Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA

MAJLISPENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS TAHUN 2017


SK KABARUS

BI SKRIP
L
1. Ketibaan
Diumumkan ketibaan Yang Dihormati, Tuan Inspektor Arrasyidin b.
Atcha ,Pegawai Perhubungan Sekolah, Balai Polis Chabang Tiga.

Hadirin diminta berdiri.

Seterusnya, kita akan menyanyikan tiga buah lagu iaitu :


Lagu Negaraku, Lagu Negeri Terengganu dan Lagu Sekolah.
Semua hadirin diminta bersedia.

(LAGU)
Hadirin dipersilakan duduk.
2. Kata aluan Sireh Berlipat Sireh Pinang,
pengacara Sireh Dari Pulau Mutiara,
majlis Pemanis Kata Selamat Datang,
Awal Bismillah Pembuka Bicara.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH


DAN SALAM SEJAHTERA.

Yang Berbahagia, , Tuan Inspektor Arrasyidin b. Atcha, Pegawai


Perhubungan Sekolah bersama pengiringnya, cik lela n En. Hairi
Yang Berusaha En. Mohd Noor b. Omar, GB Kabarus.

Yang Berusaha:
En Alias b. Hamzah, Guru Penolong Kanan 1,
Pn Rosliza bt. Said, Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid,
En. Nutman b. Jusoh, Guru Pen. Kanan Kokurikulum,
guru-guru, para pengawas sekolah, serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Sekali lagi, dipanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-
Nya kita dapat berhimpun dalam MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS
serta PENYERAHAN SURAT KUASA MEROTAN KEPADA SEMUA GURU DISIPLIN
TAHUN 2017.

Upacara yang penuh simbolik ini bukan sahaja memenuhi tradisi pelantikan
sayap penting sekolah ini, tetapi merupakan satu amanah yang akan dipikul
oleh mereka.

Para hadirin sekalian,


Semoga majlis ini akan mengeratkan silaturrahim antara kita dan seterusnya
mendapat keberkatan daripada Allah jua.

3. Bacaan Tetak Buluh Panjang Sepuluh,


Doa Mari Jolok Sarang Penyegat,
Angkat Tangan Jari Sepuluh,
Doa Diminta Biar Selamat.

Meneruskan acara, Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Ustaz Aziz b.


Sulaiman untuk memimpin Bacaaan Doa.

BACAAN DOA
Amin...amin ya rabbal alamin
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Aziz b. Sulaiman atas
bacaan doa itu tadi.

4. Ucapan 1 Meneruskan acara, Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha


En. Mohd Noor b. Omar, GB Kabarus untuk menyampaikan ucapan aluan.

Dengan hormatnya dipersilakan

(UCAPAN ALUAN GB)

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepadaTuan GB atas ucapan


aluan itu tadi.

5. Ucapan Buah Langsat di Tepi Busut,


Perasmi Mari Dimuat Di dalam Peti,
Besar Hati Kami Menjemput,
Besar Niat Di dalam Hati.

Meneruskan acara, Majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan


mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Inspektor Arrasyidin b. Atcha
,Pegawai Perhubungan Sekolah, Balai Polis Chabang Tiga , untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Pelantikan Pengawas
Murid bagi Tahun 2017.

(UCAPAN PERASMIAN)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Inspektor


Arrasyidin b. Atcha atas ucapan dan perasmian MAJLIS WATIKAH
PELANTIKAN PENGAWAS TAHUN 2017 itu tadi.

6. Penyampai Hadirin, hadirat yang dimuliakan ...


an Kini tibalah kita pada waktu yang dinanti-nantikan iaitu majlis
Watikah penyampaianwatikah pelantikan kepada Ketua Pelajar, Penolong Ketua Pelajar
dan pengawas sekolah yang baru dilantik pada tahun ini. Bagi
menyempurnakan acara, majlis dengan ini menjemput Yg Berusaha En . Mohd
Noor b. Omar, GB SKKBS untuk menjemput dan mengiringi Tuan Inspektor
Arrasyidin b. Atcha , Pegawai Perhubungan Sekolah untuk
menyempurnakannya.

Dengan segala hormatnya dipersilakan....

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada


Yang Dihormati Tuan Inspektor Arrasyidin b. Atcha
kerana sudi menyempurnakan majlis penyerahan watikah itu tadi.

7. Bacaan Hadirin Sekalian,


Ikrar Dengan penyerahan watikah tersebut, maka dengan ini rasmilah sudah
Kepimpinan pelantikan jawatan pengawas sekolahSK KABARUS Tahun 2017. Untuk itu,
Pengawas majlis mempersilakan , Ketua Pengawas
SKKBS untuk mengetuai bacaan ikrar kepimpinan sekolah. Semua pengawas
diminta berdiri dan majlis mempersilakan ...

(BACAAN IKRAR)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudara


atas bacaan ikrar itu tadi.

8. Penyampai Dari Daik pulang ke Daik,


an Sehari-hari berkebun pisang,
Cenderama Budi Baik dibalas baik,
ta Dalam hati dikenang orang.

Menjadi adat orang melayu, orang berbudi kita berbahasa, sebagai tanda
mengenang jasa serta ucapan terima kasih. Majlis mempersilakan yang
berusaha Puan Pengetua SMK Bandar Baru Perda untuk menyampaikan
cenderamata sebagai kenang-kenangan kepada yang berbahagia Inspektor
Mohd Hafiz Bin Ahmad, untuk menerima cenderamata.
Dengan segala hormatnya dipersilakan..

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

9. Majlis Demikianlah tadi berakhirnya MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS


Penutup smkbbp TAHUN 2017. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada Tuan Inspektor Arrasyidin b. Atcha , Yg
Berusaha En . Mohd Noor b. Omar GB KABARUS, Penolong-penolong Kanan,
guru-guru dan para pelajar sekalian kerana telah memberikan idea,
sumbangan dan kerjasama dalam menjayakan majlis penyampaian watikah
pelantikan pada kali ini dengan jayanya.

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Yg Berusaha En . Mohd Noor b. Omar


GB KABARUS bagi menjemput dan mengiringi Tuan Inspektor Arrasyidin
b. Atcha , untuk menikmati jamuan ringan yang disediakan .

Dengan segala hormatnya dipersilakan

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon jati,
Sampai sudah ke penghujung acara,
Tahun depan kita bersua lagi.

Sekian, wabillahitaufiq wal hidayah wassalamualaikum


warahmatullahiwabrakatuh......

10 Sesi TAMAT
. Bergambar

Anda mungkin juga menyukai