2
3.0 KANDUNGAN
3.0 Kandungan 3
4.0 Penghargaan 4
7.0 Kesimpulan 12
8.0 Rujukan 13
9.0 Lampiran 14
3
4.0 PENGHARGAAN
Dengan nama Allah yanG Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi
Allah tuhan semesta alam atas limpah kurnianya kami berjaya menyiapkan kerja
kursus bagi memenuhi keperluan subjek PIMK3193 Pengajian Akidah Dan Fiqh
Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa kami yang telah memberi
sokongan dari segi kewangan untuk kami membeli segala keperluan bagi
melengkapkan tugasan ini seperti kertas, dakwat pencetak dan komputer riba. Di
samping itu, mereka juga banyak menyumbangkan idea dan sokongan moral
kepada kami dalam perlaksanaan kerja kursus ini.
4
5.0 AJARAN SESAT: JUSTIFIKASI PENGARUH DAN KEMUNCULANNYA
Ajaran sesat telah digambarkan sejak beberapa dekad yang lalu. Di Malaysia,
ancaman ajaran sesat telah mencemarkan kesucian Islam dan menggugat
perpaduan ummah. Sebahagian besar daripada ajaran sesat ini jelas menampakkan
fahaman-fahaman atau amalan-amalan yang bertentangan dan menyeleweng dari
syariat Islam yang sebenar. Hal ini juga berlaku dalam agama-agama lain seperti
Kristian, Hindu, Buddha dan sebagainya.
Terdapat pelbagai bentuk ajaran sesat telah muncul dan menular dalam
masyarakat Islam. Ia telah Berjaya mempengaruhi golongan yang cetek ilmu
pengetahuan bahkan golongan professional termasuklah mereka yang dalam
bidang agama juga turut tidak terlepas. Gejala ini secara langsung boleh
memesongkan akidah mereka yang terpengaruh dengan golongan yang sentiasa
mencari peluang untuk menghancurkan Islam di samping untuk kepentingan
tertentu. Gerakan ini kebanyakannya dijalankan secara tersembunyi dan ada juga
yang dilaksanakan secara terang-terangan tanpa disedari.
5
Pelopor ajaran sesat ini kebiasaannya merupakan mereka yang beragama
Islam. Pengaruh ajaran yang dibawa dikatakan diterima dari Timur Tengah,
Indonesia atau Indo-Pakistan (Siti Zubaidah Ismail, 2010). Ajaran Taslim merupakan
ajaran yang paling awal bertapak di Tanah Melayu. Ajaran ini telah dipelopori oleh
Ahmad Matahari yang bermula di Kampung Seronok, Bayan Lepas Pulau Pinang
pada akhir abad ke-19. Antara penyelewengan di dalam ajaran ini ialah pengikutnya
menganggap bahawa setiap perkataan yang keluar daripada mulut pemimpin
mereka adalah benar walaupun yang dikatakan itu tidak masuk akal (Nizam Yatim,
2013). Di samping melebih-lebihkan zikir daripada ibadah wajib, mereka juga telah
menyimpang dalam pengertian solat (Abdul Rahman Abdullah, 1997).
Oleh kerana ajaran ini hanya mementingkan zikir semata-mata, jadi umat
Islam yang jahil akan tertarik dengan kemudahan yang dianjurkan di dalam ajaran
taslim tersebut. Mereka yang gemar mengambil jalan mudah dalam urusan agama
serta jahil berkaitan hukum hakam agama akan memilih pendapat yang paling
ringan untuk menegakkan pendapat dan amalan mereka (Nellyana Luo, 2012).
Kaedah seperti ini merupakan suatu perlanggaran terhadap disiplin ilmu. Hal ini
kerana pemilihan pendapat hendaklah daripada dalil-dalil yang rajah dan kukuh.
Tambahan pula, dalam soal aqidah hendaklah berpandukan Al-Quran dan Hadis
yang sahih sahaja. Adapun amalan-amalan yang tidak terdapat di dalam sumber
hokum Islam merupakan amalan bidaah. Sekiranya amalan tersebut mercanggahan
dengan syarak, maka dianggap sebagai bidaah dholalah iaitu ikutan yang salah.
Namun, jika sesuatu amalan itu tidak mendatangkan fitnah atau sesuatu yang baik
maka ia dikategorikan sebagai bidaah yang diharuskan.
Selain itu, tanah melayu juga pernah digemparkan dengan gerakan Al-Arqam
yang telah diasaskan oleh Ashari Muhammad pada tahun 1968 (Abdul Halim El-
Muhammady, 1994). Pada permulaan, gerakan ini hanya menumpukan kepada
pengajaran asas-asas agama kepada masyarakat, kegiatan dakwah, pendidikan dan
ekonomi yang dilakukan di perkampungan di Sungai Penchala. Gerakan ini menarik
masyarakat selama dua dekad. Antara perkara yang dianggap menyalahi aqidah
dan amalan kerohanian ialah pegangan dan tafsiran Ashari terhadap konsep Imam
Mahdi dan kemunculannya demikian juga tafsiran kedatangan Bani Tamim. Ashari
juga berfirasat mengenai kiamat dan kedatangan Imam Mahdi pada abad ke-15
hijrah. Dia mengakui bahawaberlakunya kasyaf dalam amalan kerohanian Yaqazah
6
dan menjadikan mimpi sebagai autoriti dalam menentukan hukum serta
pembawaan hidup
Kemunculan gerakan ini telah mengancam aqidah umat Islam pada ketika itu.
Hal ini kerana ketika itu masyarakat masih lagi berfikiran jumud dengan
mempercayai amalan-amalan khurafat dan syirik. Oleh yang demikian, lebih mudah
untuk mereka terpengaruh dengan gerakan Al-Arqam yang pada awalnya dianggap
sebagai gerakan dakwah dan pendidikan asas islamiyyah. Konsep yang diajarkan
oleh Al-Arqam menjadikan orang ingin mengetahui perkara yang ghaib seperti
melihat wajah orang mati dan berada di alam kubur (Ab. Rahman Yunus, 1998). Di
samping itu, masyarakat yang mengalami pelbagai tekanan hidup dan masalah
akan mencari jalan pintas untuk mendapatkan ketenangan batin dengan mendalami
ilmu ketuhanan yang kononnya mampu menghampirkan mereka kepada tuhan.
Perkara inilah yang menjadi faktor kemunculan ajaran sesat dan mempengaruhi
masyarakat.
Menurut Ismail Ali (1996), sikap ilhad iaitu tidak mengakui tuhan bukanlah
sesuatu yang baharu dalam sejarah manusia dan bukan pula hasil daripada
pemikiran baru dari dunia moden. Hal inilah yang dibantah oleh para Nabi
sepanjang zaman. Al-Quran sendiri mengisyaratkan:
7
Maksudnya:
Mereka berkata: Hidup kita tidak lain dari hidup di dunia ini, kita mati dan
hidup. Kita hanya binasa kerana masa, dalam hal itu mereka tidak punya
pengetahuan apa, mereka tidak lain hanya mengira-ngira sahaja. (QS: Al-
Jatsiah, 24)
8
6.0 ISU DAN PERMASALAHAN YANG MELIBATKAN KEKELUARGAAN DI
MALAYSIA
Maksudnya:
Imam Ibnu Katsir berkata, ayat ini turun untuk menjelaskan keadaan Zaid Bin
Haritsah radhiyallahu anhu, bekas jagaan Rasulullah S.A.W.. Sebelum diangkat
sebagai Nabi, Rasulullah S.A.W. mengangkatnya sebagai anak sehingga dia
dipanggil Zaid Bin Muhammad, maka Allah Taala ingin memutuskan
pengangkatan anak ini dan menisbahkan kepada selain ayah kandungnya
sebagaimana firma Allah:
Maksudnya:
Menurut pandangan Ibnu Katsir, ayat ini menjelaskan bahawa islam melarang
menasabkan bin atau binti kepada bukan bapa yang sebenar (Muhammad Nasib Ar-
Rifa'i, 2000). Maksudnya, nama yang didaftarkan bukan nama yang diucapkan.
Tetapi jika seseorang yang menyebut kepada seorang lelaki yang dihormati sebagai
bapa tidaklah termasuk di dalam larangan itu. Larangan ini dikhususkan kepada
para bapa angkat dan anak angkat namun tidak salah jika si anak hanya memanggil
ayah angkat dan ibu angkatnya ayah dan ibu (Abu Salim Al-Ahmadi, 2009).
Selain itu, masalah yang timbul kepada pasangan yang mengambil anak
angkat ialah aurat dan batasan pergaulan di dalam rumah. Sekiranya anak tersebut
masih kecil dan belum mencapai tahap baligh maka tidak menjadi masalah. Setelah
anak itu baligh, masalah akan timbul kerana anak angkat itu bukan mahram. Jika
anak itu lelaki, dia tidak boleh lagi bersalaman dengan ibu angkat dan pergaulan di
dalam rumah juga dibatasi oleh syarak. Begitu juga halnya dengan anak
perempuan. Walaubagaimanapun, anak angkat boleh menjadi mahram kepada ibu
angkat jika ibu angkat tersebut menyusukannya seperti sabda Rasulullah di dalam
sebuah hadis (Abdullah Taslim, 2011).
Di sampin itu, anak angkat juga tidak berhak untuk mendapatkan warisan
daripada orang tua angkatnya. Hal ini berbeza dengan masyarakat jahiliyyah yang
menganggap anak angkat itu seperti anak kandung mereka. Tambahan pula ayah
angkat boleh mengahwini bekas isteri anak angkatnya. Seperti mana firman Allah
S.W.T.:
10
Maksudnya:
Dan (ingatlah), ketika kamu berkata kepada orang yang Allah telah
melimpahkan nikmat kepadanya dan kamu (juga) telah memberi nikmat
kepadanya: Tahanlah terus isterimu dan bertaqwalah kepada Allah, sedang
kamu menyembunyikan di dalam hatimu apa yang Allah akan
menyatakannya, dan kamu takut kepada manusia, sedang Allah-lah yang
lebih berhak untuk kamu takuti. Maka tatkala Zaid telah mengakhiri
keperluan terhadap isterinya (menceraikannya), Kami kawinkan kamu
dengan dia supaya tidak ada keberatan bagi orang mumin untuk
(mengawini) isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat
itu telah menyelesaikan keperluannya daripada isterinya (menceraikannya).
Dan adalah ketetapan Allah itu pasti terjadi (QS: Al-Ahzaab: 37).
Syaikh Abdur Rahman As-Sadi menyatakan bahawa turunnya ayat ini adalah
disebabkan Allah S.W.T. ingin menetapkan ketentuan syariat yang umum bagi
semua kaum mukminin bahawa anak-anak angkat hukumnya berbeza dengan anak
kandung dari semua segi, dan bekas isteri anak angkat boleh dinikahi oleh bapa
angkat mereka. Walaubagaimanapun, segelintir daripada masyarakat pada hari ini
tidak mengendahkan ketetapan yang telah dianjurkan oleh syariat. Kejahilan dan
memandang ringan terhadap hukum hakam agama menyebabkan mereka
mengambil anak angkat dengan mengabaikan segala perkara yang perlu dipelihara.
11
12
7.0 KESIMPULAN
Islam adalah agama yang diturunkan untuk seluruh umat manusia. Segala
ajaran yang disampaikan di dalam agama Islam adalah lengkap sebagai panduan
hidup manusia di dunia untuk mencapai kesejahteraan di akhirat. Al-Quran dan Al-
Sunnah menjadi sumber utama untuk menentukan hukum hakam. Daripada sumber
tersebut jugalah terbentuknya berbagai-bagai disiplin ilmu yang telah disusun oleh
para Ulama dan Fuqaha. Maka, wujudlah ilmu aqidah, syariah, fiqah, mustholah
hadits, tafsir dan tasawwuf. Ilmu-ilmu tersebut pada asasnya wajib dikuasai oleh
semua umat Islam agar aqidah terpelihara serta ibadat dapat dilakukan dengan
sempurna. Berdasarkan penulisan ilmiah ini yang berkaitan dengan ajaran sesat
dan isu dalam fiqh kekeluargaan menunjukkan aqidah dan fiqh mempunyai kaitan
yang sangat rapat. Dengan aqidah yang betul, maka lahirlah sifat taqwa dalam diri
serta keimanan yang teguh dalam mewujudkan keluarga yang diredhai Allah.
13
8.0 RUJUKAN
Ab. Rahman Yunus. (1998). Mengenal Ajaran Sesat di Malaysia. Islam: Aqidah dan
Kerohanian, 74-81.
Abdul Rahman Abdullah. (1997). Pemikiran Islam Di Malaysia: Sejarah dan Aliran.
Gema Insani.
Abdullah Taslim. (2011, April 21). Anak Angkat dan Statusnya Dalam Islam.
Didapatkan Mac 2017, daripada muslim.or.id: https://muslim.or.id/5937-anak-
angkat-dan-statusnya-dalam-islam.html
Abu Salim Al-Ahmadi. (2009). Menjawab Masalah Anda. Batu Caves: Al-Hidayah
Publications.
Ismail Ali. (1996). Risalah Tauhid. Johor Baharu: Percetakan Zafar Sdn. Bhd.
Mohd Aizam Mas'od. (2013). Diskusi Isu Aqidah dan Pemikiran Semasa di Malaysia.
Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Muhammad Nasib Ar-Rifa'i. (2000). Ringkasan Tafsir Ibnu Katsir. Kalibata Utara 2,
Jakarta: Gema Insani.
Nizam Yatim. (2013, November 23). Tegas Tangani Ajaran Sesat. Didapatkan Mac
2017, daripada Utusan Online:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131123/re_03/Tegas-tangani-
ajaran-sesat
Siti Zubaidah Ismail. (2010). Menangani Ajaran Sesat Di Kalangan Umat Islam:
Perspektif Undang-undang dan Pentadbiran. Jurnal Syariah, 247-276.
14
9.0 LAMPIRAN
15