengan cara menyediakan persekitaran yang selamat untuk diterokai, menggalakkan kanak-

kanak memerhati, mencuba, bertanya soalan dan menyelesaikan masalah, mengubahsuai dan

membuat perkaitan antara satu sebab dengan sebab musabab. Kanak-kanak juga mendapat

pembelajaran melalui pengalaman dan membuat rumusan saintifik daripada pengalaman.

Terdapat dua bentuk pengurusan pendidikan prasekolah dalam negara iaitu taska dan tadika.

Taska merupakan singkatan daripada Taman Asuhan Kanak-Kanak mengikut Akta Taman

Asuhan Kanak-Kanak 1984 syeksyen 2 mentakrifkan pengurusan TASKA sebagai mana-mana

premis yang menerima masuk empat orang atau lebih kanak-kanak dibawah umur empat tahun,

lebih daripada satu isi rumah untuk dijaga dengan upah. Dibawah Seksyen 5 akta yang sama

membahagikan taska kepada 2 kategori iaitu TASKA yang menerima kurang daripada 10 orang

kanak-kanak dan TASKA institusi pula menerima lebih dari 10 orang kanak-kanak dibawah

jagaan mereka.

Tadika pula merupakan singkatan daripada Taman Didikan Kanak-Kanak. Takrif tadika tidak

dinyatakan dengan jelas dalam Akta Pendidikan 1961. bagaimanapun pengurusan tadika boleh

difahamkan sebagai mana-mana premis yang menerima masuk lebih dari 4 orang kanak-kanak

berumur 5 hingga 6 tahun untuk tujuan menerima pendidikan dengan upah. Matlamat utama

pendidikan di peringkat tadikaialah sebagai persediaan awal ke alam persekolahan formal

apabila kanak-kanak tersebut berumur 7 tahun.

2. DEFINISI PENGAJARAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH DAN SAINS AWAL


Dalam tamadun Barat, pendidikan awal bermaksud pendidikan peringkat prasekolah. Pada

mulanya peringkat ini hanya meliputi kanak-kanak dari umur tiga hingga enam tahun, yang

lebih dikenali dengan peringkat kindergarten. Selepas beberapa kajian, konsep pendidikan

awal ini dipinda supaya meliputi kanak-kanak di peringkat selepas lahir hingga ke peringkat

enam tahun. Peringkat selepas lahir hingga ke peringkat tiga tahun dikenali juga sebagai

peringkat nursery. Dari perspektif Islam, pendidikan awal bermula dari masa anak masih

berada dalam kandungan ibu sehingga kanak-kanak berumur enam tahun. Secara umum,

pendidikan awal Islam boleh dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu peringkat sebelum lahir

dan peringkat sesudah lahir. Peringkat sesudah lahir dibahagikan juga kepada dua tahap. Iaitu

dari mula dilahirkan hingga tiga tahun dan tahap seterusnya dari umur tiga hingga meningkat

ke enam tahun.

Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman

pembelajaran kepada kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun

atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Pembelajaran tadika bukan

merupakan pembelajaran wajib dalam Pendidikan Malaysia. Namun begitu penubuhan tadika

oleh pihak swasta amat digalakkan oleh pihak kerajaan. Konsep yang digunakan ialah "Belajar

Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran ialah

meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu. Keunikan prasekolah yang

dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya

meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah

bagi menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari.

Pada peringkat prasekolah, pendedahan awal kanak-kanak kepada sains penting bagi

perkembangan intelek yang lain. Pendidikan sains awal ini perlulah dipupuk dari peringkat awal
lagi. Matlamat pendidikan sains untuk kanak-kanak dapat dilihat daripada aspek kemahiran dan

pengetahuan. Aspek pengetahuan ditentukan oleh guru dengan mengenalpasti perkara-

perkara yang perlu dan penting diketahui bagi kanak-kanak berfungsi dalam persekitarannya

dan yang menarik perhatian mereka.

Pada peringkat prasekolah, pendidikan sains adalah cara kanak-kanak menerokai

dunianya. Sains bagi kanak-kanak adalah ramalan (saya fikir), pemerhatian (saya lihat), dan

kesimpulan (saya tahu atau pelajari). Kanak-kanak di peringkat ini belajar dengan melakukan

aktiviti dan berfikir dengan apa aktiviti yang dilakukan. Mereka perlulah melakukan aktiviti ini

sendiri supaya dapat melihat sendiri kesan dan akibat daripada manipulasi yang dilakukan

dalam pelbagai keadaan.

3.0 KAEDAH ATAU CORAK PENGAJARAN GURU-GURU PRASEKOLAH

Gaya dan kaedah pengajaran di dalam kelas amat penting dalam memastikan perancangan

program yang lebih berkesan untuk perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Selain itu

juga, gaya dan kaedah pengajaran seseorang guru yang sesuai dan betul akan dapat

memastikan setiap pelajar-pelajar mencapai objektif yang telah ditetapkan. Bagaimanapun apa

jua perancangan yang dibuat, aktiviti itu haruslah selaras dengan falsafah, matlamat dan

objektif pengalaman yang sesuai (Rohaty, 2003). Selain itu juga, Kaedah pembelajaran ialah

meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu yang akan dapat

memperkembangkan minda kanak-kanak dalam semua aspek pembelajaran. Hal ini kerana,

pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek

perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan
untuk masuk ke sekolah rendah. Pelbagai gaya dan kaedah pengajaran dalam proses

pengajaran dan pembelajaran (P&P) sains awal di peringkat prasekolah yang memerlukan guru

berperanan dalam merangsang pemikiran aktif dan kreatif kanak-kanak.

Menurut Kamarudin & Siti Hajar (2004), seseorang guru seharusnya dapat menentukan

jenis dan bentuk bahan atau media yang akan digunakan. Ia juga harus menentukan bahan-

bahan itu sesuai dengan minat, pengetahuan dan keupayaan murid. Oleh itu, untuk

merangsang pemikiran sedemikian, guru-guru perlulah merangka persekitaran pembelajaran

dan memahami tahap kebolehan kanak-kanak supaya ia bersesuaian dengan topik dan aktiviti

sains yang akan diperkenalkan kepada mereka. Antaranya adalah pengajaran dan

pembelajaran yang melibatkan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) yang berasaskan

kepada teknologi komputer. Alat bantu mengajar ini memainkan peranan penting dalam proses

pengajaran dan pembelajaran dan ia juga turut berfungsi untuk menambahkan kelancaran

perhubungan antara guru dengan murud, murid dengan guru, dan murid dengan murid. Hal ini

kerana, pembelajaran berasakan komputer seperti penggunaan alat bantu mengajar slide show

atau grafik, membolehkan kanak-kanak ini lebih berpluang untuk bertanya. Selain itu juga,

penggunaan komputer juga dapat mewujudkan situasi sebenar tentang apa yang ingin

disampaikan, misalkan penggunaan video dan audio dapat memberi gambaran sebenar dan

seterusnya dapat membina imiginasi kanak-kanak tersebut.

Tambahan pula menurut Rio Sumarni Shariffudin et al, proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P) Sains di peringkat prasekolah memerlukan guru yang berperanan

merangsang pemikiran aktif dan kreatif kanak-kanak. Untuk merangsang pemikiran sedemikian,

guru-guru perlu merangka persekitaran pembelajaran dan memahami tahap kebolehan kanak-
kanak supaya sesuai dengan topik dan aktiviti sains. Sains di peringkat prasekolah adalah

dunia sebenar dan pengalaman harian. Ini secara tidak langsung kanak-kanak dapat

menghubungkaitkan sains yang dipelajari dengan pengalaman harian mereka. Melalui

penggunaan PBK, guru-guru dapat menarik minat kanak-kanak yang secara semulajadinya

sukakan benda-benda yang menarik. Perisian PBK yang dilengkapi dengan arahan-arahan

secara teks dan audio yang jelas dan mudah difahami oleh kanak-kanak. Ia juga mempunyai

objektif yang jelas, sesuai dengan tahap dan kemahiran kanak-kanak, interaktif, dan

mempunyai grafik-grafik yang menarik dan pelbagai.

Menurut Rio Sumarni Shariffudin et al lagi , penggunaan elemen-elemen mutimedia

seperti teks, grafik, audio, video dan animasi bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran

adalah lebih efektif dan menarik perhatian pelajar. Tajuk yang dipilih adalah Mengenal Haiwan.

Dengan animasi ataupun video, murid sekolah dapat mengenal dan membuat perbezaan dalam

mengklasifikasi jenis haiwan seperti haiwan bersayap, berjalan, berkaki dua dan sebagainya.

Sebagai contoh burung dan ayam dapat dikelaskan dalam kategori haiwan bersayap manakala

lembu dan kambing adalah haiwan yang berkaki empat. Tambahan pula, di persekitaran

mereka terdapat pelbagai jenis haiwan yang mereka biasa lihat dan secara tidak langsung akan

menambah pengetahuan sedia ada.


Rajah : bahan bantu mengajar dalam penggunaan komputer bagi kanak-kanak prasekolah

Selain itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan bagi pendidikan

prasekolah adalah melalui teknik belajar dalam bermain. Main atau bermain secara amnya

boleh di definisikan sebagai satu aktiviti yang memberikan kegembiraan atau kepuasan kepada

kanak-kanak tampa menimbangkan hasil daripada aktiviti itu. Dengan kata lain, kanak-kanak

bermain bukan kerana ingin akan sesuatu atau ingin mencapai tujuan tetentu. Bermain juga di

anggap satu pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil

akhirnya atau tujuan tetentu. Bermain juga bukanlah aktiviti yang di paksa, malah ia merupakan

keinginan semulajadi kanak-kanak ( Kraus, 1990 ). Pendekatan belajar sambil bermain ini

adalah memerlukan satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang

kepada murid untuk belajar dalam suasana yang mengembirakan dan dapat merangsang

pemikiran kanak-kanak.

Dari aspek psikoanalisis Freud, bermain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk

memperoleh perasaan dapat mengawal keadaan yang dikatakan dapat membantu kanak-kanak

untuk berurusan dengan realiti yang sebenar (Kraus, 1990). Carr, dalam teorinya menyatakan,

bermain adalah penting kepada kanak-kanak kerana bermain dapat menyediakan peluang

kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing (Kraus, 1990). Dalam konteks

prasekolah di Malaysia, khususnya dari perspektif kurikulum, main atau bermain itu bukanlah

bermain bebas tanpa perancangan tetapi bermain yang mempunyai unsur seperti main

terancang, fleksibel, bersruktur serta main yang memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan

afektif.
Terdapat banyak contoh aktiviti bermain. Antara aktiviti yang boleh dianggap sebagai

main atau bermain adalah main drama, menyanyi, berlakon dan bercerita. Permainan biasanya

melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek

motor kasar dan motor halus dan kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak akan berasa

seronok, gembira dan aktif untuk melaksanakan aktiviti yang dijalankan. Ini membolehkan

kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih

yakin dan boleh berdikari. Selain itu juga, aktiviti bermain seperti Selain itu, dapat memudahkan

guru menyampaikan maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Berk, 1995;

Fromberg, 2002; Holmes & Geiger, 2002; Mccune & Zanes, 2001; Murata & Maeda, 2002;

Santrock, 2003). Selain itu juga, aktiviti seperti membina istana dengan pasir misalnya juga

akan membolehkan mereka lebih berimiginasi dan meningkatkan keupayaan otak mereka untuk

berfikir.

Rajah : contoh aktiviti main dalam belajar bagi kanak-kanak prasekolah


Selain itu juga, antara permainan pembelajaran bagi sains awal ialah permainan yang

melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek

motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa

seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka

untuk bersenam. Hal ini secara tidak langsung akan memberi pengetahuan kepada kanak-

kanak tentang bahagian tubuh badan mereka serta mengetahui bersenam bukan sahaja

menyeronokkan malahan dapat menyihatkan tubuh badan manusia

Rajah : aktiviti main dalam belajar bagi sains awal ( bersenam)

Selain dari melakukan aktiviti senaman, berlakon dan bernyanyi juga merupakan aktiviti

belajar dalam bermain yang lazimnya telah dipraktikkan oleh guru di tadika. Misalnya, guru

menyuruh kanak-kanak berlakon sebagai guru dan pesakit seperti situasi sebenar dan dalam

situasi begini kanak-kanak akan didedahkan dengan bagaimana cara untuk merawat pesakit,
mengenal ubat-ubatan dan sekali gus pembelajaran dalam sains awal dapat dilakukan secara

tidak langsung dalam permainan ini.

Seterusnya, gaya pengajaran guru prasekolah yang berkesan ialah melalui pengajaran

dan pembelajaran secara kreatif. Kreativiti adalah keupayaan untuk memikirkan sesuatu dalam

keadaan-keadaan luar biasa dan bersedia untuk menyelesaikan masalah secara unik.

Contohnya guru boleh mempelbagaikan cara meningkatkan minat murid untuk menulis. Dengan

menyediakan di sudut tulisan dengan tray pasir atau tanah liat, kanak-kanak boleh berlatih

menulis menggunakan hujung jari di atas pasir atau menggunakan lidi di atad doh atau tanih

liat. Kaedah ini bukan sahaja dapat menarik minat kanak-kanak untuk menulis, ia juga akan

turut membina pemikiran kreatif mereka bagi menghasilkan sesuatu yang menarik dengan

menggunakan cara mereka sendiri. Oleh itu, dengan adanya aktiviti seperti ini kanak-kanak

akan lebih berminat untuk belajar menulis.


Rajah : Murid sedang membentuk huruf di atas permukaan pasir.

Selain itu juga, kanak-kanak akan mudah menjadi bosan dan tertekan sekiranya guru

mengajar kanak-kanak menulis dan membaca. Keadaan tersebut berlaku kerana cara tersebut

telah menyebabkan kanak-kanak merasakan mereka kurang mendapat peluang untuk

menggunakan pengetahuan sedia ada yang telah terbentuk dengan cara yang bermakna.

Selain itu juga, tidak di nafikan bahawa, sikap kanak-kanak itu sendiri yang cepat bosan

keadaan sekeliling lebih-lebih lagi kepada aktiviti yang sedia membosankan. Mereka lebih

berjiwa lembut dan mahu dihargai, oleh itu, dengan cara ini sedikit sebanyak akan dapat

menarik minat mereka.

Guru-guru prasekolah juga boleh merangka aktiviti secara berkumpulan atau belajar

secara berkumpulan. Proses yang melibatkan pembelajaran secara kumpulan kecil

bekerjasama menyiapkan tugasan dan dalam kumpulan ( pembelajaran koperatif ). Teknik

pembelajaran dengan cara ini harus di praktikal bagi kanak-kanak prasekolah. Hal ini kerana,

cara ini dapat memupuk minat mereka untuk belajar bersama-sama disamping dapat

mewujudkan hubungan yang baik antara mereka. Selain itu juga, berbagai-bagai kegiatan

dapat dijalankan untuk membangkitkan minat kanak-kanak terhadap pembelajaran. Aktiviti

kumpulan ini lazimnya meliputi berbagai-bagai kegiatan yang berjalan serentak. Oleh itu guru-

guru yang mengendalikan kelas perlu fokus dan berusaha mendapatkan perhatian kanak-kanak

dalam satu jangka masa yang agak lama. Selain itu, guru-guru juga seharusnya peka kepada

kanak-kanak yang perangainya bukan sahaja berubah-ubah tetapi juga berbagai-bagai (Rohaty
& Abu Bakar Nordin, 2004). Jadi, aktiviti kumpulan yang besar lebih sesuai dilakukan dalam

masa sependek yang boleh.

Misalnya, apabila mereka telah di bahagikan kepada beberapa kumpulan kecil, guru

akan menceritakan atau menyampaikan sesuatu cerita samada secara lisan atau bekan lisan,

seterusnya guru mungkin boleh menyertakan aktiviti - aktiviti seperti meminta kanak-kanak

melibatkan diri secara aktif didalam kumpulan mereka semasa cerita dijalankan, membunyikan

bunyi-bunyi yang terdapat dalam cerita dan bertepuk tangan pada tempat-tempat sesuai. Dalam

P&P sains pula, guru boleh menjalankan aktiviti mengumpulkan biji benih mengikut bentuk,

saiz, warna, tekstur dan jenis yang boleh ataupun tidak boleh di makan. Melalui cara ini, kanak-

kanak dapat bekerjasama dalam kumpulan untuk membezakan bahan-bahan yang diberikan

mengikut pemahaman sendiri. Selain dapat meningkatkan keyakinan diri dan komunikasi antara

mereka.

Pada peringkat prasekolah juga, guru-guru juga perlu memahami aras pemikiran kanak-

kanak. Pemikiran kanak-kanak didapati masih belum berkembang seperti orang dewasa

(Rohaty & Abu Bakar Nordin, 1989). Pada peringkat ini terdapat beberapa perkara pokok

menjadi perbezaan besar di antara pemikiran orang dewasa dengan kanak-kanak. Jadi, apabila

guru memberikan penerangan atau berbincang dengan kanak-kanak, jangan menganggap

mereka itu orang-orang dewasa yang kecil. Oleh itu, guru-guru seharusnya perlu

menggunakan bahasa yang jelas, suara yang lembut dan menimbulkan suasana yang menarik

semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila memberikan penerangan kepada kanak-

kanak, guru-guru seharusnya mengeluarkan buah fikiran yang dapat diberikan contoh-contoh

yang konkrit.
Contohnya seperti, guru-guru mahu menerangkan bahawa kanak-kanak mesti berhati-

hati apabila makan, baca doa sebelum dan selepas mkan dan juga basuh tangan sebelum

makan. Sebab-sebab yang dijelaskan pada kanak-kanak sepatutnya berkait dengan perkara

yang mereka sendiri alami seperti tidak tercekik, lebih sedap makanan itu, tidak sakit perut,

tidak memudharatkan diri mereka dan seterusnya mereka tidak buruk dipandang orang. Semua

keadaan ini dapat di pupuk dalam diri setiap kanak-kanak kerana ibarat kanak pepatah, kanak-

kanak umpama kain putih dan kita yang akan menyorakkannya. Melalui sebab-sebab yang

diterangkan dan di jelaskan dan ditunjukkan, kanak-kanak akan lebih memahami apa yang guru

sampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

4.0 KAJIAN BERKAITAN PENGAJARAN GURU PRASEKOLAH

Seperti yang kita ketahui pendidikan prasekolah merupakan pengalaman yang penting dalam

dunia persekolahan kanak- kanak. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang menarik,

berkesan dan bermakna dapat mengembangkan kemahiran tertentu dalam diri kanak - kanak.

Kemahiran seperti peningkatan keyakinan diri dan sikap yang positif akan menjadi satu

persediaan yang baik bagi diri kanak- kanak untuk memasuki alam persekolahan yang lebih

formal. Sehubungan dengan itu, sebagai seorang guru yang efektif, mereka perlulah mengambil

kira gaya pembelajaran yang sesuai dengan kanak - kanak pada peringkat prasekolah.

Terdapat banyak teori dan kajian tentang gaya pembelajaran kanak - kanak. Menurut teori

Pembelajaran Sosial (Bandura,1977), salah satu pembelajaran yang amat berkesan ialah

melalui model atau teladan yang sesuai, jelas dan menarik. Model percontohan dan
permodelan adalah amat baik untuk kanak-kanak pada peringkat ini dalam mencapai matlamat

yang abstrak.

Selain itu, menurut Khadijah Rohani (1992), beliau mendapati program prasekolah yang

menekankan akademik semata-mata menyebabkan kanak-kanak mengalami kegagalan dan

kehilangan kepercayaan diri. Keadaan ini akan menyebabkan kanak-kanak tertekan, kehilangan

minat belajar dan menimbulkan masalah pembelajaran di bilik darjah. Pendapat ini selari

dengan dapatan kajian oleh Katz (1985). Beliau menyatakan bahawa pendedahan akademik

atau kemahiran asas kepada kanak-kanak di peringkat terlalu awal akan merosakkan

perkembangan minat belajar kanak-kanak.

Aktiviti pembelajaran dan bahan yang digunakan dalam pembelajaran perlu terdiri daripada

bahan konkrit, bahan sebenar dan relevan kepada kehidupan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu

bermain dengan bahan sebenar dan mengalami peristiwa sebenar sebelum mereka boleh

memahami makna simbol seperti abjad dan nombor (Almy, 1975; Evans, 1984; Forman &

Kuschner, 1983; Piaget, 1972; Weber, 1984; Schickedanz, 1986). Oleh itu, penggunaan buku

kerja, lembaran kerja, buku warna dan model yang dibina oleh orang dewasa untuk disalin oleh

kanak-kanak adalah tidak sesuai untuk kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun.

Pada peringkat umur ini, kanak-kanak menunjukkan kebolehan dan keinginan belajar yang

tinggi melalui latihan lisan, lukisan dan membuat persembahan lain-lain aktiviti seperti yang

diarahkan oleh orang dewasa. Kanak-kanak belajar melalui pengalaman membuat sendiri.

Piaget (1950, 1972), Montessori (1964), Erikson (1950), Elkine (1986).


Namun begitu, kajian-kajian yang di jalankan di peringkat prasekolah banyak menumpu

kepada kanak-kanak dan tidak kepada amalan dan pelaksanaan pengajaran guru.

Sebagaimana Khatijah Rohani (1992) mendapati pusat-pusat pendidikan prasekolah banyak

menyediakan program yang bersifat akedemik yang membuatkan kanak-kanak tertekan dan

hilang minat dalam pembelajaran. Walaubagaimanapun, mengikut Halim (1989), kanak-kanak

yang telah mengikuti pendidikan prasekolah lebih bersedia untuk mengikuti pendidikan formal di

sekolah rendah dan menunjukkan pencapaian akademik yang lebih baik semasa di Tahun 1

persekolahan.

Walau bagaimanapun Asma (2001), telah membuat kajian perlaksanaan main di tadika

Brunei. Sample kajian ialah 12 orang guru tadika dan 16 orang kanak-kanak. Kaedah kajian

ialah secara temuduga dan pemerhatian. Keputusan kajian telah mengenal pasti bahawa 60%

guru-guru tadika tidak bersetuju dengan kaedah ini. Mereka berpendapat kaedah ini tidak

memberi sumbangan terhadap proses pembelajaran kanak-kanak. Pada keseluruhannya

kesemua guru tadika yang dikaji iaitu seramai 12 orang menyatakan bahawa kanak-kanak ini

perlu diajar secara formal seperti latih tubi, ulangi pelajaran setiap hari dan pengajaran secara

kelas. Ini sangat penting bagi tujuan menyediakan mereka kelak ke tahun satu. Aktiviti bermain

cumalah mengisi masa yang terluang sahaja.

5.0 PENGAJARAN SAINS AWAL OLEH GURU PRASEKOLAH

Bagi pengajaran sains awal, guru perlulah merancang proses pengajaran dan pembelajaran

dengan teliti. Melalui perancangan yang teliti, guru dapat menerapkan kemahiran- kemahiran

proses sains dalam pengajaran di kelas. Hal ini kerana, kemahiran proses sains amat perlu bagi
kanak-kanak prasekolah untuk mempelajari dan memahami mata pelajaran sains diperingkat

awal.

sains awal merupakan satu subjek yang di bina untuk menyediakan peluang kepada

kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun meneroka alam sekitar dengan menggunakan

organ deria dan peralatan mainan yang mudah untuk mempelajari sains pada peringkat awal.

Menurut Mc Anarney ,1980 dalam zurida ismail et al (2003) menyatakan sains bagi kanak-

kanak melibatkan mereka secara aktif dalam aktiviti penerokaan dan penyiasatan. Pada

peringkat umur begini, pembelajaran lebih tertumpu kepada pembelajaran hands-on dimana

kanak-kanak memulakan penerokaan melalui deria rasa, membuat ramalan dan seterusnya

dapat merekod pemerhatian.

Konsep yang dipelajari oleh pelajar adalah berdasarkan kefahaman yang di kuasai

kanak-kanak itu sendiri melalui fenomena yang telah diperhatikan dan aktiviti yang telah di

lakukan oleh pelajar. Kefahaman kanak-kanak ini boleh dibina semasa proses pengajaran dan

pembelajaran dimana guru boleh mengemukakan pelbagai bentuk soalan kepada kanak-kanak

semasa melakukan aktiviti, seterusnya dapat menentukan arah aktiviti seterusnya.

Pembelajaran yang kreatif membantu kanak-kanak meneroka dan memikirkan bentuk jawapan

dan penyelesaian dan pemberian jawapan yang kreatif.

Bagi pengajaran sains awal, terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru

yang membolehkan guru menjana minat dan membantu murid dalam memahami konsep-

konsep asas dalam sains. Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru bagi membolehkan

pembelajaran sains menjadi lebih menarik ialah, permainan air. Seperti yang kita ketahui,
kanak-kanak amat gemar bermain dengan air. Aktiviti- aktiviti pembelajaran yang teracang

dapat membantu guru melaksanakan pembelajaran dengan berkesan dan membolehkan

kanak-kanak meneroka mengenai beberapa konsep berkaitan dengan air. Keadaan dapat

memberi peluang kepada kanak-kanak menjalankan eksperimen mengenai air dengan

menggunakan peralatan dan bahan dari pelbagai saiz, warna dan bentuk. Eksperimen yang

dapat di lakukan oleh kanak-kanak ialah seperti melihat bahan yang boleh tenggelam dan

timbul , bahan yang larut dalam air dan membuat buih daripada sabun.

Seterusnya guru dapat melaksanakan proses pengajaran dengan melaksanakan aktiviti

permainan pasir. Melalui aktiviti permainan pasir guru boleh mengadakan sesi perbincangan

dengan kanak-kanak prasekolah dan berbincang mengenai saiz dan bentuk yang di miliki oleh

pasir serta teksturnya. Melalui perbincangan tersebut, kanak-kanak prasekolah dapat

megetahui saiz dan tekstur yang dimiliki oleh pasir. Pasir yang memiliki rupa dan tekstur yang

berlainan boleh di pindah-pindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain. Misalnya dalam

pembinaan istana pasir oleh kanak-kanak. Kanak-kanak dapat mencampurkan pasir dengan air

bagi membentukkan ikatan kukuh dalam pembinaan istana pasir. Kemudian mereka juga

membina bentuk dari pasir tanpa mencampurkannya dengan air. Seterusnya kanak-kanak

dapat membuat perbezaan kesan membina bentuk dengan mengunakan pasir basah dan pasir

kering.

Selain itu, dalam pengajaran dan pembelajaran sains awal, guru bertindak untuk

menyediakan bahan-bahan pembelajaran berdasarkan sentuhan. Dalam aktiviti ini guru perlu

menyediakan bahan-bahan dengan memasukkan bahan tersebut ke dalam satu karung kain

dan meminta kanak-kanak menyentuh dan meneka objek apakah yang telah di sentuh oleh
kanak-kanak berkenaan. Kemudianya kanak-kanak tersebut perlu menerangkan mengenai

perkara yang telah dirasainya melalui sentuhan yang telah di lakukan. Melalui aktiviti ini, pelajar

dapat mempelajari dan mengetahui konsep rasa seperti lembut, licin, keras dan sebagainya.

Selain daripada aktiviti sentuhan, aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru prasekolah

dalam pembelajaran sain awal ialah melaksanakan aktiviti pendengaran. Aktiviti ini

dilaksanakan dengan meminta kanak-kanak meneka bunyi yang telah di dengar oleh mereka

dan menerangkan bunyi tersebut. Aktiviti pendengaran ini dapat dilaksanakan melalui mata

pelajaran muzik, dimana pelajar perlu meneka tinggi atau rendah sesuatu bunyi. Selain itu,

aktiviti pendengaran ini juga boleh dilaksanakan dengan memasang muzik atau nada-nada

bunyian seperti bunyi- bunyi haiwan, ketukan dan sebagainya. Seterusnya meminta pelajar

meneka apakah benda atau haiwan yang berbunyi seperti yang telah mereka dengar.

Setelah itu aktiviti pengajaran mengenali manik-manik berwarna juga dilaksanakan oleh

guru prasekolah. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak dapat mengetahui dan mengenali jenis warna,

saiz dan betuk manik-manik. Melalui aktiviti ini kanak-kanak dapat mengasingkan manik-manik

mengikut susunan yang telah diminta oleh guru.

Aktiviti rasa dan bau juga dilaksanakan oleh guru prasekolah bagi matapelajaran sains

awal. Melali aktiviti ini guru boleh meminta pelajar memejam mata dan mengesan rasa dan bau

yang telah disediakan. Contohnya, guru menutup mata kanak-kanak dengan kain dan

mengambil sekuntum bunga dan diletakkan berhampiran dengan pelajar dan meminta pelajar

meneka darimanakah sumber bau yang telah mereka hidu. Melalui daripada kaedah ini guru
boleh mengadakan sesi perbincangan dengan kanak-kanak mengenai perbezaan tekstur dan

bau bahan-bahan yang dikaji.

6.0 PENUTUP

Pendidikan prasekolah adalah tahun-tahun kritis dan asas kepada peringkat pendidikan

selanjutnya serta menentukan kejayaan hidup seseorang individu. Kajian mengenai kesan

prasekolah membuktikan bahawa pendidikan prasekolah dapat meningkatkan perkembangan

kognitif, sosial dan personaliti kanak-kanak dan mempunyai dua kesan positif, iaitu jangka

panjang dan jangka pendek. Oleh itu, pendidikan prasekolah penting bagi kanak-kanak untuk

mengikutinya kerana banyak kelebihan yang akan mereka perolehi. Selain itu juga, pendidikan

prasekolah adalah satu pendidikan yang bertujuan untuk mempersiapkan diri kanak-kanak

sebelum mereka masuk ke alam persekolahan.

Pendidikan sains awal di peringkat prasekolah adalah penting bagi menggalakkan kanak-

kanak meneroka alam sekeliling meraka. Penerokaan adalah penting dalam proses saintifik.

Menurut Johnston, 1996, melalui penerokaan, kanak-kanak mengembangkan kemahiran seperti

membuat pencerapan, mengelas, dan membina soalan. Oeh itu, Interaksi mereka dengan alam

sekitar membantu mereka dalam membina kefahaman konseptual saintifik disamping

membentuk sikap dan minat dalam sains antaranya seperti keinginan ingin tahu, tabah, ikram,

dan jujur.

BIBLIOGRAFI

Amabile. (1992).Pendidik Kreatif Srbagai Teras Transformasi.Diperoleh pada


Februari 20 daripada http://eprints.utm.my/2286/1

(Almy, 1975; Evans, 1984; Forman & Kuschner, 1983; Piaget, 1972; Weber, 1984; Schickedanz, 1986).
Pelaksanaan Ativiti Belajar Melalui Bermain diperoleh pada 2 mac 2010 daripada
www.ipislam.edu.my/uploaded/ file/saayah.pdf.

Asma (2001), Pelaksanaan Ativiti Belajar Melalui Bermain diperoleh pada 2 mac 2010 daripada
www.ipislam.edu.my/uploaded/ file/saayah.pdf.

Berk, 1995; Fromberg, 2002; Holmes & Geiger, 2002; Mccune & Zanes, 2001;

Murata & Maeda, 2002; Santrock, 2003.Kepentingan Bermain Dalam Pendidikan


Prasekolah.Diperolehi pada Februari 25 daripada http://

www.scribd.com/doc/4007899/Kepentingan-Bermain-Dalam-Pendidikan-Prasekolah

Diperoleh dari http://sarjana.tripod.com/pra1. Kertas Kerja Kajian Sistem Pendidikan Kebangsaan.


Pendidikan Prasekolah pada 8 Febuari 2010.

Halim (1989), Pelaksanaan Ativiti Belajar Melalui Bermain diperoleh pada 2 mac 2010 daripada
www.ipislam.edu.my/uploaded/ file/saayah.pdf.

Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Kementerian Pelajaran Malaysia (2003), diperolehi pada
Februari 19 2010 daripada http:// ms. Wilkepedia.org./wiki/prasekolah

Johnston dalam Zurida Ismail, 2003. Pendidikan Sains Prasekolah. PTS Publications & Distributors
Sdn.Bhd. , Kuala Lumpur.

Katz (1985), Pelaksanaan Ativiti Belajar Melalui Bermain diperoleh pada 2 mac 2010 daripada
www.ipislam.edu.my/uploaded/ file/saayah.pdf.
Khadijah Rohani (1992), Pelaksanaan Ativiti Belajar Melalui Bermain diperoleh pada 2 mac 2010 daripada
www.ipislam.edu.my/uploaded/ file/saayah.pdf.

Kraus .(1990).Kepentingan Bermain dalam Pendidikan Prasekolah.Diperoleh pada 13 Februari pada


http://www.scribd.com/doc/4007899/Kepentingan

-Bermain-Dalam-Pendidikan-Prasekolah

Pembelajaran Sosial (Bandura,1977) dalam saayah, Pelaksanaan Ativiti Belajar Melalui Bermain
diperoleh pada 2 mac 2010 daripada www.ipislam.edu.my/uploaded/ file/saayah.pdf.

Rio Sumarni Shariffudin, Abdul Hafidz Haji Omar, & Dayang Hajjah Tiawa Awang

Haji Hamid. (2007). Reka Bentuk dan Keberkesanan Perisian Multimedia

Membaca-faham Berasaskan Gambaran Visual bagi Kanak-kanak Prasekolah.Dimuat


turun pads 16 Disember, 2007, daripada http://eprints.utm.my/2344/1

Rohaty & Abu Bakar Nordin, 1989. Pendidikan prasekolah. Fajar bakti Sdn. Bhd

Rohaty Mohd Masjud dan Abu Bakar Nordin, (2004) Pendidikan Prasekolah. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Zurida Ismail, 2003. Pendidikan Sains Prasekolah. PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd. , Kuala
Lumpur.
TUGASAN 1
Terangkan tiga kepentingan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan pembelajaran
1. Menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21 agar negara mampu
bersaing di persada dunia.
Soalan KBAT memerlukan pelajar untuk mengaplikasi, menganalisis, mensintesis dan menilai sesuatu maklumat daripada
menyatakan semula fakta. Semasa proses penyelesaian masalah, secara tidak langsung pelajar akan berfikir secara aktif, kreatif
dan kritis dan ini menyebabkan pelajar kita cerdas berfikir.
2. Menghasilkan pelajar yang berfikir secara kreatif dan kritis
KBAT memerlukan pemikiran yang meluasdan mendalam dalam menyelesaikan masalah. Jadi, KBAT penting dalam
membentuk pelajar yang sentiasa berfikir, bukan sahaja menyelesaikan masalah seperti masalah rutin yang hanya
menyelesaikan langkah demi langkah mengikut hafalan teori. Kemahiran berfikir secara kritis berguna untuk membantu
mengelak kesilapan
3. Membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
Kemahiran berfikir aras tinggi dapat menghasilkan idea baru dan munasabah. Pelajar yang mengaplikasikan konsep KBAT
dapat membuat pertimbangan yang wajar dalam menyelesaikan masalah dengan menggunakan alasan dan bukti yang
munasabah.

Bagaimana Mengajar Pelajar Untuk Berfikir Secara KBAT?


Jumaat, April 24, 2015 Hal Guru 37 comments

Satu kesulitan dalam menghadapi pembelajaran abad ke 21 adalah mengajarkan pelajar


teknik untuk berfikir secara KBAT. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ini walaupun
sebenarnya sudah lama wujud sejak penciptaan Model Taksonomi Bloom, tetapi
barulah kini semakin giat dipromosikan sebagai kemahiran berfikir yang juga boleh
diajar kepada semua aras pelajar, tanpa perlu lagi melalui KBAR, iaitu Kemahiran
Berfikir Aras Rendah.

Jom kita tengok beberapa cara dan strategi yang boleh digunakan oleh rakan guru bagi
menggalakkan pelajar untuk berfikir secara KBAT.

1. Tingkatkan Soalan Aras Tinggi


Bagi membiasakan pelajar dengan soalan sebegini, maka guru hendaklah sentiasa memberikan
soalan berbentuk KBAT. Semakin banyak soalan KBAT, semakin luas tahap pemikiran
seseorang pelajar itu.

Tapi, bagaimana yang dikatakan dengan soalan KBAT?. Antara ciri-ciri Soalan KBAT adalah
soalan yang menguji kemahiran berfikir pelajar pada tahap Analisa, Sintesis dan juga Penilaian.
Soalan-soalan berbentuk 'Wajarkan', 'Cadangkan', 'Ramalkan' adalah antara beberapa kata
tugas yang memerlukan pelajar menguasai KBAT. Maka perbanyakkan lah soalan-soalan yang
sebegitu.

2. Mempelbagaikan Aktiviti Penyelesaian Masalah


Bagi menggalakkan juga pelajar berfikir secara KBAT, maka guru boleh lah memperbanyakkan
lagi aktiviti yang melibatkan penyelesaian masalah. Dalam situasi baru yang diberi, pelajar
perlu lah menggunakan kemahiran menganalisa, mensintesis dan juga menilai apakah konsep
yang bersesuaian dan boleh digunapakai bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Objektif dalam menyelesaikan masalah juga haruslah diterapkan iaitu bagi membolehkan kita
membuat penyelesaian yang terbaik, meneroka dan mempertimbangkan pelbagai pilihan
dengan sebanyak mungkin, dan membolehkan kita bertindak atas keputusan yang telah diambil
kira semua faktor serta kesan akibatnya.

Secara ringkas, langkah-langkah menyelesaikan masalah adalah bermula dengan menyedari


apakah permasalahan, memahami masalah, meneroka pilihan-pilihan penyelesaian, meninjau
kesan akibat daripada pilihan-pilihan dan juga memilih pilihan terbaik sebagai penyelesaian.

3. Teknik Menyoal
Teknik menyoal adalah teknik paling lama dan paling popular dalam bidang pendidikan.
Pemilihan teknik ini dalam pdp dapat melahirkan interaksi antar guru dan pelajar secara
berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan yang berkaitan
dengan isi pelajar dan dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Kejayaan
penggunaan teknik ini dalam pdp bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai teknik
menyoal.

Salah satu perkara penting ketika berkomunikasi adalah aktiviti bertanya dan menyoal.
Kemahiran bertanya dan menyoal bukan sekadar untuk mendapatkan sesuatu maklumat, tetapi
juga membantu kita membina iklim komunikasi yang positif dan memupuk sikap saling
memahami dan bekerjasama.
Tujuan Teknik Penyoalan
- Melihat keupayaan pelajar memahami sesuatu blok informasi
- Mengalih perhatian pelajar daripada satu fakta kepada fakta yang lain
- Menegaskan kepentingan isi
- Mengarah pelajar ke arah membentuk konsep pemahaman yang tersendiri
- Mengesan pengetahuan berbahasa pelajar
- Mengalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatid, logik dan juga kritis
- Mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar

Walaubagaimanapun, penggunaaan teknik penyoalan adalah untuk mencerna pemikiran. Ini


kerana soalan yang dikemukakn untuk menaganalisis, mensintesis dan menilai kemahiran dan
menyediakan latihan untuk pelajar berkomunikasi.

Di sini juga saya sertakan sedikit Panduan Penyoalan yang betul bagi membantu guru untuk
mengasah pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar.

Prinsip Panduan Penyoalan


- Soalah hendaklah dirancang
- Soalan bersesuaian dengan peringkat kebolehan pelajar
- Aras soalan tidak terlalu senang dan tidak terlalu sukar
- Beri peluang kepada pelajar untuk berfikir mengenai jawapan
- Kemukakan soalan kepada keseluruhan kelas
- Elakkan daripada mengemukakan soalan kepada murid tertentu sahaja
- Kemukakan soalan terlebih dahulu sebelum menentukan nama murid
- Bentuk soalan perlu diubah-ubah untuk menarik perhatian murid
- Soalan dapat didengar dengan jelas oleh pelajar seluruh kelas
- Soalan haruslah mampu mendorong pelajar untuk berfikir
- Elakkan soalan yang mengandungi jawapan di dalamnya
- Soalan hendaklah ringkas dan juga jelas

4. Aktiviti Pemikiran Aras Tinggi Dalam Buku


Teks
Tanpa kebanyakkan daripada kita sedari, buku teks yang disediakan sudah lama mengandungi
aktiviti yang boleh merangsang pemikiran aras tinggi. Perhatikan semula kandungan dalam
buku teks serta aktiviti yang disediakan bagi pembelajaran tertentu.

Maka gunakanlah sebaiknya aktiviti dalam buku teks tersebut bagi membentuk pelajar yang
mahir dalam menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi, KBAT

5. Pembelajaran Berasaskan Projek


Satu lagi perkara yang boleh menggalakkan pelajar untuk berfikir secara KBAT adalah dengan
memperbanyakkan aktiviti pembelajaran yang berasaskan projek, project-based learning
(PBL).

Pembelajaran berasakan projek merupakan pelaksanaan program atau aktiviti dalam jangka
panjang. Proses pembelajaran ini memerlukan pelajar bekerjasama, misalnya menyediakan
soalan berkaitan projek dan mengimpelementasikan penyelidikan dengan mengumpulkan data,
menganalisis data dan menghasilkan laporan samada secara lisan atau pun bertulis.

Dengan ini pelajar-pelajar dapat didedahkan dengan proses kemahiran berfikir dalam
menyelesaikan tugasan yang diberikan. Maka pelajar perlu dilibatkan dalam proses
pengajaran yang aktif dan menyeronokkan seperti kaedah projek. Pelaksanaan STEM
juga mampu menjadi pemangkin kepada pembelajaran berasaskan projek.

6. Menggunakan Alat Berfikir


Strategi terakhir dalam mengajar pelajar untuk berfikir secara KBAT adalah dengan
menggunakan alat berfikir. Alat berfikir mampu membantu pelajar menggunakan
minda dengan lebih bijak dan berkeesan. Pemikiran menjadi lebih tersusun, luas, jelas
dan tidak terburu-buru dalam melakukan sesuatu.

I Think adalah salah satu alat berfikir yang boleh menggalakkan pelajar berfikir secara KBAT

Ini adalah antara alat-alat berfikir yang boleh digunakan untuk meningkatkan
ketrampilan dalam berfikir, iaitu:
- Soalan dan penyoalan
- Peta Minda
- Pengurusan Grafik
- CoRT
- i-Think
- 6 Thinking Hat

Alat pengurusan grafik juga dikenali sebagai peta pengetahuan, peta konsep, peta cerita
dan alat pengurusan kognitif. Alat komunikasi yang menggunakan simbol untuk
menggambarkan pengetahuan, konsep, pemikiran, idea-idea dan juga hubungan antara
mereka. Tujuan utama pengurusan grafik adalah untuk menyediakan bantuan visual
bagi membantu pelajar berfikir.

Alat CoRT (Cognitive Research Trust) merupakan instrumen kognitif dalam bentuk
garis panduan yang digunakan untuk meningkatakn kualiti pemikiran seseorang.
Penggunaan alat ini dapat memandu pelajar untuk membuat keputusan dengan
mengambil kira pelbagai faktor, menyelesaikan masalah, meluaskan pandangan
terhadap sesuatu isu, meneliti kesan terhadap suatu tindaka, meneroka kepentingan
apabila diberi pelbagai pilihan serta melihat sesuatu dari pelbagai sudut pandangan.

Semoga dengan perkongsian ini mampu memberikan guru sedikit pencerahan


mengenai kaedah dan strategi yang boleh digunapakai dalam menerapkan kemahiran
berfikir aras tinggi, KBAT dalam kalangan pelajar. Jika rakan guru ada perkongsian
yang lain, sila-sila kanlah berkongsi dalam ruangan komen di bawah bagi digunakan
oleh rakan guru yang lain juga. Terima kasih!

KBAT keperluan pendidikan abad 21

Pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 mempunyai ciri-ciri yang berbeza dengan pendidikan
masa lampau.

Jika suatu ketika dahulu, komunikasi dua hala antara guru dan murid-murid sudah memadai,
namun tahap pendidikan masa kini menuntut kemahiran berfikir di luar kotak, kehendak
jawapan pula memerlukan cara berfikir aras tinggi.

Justeru, dalam memenuhi tujuan itu, kerajaan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
20132025 telah memperkenalkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk melahirkan
golongan murid yang produktif tinggi, mahir dalam komunikasi, serta penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT).

Transformasi pendidikan kepada KBAT adalah sesuai dengan keadaan semasa kerana guru-guru
juga berhadapan dengan murid-murid yang jauh berbeza dengan murid-murid masa lalu.

Murid-murid kini lebih terdedah dengan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber dan
mempunyai kecenderungan untuk mengetahui dan bertanya dengan lebih mendalam.

Penerapan KBAT dalam pendidikan menggunakan pendekatan menyeluruh dan sistematik yang
merangkumi tujuh elemen, terdiri daripada tiga elemen utama iaitu kurikulum, pentaksiran dan
pedagogi serta empat elemen sokongan seperti kokurikulum, sokongan komuniti dan swasta,
sumber dan bina upaya.

Ikuti pandangan guru-guru dalam menjayakan tuntutan pendidikan negara ke arah melahirkan
murid dan pelajar yang mempunyai kemahiran pemikiran kritis, kreatif, dan inovatif.

roses pembelajaran di sekolah bukan sekadar interaksi di antara guru dan pelajar. Seharusnya
pemahaman itu perlu melibatkan proses berfikir.

Bagaimanapun, boleh dikatakan kebanyakan pelajar sebenarnya menghafal atau rote learning
dalam pembelajaran.

Ini boleh dikategorikan sebagai kemahiran berfikir aras rendah. Sebagai contoh kemahiran ini
hanya memerlukan murid menghafal dan mengingat kembali fakta atau maklumat yang
disampaikan oleh guru.

Ini terjadi kerana masa kini orang memandang kepada berapakah bilangan A yang diperoleh.
Bukan kepada sejauh manakah kita memahami atau mendapatkan input dalam proses
pembelajaran. Sehinggakan di penghujung harinya, keputusan cemerlang itu hanyalah sekadar
nilai sekeping kertas kosong.

Justeru itu, dalam usaha mampu bersaing sebaris dengan negara termaju, sistem pendidikan
negara perlu berupaya melahirkan generasi muda berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis
dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global.

Maka, aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) diperkenalkan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan 2013-2025.

Aplikasi KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Ia memerlukan seseorang itu berfikir
sebelum membuat penjelasan dengan menganalisis, menilai, menjana idea, pilihan membuat
keputusan, menyelesaikan masalah dan membuat perancangan.

Pembelajaran bukan lagi satu arah Menurut Mohamad Khamidon Sadi, 47, perlaksanaan KBAT
itu dapat diaplikasikan sekiranya guru diberikan persediaan yang rapi ke arah itu.

Secara umumnya semua guru telah pun disediakan dengan ilmu KBAT sejak dalam pengajian
pendidikan.

Kerana KBAT lebih terarah menterjemahkan konsep pendidikan dalam taksonomi bloom iaitu
merangkumi pembelajaran dari aras rendah ke aras tinggi iaitu pelajar mampu mengingat,
memahami, mengaplikasikan, analisa, membuat penilaian dan menghasilkan
produk/menyelesaikan masalah, katanya.

Beliau yang sudah mengajar selama 24 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen
16 Shah Alam itu menjelaskan pendidik perlu bersedia dari segi mental dan fizikal, di samping
prasarana yang sesuai dan kondusif bagi menterjemahkan KBAT dalam pembelajaran.

Namun masih terlalu banyak kekangan dan kelemahan yang agak ketara dalam memastikan
perlaksanaan berjalan dengan baik dalam membentuk kemenjadian diri pelajar. Seperti yang
terdapat dalam enam aspirasi pelajar dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Bagaimanapun, dengan adanya KBAT pembelajaran menjadi lebih aktif dan


menyeronokkan.Tidak lagi spoon feeding atau satu arah. Mereka dilihat menjadi lebih pro
aktif, kreatif dan masa sama sikap malu di dalam kelas semakin berkurangan kerana pelajar
diberi pendedahan untuk bercakap dan memberi pendapat sama rata, jelasnya.

Namun hakikat yang perlu diterima ialah ketidakjelasan terhadap KBAT itu sendiri, sokongan
dari segi prasarana di dalam bilik darjah, perbezaan tahap pelajar yang sangat ketara, kekangan
kewangan dan sokongan ibu bapa di rumah sering kali menjadi batas bagi pelaksanaan KBAT
secara menyeluruh.

Sementara, kejayaan pencapaian peratusan dalam peperiksaan utama sekolah seperti Pentaksiran
Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sesebuah sekolah yang sering
digemburkan pihak tertentu juga sebenarnya sedikit sebanyak masih lagi membantutkan usaha
KBAT.

Kerana ia tetap menyebabkan exam oriented masih dikekalkan dan justeru, pelajar dan guru
akan lebih tertumpu untuk mengejar silibus berbanding perlaksanaan pembelajaran secara lebih
terbuka, ujarnya.

Mampu membuat keputusan sendiri Pada masa yang sama guru Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan, Jaffry Jaafar, 32, berpendapat soalan berbentuk objektif yang digunakan sebelum ini
menyebabkan murid yang lemah akan memilih secara rawak serta tidak membaca soalan yang
diberikan.

"Ini menyebabkan murid menjawab sambil lewa dan siap menjawab kertas soalan tidak sampai
lima minit. Melalui format baru kertas soalan berdasarkan KBAT, murid perlu menulis serta
berfikir untuk mendapatkan jawapan.

Pelajar yang lemah tidak ada pilihan lain untuk menjawab soalan," katanya.Ujarnya, setiap murid
mempunyai tahap pemikiran berbeza. Kepelbagaian soalan dapat membantu murid memahami
sesuatu perkara dengan mudah.

"Kesan positif melalui KBAT, murid yakin memberi pendapat dan mampu membuat keputusan
sendiri. Kita boleh lihat dahulu murid dapat keputusan cemerlang 10A, belum tentu akan dapat
pekerjaan yang memerlukan kemahiran.

Melalui pendekatan KBAT, elemen aplikasi dan mencipta dapat membantu murid proaktif serta
berdaya saing dengan orang sekeliling.

"Pelaksanaan KBAT tidak mudah. KBAT memerlukan inisiatif pelajar itu sendiri untuk berubah
daripada pemikiran biasa kepada pemikiran yang kritis," jelasnya.

Pelaksanaan KBAT juga diteruskan pada peringkat pra sekolah menggunakan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif.

Guru Pra Sekolah, Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Peel, Kuala Lumpur, Tuan Maizura Tuan Mat
berkata, untuk murid-murid peringkat pra sekolah, teknik mengajar mesti diselitkan dengan
elemen seronok, belajar sambil bermain satu kemestian, unsur permainan juga diterapkan
menggunakan pendekatan bertema menggunakan alatan sukan, alat muzik, dan alat permainan
tradisional.

"Bermain adalah pengalaman penting murid kerana mereka berpeluang belajar dalam suasana
bebas, selamat, gembira dan bermakna," katanya.

Dalam meningkatkan bina upaya KBAT secara berterusan, guru juga menggunakan pendekatan
tersendiri.
"Di dalam kelas saya menggunakan teknik menyelesaikan masalah contohnya mengadakan
aktiviti melibatkan nombor, perkataan teka-teki silang kata yang sesuai dengan tahap mereka,
hasilnya mereka mula meneroka, memahami dan dapat mempelajari masalah yang timbul,"
katanya.

Tambah Tuan Maizura, dalam menimbulkan mood seronok juga, dia mengaplikasikan
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pembelajaran.

"Selalunya saya guna bahan maujud dalam pengajaran agar murid boleh sentuh, lihat dan rasa.
Jika ada keperluan, disertakan juga tayangkan video, cd, slide show."Usaha meningkatkan KBAT
juga adalah melalui guru yang sentiasa perlu kreatif dalam merancang aktiviti. Salah satu
daripadanya menyediakan suasana pembelajaran yang menarik, selesa dan sesuai, kelas dihias
dengan warna ceria dan bersih," katanya.

ISU-ISU YANG TERDAPAT DALAM KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT).


Apaitu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ?

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) boleh didefinisikan sebagai potensi untuk
menggunakan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk berfikir dan membuat
pertimbangan.Onosko & Newmann (1994) mentakrifkan kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) sebagai penggunaan potensi minda untuk menangani cabaran baru.
Bagi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), mereka mendefinisikan kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) sebagai keupayaan untuk mengadaptasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi
menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi, dan berupaya mencipta
sesuatu. Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan suatu kemahiran yang
menggalakkan seseorang individu terutama sekali murid untuk berfikir di luar kotak
pemikiran mereka dengan memberikan pendapat atau idea mereka tersendiri
berdasarkan hasil bacaan atau pengalaman.

Soalan-soalan kemahiran aras tinggi merujuk kepada empat aras tertinggi dalam
taksonomi bloom iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mereka cipta. Aras
mengapliksi merupakan aras ketiga dan aras soalan ini merupakan jenis soalan
yang mengaplikasikan pengetahuan kepada situasi dan pengalaman baru. Aras
keempat bagi taksonomi bloom ialah menganalisis. Soalan pada aras ini merupakan
soalan jenis di mana murid boleh mengekstrak keluar idea-idea penting dan
menentukan sama ada idea-idea tersebut berkaitan antara satu sama lain. Aras
kelima bagi taksonomi bloom adalah aras menilai di mana murid diminta untuk
membuat pertimbangan dan penilaian untuk membuat kesimpulan dan aras
keenam yakni mereka cipta merupakan aras yang menggabungkan maklumat untuk
mencipta sesuatu yang baru. Soalan-soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
dikaitkan dengan taksonomi bloom kerana soalan tersebut memerlukan murid
untuk mengaplikasikan, menganalisis, menilai dan mereka cipta sesuatu maklumat
daripada menyatakan semula fakta. Kenyataan ini juga disokong oleh Dr Ismail Zain
(2014) dalam Utusan Online di mana beliau menyatakan bahawa kemahiran belajar
abad ke-21 diterapkan melalui aktiviti-aktiviti yang memerlukan murid berfikir,
merancang, berbincang, menilai, mereka cipta dan membuat keputusan berkitarkan
taksonomi bloom.

Apakah faktor-faktor KBAT diperkenalkan?

Terdapat beberapa faktor kemahiran berfikir aras tinggi diperkenalkan namun di


sini, hanya dua faktor yang akan dibincangkan. Pertama, pencapaian Trend in
International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Program for International
Student Assessment (PISA) yang kurang memberangsangkan. Penglibatan Malaysia
dalam Trend in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Program
for International Student Assessment (PISA) bertujuan mendapat maklum balas
berkaitan pendidikan sains dan matematik kebangsaan bagi meningkatkan mutu
pelaksanaan pendidikan sains dan matematik namun pencapaian Malaysia di dalam
Trend in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Program for
International Student Assessment (PISA) di bawah skor purata menyebabkan
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menggunakan soalan kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) bagi meningkatkan pencapaian subjek sains dan matematik dalam
Trend in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Program for
International Student Assessment (PISA) menjelang 2015. Hal ini kerana lebih
kurang 60% soalan aplikasi dan penaakulan yang melibatkan kemahiran aras tinggi
terkandung di dalam soalan Trend in International Mathematics and Science Study
(TIMSS) dan Program for International Student Assessment (PISA). Ini telah
membuktikan bahawa murid sekolah di Malaysia lemah dalam menjawab soalan
yang memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi berdasarkan pencapaian Malaysia
dalam Trend in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Program
for International Student Assessment (PISA). Faktor kedua kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) diperkenalkan ialah untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf
antarabangsa. Bagi melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2015,
kementerian telah merombak semula peperiksaan dan pentaksiran untuk
meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi kepada murid.
Maka, aras soalan kemahiran berfikir diperkenalkan kepada murid supaya
menggalakkan mereka menyelesaikan sesuatu masalah dengan mengaplikasikan,
menganalisis, menilai dan mensintesiskan sesuatu maklumat sebagai jawapan
daripada hanya menyatakan fakta tersebut. Selain itu, murid juga perlu
membiasakan diri mereka dengan soalan kemahiran aras tinggi kerana soalan-
soalan ini dapat mengukur sejauh mana pemikiran murid. Apabila murid sudah
membiasakan diri mereka dengan soalan kemahiran berfikiran aras tinggi, maka
mereka akan mudah menjawab soalan tersebut berbanding dengan keadaan
sekarang di mana murid hanya disoal dengan soalan yang berada di aras rendah.
Kenyataan ini juga telah disokong oleh Stein dan Lake (1996) yang menyatakan
bahawa jika kita mahu melihat murid boleh berfikir, mempertimbangkan dan
menyelesaikan masalah maka soalan-soalan kemahiran berfikir aras tinggi perlu
diperkenalkan.

Apakah isu berbangkit yang melemahkan proses KBAT di Malaysia?

1. Isu daripada guru.

Sebagai seorang pendidik, guru mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya murid


tertarik kepada pengajaran seterusnya dapat melaksanakan sesi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang berkesan. Apabila dikaji semula, guru masih
menggunakan kaedah tradisional dalam pengajaran mereka. Penggunaan kaedah
tradisional dalam pengajaran merupakan satu kaedah yang berpusatkan guru di
mana guru akan memberikan penerangan dan maklumat manakala murid hanya
mendengar penjelasan daripada guru. Guru yang menggunakan kaedah ini
biasanya akan memberi ilmu yang berbentuk nota supaya murid mudah menghafal
maklumat yang diberi. Melalui kaedah tradisional, murid tidak dapat berbincang
bersama rakan-rakan mereka mengenai sub topik yang diajar malah mereka juga
tidak digalakkan untuk memberikan pandangan mereka semasa pengajaran
berlangsung. Maka, murid akan bergantung sepenuhnya kepada guru terhadap
pembelajaran mereka seperti murid menyalin nota yang dituliskan oleh guru di
papan tulis tanpa membuat nota tambahan sendiri, murid hanya melakukan
tugasan yang diberikan oleh guru dan tidak membuat latihan tambahan dengan
usaha sendiri dan murid hanya membaca nota atau bab tertentu apabila guru
memberi tajuk yang memasuki peperiksaan. Rosli (1998) turut menyatakan amalan
biasa di bilik darjah masih bersifatkan tradisional iaitu guru masih menggunakan
sebahagian besar masa pengajaran dan pembelajaran (PdP) untuk bercakap dan
memberi penerangan manakala penglibatan murid hanya didapati apabila
menjawab soalan.

Seterusnya aras soalan daripada guru juga memainkan peranan penting dalam
meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar. Aras soalan guru dapat
dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, teknik penyoalan guru di dalam kelas.
Salah satu tujuan kaedah menyoal guru di dalam kelas ialah untuk menilai
pembelajaran dan kemajuan murid serta untuk meneroka pandangan alternatif
murid. Namun, guru yang sering mengemukakan soalan berada di aras rendah
kepada murid sama ada soalan tersebut dikemukakan secara lisan mahupun
bertulis. Soalan pada aras rendah ini tidak menggalakkan murid untuk berfikir
kerana murid hanya perlu menyatakan fakta bagi menjawab soalan tersebut dan
soalan aras ini juga tidak menggalakkan murid untuk berfikir di luar kotak pemikiran
mereka. Kenyataan ini juga disokong oleh Rajendran (2001) di mana hasil kajian
beliau mendapati hampir 90% soalan yang dikemukakan oleh guru melibatkan
kemahiran berfikir aras rendah manakala 10% lagi adalah soalan yang melibat
kemahiran berfikir aras tinggi. Kedua ialah respons jawapan guru kepada soalan
murid. Respond jawapan guru terhadap soalan yang diberikan oleh murid dapat
meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi mereka. Hal ini kerana guru
memberikan responds jawapan yang positif akan menjadikan murid terus tertanya-
tanya dan mereka akan berusaha untuk mencari maklumat tersebut sampai mereka
peroleh. Jawapan positif yang diberikan oleh guru bermaksud jawapan yang tidak
mematikan soalan penyoal. Menurut Robert Sternberg, terdapat tujuh aras dalam
memberikan respons guru kepada persoalan murid. Aras pertama ialah singkirkan
jawapan murid di mana pada aras ini guru memberikan respons yang dapat
mematikan persoalan murid. Aras kedua ialah menyatakan semula persoalan murid
sebagai respons. Aras yang berikutnya ialah guru mengaku tidak tahu atau hanya
memberikan maklumat kepada murid. Aras keempat ialah guru memberi respons
dengan memberikan galakan kepada murid untuk mendapatkan jawapan daripada
pihak yang boleh memberikan maklumat seperti internet. Seterusnya, pada yang
kelima, guru menggalakkan sumbang sara atau menyuarakan pertimbangan untuk
kemungkinan jawapan alternatif. Pada aras yang keenam pula, guru menggalakkan
murid untuk mempertimbangkan jawapan alternatif dan kaedah untuk menilai
kemungkinan jawapan tersebut dan di aras yang ketujuh dalam memberi respons
ialah guru menggalakkan murid untuk mempertimbangkan pelbagai kemungkinan
jawapan alternatif ditambah dengan kaedah pembuktian serta mengambil tindakan
susulan untuk menilai jawapan tersebut.

Guru yang mementingkan pengajaran berlandaskan peperiksaan menyebabkan


murid tidak berpeluang untuk menguasai kemahiran berfikir aras tinggi. Guru hanya
mementingkan pencapaian cemerlang murid dalam peperiksaan sehinggakan
mereka hanya memfokuskan soalan-soalan peperiksaan kepada murid. Ini dapat
dibuktikan dengan suasana di sekolah terutama sekali kepada murid yang bakal
menghadapi peperiksaan awam yakni bagi tingkatan tiga dan tingkatan lima, guru
akan mencuba untuk menghabiskan topik bagi setiap subjek sekurang-kurangnya
dua bulan sebelum peperiksaan tiba. Ini kerana guru dapat memberikan banyak set
soalan yang diperoleh daripada pelbagai sumber kepada murid dan guru akan
menyuruh murid untuk menyelesaikan soalan tersebut. Soalan yang terlampau
banyak diberikan guru menyebabkan murid hanya tertumpu untuk menjawab
soalan untuk peperiksaan dan kebanyakan soalan tersebut kurang mengandungi
soalan kemahiran berfikir aras tinggi. Selain itu, pemberian soalan juga
menyebabkan murid dapat mengagak dan menghafal soalan serta jawapan yang
bakal mereka hadapi ketika peperiksaan sebenar. Maka, benarlah kajian
Pushpalatha (2006) yang menyatakan bahawa terdapat sebilangan guru memberi
pendapat bahawa mengajar murid menguasai maklumat untuk peperiksaan dan
mengembangkan daya pemikiran adalah dua matlamat yang berbeza.
Rajendran (2001) telah membuat kajian mengenai kesediaan guru dalam
mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran melalui pengajaran kemahiran
berfikir aras tinggi. Melalui menjayakan kajian ini, beliau telah mengambil sampel
daripada guru yang mengajar subjek bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di sebuah
daerah. Dalam kajian ini, beliau telah membahagikan kepada tiga aspek penting
dalam mengkaji kesediaan guru dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan
kemahiran berfikir. Tiga aspek tersebut ialah pengetahuan, kemahiran padagogi dan
faktor yang mempengaruhi persepsi guru tentang ilmu kemahiran dan sikap.
Melalui aspek pengetahuan didapati guru lebih yakin dari segi ilmu pengetahuan
yang mereka miliki untuk mengajar berbanding mengenai pengajaran
menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi. Melalui kajian Rajendran (2001),
beliau mendapati guru lebih mengetahui untuk merancang pengajaran secara biasa
di dalam kelas berbanding mengajar menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi.
Hasil kajian juga menunjukkan guru lebih yakin dari segi kemahiran pedagogi yang
mereka miliki untuk mengajar subjek di dalam kelas seperti biasa berbanding
kemahiran padagogi untuk mengajar pengajaran melalui kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT). Ini dibuktikan daripada dapatan kajian yang menunjukkan skor min
bagi item kemahiran padagogi bagi pengajaran bahasa Melayu adalah lebih tinggi
berbanding dengan skor min bagi kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Kemahiran
padagogi yang dinilai meliputi aspek merancang untuk mengajar, kebolehan untuk
menggunakan pelbagai strategi dan teknik, menggunakan bahan sumber
pengajaran dan pembelajaran dan menilai kemajuan murid. Faktor yang
mempengaruhi persepsi guru mengenai ilmu kemahiran dan sikap menunjukkan
guru masih tidak yakin untuk mengajar kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam
pengajaran. Hal ini kerana guru tidak yakin untuk mengajar dalam kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) walaupun mereka telah menghadiri kursus mengenai
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Sikap guru yang tidak yakin ini terbukti
apabila guru masih menggunakan kaedah tradisional semasa pengajaran
berlangsung. Selain itu, guru juga berpendapat mereka mempunyai kesukaran
dalam menyediakan soalan untuk menghadapi peperiksaan dalam masa yang sama
menyediakan soalan untuk kemahiran berfikir. Ini kerana cara pengajaran untuk
peperiksaan awam adalah berlainan berbanding pengajaran kemahiran berfikir
membuatkan mereka terpaksa memikirkan dua kaedah yang berbeza jika
kemahiran berfikir perlu dilaksanakan dan ini membebankan guru.
2. Isu kepada murid.

Rajendran (2001) ada menyebut guru memerlukan murid yang aktif bagi
melaksanakan kemahiran berfikir di dalam kelas. Murid yang pasif tidak dapat
menjayakan kemahiran berfikir semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung kerana murid yang pasif biasanya tidak akan mengeluarkan idea
mereka semasa perbincangan dan mereka lebih cenderung untuk mendengar
pendapat orang lain. Walaupun membentuk perbincangan berkumpulan bersama
rakan, murid pasif masih diam dan hanya menyetujui cadangan rakan mereka dan
ini bagaikan merujuk kembali kepada pengajaran menggunakan kaedah tradisional.
Pelajar pasif juga lebih cenderung untuk menghafal nota yang diberi.

Kesediaan murid dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) menggunakan


kemahiran berfikir merupakan salah satu isu terhadap kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT) kerana murid jarang diketengahkan dalam menjawab soalan kemahiran
berfikir oleh guru. Apabila murid diminta untuk menyelesaikan soalan berbentuk
kemahiran tinggi, biasanya mereka akan meninggalkan soalan tersebut tanpa
jawapan kerana struktur soalan kemahiran tinggi yang berantai dan berayat
membuat murid malas untuk membaca apatah lagi untuk berfikir. Jika soalan
kemahiran tinggi dilaksanakan sebagai peperiksaan maka keputusan yang diperoleh
murid amat mengecewakan. Ini dapat dibuktikan daripada pencapaian Malaysia
dalam Trend in International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Program
for International Student Assessment (PISA) di mana sejak Malaysia berada di
bawah skor purata selepas daripada tahun 2003.

Menurut Yahya Othman daripada Wan Hasnah (1997) menyatakan bahawa satu
kajian telah dijalankan di mana terdapat kelemahan dalam kalangan guru pelatih
dalam aspek kefahaman dan kemampuan mereka dalam menggunakan unsur
kemahiran berfikir aras tinggi (KBKK) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di
dalam bilik darjah. Guru akan merasakan tidak yakin untuk menggunakan
kemahiran tersebut dalam pengajaran kerana lemah dalam aspek kefahaman serta
kemampuan dalam kemahiran mereka. Apabila guru merasa tidak yakin dalam
pengajaran mereka maka padagogi dan rancangan pengajaran yang mereka
sediakan untuk menarik minat murid tidak akan berjaya. Hal ini kerana cara
penyampaian guru yang kelihatan was-was membuatkan murid berasa tidak yakin
terhadap pengajaran guru di samping itu guru terlampau memikirkan cara
pengajaran mereka sama ada pengajaran yang diberikan meninggalkan kesan
kepada murid ataupun tidak. Ini boleh menyebabkan murid tidak dapat memahami
pengajaran yang diberikan oleh guru seterusnya murid tidak akan berminat
mengenai pengajaran yang menggunakan kaedah kemahiran berfikir dalam
pengajaran.

Selain itu, pemikiran murid yang merasakan soalan kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT) tidak penting dalam pelajaran mereka merupakan salah satu isu. Struktur
soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) adalah berlainan berbanding soalan-
soalan yang sering ditanya dalam peperiksaan awam di mana struktur soalan
kemahiran berfikir lebih tertumpu pada soalan bukan rutin dan cara persembahan
soalan tersebut adalah berayat. Pemikiran murid terlalu menumpukan pengajaran
yang berpusatkan peperiksaan menyebabkan mereka tidak mengendahkan soalan
kemahiran berfikir kerana soalan kemahiran berfikir kurang diterapkan dalam
peperiksaan awam malah sikap mereka yang malas untuk berfikir bagi menjawab
soalan kemahiran berfikir kerana soalan tersebut dikatakan susah untuk
diselesaikan. Faktor masa juga memainkan peranan dalam pengabaian murid
terhadap soalan kemahiran berfikir ini. Murid yang bakal menghadapi peperiksaan
awam khasnya akan menumpukan perhatian mereka kepada pembelajaran dan
antara salah satu langkah mereka ialah murid akan mencuba untuk menjawab
pelbagai jenis soalan peperiksaan yang diperoleh daripada pelbagai sumber. Murid
kekurangan masa mencukupi untuk menjawab soalan kemahiran tinggi kerana
mereka terpaksa membahagikan masa untuk mengulang kaji pelajaran yang
terdahulu di samping mereka terpaksa menjawab soalan peperiksaan bagi
mendapatkan skor yang terbaik.

3. Isu terhadap pelaksanaan pentaksiran kemahiran berfikir aras tinggi


(KBAT) dalam peperiksaan pusat.
Pentaksiran sekolah di Malaysia menilai semua aspek kehidupan terutamanya
dalam pengajaran dan pembelajaran, kepimpinan sekolah dan penumpuan kepada
peningkatan prestasi sekolah. Peningkatan kualiti soalan kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) dalam penilaian akan menjadi kritikal dan bukan sahaja bergantung
dengan peratusan sahaja kerana soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam
penilaian di Malaysia perlu penambahbaikan dalam beberapa bidang. Hal ini kerana
soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) sering berulang-ulang dan arahan sama
setiap tahun, soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) juga dibuat secara terhad
dan menggunakan rangsangan asas, soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
mengikut struktur yang ditetapkan dan biasa membimbing murid ke arah jawapan
dan kebanyakannya soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) terhad kepada
kata arah berimpak rendah. Oleh itu, terdapat lima ciri utama melakukan
penambahbaikan dalam soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) iaitu
rangsangan, pemikiran berlapis, kandungan bukan rutin, situasi sebenar dan tidak
berulang.

Bagi ciri pertama iaitu rangsangan, guru boleh menggunakan stimulus secara
ekstensif untuk menjana kemahiran inferens dan penaakulan kritis dalam soalan
kemahiran berfikir. Ini bermaksud guru perlu membuat soalan yang boleh memberi
dorongan kepada murid untuk membuat kesimpulan berdasarkan soalan tersebut di
mana guru boleh meletakan soalan jenis bercerita, gambar rajah, graf mahupun
petikan supaya murid boleh berimaginasi dan berfikir untuk menjawab soalan
tersebut.

Ciri seterusnya ialah pemikiran berlapis di mana guru perlu mentaksir soalan
kemahiran berfikir mengikut pelbagai aras pemikiran dalam domain kognitif untuk
memberi impak yang besar kepada soalan. Domain kognitif yang dicadangkan ialah
domain kongnitif taksonomi bloom di mana guru perlu menumpukan empat yang
tertinggi dalam domain kognitif taksonomi bloom. Empat domain tersebut ialah
mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Penumpuan tertumpu pada
empat domain ini kerana doamain tersebut akan menghasilkan soalan yang boleh
membuatkan murid untuk berfikir jika dibandingkan pada soalan yang berada di
aras rendah di mana murid hanya perlu menyatakan jawapan sahaja.
Ciri yang ketiga ialah konteks yang baharu. Ciri ini merujuk kepada situasi baharu
yang tidak lazim kepada murid di mana guru boleh membuat soalan yang
mempunyai pelbagai jalan penyelesaian dan tidak tertumpu pada satu jawapan
sahaja. Erti kata lain, guru boleh menggunakan soalan rutin dalam kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT). Apabila guru memberikan soalan rutin, murid tidak perlu
menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi kerana operasi atau soalan yang
dikemukakan adalah jelas dan biasanya jawapan yang diperlukan berkonsepkan
fakta sahaja. Jika dibandingkan dengan soalan bukan rutin, terdapat pelbagai
manfaat yang akan diperoleh oleh murid antaranya soalan bukan rutin memerlukan
tahap pemikiran pada aras tinggi dan jawapan dan prosedur yang perlu digunakan
oleh murid tidak serta-merta jelas. Selain itu, soalan rutin ini menggalakkan murid
untuk memikir lebih daripada satu strategi untuk menyelesaikan soalan.

Ciri yang keempat ialah situasi sebenar dalam kehidupan sebenar. Melalui ciri ini,
guru boleh mencabar murid untuk menyelesaikan suatu masalah kehidupan
sebenar sebagai contoh mengira luar suatu bilik atau mengukur panjang pagar.
Murid juga dapat membayangkan soalan tersebut berdasarkan kehidupan seharian
mereka dan melalui soalan ini, mereka dapat mengaplikasikan teknik jawapan
mereka dalam kehidupan seharian. Ciri yang terakhir dalam soalan kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) ialah item yang tidak berulang di mana item yang
pelbagai pada setiap tahun melangkaui bahan buku teks bagi mewujudkan situasi
baru. Apabila soalan yang dikemukakan sering kali berulang, murid kebanyakannya
akan mengingati ciri soalan tersebut dan seterusnya mereka akan cuba untuk
menghafal ciri jawapan tersebut.

Rumusan

Penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran


amat penting bagi melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis. Bagi
melahirkan murid yang berdaya saing, para guru digalakkan untuk mengajar
kemahiran berfikir melalui mata pelajaran di sekolah malah mereka perlu
menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi dan sikap bukan sahaja mata
pelajaran di sekolah malah bagi kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) juga. Apabila
para guru telah menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi dan sikap
sepenuhnya, maka mereka akan berasa berkeyakinan untuk menggunakan
kemahiran berfikir semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlangsung.

Bagi murid penguasaan dalam kemahiran berfikir amat penting dalam abad ke-21 di
mana dalam setiap jurusan pekerjaan memerlukan bakal pekerja berfikiran kreatif
dan kritis dan ini telah disokong oleh Suib dan Azmawati (2001) di mana mereka
menyatakan bahawa setiap graduan perlu memperoleh kemahiran berfikir kerana
kemahiran tersebut bukan lagi satu kelebihan dalam mencari pekerjaan. Malah
melalui pengajaran menggunakan kemahiran berfikir ini, murid boleh dilatih untuk
berkomunikasi dan memberikan pendapat mereka sendiri seterusnya melatih
mereka supaya berani untuk bersuara. Oleh itu, jika kemahiran berfikir ini
diteruskan dalam pengajaran maka bilangan murid pasif akan berkurangan.

Walaupun pelbagai masalah wujud dalam pelaksanaan kemahiran berfikir aras


tinggi (KBAT) di sekolah, namun peranan pihak Jabatan Pendidikan, Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) serta Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) perlulah lebih
proaktif dalam menegaskan kepentingan pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT) dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Penegasan dari pihak atas
ke bawag dapat membantu peningkatan moral dan sikap guru dalam memastikan
kejayaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Pihak daripada Pusat Perkembangan
Kurikulum (PPK) perlu memberikan satu panduan yang lebih jelas mengenai
pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) supaya dapat memudahkan guru
dalam menterjemahkan kemahiran tersebut di dalam kelas. Selain itu, pentadbiran
sekolah juga perlu memberikan sokongan yang kuat dalam membantu guru
mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) menggunakan kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) dengan memberi pemantauan yang bersistem seperti
melaksanakannya melalui sesi pencerapan pengajaran yang boleh dilakukan oleh
ketua bidang mata pelajaran. Pemantauan yang berkesan boleh memberikan kesan
terhadap pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT).

Menurut Oliver Wandell Holmes terdapat tiga aras intelek dengan jendela langit,
mereka yang mengumpul fakta tanpa sebarang tujuan dikategorikan sebagai para
intelek aras satu, aras kedua pula akan membanding beza, menaakul, membuat
kesimpulan dengan menggunakan fakta-fakta yang dikumpul manakala aras ketiga
merupakan mereka yang berupaya untuk membuat tanggapan, berimaginasi,
meramal dan mereka diterangi dari cahaya yang masuk melalui jendela langit. Oleh
itu, bagi menyahut Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 di mana salah satu
pelan ialah untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa dan
melahirkan murid setanding dengan murid antarabangsa, maka semua pihak harus
memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) kerana melalui sini terhasilnya generasi Malaysia aras ketiga.

Posted by Nurul Afiqah Binti Md Nasarudin at 23:59


http://sme6044isuue.blogspot.my/2015/10/isu-isu-yang-terdapat-dalam-
kemahiran.html