Anda di halaman 1dari 3

Kejayaan Malaysia di peringkat Antarabangsa.

Malaysia dikatakan sebagai sebuah negara yang telah mencapai kejayaan dalam
pelbagai bidang. Kemajuan negara pada hari ini telah menempa nama di seantero dunia.
Malaysia merupakan sebuah negara yang maju dan telah mencapai kejayaan luar biasa dalam
pelbagai bidang. Bidang yang dikecapi termasuklah perusahaan automobil, pembinaan
bangunan pencakar langit, aero angkasa, pengangkutan dan perhubungan, serta bidang sukan.
Kejayaan-kejayaan luar biasa yang dicapai selama ini telah mengharumkan nama Malaysia di
persada antarabangsa. Hal ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mampu menandingi
kejayaan yang ditempa oleh orang barat yang jauh lebih maju daripada kita.

Dengan perkembangan ekonomi, pelbagai bangunan istimewa yang melambangkan


negara kita telah dibinakan iaitu Menara Kuala Lumpur, Menara Kembar Petronas dan
sebagainya. Menara-menara yang dihasilkan daripada teknologi yang modern telah
menunjukkan kekukuhan ekonomi negara.

Di samping itu, Malaysia juga mampu menghasilkan barangan tempatan yang berkualiti
seperti kereta tempatan yang berjenama Proton dan Perodua. Kerjasama antara negara Jepun
dengan Malaysia lagi meningkatkan upaya negara kita untuk menghasilkan kereta yang lebih
berkualiti dan harganya yang rendah.

Kejayaan Malaysia dalam pelbagai arena sukan telah banyak menaikkan nama negara
di persada dunia. Tidak kira diperingkat mana sekali pun, tempatan atau antarabangasa, atlit-
atlit negara telah berusaha terus menerus dengan penuh keazaman dan ketabahan dalam
mengharumkan nama negara. Dalam sedekad yang lampau, pelbagai kejayaan telah dicapai,
dalam pelbagai arena.

Badminton adalah antara sukan yang banyak mengharumkan nama negara di peringkat
antarabangsa. Keluarga Sidek dalam arena sukan tanahair bukan sekadar titian menonjolkan
imej negara, malah menjadi lombong emas badminton tempatan dan menyumbang kepada
perkembangan pasaran antarabangsa bernilai berjuta-juta ringgit. Kemunculan Misbun dan
adik-adiknya mula memberi saingan di Asia pada awal 1980-an, mendorong kepada keberanian
Kumpulan Pengurusan Antarabangsa (IMG) menerokai bidang badminton di Malaysia.

Imbasan detik kegemilangan 1992 tetap terpahat di benak fikiran pencinta badminton
negara apabila melihat Piala Thomas direbut kembali di bumi sendiri dengan menamatkan
kemarau suku abad. Walaupun piala itu hanya bertahan 24 bulan di bumi ini sebelum
menyeberang Selat Melaka, namun kenangan sambutan orang ramai yang sanggup bermandi
peluh ketika berpusu-pusu menyentuh piala kebanggaan itu yang diarak ke seluruh pelosok
negara, masih jelas terbayang.

Terkini pasukan robotic negara telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia
berjaya menyuntik semangat pasukan robotik negara sehingga berjaya merangkul 15 pingat
semasa Kongres dan Kejohanan Persatuan Robot Bola Sepak Antarabangsa (FIRA) Roboworld
ke-20 di Daejeon, Korea Selatan pada 4 hingga 9 Ogos lalu. Dalam kejohanan FIRA Roboworld
itu, Malaysia yang diwakili empat pasukan robotik dari empat buah politeknik iaitu Politeknik
Ungku Omar (PUO), Politeknik Seberang Prai, Politeknik Port Dickson dan Politeknik Tuanku
Sultanah Bahiyah berjaya merangkul lima pingat emas, empat pingat perak dan enam pingat
gangsa. Malaysia juga melangkah maju ke era teknologi angkasa lepas apabila kita berjaya
melancarkan dua satelit Malaysia Asia Timur iaitu MEASAT I dan MEASAT II. (HURAIAN
MENGAPA & CONTOH - BAGAIMANA) Pelancaran satelit ini menjadikan Malaysia sebagai
salah sebuah negara ASEAN yang mempunyai satelit angkasanya sendiri. Bukan itu sahaja,
program penghantaran angkasawan negara yang pertama iaitu Dr Sheikh Muszaphar Shukor
Sheikh Mustapha telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.

Kemajuan dalam bidang pengangkutan dan perhubungan juga menempa nama


Malaysia di seantero dunia. Di Malaysia, terdapat sistem pengangkutan yang terkenal seperti
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sistem Transit Ringan (LRT), KTM,
PUTRA, monorel, Lebuh Raya Utara-Selatan dan Terowong SMART. KLIA ialah lapangan
terbesar di negara Malaysia dan merupakan salah satu penerbangan yang terpenting di rantau
Asia Tenggara. Selain itu, sistem pengangkutan seperti Sistem Transit Ringan (LRT), KTM,
monorel dan PUTRA menjimatkan masa, wang dan tenaga kepada pengguna dan pelancong
asing menuju ke destinasi mereka. Perkembangan teknologi yang semakin canggih
membolehkan Terowong SMART dibina untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala
Lumpur. Ringkasnya, kecanggihan sistem pengangkutan dan perhubungan negara turut
menjadi kayu ukur kejayaan negara pada alaf ini.

Anda mungkin juga menyukai