Anda di halaman 1dari 19

Ringkasan Eksekutif

IPGM bertanggungjawab menyediakan latihan keguruan untuk


memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan di seluruh
negara dengan menjamin bahawa guru pemulaan yang dihasilkan
berkualiti dari segi profesionalisme, kompetensi dan keberkesanan
mengajar [Datuk Hishammudin Tun Hussein, 2008]. Ini merupakan satu
cabaran yang perlu digalas oleh semua tenaga pengajar di Institut
Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) untuk memastikan guru berkualiti kekal
berkualiti di sepanjang perkhidmatannya. Persoalannya, bagaimana?
Sesungguhnya, saya yakin bahawa amalan terbaik guru untuk
meningkatkan kualiti pendidikan adalah melalui pengajaran dan
pembelajaran berkesan. Guru perlu berkemahiran dalam pengajaran dan
pembelajaran yang merangkumi aspek perancangan dan perlaksanaan
pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjamin kemajuan pelajar
secara optimum. Sebagai pensyarah yang melatih guru permulaan, saya
sentiasa melaksanakan perancangan yang sesuai, spesifik dan releven
dengan objektif pembelajaran, persekitaran bilik darjah, masa yang
diperuntukkan dan profil pelajar mengikut tahap kecerdasan.
Sesungguhnya, pengurusan dan perlaksanaan pengajaran dan
pembelajaran melibatkan pemilihan, penyusunan, pemanipulasian sumber
untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang
saya sandarkan kepada Model Learning Pyramid dan Teori Kecerdasan
Pelbagai. Kemahiran ini sepatutnya dikuasai oleh setiap guru dalam
perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Dalam erti
kata lain, elemen yang perlu dikuasai oleh setiap guru untuk menjadikan
pengajarannya berkesan meliputi kesesuaian bahan pengajaran, sumber
pembelajaran, penglibatan aktif murid, penilaian prestasi, pengukuran
dan penambahbaikan. Selain itu guru perlu mahir dalam menguruskan
bilik darjah dan mengintergrasikan TMK. Disamping itu guru perlu proaktif
untuk melaksanakan penambahbaikan berterusan dalam pengajaran dan
pembelajaran melalui Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) serta
Inovasi. Dalam konteks ini, guru perlu meningkatkan kualiti diri melalui
kursus, seminar dan forum. IPGM kini diperkenalkan kepada Standard
Guru Malaysia sebagai mekanisma jaminan kualiti. Ini menjadi pemangkin
kepada transformasi guru berkualiti kekal berkualiti. Usaha mewujudkan
jaringan seprofesion dan kolaborasi dengan Institusi pendidikan lain juga,
pastinya melonjak kecemerlangan institusi pendidikan negara bertaraf
dunia.

1.0 PENGENALAN
kita mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan minda
dan jiwa rakyat untuk membawa kita ke arah wawasan yang ingin kita
capai

Dato Sri Abdulah Ahmad Badawi PIPP2006-2010 m.s 38

Pelajar pada masa kini, mempunyai potensi yang tinggi untuk


dikembangkan supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara

[Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1988].

Natijahnya, tanggungjawab dan amanah ini terletak dipundak guru yang


mengajarnya mengenal tulis baca. Bagi menjayakan wawasan ini, guru
perlu profesional dan kompeten disamping mempunyai intergriti dan
kredibiliti yang tinggi. Guru yang kompeten mampu mengabungjalinkan
sumber pengetahuan dan kemahirannya untuk mendidik pelajarnya
supaya menjadi insan yang seimbang dan bersepadu. Justeru, guru juga
hendaklah sentiasa mengemaskini pengetahuan dan menguasai
kemahiran terkini, selaras dengan peranan mereka sebagai sumber
utama, pemudah cara dalam P&P, agen perubahan serta sumber inspirasi
kepada pelajar.

Pendidik yang berdedikasi dan sentiasa bersedia menerima perubahan,


adalah pemangkin kepada transformasi dalam memenuhi agenda
pendidikan ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang (Muhyidin
Yasin, 2009). Dapatkah guru merealisasikan peranan ini? Meneliti cabaran
ini, guru perlu kreatif dan inovatif dalam sistem penyampaian P&P supaya
menjadi menarik dan menyeronokan. Hal ini berupaya meningkatkan
keberkesanan proses P&P yang dilaksanakan. Sesungguhnya guru perlu
berusaha ke arah pembentukan warga negara yang tinggi nilai
profesionalisme, taat setia, bertanggungjawab, berakhlak dan
berketrampilan.

Agenda ini hanya dapat dicapai melalui proses P&P yang berkesan.
Sesungguhnya P&P berkesan lahirnya dari seorang guru yang berkesan
iaitu guru yang memiliki ciri sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil
pengajaran, berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai
keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilan, pandai
menyesuaikan diri dengan situasi tertentu), [Dato' Dr. Abdul Shukor
Abdullah, 1999]

2.0 Definisi Konsep Pengajaran Berkesan

"Orang ramai semakin kerap mempersoalkan kualiti pendidikan di


sekolah, seolah-olah tidak lagi menaruh keyakinan kepada kewibawaan
sekolah dalam hal ehwal mendidik, terutama apabila mendapati kelakuan
murid lepasan sekolah tidak seperti yang diharapkan oleh masyarakat dan
negara. Kecemerlangan pada sijil peperiksaan mereka secara realitinya
tidak memperlihatkan kematangan berfikir, kepetahan berkomunikasi,
ketokohan sebagai pemimpin, kemurnian tingkah laku, keupayaan
mencipta dan menyumbang kepada pemajuan negara-bangsa dan
global,"

(Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan, Jemaah Nazir Sekolah (2001);


hlm.24)

P&P berkesan boleh ditarifkan sebagai proses pengajaran dan


pembelajaran (P&P) yang berkualiti iaitu proses yang dapat
mengembangkan potensi insan dari segi psikomotor, kognitif dan afektif
ke tahap yang optimum. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr.
Abdul Shukor Abdullah (1999) menyatakan P&P berkualiti lahirnya dari
seorang guru yang berkesan iaitu guru yang memiliki ciri sentiasa
berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran, berupaya membentuk
perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri seperti bermoral,
berakhlak mulia, berketrampilan dan dapat menyesuaikan diri dengan
situasi tertentu. Merujuk kepada Dasar Penyataan Standard Tinggi Kualiti
Pendidikan Malaysia, (2001), proses pengajaran dan pembelajaran perlu
dirancang dan dilaksanakan mengikut beberapa prinsip yang digariskan.
Antaranya ialah:-

a. pendekatan, kaedah dan teknik yang dipelbagaikan dengan


melibatkan murid secara aktif;

b. berpandukan bahan-bahan sokongan yang relevan dengan tahap


pencapaian semasa, potensi dan kemajuan murid;

c. penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan.


Secara ringkasnya dapatlah disimpulkan pengajaran berkesan oleh guru
bukan sahaja meliputi aspek kurikulum yang diajar di dalam bilik darjah,
malahan meliputi skop yang lebih luas seperti gaya kepimpinan, budaya
ilmu dan berfikir, pengurusan bilik darjah, motivasi dan dorongan serta
kepimpinan kurikulum di tempat kerja.

3.0 MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

...as the most significant and costly resource in schools, teachers are
central to school improvement efforts. Improving the efficiency and equity
of schooling depends, in large measure, on ensuring that competent
people want to work as teachers, that their teaching is of high quality, and
that all students have access to high quality teaching.

(Organization for Economic Co-operation and Development (OECD), 2005

petikan daripada PIPP 2006-2010, KPM 2007, hal. 106)

Proses P&P diberi penekanan utama dalam sistem pendidikan formal di


Malaysia. Hal ini sinonim dengan P&P dalam bilik darjah yang
menyediakan pendidikan komprehensif dan efektif dalam menyampaikan
isi pelajaran mengikut sukatan yang dikeluarkan. Mohd Azhar, (2001)
menyatakan proses P&P di sekolah melibatkan dua pihak iaitu guru dan
pelajar. Justeru, pengajaran yang ideal haruslah membawa kesan penuh
ke atas pembelajaran yang berlaku. Manakala, menurut Sharifah Alwiah
Alsagoff (1984), pengajaran yang berkesan adalah merujuk kepada guru
yang dapat membawa pelajar kepada hasil pembelajaran terakhir yang
diinginkannya. Hal ini melibatkan satu corak pengajaran berstruktur dari
segi organisasi bilik darjah serta mementingkan pemeringkatan isi
pelajaran. Selain itu, pengajaran guru juga lebih memusatkan kepada
pelajarnya sehingga mereka tertarik untuk mengikuti aktiviti
pembelajaran yang dilaksanakan. Justeru, pembentukan proses
pengajaran yang berkesan mempunyai nilai yang berbeza-beza antara
seorang guru dengan guru lain, namun masih bermatlamatkan kepada
keberkesanan pembelajaran.

Sebagai seorang pensyarah yang bertanggung jawab melatih guru-guru


permulaan, maka saya akan membincangkan elemen-elemen pengajaran
berkesan seperti yang digariskan mengikut sistem yang diguna pakai oleh
IPGM, Kampus Gaya. Sebagai seorang pensyarah Sains, saya sentiasa
mengoptimumkan sumber bahan dan teknik pengajaran bagi memastikan
perkhidmatan yang diberikan dapat memenuhi kepuasan pelanggan.
Kepelbagaian kaedah penyampaian seperti kuliah, tutorial dan amali
dipraktikkan sepenuhnya bagi membuka minda guru permulaan. Adalah
menjadi cabaran besar kepada saya untuk menjadikan mata pelajaran ini
diminati serta memberi kesan positif ke dalam diri pelajar. Atas kesedaran
bahawa mereka bakal menjadi guru dan mendidik puluhan ribu anak
murid di sekolah, saya melakukan yang terbaik bagi memastikan
keberkesanan proses perkongsian ilmu. Tambahan pula, hal ini merupakan
satu tanggungjawab dan amanah dari Allah s.w.t. dengan firmannya yang
bermaksud sesungguhnya kami telah menawarkan amanah
(tanggungjawab) kepada langit, bumi dan gunung-ganang untuk
memikulnya tetapi manusia itu banyak kesalahan dan bodoh. (Surah Al-
azab :72).

Bagi membincangkan elemen-elemen pengajaran berkesan bagi mata


pelajaran yang saya ajar, model Learning Pyramid (National Traning
Laboratoris, 2002); Teori-teori Pembelajaran dan Teori Kecerdasan Pelbagai
(Gadners, 1999) digunakan sebagai asas perbincangan. Dalam
menghasilkan P&P berkesan, saya percaya dan yakin bahawa setiap
pelajar mempunyai tahap kecerdasan berbeza. Justeru, dengan
mempraktikan Teori Kecerdasan Pelbagai, saya dapat memberi peluang
kepada setiap pelajar memahami hasil pembelajaran yang dihasratkan
mengikut kebolehan mereka.

Menurut teori kecerdasan pelbagai, setiap individu mempunyai


kecerdasan berbeza (Gadners, 1999). Justeru, saya perlu lebih kreatif dan
berupaya untuk mensintesis pengetahuan serta kemahiran dengan
mengintegrasikan 9 jenis kecerdasan ini bagi menghasilkan pembelajaran
yang lebih berkesan dan adil untuk semua. Maka, saya
mengabungjalinkan teori pelbagai kecedasan dengan Model Learning
Pyramid bagi meningkatkan kualiti P&P seperti pada Rajah 1 di bawah.
Sumber: http://studyprof.com/blog/2008/05/08/the-learning-pyramid/
dimuat turun pada 23 Oktober 2009

Rajah 1: Model Learning Pyramid

4.0 ELEMEN-ELEMEN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERKESAN KE


ARAH MENINGKATKAN KUALITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK
MEMBENTUK MODAL INSAN CEMERLANG

Guru selain memainkan peranan utama dalam mengajar dan mendidik,


guru turut berada di saf hadapan untuk menyemai dan memupuk
perpaduan, semangat patriotism, menyampaikan ilmu pengetahuan dan
kemahiran; serta membentuk akhlak dan jati diri murid bagi melahirkan
modal insan cemerlang.

(Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin,

Menteri Pelajaran Malaysia Perutusan Perayaan Hari Guru 2009)

Bertitik tolak daripada penyataan ini, guru perlu meningkatkan


kompetensinya dalam P&P di bilik darjah. Hal ini adalah penting kerana
guru perlu memiliki kemahiran dan kepakaran dalam mengabungjalinkan
dan menyepadukan isi pelajaran dengan agenda nasional negara. Maka,
dalam proses P&P, selain saya perlu kreatif dan inovatif dalam
pengurusan bilik darjah, saya juga perlu mempertimbangkan beberapa
elemen bagi membolehkan P&P yang saya laksanakan berkesan dan
berkualiti.
4.1 Kesesuaian Bahan Pengajaran & Pembelajaran

guru hendaklah sentiasa bersedia mengemaskinikan pengetahuan dan


menguasai kemahiran terkini selaras dengan peranan mereka sebagai
sumber utama, pemudahcara dalam P&P, agen perubahan serta sumber
inspirasi kepada pelajar

(Datin Asariah Mior Shaharuddin, 2009)

Peranan guru kini telah beralih dari seorang penyampai maklumat kepada
seorang pemudahcara dalam proses P&P. Justeru, saranan agar guru terus
mengemaskini ilmu pengetahuannya adalah wajar terutamanya dalam
bidang kepakarannya. Dalam usaha menangani cabaran ini, guru harus
bersikap keterbukaan untuk membolehkan perubahan dan penyesuaian
berlaku dalam sistem pendidikan di sekolah (Wan Mohd Zahid Mohd
Nordin, 1993). Maka, sebagai seorang pensyarah, saya perlu peka dengan
keperluan bahan pembelajaran yang akan menyokong proses
pembelajaran yang akan dilaksanakan. Antara pertimbangan yang perlu
dibuat adalah:

4.1.1 Kesesuaian bahan pengajaran dengan perubahan zaman

Berbekalkan pengalaman sebagai seorang pendidik serta pembacaan


melalui buku dan jurnal penyelidikan, saya mendapati bahan pengajaran
yang digunakan perlulah mudah dibawa, fleksibel serta selfteaching.
Bahan yang saya gunakan perlu tepat bagi membantu saya berkongsi
maklumat dengan berkesan di samping membolehkan saya mempraktikan
gaya pembelajaran teach other seperti yang diutarakan melalui model
Learning Pyramid di atas. Rashidi dan Abdul Razak (1998), mendapati
penggunaan bahan bantu mengajar dapat merangsang minat dan
tumpuan pelajar dan menjamin pemerolehan pengetahuan serta
kemahiran.

Penggunaan bahan pembelajaran maujud mungkin sudah tidak sesuai


lagi dengan dunia pendidikan masa kini. Ledakan teknologi menuntut
saya untuk lebih peka dalam menyediakan bahan pembelajaran. Dalam
hal ini, saya telah memperkenalkan satu konsep bahan bantu mengajar
berasaskan TMK bagi memperluaskan jaringan komunikasi tanpa batasan.
Menyedari kekangan masa yang dihadapi oleh pensyarah, saya
membangunkan Claroline.com, iaitu satu laman perbincangan atas talian
yang membolehkan interaksi maya berlaku tanpa sempadan seperti pada
Rajah 2 di bawah.
Rajah 2 : Laman perbincangan Claroline.com bagi Jabatan Sains

Kaedah ini telah banyak membantu saya berkongsi maklumat dengan


pelajar dan merangsang minat mereka untuk terus menerokai ilmu.
Perkara ini boleh diperhatikan melalui penilaian pelajar di akhir semester
yang memberikan penilaian yang baik (min = 3.96, Lam-PT 09-03). Saya
percaya, pemilihan bahan pengajaran yang sesuai dapat membantu
membuka minda pelajar untuk lebih kreatif dan bersedia dengan pelbagai
inovasi yang selari dengan perubahan zaman. Seperti kata Saidina Umar
Al-Khatab, ajarlah anak kamu seperti mana zamannya.

4.1.2 Tahap Kecerdasan Pelajar

Dalam menyediakan bahan pembelajaran, saya perlu mengambil kira


tahap kecerdasan murid. Penggunaan Caroline.com juga telah banyak
membantu pelajar yang mempunyai kecerdasan pelbagai untuk
berkolaborasi bagi mencapai matlamat pembelajaran. Bimbingan rakan
sebaya berlaku secara berterusan dan pensyarah bertindak sebagai
pemudah cara yang berkesan. Dengan kreativiti yang ada ini, saya turut
melengkapkan mereka melalui kombinasi kaedah pembelajaran yang lain
seperti eksperimen, kerja lapangan dan sebagainya. Bahan-bahan yang
disediakan menuntut mereka untuk berfikir dan bersedia untuk
mencetuskan idea bagi menghadapi cabaran dalam dunia pendidikan
yang sentiasa berubah. Mereka dapat memanipulasikan bahan sumber
yang disediakan secara maksimum dan adil selari dengan kecerdasan
pelbagai (Gadners, 1999). Abdul Rahman (1995) mendapati penggunaan
bahan bantu mengajar yang sesuai dengan tahap kecedasan dapat
mempertingkatkan kejayaan murid.

4.2 Sumber Pembelajaran

Dalam era globalisasi, pembinaan bahan bantu mengajar sememangnya


tidak dapat lari daripada sumber pembelajaran berasaskan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta penyelidikan dan Pembangunan
(R&D). Maka, sebagai pensyarah yang mendidik bakal guru, saya perlu
kreatif dan inovatif untuk mengintergrasikan TMK serta R&D dalam P&P
saya. Sumber-sumber pembelajaran berasaskan teknologi jaringan
internet dan intranet seperti lahirnya konsep e-learning, distance learning
dan web-based education saya aplikasikan dalam P&P saya. Pembinaan
Laman Web IPGM Kampus Gaya saya maksimumkan penggunaannya
untuk proses P&P selain pembinaan Laman Blog saya sendiri. Hal ini
membolehkan saya menjalankan interaksi secara e-learning semasa sesi
ISL (Independent Self Learning) dan menaikmuat bahan pengajaran saya
untuk rujukan pelajar. Saya turut menggunakan perisian pembelajaran
yang dibekalkan oleh KPM untuk pengajaran Sains dan Matematik.

Roblyer & Edwards (2000) mendapati pengguna perisian pembelajaran


berbantukan komputer dapat belajar sejumlah bahan pengajaran dalam
masa yang singkat berbanding dengan kaedah konvensional. Kajian sikap
pelajar terhadap penggunaan Edutainment Interaktif oleh Mohd Nazri
(2006) mendapati pembelajaran berbantukan komputer dapat
menggalakkan pelajar bersikap lebih positif, matang dan mempunyai
kendiri yang tinggi. Pelajar dikatakan merasa seronok, terhibur untuk
belajar dan mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap proses
pembelajaran. Oleh sebab itu, saya menekankan kepada penggunaan
teknologi dalam menyediakan bahan pembelajaran supaya selari dengan
keperluan zaman mereka. Ringkasnya, atas keyakinan ini, dalam usaha
saya meningkatkan keberkesanan P&P, saya akan terus
mengintergrasikan sumber-sumber pembelajaran berasaskan TMK dengan
lain-lain sumber pembelajaran yang bersifat maujud.

4.3 Pembelajaran Aktif Murid

Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna, guru


haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang
akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijksana mampu menjamin
kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul
(Salina & Mohd Nazri, 2007). Sesungguhnya, penggunaan teknik chalk &
talk dan test &drill secara berlebihan telah dibuktikan menjadi punca
pelajar bosan dan burnt-out (Lea, 2003 & Sam 2004). Pemilihan kaedah,
teknik dan strategi P&P berasaskan konsep teach others dan practice
by doing seperti dalam model Learning Pyramid menjadi sandaran saya
dalam setiap perancangan aktiviti P&P. Semasa sesi P&P untuk
Eksperimen Sains di makmal, saya sering menggalakan pelajar saya
melalui kaedah inkuiri-penemuan serta mempraktikkan pendekatan
Discover Learning berasaskan Teori Bruner. Saya turut mengaplikasikan
system ganjaran dan hukuman bagi memastikan setiap pelajar terlibat
aktif dalam sesi P&P. Penglibatan pelajar yang proaktif pastinya
menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Saya perlu peka dalam memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik


yang sesuai dengan perkembangan semasa dan kebolehan pelajar.
Strategi yang saya pilih perlu berpotensi merangsang pelajar belajar
secara aktif, dan harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea
dan berupaya menarik hati pelajar bagi menghasilkan pembelajaran yang
bermakna. Dalam ertikata lain, sesi P&P saya perlu menggarapkan tiga
domain utama iaitu kognitif, psikomotor serta afektif. Saya sentiasa
memberi fokus terhadap penglibatan aktif pelajar dan perkara ini dapat
dipantau melalui perbincangan dalam Claroline.com yang digunakan
sebagai medium berinteraksi. Kolaborasi antara rakan sebaya secara aktif
dapat mempraktikan pedagogi Teach Other dalam mencapai kejayaan.
Hal ini turut disokong oleh pendidik lain seperti Kajian Tindakan Inovasi
P&P The Apperentice oleh Mohd. Nazri & Salina (2007) yang telah
mendapati pelajar yang terlibat secara aktif telah mencapai keputusan
cemerlang.

Kesimpulannya, amalan P&P yang lebih mengutamakan domain kognitif


sehingga membudayakan pembelajaran yang hanya berorientasikan
peperiksaan akan menyebabkan ketidakseimbangan pembentukkan
modal insan. Kesannya, lahirlah pelajar yang pasif dan rendah pencapaian
disebabkan proses P&P tidak berkesan serta gagal mengadaptasikan
pedagogi yang bersesuaian dengan tahap pelajar.

4.4 Penilaian Prestasi

Ujian adalah satu cara untuk mendapatkan contoh perlakuan yang


diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang terkawal atau
ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar
untuk membuat penilaian atau pengadilan

(Raminah, 1991)

Pengajaran berkesan sentiasa mempraktikan pengukuran dan penilaian


prestasi secara berterusan sama ada terhadap pelajar ataupun pensyarah.
Hal ini dilakukan untuk tujuan kepastian kualiti. Penilaian yang dilakukan
bukan bertujuan untuk menghukum, tetapi sebaliknya digunakan bagi
proses penambahbaikan. Kaedah ini akan dapat memastikan kualiti sistem
dipertahankan seperti yang dituntut dalam MS ISO 9001:2000.
Berdasarkan sistem penilaian yang sedia ada di IPGM, Kampus Gaya, saya
berpeluang untuk melihat keberkesanan proses P&P yang telah
dilaksanakan.

4.4.1 Penilaian Prestasi Pelajar

Proses penilaian ke atas pelajar tidak dilakukan secara kertas pensel


semata-mata. Penilaian secara global dilakukan melalui kombinasi kaedah
penilaian seperti pemerhatian, interaksi dua hala, percambahan minda
dan hasil kerja projek. Hal ini memungkinkan saya untuk menilai pelajar
secara lebih adil dan tepat. Semasa sesi pengajaran, saya sentiasa
menjalankan penilaian secara formatif bagi menguji kefahaman serta
tahap penguasaan mereka. Saya juga berpeluang untuk mengesan pelajar
yang tercicir dan membuat tindakan susulan.

Manakala dalam penilaian Kerja Kursus Berasaskan Ilmu, saya berpeluang


untuk menilai mereka melalui kombinasi kaedah seperti keaktifan
berinteraksi atas talian (Claroline. com), pencerapan klinikal semasa
interaksi bersemuka, penyediaan folio dan kit pembelajaran. Kombinasi
pelbagai ini digunakan bagi membolehkan saya menilai pelajar secara adil
mengikut kebolehan berdasarkan perbezaan individu. Akhirnya, penilaian
sumatif dilaksnakan di akhir semester bagi mengredkan pelajar setelah
pelbagai usaha dilakukan untuk memastikan mereka mampu menggalas
tanggung jawab sebagai guru permulaan.

4.4.2 Penilaian Prestasi Pensyarah

Saya juga turut membuat refleksi kendiri bagi menilai tahap prestasi diri.
Perkara ini perlu dilakukan bagi memperbaiki aspek amalan sedia ada.
Dalam hal ini, kekuatan dan kelemahan yang diperhatikan boleh dijadikan
asas untuk membangunkan semula perancangan yang lebih berkesan.
Sebagai seorang pensyarah, saya perlu berada di dunia nyata. Amalan
yang sama mungkin mendapat reaksi yang berbeza dari sudut pandangan
pelajar yang berbeza. Saya percaya, tidak semua perancangan yang
dilakukan dapat dilaksanakan mengikut seperti yang dirancang. Amalan
refleksi membolehkan saya menghimpunkan semua kekuatan dan
memperbaiki semua kelemahan bagi meningkatkan kualiti pengajaran
dari masa ke masa.
Amalan refleksi ini telah membantu saya memperbaiki aspek amalan.
Analisis menunjukkan terdapat peningkatan dalam keberkesanan P&P
terutamanya dalam usaha meningkatkan kualiti pengurusan bilik darjah,
pengurusan masa serta mutu penyampaian P&P. Sesungguhnya
seseorang guru yang membuat refleksi kendiri, sebenarnya melihat diri
sendiri dalam konteks bilik darjah yang mereka ajar. Dalam perkataan
lain, satu cara untuk saya memperbaiki proses amalan P&P adalah
memantau tindakan, membina semula pentafsiran tindakan itu sebagai
asas untuk penilaian prestasi pada masa depan. Hal ini menjadi asas
utama yang saya amalkan bagi meningkatkan kepuasan kendiri dengan
melakukan Kajian Tindakan. Disamping itu, saya turut melaksanakan
penilaian pelajar terhadap perlaksanaan aktiviti P&P [LAM-PT09-03] saya
pada setiap hujung semester. Penilaian yang diberikan oleh pelajar adalah
satu nilai yang paling berharga dan perlu diberikan perhatian. Beberapa
penambahbaikan dalam P&P telah saya laksanakan berdasarkan komen
yang diberikan oleh pelajar yang lepas. Manakala, keberkesanan
penambahbaikan yang dilakukan dapat dinilai semula oleh pelajar baru.
Kesannya, saya dapat memperkemaskan lagi mutu sedia ada seperti
perbincangan di bawah.

Komen Subjektif:

i. Aktiviti yang dijalankan tidak sesuai dengan pelajar

ii. Pensyarah mempunyai unsur humur yang baik. Seronok.

iii. Great Job. Sangat bermotivasi dan bersungguh-sungguh.


Dalam menangani masalah ini, saya berfikiran terbuka dan cuba
menganalisis semula aktiviti yang dijalankan. Pada masa yang sama, saya
perlu membuka minda pemikiran pelajar KPLI saya yang masih belum
memahami keperluan mendedahkan aktiviti tersebut. Perseiaan mental
perlu ditanam dalam diri mereka untuk bersedia menjadi guru permulaan
di sekolah rendah dan berhadapan dengan murid yang lemah dalam
pencapaian. Oleh sebab itu, saya percaya pendapat negatif yang
diutarakan boleh dibangunkan sebagai satu kekuatan untuk membentuk
pembelajaran bermakna.

4.4.3 Penilaian Prestasi Institusi [Key Performance Indicator (KPI) ]

Penilaian terhadap institusi juga akan dilaksanakan oleh kerajaan.


Sesungguhnya perlaksanaan KPI dialu-alukan memandangkan selama ini
prestasi kerja guru kurang dipantau secara spesifik. Transformasi dalam
sistem Penilaian Prestasi Intitusi ini bukan semata-mata pembaharuan
tetapi juga perubahan. Saya sentiasa berusaha untuk mencapai sasaran
KPI bagi melonjak kecemerlangan institusi pendidikan negara ke persada
dunia seperti yang digariskan dalam PIPP 2006-2010.

4.5 Pengukuran dan Penambahbaikan dalam P&P

Pemantauan, pentaksiran dan penilaian adalah tiga mekanisma jaminan


kualiti bagi pengajaran seorang guru. Menyedari akan kepentingan proses
pengukuran, penambahbaikan dan tindakan susulan dalam P&P, saya
melaksanakan pengukuran dan penambahbaikan mengikut prosedur MS-
ISO 2008 dan seterusnya memenuhi garis panduan menjalankan
pengukuran dan penilaian seperti yang disarankan oleh Agensi Kelayakan
Malaysia (MQA) bagi sesuatu program yang dijalankan di IPGM.

Semasa proses P&P, saya mempelbagaikan strategi pemantauan dan


pentaksiran yang berterusan untuk menilai kemajuan pelajar sepertimana
yang telah ditetapkan dalam sukatan pelajaran. Tindakan serta-merta
saya ambil untuk meningkatkan prestasi pelajar yang lemah bagi sesuatu
topik seperti maklumbalas dengan segera kepada pelajar untuk
membantu mereka membuat penilaian kendiri; mengesan kesukaran yang
dialami oleh pelajar dalam sesuatu topik seterusnya menyelesaikan
kesukaran tersebut dan memperkayakan pengalaman sedia ada mereka.
Saya turut menggunakan maklumbalas pemantauan, pentaksiran dan
penilaian bagi menambahbaik amalan pengajaran. Pengukuran dan
penambahbaikan yang saya laksanakan dalam P&P direkodkan secara
sistematik mengikut prosedur kerja MS-ISO 2008. Saya membuat
penulisan Rancangan Pengajaran Harian, Rancangan Pengajaran Semester
serta mencatatkan markah kemajuan pelajar dalam setiap sesi pengujian
dan penilaian dalam prosedur Kerja LAM-PT-09. Tindakan Susulan dan
Penambahbaikan juga telah dilaksanakan mengikut prosedur MS ISO
9001:2000 untuk menambahbaik pengajaran. Atas kapasiti sebagai
pensyarah, saya turut mengimplimentasikan Standard Guru Malaysia yang
dikeluarkan oleh BPG yang merupakan mekanisma Jaminan Kualiti bagi
guru permulaan yang saya latih.

Standard 2 yang memfokuskan kepada Pengetahuan dan Kefahaman,


menjadi landasan kepada saya untuk mengaplikasikan dan seterusnya
menjadi contoh kepada pelajar saya bagaimasa sesuatu instrument
pengukuran dan penilaian boleh dilaksanakan dalam bilik darjah.
Tambahan pula ini diperkukuhkan lagi dengan Standard 3: Kemahiran
Pengajaran dan Pembelajaran. Disebabkan saya terlibat dalam melatih
seorang guru permulaan, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk
mempraktik dan mengimplimentasikan kemahiran P&P seperti yang
digariskan dalam Standard 3 ini. Melalui cara ini, secara tidak langsung
pelajar saya mengetahui bagaimana elemen-elemen pengajaran berkesan
diaplikasikan dalam bilik darjah. Penambahbaikan yang diketengahkan
melalui Standard Guru Malaysia ini tidak hanya terbatas kepada guru
permulaan yang saya latih, sebaliknya sebagai role model kepada pelajar,
seharusnya saya turut meningkatkan kompetensi Amalan Nilai
Profesionalisme di samping pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran
P&P seperti yang termaktub dalam Rajah 3: Model Standard Guru
Malaysia.
5.0 Cadangan

Pendidik yang berdedikasi dan sentiasa bersedia menerima perubahan,


adalah pemangkin kepada transformasi dalam memenuhi agenda
pendidikan ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang

Tan Sri Muhyidin Yasin, Hari Guru 2009

Arus perkembangan semasa menuntut kepada perubahan positif para


guru bagi merealisasikan proses pembentukan dan pengembangan
potensi diri para pelajar. Bagi tujuan tersebut penelitian terhadap elemen-
elemen pengajaran berkesan khususnya dalam bilik darjah menjadi asas
pertimbangan ke arah pencapaian kecemerlangan akademikdalam
pembentukan modal Insan berminda kelas pertama. Dalam usaha
meningkatkan keberkesanan P&P, guru perlu mempunyai kebolehan
untuk membuat perancangan, pelaksanaan, pentaksiran dan penilaian
P&P, pengurusan bilik darjah dan aktiviti kokurikulum. Namun pengajaran
yang berkesan bukan sekadar menghasilkan pelajar yang celik
akademiknya tetapi juga guru melahirkan modal insan yang merupakan
harta yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjak nilai inteleknya serta
diperbanyak modal budayanya. (Standard Guru Malaysia,2009). Justeru,
bagi meneruskan kesinambungan warisan kecemerlangan pendidik guru
ini, sewajarnya setiap guru diwajibkan untuk melaksanakan Penyelidikan
dan Pembangunan (R&D) melalui penulisan reflektif dan kajian tindakan
Sesungguhnya guru sebagai penyelidik melalui tindakan praktik
(intervensi) mereka sendiri yang bertujuan untuk membaiki atau
meningkatkan kualiti amalan masing-masing, disamping meningkatkan
kefahaman mereka tentang amalan reflektif itu serta situasi di mana
amalan reflektif itu dilakukan (Jamil Ahmad, 2002) akan menghasilkan
P&P berkualiti.

Pengajaran berkesan sebenarnya banyak bergantung kepada kualiti diri


seorang guru. Maka, dicadangkan agar lebih banyak Latihan
Pembangunan Staf serta kursus-kursus pedagogi terkini diberikan guru-
guru sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. Ini dalam usaha melonjak
kualiti guru, indikator yang perlu diberi perhatian adalah kebolehan guru
menterjemahkan ilmu pengetahuan practitioner (pengetahuan tentang
subjek, tahap pencapaian murid, kesesuaian startegi P&P) dan ilmu
pengetahuan profesional (analisa proses pembelajaran, rekabentuk sistem
penilaian pelajar dengan cara mengaplikasikan pengetahuan berasaskan
kajian) (Hiebert, et al. 2002). Justeru Latihan Dalam Perkhidmatan,
Seminar dan Forum akan membantu guru meningkatkan kualiti diri guru
tersebut. Usaha BPG melahirkan Standard Guru Malaysia sebagai satu
garis panduan kompetensi professional yang patut dicapai oleh setiap
guru perlu disusuli dengan satu sistem pemantauan berterusan terhadap
semua guru permulaan yang dihasilkan ke dalam sistem pendidikan
sekurang-kurangnya satu tahun pertama dalam perkhidmatan. Standard
yang sama juga dapat diguna pakai kepada pendidik guru sebagai Key
Performance Indicator (KPI).

IPGM juga perlu membentuk satu Jaringan Seprofession dalam kalangan


pensyarah IPGM dan guru permulaan yang baru memulakan tugas
pertama di sekolah sebagai satu usaha bimbingan berterusan, saluran
perkongsian pintar serta percambahan idea antara guru permulaan
dengan pensyarah-pensyarah di IPGM, Jemaah Nazir dan Jabatan
Pendidikan Negeri. Secara tidak langsung, ia membentuk satu jaringan
yang kukuh ke arah keberkesanan P&P dalam bilik darjah yang seterusnya
merealisasikan wawasan pendidikan. Usaha ini akhirnya akan membentuk
satu kolaborasi antara pensyarah, guru lepasan IPGM dan IPT Awam yang
menawarkan program Keguruan dengan institusi pendidikan luar negara.
Perkongsian pintar ini pastinya akan meningkatkan lagi keberkesanan P&P
melalui usahasama dan benchmarking yang dijalankan.

6.0 PENUTUP

Guru Pembina Negara bangsa, Gagah perjuangkan visi Negara


Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa, Demi agama dan nusa tercinta

Lirik Lagu Tema Hari Guru 2009

Cabaran terbesar bagi seorang guru kini adalah untuk merealisasikan


hasrat Membina Negara Bangsa. Justeru, guru perlu meningkatkan
kualiti diri agar P&P yang dilaksanakan berkesan. Pengajaran berkesan
memerlukan guru yang berkenbolehan untuk mengaplikasikan ganjaran
dan hukuman bersesuaian mengikut tahap murid; mampu
mengaplikasikan kepelbagaian kaedah, strategi dan teknik pengajaran
dengan berkesan dan impak akhir murid cemerlang dalm akademik dan
sahsiahnya dan guru perlu mempunyai perancangan strategik dengan
melaksanakan analisis SWOT atau Blue Ocean Strategy bagi
mempertingkatkan keberkesanan P&P. Disamping itu, peningkatan kualiti
pengajaran sangat memerlukan kajian, maka guru digalakan untuk
melaksanakan Penyelidikan Tindakan, Refleksi Kendiri dan seterusnya
melaksanakan inovasi dalam P&P. Pengajaran yang berkesan sangat
bergantung kepada ketinggian tahap penguasaan ilmu dan kepakaran
penggunaan kepelbagaian sumber oleh guru mengikut tahap kebolehan
serta gaya belajar murid. Guru berkesan adalah adalah mereka yang
mempunyai ilmu pengetahuan serta kritis dan kreatif.

Bibliografi:

Abdul Shukor Abdullah, 1999, Perutusan Hari Guru 1999, KPM, Kuala
Lumpur.

Alimuddin Bin Mohd Dom. 2008. Perutusan Hari Guru 2008 di Perayaan
Hari Guru Kebangsaan, Kuala Lumpur.

Alimuddin Bin Mohd Dom. 2009. Perutusan Hari Guru 2009 di Perayaan
Hari Guru Kebangsaan, Kuala Lumpur.

Anna Craft. 2000, Creativity AcrossThe Primary Curriculum, Routledge


Group : London.

Bahagian Pendidikan Guru, KPM, 2009, Standard Guru Malaysia, Selangor

Gardner, H,1999, Multiple intelligences for the 21st century, New York :
Sage.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2006. Pelan Induk Pembangunan


Pendidikan.

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008, Modal Insan Cemerlang: minda


Kelas Pertama
Lea, C.2003. Embedding Learning Technologies. Australian Capital
Territory

Mohd Azhar Abd. Hamid. 2001. Kritis dan Kreatif. Johor: UTM.

Muhyidin Yasin, 2009, Perutusan Hari Guru 2009, KPM, Kuala Lumpur

Muhyidin Yasin, 2009, Menteri Pelajaran Malaysia, di Perutusan Hari Guru


2009 Kuala Lumpur

Musa Mohamad, 2002, Menteri Pelajaran Malaysia, di Perutusan Hari Guru


2002, Kuala Lumpur

Mohd Nazri Abdul Rahman & Salina Abdullah Sangguro, 2007, Jurnal BTP
jld 7: The Apperentice: P&P Ekonomi STPM, BTP Sabah.

Mohd Nazri Abdul Rahman & Salina Abdullah Sangguro, 2006, Jurnal
ILMIAH SPA jld 1: MyCard: Pengajaran Berlajar Sambil Bermain, JPN Sabah.

Syarifah Alawiah Asagof, 1984, Falsafah Pendidikan, Heinemann Asia,


Kuala Lumpur.

Surat Pekeliling Iktisas Bil. 3/1987. Penyeliaan Pengajaran dan


Pembelajaran

Wan Zahid Mohd Noordin.1993. Wawasan Pendidikan: Agenda Pengisian,


KL: Nurin Enterprise.
http://www.csus.edu/indiv/m/mackj/chem1a/lecture.html dimuat turun
pada 23 Oktober 2009.
Huitt.W.&Hummel.J.2003.CognitiveDevelopment.

Learning Pyramid, http://studyprof.com/blog/2008/05/08/the-learning-


pyramid/ dimuat turun pada 23 Oktober 2009

Anda mungkin juga menyukai