Anda di halaman 1dari 10

Tafsir Surah al-Ikhlas Ayat 1 (Surah Tauhid)

Apakah kaitan surah Ikhlas ini dengan surah Masad sebelum ini:

1 Menggunakan stail (sajak) yang sama. Lihatlah bagaimana hujung setiap ayat diakhiri
dengan qalqalah.

2 Mengubah perhatian kepada perkara yang lebih penting. Sebelum ini Surah Masad
memperkatakan tentang Abu Lahab yang mengganggu dakwah Nabi Muhammad. Abu Lahab
mengganggu perhatian Nabi kerana Abu Lahab sentiasa mengganggunya. Nabi asyik fikir
tentang Abu Lahab sahaja. Tambahan pula dia adalah bapa saudara Nabi dan duduk pun di
sebelah rumah baginda sahaja. Jadi selalulah mereka berjumpa.

Oleh itu, dalam surah sebelum ini Allah berjanji kepada baginda untuk memusnahkan Abu
Lahab sedikit demi sedikit. Dan Allah beritahu yang usaha Abu Lahab itu tidak akan berjaya
untuk mengganggu dakwah baginda. Dia tidak akan berhasil untuk memusnahkan agama
Islam. Ini menghilangkan kerisauan satu dari kerisauan baginda yang besar supaya baginda
boleh tumpukan perhatian kepada perkara yang lebih penting lagi. Kalau dalam surah al-
Kaafiroon, Allah suruh Nabi Muhammad yang beritahu kepada orang kafir (dengan kalimah
), tapi dengan Abu Lahab, Allah sendiri yang cakap. Ini memberi erti, Allah sendiri yang
akan berurusan dengan Abu Lahab itu Nabi tidak perlu bimbang, semuanya akan beres.
Cuma fokus pada dakwah sahaja sekarang.

Surah ini juga ada kaitan dengan surah terawal sekali, iaitu Surah Fatihah. Ada kaitan yang
menarik juga. Kalau kita lihat ada perkara yang disentuh dalam Surah Fatihah dan disambung
dalam surah-surah terakhir ini:

1. Dalam al-Fatihah, kita sebut ( Segala pujian untuk Allah) dan dalam
Surah al-Ikhlas ini Allah sambung memberitahu kita siapakah Allah itu.

2. Dalam al-Fatihah, kita baca ( Tuhan sekelian alam) dan kalimah


disentuh sekali lagi dalam Surah al-Falaq dan an-Nas.

Oleh itu, sesuatu yang dimulakan dalam awal Quran dilengkapkan di hujung Quran.

Sekarang surah Quran ini kembali kepada agenda yang utama iaitu tentang tauhid. Allah
ingatkan balik tentang apakah yang utama kita kena ingat. Kadang-kadang kalau kita sudah
berperang sekian lama, kita sampai lupa kenapa kita berperang pada awalnya. Jadi Allah
ingatkan kembali apakah punca utama kenapa umat Islam dan orang kafir bertegang urat dan
tidak dapat bersama ini adalah kerana perbezaan fahaman dan pegangan tengan tentang
tauhid.

Dari hadis, kita dapat tahu yang Nabi Muhammad selalu membaca Surah al-Ikhlas ini
bersama dengan Surah al-Kaafiroon. Ini memerlukan perhatian kita, kerana dua surah ini
tidak berturutan pun, jadi kenapa baginda membacanya dalam rakaat pertama dan rakaat
kedua? Tentu ada kaitan antara dua surah ini, tapi apakah ia?
1 Dalam Surah al-Kaafiroon, sudah jelas yang Islam dan kufur bukanlah agama yang sama.
Mereka ada agama mereka dan kita ada agama kita. Tidak ada kompromi langsung antara
keduanya. Walaupun sekali tengok macam ada persamaan. Musyrikin Mekah juga beribadat
di Kabah seperti juga umat Islam; mereka juga kenal Allah sebagai Tuhan yang satu.

Oleh itu, memang ada persamaan, tapi tidaklah itu sebagai dalil yang Islam dan kufur itu
sama. Ini jelas di hujung surah itu: . [begitulah juga dengan agama Syiah
mereka itu bukan Islam dan bukan salah satu mazhab dari agama Islam walaupun ada
persamaan. Apabila dikatakan yang mereka itu satu mazhab, maka banyak masalah akan
timbul kerana manusia tidak nampak kesesatan mereka].

Baik, kembali kepada perbincangan tentang Surah Kaafiroon dan Ikhlas. Dalam Surah
Kaafiroon telah diberikan pembeza antara dua agama yang amat berlainan ini agama Islam
dan agama kufur. Dan diterangkan dalam Surah al-Ikhlas bahawa agama Islam itu bezanya
dengan agama lain adalah tauhid.

Maka Surah Ikhlas adalah tentang tauhid dan serangan kepada tauhid adalah dari dalam dan
luar. Serangan dari luar disentuh dalam Surah al-Falaq dan serangan dari dalam disentuh
dalam Surah an-Nas yang kita akan belajar nanti. Oleh itu, ketiga-tiga surah ini ada kaitan
(sebab itu dikenal sebagai tiga qul).

2. Di dalam Surah al-Kaafiroon, nama Allah tidak disebut pun. Cuma disebut yang mereka
tidak sembah apa yang kita sembah tapi apakah yang kita sembah? Maka dalam Surah
Ikhlas ini diterangkan dengan jelas yang kita hanya menyembah Allah sahaja dan diterangkan
pula sifat-sifat Allah di dalamnya.

3 Surah Kafiroon dimulakan dengan kalimah dan begitu juga dengan Surah Ikhlas ini.
Sedangkan Surah al-Masad di tengahnya tidak ada kalimah . Jadi ini pun kaitan yang rapat
juga.

4. Surah al-Kaafiroon dan Surah al-Ikhlas mempunyai nama lain yang sama. Para
sahabat memang memberi nama timangan yang banyak untuk surah-surah yang mereka suka
dan mereka banyak baca. Sebagai contoh, nama Surah al-Ikhlas ada lebih dari 20 nama yang
lain.

Alam akan hancur binasa kalau ada tuhan yang lain kerana seorang tuhan nak begini dan
seorang lagi tuhan hendak begitu maka kacau bilau jadinya. Sebab itu kita lihat agama yang
ada lebih dari satu tuhan mempunyai kekarutan yang amat sangat seperti agama Hindu,
agama Greek dan lain-lain lagi. Selalu kita baca tentang kisah tuhan-tuhan mereka berkelahi
dan berlawanan sesama mereka. Memang mengarut sungguh. Kalau dah ada banyak yang ada
kuasa, memanglah ada perlawanan antara merek. Maka ini adalah sebagai hujah juga untuk
mengatakan yang tidak mungkin ada lebih dari satu tuhan. Hanya ada satu Tuhan sahaja iaitu
Allah.

Sebelum ini telah disebut tentang kemenangan umat Islam dalam Surah an-Nasr.
Kemenangan umat Islam itu adalah kerana mereka mentauhidkan Allah. Apabila
mentauhidkan Allah, Allah akan beri bantuan. Zaman sekarang kita rasa amat lemah sekali
kalau dibandingkan dengan kuasa orang kafir. Kalau mahu kembali kepada kemenangan
zaman dahulu, maka kita hendaklah kembali kepada tauhid. Dan ini dimulai dengan belajar
tafsir Quran.

Ayat 1:

Katakanlah: Dialah Allah, Yang Maha Esa.

Katakanlah. Ini adalah arahan kepada Rasulullah SAW untuk:

1 Belajar dan memahami untuk diri baginda sendiri.


2 Mengajarnya kepada orang lain, kerana baginda memang tidak boleh simpan sendiri. Ini
adalah kerana ianya adalah mesej tauhid dan terkait rapat dengan tugas baginda untuk
menyampaikan (dakwah).

Dia. Kalimah ini dari segi bahasa, tidak diperlukan dalam ayat ini kerana Allah boleh
sahaja gunakan ayat begini:
( Katakanlah: Allah itu Satu). Akan tetapi, kataganti
nama (dhomir) digunakan apabila yang disebut itu dikenali. Contohnya, kita sedang bercakap
dengan seorang kenalan kita dan kita cakap: dia telah habis belajar dari universiti. Kalimah
dia dalam ayat ini datang tiba-tiba tapi kita gunakan kerana kita tahu dan orang yang
mendengar itu juga tahu siapakah yang kita maksudkan. Begitulah Allah gunakan dhomir
dalam ayat ini kerana Allah itu memang telah dikenali oleh manusia, kerana dialah pencipta,
Tuhan semesta alam.

Jadi, apabila digunakan kalimah dalam ayat ini, Allah hendak memberitahu kita, yang Dia
itu sebenarnya Tuhan yang telah dikenali pun, bukannya Tuhan yang baru pun. Terutama
kepada Ahli Kitab yang telah kenal pun Allah itu. Jadi ini untuk mengingatkan mereka sahaja.
Sebab itulah dalam ayat ini tidak ada kalimah tahkik pun kerana memang mereka sudah
tahu.

2 Kalimah ini juga adalah jawapan kepada mereka yang bertanya siapakah Tuhan itu?
Kerana ada Musyrikin Mekah yang tanya: Siapa Dia? Apakah ia? Jadi apabila
dijawap, digunakan kalimah sebagai jawapan terus kepada soalan itu. Allah jawap, Dia itu
adalah bernama Allah, dan Dia itu tunggal.

3 Ayat ini adalah dua ayat yang digabungkan bersama. Ada kalimat yang dihazafkan. Kalau
ayat penuh: ,
Katakanlah Dia adalah Allah, katakanlah Dia itu tunggal.

Maksudnya, ayat ini nampak sahaja satu tapi ada dua khabar.

Perbincangan kalimah pula. Dari segi bahasa, ia bermaksud satu, tunggal, esa. Tapi kalau
nak kata maksud satu, kalimah juga boleh digunakan. Jadi apa beza antara dan ?
Kenapa Allah tidak gunakan ayat ini:?
1 Kalimah sebenarnya digunakan dalam kalimat negatif/penolakan sahaja; sedangkan
digunakan dalam kalimat positif sahaja. Apakah maksudnya? Kita beri contoh ayat dan
lihat perbezaan antara keduanya:

a. ( tidak ada seorang pun yang ada di masjid). Maksudnya masjid itu
kosong, seorang pun tidak ada. Ini adalah dalam bentuk negatif menidakkan.

b. ( bukan seorang yang ada di masjid). Maksudnya ada lebih dari


seorang. Ini dalam bentuk positif.

Akan tetapi kita lihat Allah menggunakan kalimah di dalam Surah Ikhlas ini untuk
menceritakan tentang DiriNya. Ini adalah berlainan dengan penggunaan bahasa Arab kerana
selalunya ianya digunakan dalam bentuk negatif (contoh a di atas). Dan ini adalah satu
kehebatan bahasa Quran kerana Allah menggunakan kalimah ini untuk menggambarkan
uniknya DiriNya. Oleh itu Allah menggunakan kalimah yang selalunya digunakan dalam
bentuk negatif tapi kali ini digunakan dalam bentuk positif pula. Dengan menggunakan
kalimah ini dalam bentuk ini, Allah menekankan Sifat TunggalNya, Sifat EsaNya dan
tidak ada yang sama denganNya. Maknanya, dengan bahasa pun Allah dah tekankan.
Penggunaan kalimah dengan cara begini ada dalam Quran sahaja.

Kalimah datang dari katadasar yang bermaksud seorang yang tunggal, bersedirian,
tidak dikenali. Jadi Allah tidak gunakan katadasar asal itu kerana ia juga
digunakan untuk makhluk. Jadi, Allah tidak dapat dibandingkan dengan makhluk langsung.

Dan memang penggunaan dalam bentuk ini amat mengejutkan. Ada juga agama lain yang
mengatakan tuhan mereka satu juga. Tapi mereka melakukan kesilapan kerana mereka
mengatakan sifat tuhan mereka itu ada persamaan dengan sifat manusia. Dan ini adalah
fahaman yang salah. Kita kena bezakan sifat Allah dari sifat manusia. Allah itu , bukan
. Kerana itu akan ditekankan dalam surah ini nanti bagaimana Allah unik dalam EsaNya.
Sifat-sifat Allah yang ditekankan dalam surah ini adalah unik untuk Allah sahaja (kalimat ,
, ,
, semuanya khusus untuk Allah sahaja, tidak dikongsi dengan makhluk).

2 Memang ada sifat-sifat Allah yang seolah ada persamaan dengan makhluk. Sebagai
contoh, Aleem (mengetahui), Raheem (pemurah), Raoof (lembut), Baseer [melihat] dan
sebagainya. Tapi Sifat Allah tidak sama dengan makhluk. Sebagai contoh, kita ambil sifat
Aleem (mengetahui). Tidak sama pengetahuan makhluk dan pengetahuan Allah, bukan?

1 Pengetahuan Allah inifinite, tidak ada mula dan tidak ada hujung; sedangkan pengetahuan
makhluk, tidak begitu (ada mula dan hujungnya)

2 Pengetahuan Allah tidak ada had; sedangkan pengetahuan makhluk ada had (tidak semua
makhluk tahu).

3 Pengetahuan kita diberi oleh Allah sedangkan pengetahuan Allah tidak ada sesiapa yang
memberi kepadaNya, ianya adalah HaqNya.
Jadi, walaupun nampak dari segi penggunaan bahasa, kita ada sifat yang sama dengan Allah,
tapi kita kena nilai sifat itu dengan 3 kriteria di atas. Kalau kita buat begitu, barulah kita
terselamat dari syirik. Kita tidak meletakka Sifat Allah kepada sifat makhluk. Takkan sama
sifat makhluk dengan sifat Allah. Allah berfirman dalam Shura:11

Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia

Kena faham betul-betul perkara ini, barulah dapat faham ilmu tauhid.

Masih lagi pada kalimah . Kalau kita lihat, kalimah ini tidak ada , sedangkan kalimah
ada pula . Oleh itu, adalah dalam bentuk nakirah. Tapi kalimah ada tanwin

padanya sebagai penegasan untuk memberi penekanan bahawa Allah itu ESA! (bahasa Arab
tidak ada tanda seruan, jadi tanda seruan digunakan dalam bentuk tanwin).

Tanwin pada itu juga sebagai jawapan kepada soalan yang diberikan oleh musyrikin
Mekah yang bertanya: siapa/apakah yang kamu sembah? Maka jawapan yang diberikan itu
dalam bentuk tanwin iaitu Allah itu .

Kalimah inilah yang menyebabkan Bilal bin Rabbah diseksa kerana masuk Islam. Dan
apabila dia kena seksa dengan diletakkan batu besar atas tubuhnya, apakah kalimah yang
disebut-sebut olehnya? Bukankah , ,?

Bilal dan para sahabat yang lain faham apa maksud kalimah ini dan mereka mengamalkannya
dalam kehidupan mereka. Tapi sekarang kita sudah jauh dari fahaman mereka. Kita tidak
yakin yang Allah itulah yang Esa, tempat pengharapan kita. Sampaikan kita tidak berapa
kisah dengan Allah. Ya, kita tahu Allah itu Tuhan kita, kita sebut NamaNya setiap hari, tapi
adakah kita beramal dan percaya seperti para sahabat?

Tumpuan hidup mereka adalah menjadi hamba kepada Allah. Mereka taat kepada suruhan
Allah dan meninggalkan laranganNya. Dan ini yang kita perlu sematkan dalam diri kita.
Kerana kalau kita tidak menjadi hambaNya, kita akan jadi hamba kepada yang lain kepada
badan kita, kepada kerja, kepada anak, kepada wang dan sebagainya; itu sahaja yang mereka
fikirkan dan kehidupan mereka diisi dengan benda lain selain Allah.

Kita kena tanya diri kita: adakah kita benar-benar mentauhidkan Allah dalam kehidupan kita?
Adakah Allah yang paling penting dalam kehidupan kita? Adakah Allah dalam diri kita?

Semoga Allah menjadikan kita umat yang mengamalkan tauhid. Ameen.

Ayat 2:

Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.

bermakna:
1. Sesuatu yang mencukupi, kepada mereka yang merujuk kepadaNya. Ini
kerana Dialah yang memakbulkan segala permintaan dan harapan dan
menjawap segala persoalan. Waktu kita memerlukan apa-apa, Dialah yang
akan memberikannya. Maksudnya, cukuplah Allah sebagai tempat
pengharapan kita.

2. Maksud kedua, Allahlah tumpuan dan tujuan kita. Ini adalah kerana
kalimah juga bermaksud tempat tujuan. Inilah antara sebab kenapa
surah ini dinamakan Surah al-Ikhlas, kerana Allah lah tempat tujuan kita,
bukan yang lain dariNya. Kita melakukan apa-apa pun, kerana Allah taala.

3. Kalimah
juga bermaksud Allah tidak memerlukan apa-apa dan
sesiapa, kerana Dia berada di atas sekali. Tidak ada yang melebihiNya dari
segi kedudukan dan sifat.

4. Ia juga bermaksud, tidak ada kecacatan dan kekurangan langsung.

5. Tidak boleh dikalahkan.

6. Yang paling hebat dan utama, kekal sampai bila-bila. Menjadi tempat
pengharapan semua. Kerana kalau tidak kekal, tidaklah boleh berharap
padanya.

7. Dari segi sifat,


bermaksud sesuatu yang padat, tidak ada lubang dan
ruang di dalamnya. Allah memenuhi nama yang diberikan kepadaNya.
Sebagai contoh, kalau manusia nama Rahman (pemurah), sebenarnya dia
tidak rahman penuh pun. Berbeza dengan Allah, kerana Dia memenuhi
dan memadatkan nama itu.

Ayat ini menambah maklumat tentang Allah yang telah disebut dalam ayat 1 sebelum ini.
Allah memberitahu lagi tentang sifatNya kerana Musyrikin Mekah tidak kenal dengan Allah.
Mereka memang menerima kedudukan Allah sebagai Pencipta, tapi mereka tidak
menerimaNya sebagai dan juga sebagai
. Mereka tidak meletakkan pada

sebagai pernyataan bahawa Dialah tempat pengharapan yang utama. Kerana itu mereka minta
juga kepada selain Allah.

Pemahaman
ini penting kerana apabila kita faham, kita lebih kenal Allah sebagai tempat
pengharapan semua makhluk memerlukanNya tapi Dia sendiri tidak memerlukan makhluk.
Dalam Surah al-Masad sebelum ini telah disebut sifat Musyrikin Mekah seperti Abu Lahab
yang rasa mereka kaya dan tidak memerlukan sesiapa; maka dalam ayat ini Allah hendak
menegaskan yang tidak memerlukan sesiapa sahaja adalah Allah sahaja.

Oleh kerana itu, hendaklah kita memohon kepada Allah sahaja kerana Dialah . Tidak
perlu kita minta kepada selain Allah. Kerana selain Allah tidak ada sifat ini. Malangnya ramai
orang Islam pun yang meminta kepada selain Allah. Yang paling teruk ada puak Syiah yang
meminta terus kepada Hussein, Saidina Ali dan sebagainya. Itu adalah fahaman syirik dan
perlu dijelaskan kepada masyarakat kita.
Ayat 3:

Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,

Kalimah bermaksud tidak, tapi ianya adalah penolakan untuk yang telah lepas (beza
dengan ). Ia mengubah kalimah selepasnya menjadi past tense oleh itu, kalimat
bermaksud tidak pernah beranak, dan bukannya tidak beranak. Ini kerana Allah tidak
gunakan kalimah . Kenapa Allah gunakan untuk masa lepas pula?

Ini kerana kalau Allah guna sahaja, ia bermaksud sekarang Allah tidak beranak. Dan ini
tidak lengkap kerana mungkin kalau sekarang Dia tidak melahirkan, entah ada kemungkinan
yang Dia pernah melahirkan dan ini adalah salah. Maka Allah beritahu yang dari dulu lagi
Dia tidak beranak untuk tutup segala lubang kemungkinan fahaman yang salah.

Dalam ayat pertama Allah sudah kata yang Dia adalah dan kita telah jelaskan yang ia
bermaksud Allah tidak sama dengan makhluk. Makhluk memang ada melahirkan anak dan
keturunan, tapi Allah lain dengan makhluk.

Dan kalimah menidakkan yang dulu Allah pernah ada melahirkan. Ini menolak fahaman
Musyrikin Mekah yang kata malaikat adalah anak-anak perempuan Allah; menolak juga
fahaman golongan Yahudi yang mengatakan Nabi Uzair a.s. adalah anak Allah; juga
menidakkan fahaman Kristian yang mengatakan Nabi Isa a.s. itu adalah anak Allah. Ayat ini
turun selepas fahaman-fahaman itu telah ada. Maka Allah tolak apa yang mereka katakan itu
dengan menidakkan yang dulu Allah ada anak.

Tapi tidakkah dengan menidakkan perkara yang telah berlaku itu tidak lengkap? Kerana kalau
dulu tidak beranak, entah sekarang ada beranak? Sebenarnya ini adalah satu perkara yang
hebat juga kerana agama yang kata Allah ada anak adalah agama-agama yang dulu. Agama
baru tidak ada yang kata begitu sebab itu tepat sekali apabila Allah menggunakan kalimah
dan bukan . Semua agama yang kata Allah ada anak itu adalah agama-agama yang datang
sebelum Quran turun.

Dan tidak perlu untuk menolak perkara yang berlaku di masa hadapan pun kerana apabila
Allah telah tolak yang Dia tidak pernah beranak dulu, samalah juga dengan masa hadapan
pun. Jawapan telah diberikan dari dulu lagi. Bila ia tidak pernah berlaku, maka it tidak akan
berlaku di masa hadapan.

Tidak mungkin Allah ada anak kerana itu bermakna ada yang setara dengan Allah dan ini
tidak mungkin. Kalau seekor kucing melahirkan anak, anaknya itu juga adalah kucing bukan
(dan setara dengannya). Maka kalau Allah melahirkan anak, tentulah anak itu ada sifat-sifat
Dia juga, dan ini tidak mungkin. Allah berfirman dalam Anam:101


Bagaimana Dia mempunyai anak padahal Dia tidak mempunyai isteri.


Kalau Dia nak beranak, kenalah ada pasangan, bukan? Macam manusia yang beranak, setelah
ada perhubungan dengan manusia juga. Tapi Allah tidak ada pasangan, tidak ada yang setara
dengannya, maka ini tidak mungkin sama sekali.

Kenapa penting sekali kita tolak fahaman yang Allah ada anak ini? Apa masalahnya kalau
Dia ada anak? Ianya penting kerana fahaman sesat inilah yang menyebabkan manusia
melakukan syirik. Fahaman sesat inilah yang menjadikan manusia mengubah agama Allah
(Yahudi dan Kristian asalnya adalah agama Allah juga). Faham sesat inilah yang menjadikan
manusia kufur.

Kita buat perumpamaan supaya senang faham: bayangkan kalau kita kerja di satu syarikat.
Syarikat itu ada tuannya dan sepupu dia yang rapat dengannya pun ada kerja juga dalam
syarikat itu. Kita tahu yang tuan syarikat itu dengar cakap sepupunya maka apa yang ramai
orang akan buat? Tentu mereka akan cuba berkawan rapat dengan sepupu tuan syarikat itu,
bukan? Mereka akan layan dia dengan baik supaya dia boleh tolong kalau ada masalah. Maka
macam-macam orang akan buat untuk sepupu itu puji, belanja makan, tolong itu dan ini dan
sebagainya. Sedangkan dengan tuan punya syarikat itu sendiri sudah tidak buat apa dah.

Begitulah yang terjadi dalam agama yang sesat. Mereka akan puja dan beribadat kepada yang
dikatakan anak Tuhan itu seperti Nabi Isa, Uzair, malaikat. Dengan Allah sendiri mereka
sudah tidak buat apa dah. Tanyalah kepada orang Kristian sekarang, ada mereka berdoa dan
sembah God the Father? Tentu tidak, sebaliknya yang mereka sembah dan puja, minta doa
dan minta ampun hanya kepada Jesus sahaja, bukan? Begitulah mereka telah disesatkan
dengan fahaman sesat ini. Kerana itulah kena tolak sungguh-sungguh fahaman yang
mengatakan Allah ada anak ini. Kerana itulah fahaman syirik.

Ini adalah kerana manusia mengharapkan ada orang tengah antara mereka dan Allah.
Mereka mengharap orang tengah itu yang akan menjadi peguam dan penyelamat mereka di
akhirat kelak. Ini adalah salah faham tentang syafaat yang banyak terjadi dalam masyarakat
kita pun. Memang kita tidak kata Allah ada anak, tapi kita salah faham tentang syafaat
sampaikan kita sangka kita boleh pula minta syafaat kepada Nabi, wali dan malaikat. Kerana
itulah Puak Habib itu memuja-muja Nabi Muhammad dan minta terus syafaat dari baginda
ini kerana salah faham tentang konsep syafaat. Orang kita yang jahil pula, terpesona dengan
nyanyian merdu dan perawakan mereka, terkinja-kinja menari-nari memuja Nabi. Buang duit
dan buang masa. Itulah masalahnya kalau capal yang patutnya letak di kaki diletakkan di
kepala

Maka, janganlah kita buat begitu. Allah telah sebut yang Dia adalah
satu-satunya
tempat pengharapan. Janganlah berharap kepada selain dariNya. Dia tidak perlukan anak,
orang tengah, wasilah dan apa sahaja pemberi syafaat selain dariNya, kerana Dialah
pemberi syafaat yang sebenar.

Allah juga memberitahu kita yang Dia ( tidak diperanakkan). Tidak ada yang
melahirkan Allah. Allah tidak sama dengan makhluk. Makhluk memang dijadikan dari tidak
ada kepada ada. Dan kalaulah Allah dilahirkan, ini bermaksud Allah ada permulaan. Dan
yang ada permulaan, tentu ada akhirnya dan ini bukan sifat Allah. Kerana Allah kekal
sampai bila-bila. Kalau tidak kekal, bukan Tuhanlah maknanya.
Ayat 4: Ayat terakhir surah ini. Dan kalau kita lihat, setiap ayat adalah tafsir kepada .
Iaitu menidakkan fahaman yang Allah sama dengan makhluk. Maka sekarang dijelaskan lagi
fahaman ini.

dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.

Kalimah adalah pasangan setanding, boleh juga jadi lawan yang sama kuat dalam
peperangan. Iaitu seorang yang sama darjat dalam kedudukan, sama taraf. Kerana itu juga ia
digunakan dalam istilah perkahwinan (perkahwinan sekufu adalah perkahwinan di mana
suami dan isteri itu adalah sama taraf).

Dalam ayat ini, Allah memberitahu kita semua yang Dia tidak ada kufu tidak ada yang
setanding atau sama taraf denganNya.

Susunan ayat ini tidak menepati susunan normal bahasa Arab. Susunan yang normal
begini: ( dan tidak ada yang setanding untukNya). Tapi tidak begini yang
Allah susun dalam Quran Allah letak kalimah di hujung, kalimah diawalkan dan
kalimah di tengah. Susunan yang normal akan meletakkan DiriNya ( )di hujung, tapi
Allah ubah dan letakkan katagantinamaNya di awal.

Kaedah ini dinamakan taqdim meletakkan sesuatu di awal (lain dari yang sepatutnya) dan ia
mengandungi elemen balaghah yang tinggi. Ini adalah untuk menunjukkan eksklusif.
Maknanya, memang tidak ada langsung yang sama denganNya tidak ada langsung.
Dan hanya Allah sahaja yang tidak ada kufu dan selain dari Allah ada sahaja kufu mereka.
Contohnya, kalau raja, ada raja lain; kalau orang kaya, ada orang lain yang sama kaya dengan
dia; dan kalau planet, ada lagi planet lain.

Khulasah surah ini:

1. Bahagian awal surah ini menceritakan tentang keunikan Allah.

2. Bahagian kedua surah ini menceritakan tentang Rahmah Allah kerana


Dialah tempat kita bergantung dan berharap.

3. Bahagian ketiga surah ini menekankan yang Allah tidak ada kelemahan
langsung. Kerana keperluan kepada anak adalah satu kelemahan. Manusia
memerlukan anak untuk menjaganya di hari tuanya. Tapi Allah tidak
memerlukan semua itu kerana Dia kekal berkuasa. Kalau manusia tidak
ada anak, dia dikira lemah; tapi bagi Tuhan, ketiadaan anak itu adalah
tanda kekuatanNya.
Penutup:

Surah ini adalah surah yang amat penting. Setiap orang kena faham surah ini. Kena ajar
maksud surah ini kepada anak-anak kita. Bukan setakat mereka baca dan hafal sahaja.
Mereka kena kenal Allah melalui surah ini.

Dengan surah ini juga kita tahu bahawa Allah akan sentiasa membantu kita kerana Dia tidak
ada sesiapa pun yang setara denganNya untuk menghalang pertolonganNya. Kerana kalau
ada yang sama kuat dengan Allah, tentu boleh dihalang pertolongan Allah itu. Tapi tidak
begitu kalau seluruh dunia nak halang kita, nak bunuh kita tapi kalau Allah tidak benarkan,
ia tidak akan terjadi.

Oleh itu, kita kena yakin dan serahkan diri kita kepada Allah seluruhnya. Sebab itulah salah
satu lagi nama surah ini adalah Surah an-Najaat Surah Penyelamat kerana ia
menyelamatkan kita dari kesedihan, kesusahan, dari neraka. Dan kerana para sahabat faham
surah inilah yang menyebabkan mereka mencintainya dan suka membacanya. Oleh itu kalau
kita ada masalah, kita rujuk dan serah diri kita kepada Allah. Dan malang kalau kita berharap
dan minta tolong kepada selain Allah, kerana entah dapat ditolong atau tidak. Kerana mereka
tidak dapat nak tolong pun kalau tidak ada pertolongan dari Allah.

Anda mungkin juga menyukai