Anda di halaman 1dari 4

DEFINISI PENGANGKUTAN

Pengangkutan boleh didefinisikan sebagai suatu konsep cara pemindahan drpd. suatu
tempat ke tempat yang lain.(Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,2007)Pengangkutan
terbahagi kepada beberapa iaitu pengangkutan melalui jalan darat,pengangkutan melalui
jalan air dan pengangkutan melalui jalan udara.

Sistem pengangkutan tersebut ialah sistem kereta api,kereta dan lori untuk jalan
darat.Feri,kapal minyak, dan bot layar untuk jalan air.Manakala untuk jalan udara pula kapal
terbang,kapal kargo dan jet persendirian.

Contohnya,di kawasan kajian terdapat Jalan Putra Permai di mana ia menghubungkan


lebuh raya yang membolehkan kami pergi bekerja dan sekolah.

KEPENTINGAN PENGANGKUTAN

1. Menurut kajian saya,terdapat beberapa kepentingan jaringan sistem pengangkutan


di kawasan kajian saya.Yang pertama,jaringan sistem pengangkutan memudahkan
penduduk termasuk saya untuk bergerak atau pergi ke mana-mana
tempat.Contohnya,saya boleh melalui Jalan Putra Permai untuk memasuki
lebuhraya.

2. Kedua,syarikat perdagangan boleh menghantar barangan dari kilang ke peniaga-


peniaga yang berada di bawahnya.Lori perdagangan menghantar minuman dan
makanan seperti Syarikat Air Nutrigen hantar produknya ke Pasaraya Besar Giant.

3. Ketiga,Lebuhraya boleh memendekkan masa berjalan dengan banyak sekali.Apabila


jalan kaki,ia akan mengambil masa lebih kurang 3 jam tetapi jika naik kenderaan ia
akan mengambil masa kurang dari 15 minit jika ingin bergerak dari kawasan rumah
saya ke Cyberjaya.Contoh mengmbil lebuhraya LDP untuk bergerak ke Cyber.

MASALAH PENGANGKUTAN

1. Jalan sesak pada pagi dan petang kerana ramai pekerja menggunakan jalan
tersebut untuk bekerja dan pulang bekerja. Contoh di Jalan Lestari Perdana sesak
pada hari bekerja. Menurut temu bual Puan Nazi,dia berkata bahawa jalan amat
sesak bila dia pulang dari bekerja.

2. Pada pemerhatian saya,jalan raya di Pingiran Putra penuh dengan penuh dengan
lubang dan retakan di jalan raya yang menyebabkan ketidak selesaan kepada
pengguna jalan raya.Hal ini juga boleh menyebabkan kemalangan.Contohnya,di
Jalan Pinggiran Putra yang banyak lubang .Melalui temubual yang saya jalankan Abi
berkata bahawa jalan raya Pinggiran Putra berbahaya kerana terdapat banyak
lubang.

3. Menurut kajian,jaringan sistem pengangkutan juga menyebabkan pencemaran


udara.Pencemaran udara ini berpunca daripada bas dan kereta lain yng
mengeluarkan asap dari ekzos dengan banyak ke udara seperti di Jalan Putra
Permai yang selalu sesak pada waktu pagi.Menurut temubual saya,Zack mendapati
bahawa keadaan udara amat kotor di Taman Putra Permai.
LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN MASALAH JARINGAN SISTEM
PENGANGKUTAN

1. Melalui pemerhatian saya,saya mencadangkan menyuruh Majlis Perbandaran


membaiki jalan.Ini keran tugas Majlis Perbandaran ialah menjaga hak
rakyat.Contohnya,baru-baru ini 3/4 lubang di Jalan Putra Permai telah dibaiki oleh
Majlis Perbandaran.Menurut temubual yang saya jalankan,Abi merasa gembira
apabila jalan sudah dibaiki.

2. Masalah kedua iaitu kesesakan jalan raya dapat diatasi jika penduduk haruslah
mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya dengan berkongsi kenderaan atau
menaiki kenderaan awam.Menurut temubual,Puan Nazi merasakan masa yang
digunakan di jalan yang sesak semakin kurang kerana dia telah nampak lebih
banyak bas di jalan raya.

3. Selain itu, kerajaan boleh menurunkan harga kereta Hybrid supaya lebih banyak
orang dapat membeli kereta Hybrid.Ini dapat mengurangkan penggunaan diesel dan
dapat mengurangkan pencemaran.Kita juga boleh menguatkuasakan undang-
undang .Bagi kenderaan yang mengeluarkan asap hitam dari ekzos denagn
banyak,kita boleh membuat aduan kepada Jabatan Alam Sekitar atau Jabatan
Pengangkutan Awam.Contohnya,negara Jepun dan Korea Selatan yang kebanyakan
penduduk menggunak kereta Hybrid.Menurut temubual,Zack akan lebih gembira jika
pencemaran udara berkurangan.

APA ITU SISTEM PENGANGKUTAN?

Menurut wikipedia, pengangkutan boleh didefinisikan sebagai suatu konsep cara


pemindahan daripada suatu tempat ke tempat yang lain . Pengangkutan terbahagi kepada
beberapa jenis iaitu pengangkutan melalui jalan darat, pengangkutan melalui jalan air dan
pengangkutan melalui udara. Sistem pengangkutan tersebut adalah sistem kereta api, jalan
air, jalan raya atau kereta motor, pengangkutan jalan udara, saluran paip dan kaedah
pengangkutan yang lain seperti hovercraft. Di kawasan kajian terdapat pengangkutan awam
seperti bas dan teksi, pengangkutan persendirian seperti kereta dan motosikal, dan juga
pengangkutan awam perdagangan seperti lori.

KEPENTINGAN SISTEM JARINGAN PENGANGKUTAN DI TPP

1) Memudahkan pergerakan
Daripada pemerhatian saya, jaringan pengangkutan jalan raya ini dapat
memudahkan pergerakan orang yang tiada kenderaan sendiri untuk ke tempat
kerja. Contohnya, Puan Oi menggunakan Bas Rapid Kuala Lumpur untuk ke
tempat kerjanya iaitu Bank Nasional, Kuala Lumpur.Menurut kajian saya, Jalan
Amanputra 1/6 (lima minit dari Jalan Putra Perdana) berhubung ke sebuah
interchange atau pertukaran di mana terdapat satu roundabout atau bulatan.
Bulatan tersebut berhubung ke Putrajaya-KLIA Expressway, Maju Expressway,
Putrajaya Interchange, Dengkil Interchange dan juga Cyberjaya Interchange.
Dengan ini, pengguna jalan-jalan ini dapat sampai ke destinasi dalam tempoh
yang singkat. Contoh pengguna roundabout ini yang tinggal di Taman Putra
Perdana ialah Puan Oi, Puan Bati dan Encik Slick.
2) Memudahkan pergerakan bahan dagangan
Responden menyatakan bahawa jaringan sistem pengangkutan ini dapat
memudahkan pergerakan barang dagangan. Sebagai seorang tulang belakang
kepada keluarga yang tidak seberapa, sistem pengangkutan ini sangat penting
untuk menyara keluarga responden tersebut. Contohnya, bahan mentah yang
segar dari kilang dapat dihantar ke kedai runcit dengan cepat dan efisien.
Pelanggan pula akan memilih kedai responden tersebut memandangkan barang
jualannya segar.

3) Peningkatan taraf ekonomi


Menurut kajian saya, jaringan sistem pengangkutan di Taman Putra Perdana
sentiasa dimajukan. Pada tahun 2009, Taman Putra Perdana dikategorikan
sebagai luar bandar. Walau bagaimanapun, lima tahun kemudian, iaitu pada
tahun 2014, Taman Putra Perdana telah mencapai kategori bandar. Ini bermakna
Taman Putra Perdana dimajukan dan berkembang pesat dalam masa yang
singkat. Taraf ekonomi ini membawa banyak kebaikan kepada penduduk Taman
Putra Perdana. Jika semua tempat di Malaysia bergini, negara kita akan
mencapai kemajuan sepenuhnya tidak lama lagi.

MASALAH JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI TPP

1) Bilangan bas awam tidak cukup


Responden menyatakan bahawa kemudahan pengangkutan awam seperti bas
tidak dapat menumpang jumlah pengguna yang banyak. Bas Rapid, teksi dan
sebagainya tidak mencukupi.Tambahan pula, bas tidak datang pada waktu yang
sepatutnya. Sepatutnya, bas tersebut harus datang setiap 30 minit. Namun
begitu, bas tersebut hanya datang setiap jam sahaja. Contohnya, Puan Oi
terpaksa berdiri walaupun tengah mengandung kerana tiada tempat untuk
duduk.Lebih-lebih lagi, rakyat Malaysia tidak bertolak ansur! Ini harus dihentikan !

2) Tambang bas terlalu mahal


Menurut seorang responden, tambang bas awam terlalu mahal. Majoriti
pengguna pengangkutan awam terdiri daripada golongan miskin hingga kelas
pertengahan. Golongan tersebut tidak mampu membeli sebuah kenderaan
persendirian seperti motosikal atau kereta. Contohnya, Puan Bati terpaksa
membayar RM3.70 untuk ke tempat kerjanya iaitu di Cyberjaya.

3) Kesesakan jalan raya


Menurut kajian saya, terdapat kesesakan jalan raya di bulatan yang berhubung
ke Putrajaya-KLIA Expressway, Maju Expressway, Putrajaya Interchange,
Dengkil Interchange dan juga Cyberjaya Interchange. Kesesakkan ini belaku
ketika waktu sibuk atau peak hours. Contohnya, Encik Slick membuang kira-kira
7 minit semasa menggunakan bulatan tersebut.
LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN MASALAH JARINGAN PENGANGKUTAN DI
TAMAN PUTRA PERDANA

1) Membina bas awam dua tingkat


Responden menyatakan bahawa kerajaan harus membina bas awam dua
tingkat. Ini dapat menumpang lebih ramai penumpang sekaligus. Lebih-lebih lagi,
petrol juga dapat dijimatkan. Dengan ini, pengguna pengangkutan awam seperti
Puan Oi dapat pergi ke destinasi yang hendak mereka tuju dengan lebih selesa.

2) Membina kemudahan yang lebih moden dan fururistik


Daripada pemerhatian seorang lagi responden, kerajaan harus membina
kemudahan yang lebih moden dan futuristik. Antaranya ialah LRT dan Monorail.
Ini dapat mengelakkan kesesakan jalan raya. Oleh itu, pengguna kemudahan
awam seperti Puan Bati akan cepat sampai ke tempat kerjanya.

3) Membina sebuah "flyover" atau jejambat


Menurut kajian saya, cadangan untuk membina sebuah "FLYOVER" atau
jejambat adalah sangat digalakkan. Pembinaan bulatan ini memang sangat
bagus kerana bulatan ini berhubung ke Putrajaya-KLIA Expressway, Maju
Expressway, Putrajaya Interchange, Dengkil Interchange dan juga Cyberjaya
Interchange. Namun begitu, kesesakan yang berlaku memakan terlalu banyak
masa. Dengan pembinaan jejambat ini, pengguna seperti Encik Slick mendapat
hanya yang terbaik daripada

Anda mungkin juga menyukai