Anda di halaman 1dari 41

NOVEL SILIR DAKSINA

DAN
DI SEBALIK DINARA

1
SINOPSIS

SOALAN 1 : Tuliskan sinopsis novel yang anda kaji.


Novel Silir Daksina dimulakan dengan mengisahkan kehidupan seorang remaja
bernama Haiqal Haqimi. Dia hidup bersama-sama ibu dan ayah tirinya. Pada suatu
hari,Haiqal menerima sebuah manuskrip lama yang di dalamnya terdapat hasil penulisan
ayah kandungnya. Teruja dengan kandungan manuskrip,Haiqal bertekad untuk menjejaki
kehidupan arwah ayah kandungnya itu di sebuah kampung di Batu Pahat,Johor.
Keputusannya untuk ke kampung arwah ayahnya mendapat tentangan daripada uminya.
Hubungan umi dan ayah kandung Haiqal sesungguhnya tidak bahagia hingga mereka
berpisah. Umi membawa Haiqal tinggal bersama-samanya di Kuala Terengganu malah ayah
Haiqal,Abdullah bin Kayan tinggal kesepian dan keseorangan di Johor.

Novel ini terus berkembang apabila Haiqal membuat keputusan bahawa dia tetap
akan pergi mencari bapanya walaupun uminya melarang keras keputusannya, Uminya tidak
mahu Haiqal mengikut jalan hidup seperti arwah ayah kandungnya. Walid pula tidak
menghalang pemergian Haiqal ke Johor malah berjanji akan mengirimkan wang belanja
kepada Haiqal. Sesampai di Kampung Seri Purnama, Haiqal disambut mesra oleh
penduduk kampung. Sedikit demi sedikit Haiqal mula mengetahui mengenai arwah ayahnya
melalui penceritaan penduduk kampung di situ. Bapa Haiqal seorang yang amat mencintai
sastera. Semenjak ayahnya meninggal dunia, Kampung Seri Purnama kehilangan orang
penting yang memperkenalkan tarian zapin.

Novel ini sampai ke puncaknya apabila Haiqal turut serta membuat persembahan
zapin DPumama. Ketika hari persembahan, Lazim telah ditimpa kemalangan dan Ong See
Hwa yang menggantikan tempatnya. Haiqal menari berpasangan dengan See Hwa.

2
Sebilangan penduduk kampung berasa terharu kerana terkenangkan arwah Abudullah bin
Kayan. Dendam uminya terhadap Abudullah bin Kayan telah melebur apabila umi datang ke
Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal menari.

Umi juga telah ke kubur Abdullah bin Kayan dan mengaku kesilapan memisahkan
Haiqal daripada bapa kandungnya kerana darahnya turut mengalir dalam tubuh Haiqal.
Setelah beberapa bulan di Kampung Seri Purnama, Haiqal melanjutkan pelajarannya dalam
bidang keguruan di sebuah universiti di Sarawak.

TEMA

Soalan 2 : Bincangkan tema novel yang anda kaji.


Novel yang saya kaji ialah Silir Daksina karya Nizar Parman. Tema novel ini
ialah pengorbanan dalam memperjuangkan kebudayaan dan kesusasteraan. Tema
ini dapat dibuktikan melalui watak Abdullah Bin Kayan dan Haiqal Haqimi.

Pengorbanan Abdullah Bin Kayan ialah beliau sanggup berpisah dengan isteri
dan anaknya kerana kecintaannya terhadap sastera dan warisan budaya iaitu tarian
zapin yang ada di kampungnya iaitu Kampung Seri Purnama, Batu Pahat, Johor.
Semasa di Batu Pahat, Johor, Abdullah Bin Kayan telah berusaha untuk
mengembangkan seni tarian zapin. Beliau telah menghidupkan semula kumpulan
zapin jincat DPurnama. Beliau juga telah menubuhkan Aksara di Kampung Seri
Purnama untuk mengembangkan kesusasteraan dalam kalangan masyarakat
Kampung Seri Purnama.

Pengorbanan Haiqal pula ialah dapat dilihat apabila dia sanggup


meninggalkan umi, walid dan adik tirinya Nurul Asiyah semata-mata untuk ke Johor
bagi menjejaki kisah hidup ayahnya. Semasa di Kampug Seri Purnama, Haiqal
berusaha mengaktifkan kumpulan zapin DPurnama. Haiqal telah bekerjasama
dengan penduduk kampung untuk menganjurkan persembahan tarian zapin di
Kampung Seri Purnama. Haiqal juga bercita-cita ingin menghidupkan semula Aksara
peninggalan ayahnya kerana Aksara telah lenyap begitu sahaja setelah kematian
ayahnya.

PLOT

3
Soalan 3: Bincangkan tiga peristiwa yang terdapat pada bahagian permulaan
cerita.

Novel yang saya pelajari ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.

Pada bahagian permulaan novel ini, pengarang menceritakan Haiqal Haqimi


sebuah menerima manuskrip lama . Alamat pengirim manuskrip tersebut sama
dengan alamat tempat lahirnya. Pengirimnya pula berbangsa Cina iaitu Ong See
Hwa. Haiqal Haqimi merahsiakan manuskrip lama itu daripada pengetahuan ibunya .
Haiqal hanya menceritakannya kepada teman baiknya iaitu Ratna.

Pada bahagian ini juga pengarang menceritakan bahawa Haiqal Haqimi amat
tertarik dengan kisah dalam manuskrip tersebut. Dia merasakan cerita dalam
manuskrip itu ialah kisah benar mengenai ayah kandungnya iaitu Abdullah Bin
Kayan.

Selain itu, pada bahagian permulaan juga terdapat peristiwa Haiqal Haqimi
teringat peristiwa semasa dia berumur enam tahun iaitu ibunya memberitahu
bahawa Abdul Fatah yang selama ini dipanggil walid oleh Haiqal ialah bapa tirinya.
Menurut ibunya ayah kandung Haiqal masih ada tetapi tinggal jauh daripada
mereka. Ibunya menyatakan bahawa Haiqal akan mengetahui semua perkara
mengenainya apabila dewasa nanti.
.

Soalan 4 : Huraikan peristiwa pada bahagian perkembangan cerita


berdasarkan novel yang anda kaji.

Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.Terdapat
beberapa peristiwa pada bahagian perkembangan cerita.

Pada bahagian perkembangan cerita terdapat peristiwa tentang Haiqal


bertekad untuk pulang ke Johor untuk menjejak warisan ayahnya walaupun niat itu
ditentang oleh uminya. Kehadiran Haiqal di Kampung Seri Purnama disambut baik
oleh penduduk di sana terutamanya Tauke Ong.

Selain itu.pengarang juga menceritakan Tauke Ong menyerahkan semua


harta peninggalan Abdullah Kayan kepada Haiqal untuk diuruskan. Antaranya ialah
wang simpanan, hasil jualan kelapa sawit dan kebun kelapa sawit. Tauke Ong
memberitahu Haiqal bahawa dia hanya menjalankan amanah arwah ayah Haiqal.

Pengarang juga menceritakan bahawa Haiqal telah mengenali anak Tauke


Ong iaitu Ong See Hwa. Haiqal mendapati bahawa perwatakan Ong See Hwa mirip
dengan watak Ai Ling seperti yang diceritakan dalam manuskrip lama.

Soalan 5 : Huraikan peristiwa pada bahagian perumitan cerita berdasarkan


novel yang anda kaji.

4
Novel yang telah saya kaji ialah Silir Daksina, karya Nizar Parman.
Pada bahagian perumitan, pengarang telah menceritakan Umi melarang
keras Haiqal ke Johor kerana umi mahu Haiqal menerima kenyataan bahawa
Abdullah bin Kayan sudah meninggal dunia. Misalnya, umi tidak memberi sebarang
wang perbelanjaan kepada Haiqal semasa dia pulang ke Kampung Seri Purnama,
Batu Pahat. Walau bagaimanapun, Haiqal tetap berkeras untuk pulang ke Batu
Pahat untuk mencari kisah ayah kandungnya, iaitu Abdullah bin Kayan.

Selain itu, pada bahagian perumitan, terdapat peristiwa Haiqal berselisih


pendapat dengan umi kerana dia memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang
kesusasteraan sedangkan umi mahu Haiqal belajar dalam bidang perniagaan.
Sebagai bukti, umi mengingini Haiqal mempelajari bidang perniagaan supaya dapat
meneruskan perniagaan batiknya di Terengganu. Umi berpendapat bahawa jika
Haiqal menceburi bidang sastera maka dia akan menjejaki ayahnya yang seolah-
olah hidup dalam dunianya sendiri. Namun, Haiqal tetap lebih meminati bidang
sastera.

Pada bahagian perumitan, pengarang juga mengemukakan peristiwa Cikgu


Nizam yang terpaksa berpisah dengan isteri dan anaknya kerana dia mahu
memperjuangkan warisan kesenian di kampungnya. Sebagai buktinya, isteri Cikgu
Nizam bercanggah pendapat dengan isterinya bahawa isterinya ingin
mengusahakan perniagaannya di Terengganu dan tidak hendak mengikut suaminya.
Maka, Cikgu Nizam terpaksa berpisah dengan isterinya semata- mata untuk
memperjuangkan warisan budaya, iaitu tarian zapin di Kampung Seri Purnama, Batu
Pahat.

Soalan 6 : Huraikan peristiwa pada bahagian kemuncak cerita berdasarkan


novel yang anda kaji.

Novel yang saya kaji ialah Silir Daksina karya Nizar Parman. Terdapat beberapa
peristiwa pada bahagian kemuncak dalam novel ini.

Antaranya ialah Haiqal ke Kampung Seri Purnama untuk menjejaki warisan


yang ditinggalkan oleh Abdullah Bin Kayan. Setelah berada di kampung beberapa
hari, penduduk kampung seperti Pak Cik Bakar, Haji Salim dan Tauke Ong
mengharapkan Haiqal supaya mengembalikan kegemilangan tarian zapin di
kampung mereka kerana melihat semangat kepemimpinan Haiqal mirip arwah
ayahnya, Abdullah Bin Kayan. Haiqal tidak mahu menghampakan harapan mereka
kerana mereka telah melayan Haiqal dengan baik.

Selepas itu, Haiqal mendapati bahawa anak-anak muda dikampung tersebut


tidak meminati tarian zapin dan kesusasteraan. Haiqal bertanyakan See Hwa
tentang Aksara yang merupakan hasrat bapanya yang belum tercapai. Kemudian,
Haiqal dan penggiat tarian zapin jincat seperti Pak Cik Bakar dan Haji Salim telah
bersepakat untuk mengadakan persembahan tarian zapin. Cadangan tersebut
dipersetujui oleh ketua kampung malah ketua kampung turut mengundang ahli
dewan undangan negeri untuk hadir bagi memeriahkan persembahan itu. Ketika hari
persembahan, Lazim ditimpa kemalangan. Ong See Hwa menggantikan tempat

5
Lazim. Haiqal menari berpasangan dengan Ong See Hwa. Sebilangan penduduk
kampung berasa terharu kerana terkenangkan Abdullah Bin Kayan.

Soalan 7: Huraikan peristiwa yang berlaku pada bahagian pengakhiran cerita.

Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.

Pada bahagian peleraian, pengarang menceritakan bahawa umi, walid dan


Nurul Asiyah turut hadir menyaksikan persembahan zapin yang diadakan di
kampung Seri Purnama Batu Pahat Johor. Dalam persembahan itu, Haiqal turut
membuat persembahan. Dia menari berpasangan dengan Ong See Hwa.

Selain itu, pada bahagian peleraian, terdapat juga peristiwa umi menziarahi
kubur Abdullah Bin Kayan dan umi telah mengaku kesilapannya memisahkan Haiqal
dengan bapa kandungnya. Umi sedar bahawa darahnya turut mengalir dalam tubuh
Haiqal.

Peristiwa seterusnya yang terdapat pada bahagian peleraian ialah Haiqal


melanjutkan pelajaran dalam bidang keguruan di sebuah universiti di Sarawak
manakala Ratna pula telah bertunang dengan usahawan muda.

Novel Silir Daksina

1.Haiqal telah pergi ke kampung ayahnya Abdullah bin kayan di Kampung Seri
Purnama.

2.Dengan bantuan Tauke Ong, See Hwa, Pak Cik Bakar dan Lazim, Haiqal dapat
menjejaki bekas-bekas kehidupan arwahnya.

3.Haiqal mencadangkan agar kumpulan DPurnama dihidupkan kembali setelah


sekian lama terkubur.

4.Persiapan untuk majlis persembahan tarian zapin diadakan.

5.Ketika menjelangnya hari persembahan, Lazim telah ditimpa kemalangan sewaktu


pulang dari kerja.

6.Haji Salim mengemukakan cadangan supaya See Hwa menggantikan tempat


Lazim

7.Haiqal dan Ong See Hwa telah menarikan tarian zapin sehingga ada sebilangan
penduduk kampung yang berasa terharu kerana terkenang akan arwah Abdullah bin
Kayan.

8.Umi, walid dan Nurul Aisyah juga turut hadir untuk menyaksikan persembahan
zapin tersebut.

9.Umi juga telah ke kubur Abdullah bin Kayan dan umi telah mengaku kesilapannya
memisahkan Haiqal daripada bapa kandungnya kerana darahnya turut mengalir
dalam tubuh Haiqal.

6
10.Setelah beberapa bulan di Kampung Seri Purnama, Haiqal melanjutkan pelajaran
di sebuah universiti di Sarawak.

11.Ratna pula telah bertunang dengan seorang usahawan muda yang menjadi rakan
kongsi dan rakan hidupnya.

12.Haiqal telah mengirim pesanan ringkas kepada Ong See Hwa bahawa dia akan
berusaha menjejak watak Ai Ling seperti yang diceritakan dalam manuskrip
ayahnya.

TEKNIK PLOT

Soalan 8 : Huraikan 3 teknik plot yang dlgunakan oleh pengarang dalam novel
yang anda pelajari.

Novel yang saya pelajari ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.

Antara teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam novel ini ialah teknik
pemerian.
Sebagai contoh, pengarang memerihalkan keadaan di kawasan Pantai Batu Buruk.
Pengarang menceritakan bahawa di kawasan Pantai Batu Buruk itu terdapat gerai-
gerai yang dibina dengan tersusun telah mencantikan lagi kawasan pantai itu.
Semakin mentari mengensot ke utuk barat semakin ramai pula yang datang. Alunan
ombak yang gemersik seakan-akan memanggil-manggil para pengunjung agar
memijakkan kaki di pantai yang mulus itu.

Selain itu, teknik dialog juga digunakan oleh pengarang dalam novel ini.
Antaranya ialah perbualan Antara cikgu Amirulnizam dengan cikgu Latifah di dalam
bilik guru . Mereka berbual tentang sikap malas murid-murid tahun enam di sekolah
mereka. Sebagai contohnya, "budak-budak sekelah ni terlalu dimanjakan. Zaman
kita dulu kalau buat kerja macam ni, kalau tak rotan berbekas di tapak tangan,
penampar singgah di muka. Apalah nak jadiBebelan Cikgu Latifah terus berkali.

Teknik monolog dalaman juga digunakan oleh pengarang dalam novel ini.
Haiqal berkata-kata dalam hatinya apabila mendengar cerita Ong See Hwa tentang
kepandaian ayahnya memasak terutama ikan haruan yang menjadi kegemaran See
Hwa. Haiqal menyatakan dalam hatinya, Oh, betapa beruntungnya gadis ini !
Cemburukah aku? Sedangkan aku darah dagingnya merasai kasih sayang hanya
sekelumit cuma, tapi See Hwa merasai lebih daripada itu.

Soalan 9 : Huraikan teknik imbas kembali yang digunakan oleh pengarang


dalam novel yang anda kaji.

7
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman . Salah satu
teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang ialah teknik imbas kembali.

Antara peristiwa yang menggunakan teknik ini ialah Haiqal teringat kembali
peristiwa dia hampir terlanggar seorang budak kecil yang tiba-tiba sahaja berlari
melintasi jalan yang selalu dilaluinya. Haiqal juga teringat kembali semasa umurnya
enam tahun, uminya menceritakan bahawa walid bukan ayat kandung yang sebenar.

Seterusnya ialah peristiwa Cikgu Zam mengingati nostalgia dirinya bersama-


sama dengan Roslan, Ramli dan beberapa orang lagi berpuisi di balai raya sambil
memalu kompang.

Selain itu teknik imbas kembali dapat dilihat melalui peristiwa Haigal terkenang
akan kawan baiknya Ratna semasa dia dan See Hwa berada di sebuah restoran .

Lazim teringat semula bahawa ayah Haiqal mengajarnya subjek Bahasa Melayu
dan Pendidikan Jasmani sewaktu dia di sekolah rendah.

Tauke Ong/Lim memberitahu bahawa ayah Haiqal memberikan manuskrip kepada


See Hwa dua hari sebelum ayah Haiqal meninggal dunia untuk diserahkan kepada
Haiqal apabila Haiqal sudah dewasa.

Ai Ling teringat akan arwah ayah cikgu Zam pernah memberitahunya bahawa
sewaktu ayah cikgu Zam masih ada, ayah cikgu Zam pernah mengatakan bahawa
dia sayang akan cikgu Zam.

Soalan 10: Nyatakan unsur sapsens yang digunakan oleh pengarang dalam
novel yang anda kaji.

8
Novel yang saya pelajari ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Unsur
saspens yang digunakan oleh pengarang dapat dilihat melalui peristiwa Haiqal pergi
ke Johor seorang diri dan ini merupakan kali pertama Haiqal ke sana. Pembaca
akan tertanya-tanya sama ada misi Haiqal untuk ke Johor bagi menjejaki warisan
ayahnya berjaya atau sebaliknya. Pada masa yang sama, pembaca juga tertanya-
tanya sama ada Haiqal dapat menyesuaikan diri di Johor atau sebaliknya.

Selain itu, unsur saspens juga dapat dilihat pada peristiwa umi Haiqal
menyatakan bahawa walid ialah bapa tiri Haiqal, manakala bapanya masih ada dan
tinggal berjauhan dengannya. Peristiwa ini menyebabkan pembaca tertanya-tanya
siapakah sebenarnya bapa kandung Haiqal. Pembaca juga berasa inqin tahu
apakah punca sebenar Haiqal terpisah daripada bapanya dan di manakah ayah
kandungnya tinggal.

Unsur saspens yang seterusnya dapat dilihat pada peristiwa Haiqal membuat
andaian tentang Tauke Ong dan watak Tauke Lim dalam manuskrip ialah orang yang
sama dan apakah hubungan Tauke Ong dengan ayah kandungannya. Peristiwa ini
menyebabkan pembaca tertanya-tanya adakah andaian Haiqal tentang Tauke Ong
itu tepat serta apakah hubungan Tauke Ong dengan Abdullah bin Kayan.

PERSOALAN

Soalan 11 : Huraikan persoalan yang terdapat dalam novel yang anda kaji

Novel yang saya kaji ialah ovel Silir Daksina karya Nizar Parman. Persoalan
yang terdapat dalam novel ialah Persoalan kasih sayang seorang ayah terhadap
anak kandungnya. Abdullah bin Kayan tidak pernah melupakan anaknya Haiqal
Haqimi walaupun terpisah selama tujuh tahun dan dia sentiasa merindui anaknya itu.
Dia terpaksa menumpahkan kasih sayangnya kepada Ai Ling yang sebaya dengan
anaknya.

Persoalan seterusnya ialah persoalan cinta akan budaya bangsa. Buktinya


Abdullah bin Kayan berusaha menghidupkan kumpulan zapin DPurnama setelah
20 tahun ahlinya berpecah. Anaknya Haiqal juga meminati tarian walaupun tidak
pernah didedahkan oleh sesiapa.

Persoalan lain ialah persoalan sikap berkerjasama dalam masyarakat.


Contohnya masyarakat kampung Seri Purnama telah bekerjasama untuk
menjayakan majlis persembahan tarian zapin sehingga majlis itu berjaya menpapat
pujian daripada YB datuk Syaiful Azizi.

9
Isi Tambahan
Persoalan setia kawan dalam bersahabat.
Haiqal berusaha menenangkan Ratna yang menangis dan bersedih setelah
mendapat keputusan SPM yang tidak begitu cemerlang.

Persoalan keburukan judi kepada masyarakat.


Tauke Lim terpaksa berhijrah ke tempat lain setelah semua harta dan tanah
keluarganya telah dijual oleh abangnya untuk mendapatkan duit untuk
membayar hutang ceti haram.

Persoalan sikap mementingkan diri sendiri.


Umi tidak membenarkan Haiqal menjejaki ayahnya yang sebenar. Kerana
benci dengan sikap Abdulah bin Kayan yang meminati kesusasteraan.

Soalan 12 : Huraikan persoalan tentang kepincangan masyarakat

Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizarb Parman. Dalam
novel ini pengarang ada memaparkan persoalan tentang kepincangan masyarakat.
Antaranya ialah Kepincangan masyarakat dalam hubungan suami isteri. Sebagai
contoh Rafiqah tidak bersetuju dengan cita-cita suaminya, Abdullah Kayan atau
cikgu Zam untuk aktif dalam bidang seni. Akhirnya mereka bercerai.

Kepincangan masyarakat dengan melibatkan diri dalam aktiviti perjudian.


Sebagai contoh Abang Tauke Ong telah menjual segala tanah di Perak sehinggakan
Tauke Ong terpaksa menyewa tanah ayah Abdullah Kayan untuk mencari rezeki.

Selain itu terdapat juga persoalan kepincangan masyarakat memutuskan


hubungan antara anak dengan ayah Rafiqah tidak membenarkan Haiqal pergi ke
Kampung Sri Purnama untuk menjejak warisan bapanya. Rafiqah juga tidak
membenarkan Haiqal menziarahi jenazah arwah ayahnya walaupun ketika Abdullah
Kayan telah meninggal.

Isi Tambahan
Kepincangan masyarakat menafikan hak seorang bapa

10
Rafiqah menafikan hak Abdullah bin Kayan sebagai ayah kepada Haiqal sehingga
Abdullah bin Kayan tidak dapat menunaikan nafkah kepada anaknya.
Abdullah Kayan juga menanggung derita emosi kerana merindui Haiqal, anaknya.

Kepincangan masyarakat yang tidak menyokong minat anak-anak

Rafiqah tidak bersetuju anaknya Haiqal memilih aliran sastera dan akan
menimbulkan konflik antara mereka setiap kali Haiqal menyatakan minatnya
terhadap aliran sastera.

Latihan 13
Persoalan merupakan idea-idea sampingan yang diketengahkan oleh pengarang
untuk menyokong idea utama dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang telah
anda kaji, huraikan persoalan kegigihan berusaha dalam novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Dalam novel ini
terdapat persoalan tentang kegigihan.

Antara persoalan kegigihan yang terdapat dalam novel ini ialah kegigihan
dalam mengembangkan warisan budaya dan kesusasteraan
Abdullah bin Kayan gigih berusaha mengembangkan tarian zapin dan
kesusasteraan.Dia sanggup berkorban hingga sanggup berpisah dengan isteri dan
anaknya semata-mata kecintaannya terhadap sastera dan budaya. Kegigihan
Abdullah bin Kayan telah diteruskan oleh anaknya Haiqal . Haqal juga gigih
melaksanakan usahanya untuk menghidupkan kumpulan zapin DPurnama semula
yang telah terkubur. Akhirnya, anak-anak muda di kampung itu bergiat dalam tarian
zapin DPurnama dan berjaya membuat persembahan tarian zapin yang
mengharumkan nama kampung mereka.

Kegigihan meneruskan kehidupan . Abdullah Bin Kayan gigih mengharungi


kehidupan setelah berpisah dengan isteri dan anaknya. Dia mengharungi kehidupan
keseorangan dengan perasaan sedih. Dia amat rindu akan anaknya. Dia juga tabah
menghadapi penyakit hingga akhir hayatnya.

Persoalan kegigihan yang seterusnya ialah kegigihan dalam mencari rezeki


untuk menyara keluarga. Sebagai contoh Tauke Ong yang datang dari Perak tanpa
sebarang harta telah berusaha gigih.Pada sebelah pagi Tauke Ong menoreh getah

11
di kebun getah ayah Cikgu Nizam, pada sebelah petang pula dia masuk ke
kampung-kampung untuk membeli hasil kampung seperti sayur-sayuran untuk dijual
di pekan. Hasil kegigihannya itu dia berjaya membeli tanah dan membina rumah.

Persoalan seterusnya ialah kegigihan berusaha untuk mencapai


kejayaaan. Sebagai contoh, pada setiap petang Ai Ling akan ke rumah Cikgu
Nizam untuk mempelajari cara-cara mendeklamasi sajak dengan baik. Pada
awalnya Ai Ling menghadapi masalah untuk mengawal pernafasan namun ia terus
berlatih, akhirnya dia berjaya mendapat pertama dalam mendeklamasi sajak tahap
pertama di sekolahnya.

Soalan 14 : Berdasarkan novel yang anda pelajari, jelaskan persoalan kasih


sayang
Novel yang saya pelajari lalah novel Silir Daksina k.arya Nizar Parman.
Dalam novel ini, terdapat peristiwa yang boleh dikaitkan dengan persoalan kasih
sayang antaranya, kasih sayang bapa tiri terhadap anak tiri . Sebagai contoh,
Walid menyayangi Haiqal walaupun Haiqal anak tirinya. Menurut Haiqal,walid
melayaninya dengan baik dan langsung tidak membezakan kasih sayang antara
Haiqal dengan adik tirinya, Nurul Asiyah. Selain itu, Cikgu Nizam sering merindui
anaknya Aiman. Kerinduannya itu menyebabkan dia menitiskan air mata. Dia
menatap potret wajah anaknya berulang kali dan didakapnya ke dada. Dia
menyatakan bahawa dia terlalu rindu akan anaknya Aiman. Peristiwa ini
menunjukkan nilai kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya.

Seterusnya, persoalan tentang kasih sayang ibu bapa terhadap anak. umi
dan walid sangat mengambil berat akan keselamatan Haiqal. Contohnya, Haiqal
ingin ke warung Ratna namun umi dan waiid melarang. Umi dan walid risau akan

keselamatan Haiqal kerana pada masa itu jam sudah menujukan puku1 10 malam
Umi meminta Haiqal bertemu dengan kawannya itu pada han esok.

Kasih sayang anak terhadap bapa juga dipaparkan oleh pengarang dalam
novel ini. Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa Haiqal bertekad untuk pulang ke

12
kampung arwah ayahnya di Batu Pahat Johor bagi menjejaki warisan ayahnya.
Setelah membaca manuskrip tulisan ayahnya Abdullah bin Kayan, Haiqal berasa
sedih mengenangkan nasib ayahnya yang hidup terseksa dan kesunyian.

Kasih sayang ibu terhadap anak juga dapat dibuktikan dengan peristiwa
umi yang tidak membenarkan Haiqal tinggal dengan ayahnya di Johor kerana dia
tidak mahu berpisah dengan Haiqal. Bapa haiqalmiaitu Abdullah bin Kayan pernah
ke Kuala Terengganu untuk mengambil Haiqal tinggal bersama-sama dengannya ,
tetapi umi tidak membenarkannya. Peristiwa ini menunjukkan bahawa umi sangat
sayang akan Haiqal. Umi juga tidak mahu Haiqal mengikuti jejak ayahnya dalam
bidang sastera kerana baginya bidang sastera tidak mempunyai masa depan yang
cerah sebaliknya mahu Haiqal mengambil alih perniagaan batik yang diusahakannya
di Terengganu. Peristiwa ini menunjukkan bahawa umi sangat menyayangi Haiqal
kerana sebagai seorang ibu sudah pasti umi ingin yang terbaik untuk masa depan
anaknya.

Soalan 15 :Huraikan peristiwa yang dikaitkan dengan persoalan semangat


kerjasama berdasarkan novel yang telah anda kaji.

Berdasarkan novel Silir Daksina yang saya kaji ,terdapat beberapa peristiwa yang
menunjukkan semangat kerjasama telah telah dipaparkan oleh pengarang.

Antaranya ialah peristiwa penduduk kampung Sri Purnama bekerjasama


berlatih tarian zapin. Contohnya, masyarakat kampung berlatih tarian zapin di balai
raya.Golongan veteran seperti Pak Haji Salam Wak Aruf,Wak Parmin dan juga
Abang Bakir bersungguh-sungguh mengajarkan tarian zapin kepada generasi muda.
Peristiwa ini telah menunjukkan semangat kerjasama antara masyarakat untuk
mengembangkan seni dan budaya khususnya tarian zapin.

Peristiwa yang seterusnya ialah peristiwa penduduk kampung berbincang


untuk membuat persiapan agar persembahan tarian zapin yang akan diadakan di
kampung mereka berjalan dengan lancar. Sebagai contohnya,setelah selesai
berlatih tarian zapin,penduduk Kampung Sri Purnama seperti Tauke Lim,Cikgu
Nizam,Pak Haji Salam dan beberapa orang ahli kumpulan zapin berkumpul di atas
pentas untuk berbincang tentang persiapan majlis dan persembahan zapin yang
akan diadakan di kampung mereka.Peristiwa ini telah menunjukkan semangat
kerjasama penduduk kampung dalam menjayakan sesuatu usaha.

Selain itu, setelah selesai persembahan zapin, masyarakat kampung Seri


Purnama bekerjasama untuk mengemas balai raya setelah selesai persembahan
tarian zapin. Peristiwa ini menunjukkan kerjasama dalam menjalankan sesuatu
tugas agar tugas tersebut dapat dijalankan dengan lebih mudah dan cepat.

Soalan 16: Huraikan peristiwa yang dikaitkan dengan persoalan bantu-


membantu berdasarkan novel yang telah anda kaji.

Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Dalam
novel ini terdapat persoalan bantu-membantu. Antara peristiwa yang menunjukkan
persoalan tersebut ialah peristiwa Cikgu Nizam membantu Tauke

13
Lim.Contohnya,Cikgu Nizam telah menumpang anak Tauke Lim iaitu Ai Ling dan Ai
Ching ke sekolah kerana keretanya rosak.Cikgu Nizam juga telah membeli bateri
kereta untuk Tauke lim serta memasangnya sehinggalah kereta Tauke Lim dapat
dihidupkan semula.Peristiwa ini juga telah menunjukkan persoalan sikap
membantu dalam masyarakat tanpa mengira bangsa dan ugama.

Selain itu persoalan bantu-membantu juga dapat dilihat melalui peristiwa ayah
Cikgu Nizam membantu Tauke Lim. Tauke Lim berasal dari Ipoh Perak. Tauke lim
sekeluarga datang ke Johor kerana semua harta bendanya telah habis digunakan
untuk membayar hutang abangnya yang suka berjudi. Melihat kesusahan yang
ditanggung oleh Tauke Lim, ayah Cikgu Nizam telah membenarkan Tauke Lim
menoreh di kebun getahnya dan hasilnya akan dibahagi dua. Tauke Lim juga
dibenarkan membina rumah di kebun getah tersebut.peristiwa ini menunjukkan
persoalan membantu seseorang yang berada dalam kesusahan.

Selain itu , persoalan bantu-membantu juga dipaparkan melalui peristiwa


Ong See Hwa dan Lazim membantu Haiqal Haqimi untuk menjejak warisan ayahnya
Abdullah Kayan. Untuk itu Ong See Hwa dan Lazim telah membawa Haiqal ke balai
raya lama. Di balai raya tersebut Haiqal dapat melihat hasil karya ayahnya yang
tersimpan di bilik bacaan di balai raya itu. Haiqal juga dapat melihat sijil-sijil
penghargaan ayahnya yang dipamerkan di balai raya itu.. Dengan bantuan Ong See
Hwa dan Lazim, Haiqal dapat mengetahui sejarah hidup ayahnya. Dia mendapati
bahawa ayahnya seorang yang hebat.Hal ini menyebabkan Haiqal berazam untuk
meneruskan usaha ayahnya dalam mengembangkan seni kebudayaan dan
kesusasteraan. Peristiwa ini menunjukkan persoalan membantu seseorang dalam
menjayakan sesuatu usaha.

Soalan 17: Berikan 2 contoh peristiwa untuk membuktikan persoalan


keberanian

Novel yang saya kaji ialah Silir Daksina karya Nizar Parman .Dalam novel ini
terdapat peristiwa yang menunjukkan persoalan tentang keberanian.

Persoalan tentang keberanian ini dipaparkan oleh pengarang melalui watak Ai


Ling . Ai Ling berani mendeklamasikan sajak di khalayak ramai walaupun dia masih
kecil iaitu berumur 7 tahun.Sebagai contoh,Ai Ling mendeklamasi sajak semasa
persembahan zapin diadakan di kampungnya.Dia telah membuat persembahan di
hadapan penduduk kampung dan YB Samsuri yang menjadi tetamu kehormat dalam

majlis itu.Peristiwa ini menunjukkan keberanian membuat persembahan di


khalayak.

Selain itu persoalan keberanian juga di tunjukkan oleh watak Haiqal. Menurut
cerita Bab 6 dalam novel Silir Daksina,Haiqal berani membuat keputusan untuk
pulang ke kampung demi mencari kebenaran serta menjejak warisan ayahnya

14
walaupun ditentang hebat oleh uminya . Peristiwa ini menunjukkan keberanian
dalam membuat keputusan.

Persoalan keberanian seterusnya ialah berani menanggung risiko. Hal ini


dapat dilihat melalui peristiwa Haiqal berani pergi ke Johor walaupun itu merupakan
kali pertama dia pergi ke sana .Di Johor juga tidak ada sesiapapun yang dikenalinya
dan dia juga tidak tahu mahu tinggal di mana.Namun begitu, Haiqal tetap dengan
keputusannya untuk pergi ke Johor.

Semasa tinggal di Johor,Haiqal telah mencuba dan belajar untuk bermain


alat muzik dan tarian zapin walaupun dia tidak pernah membuat perkara sedemikian
sebelum ini. Melalui peristiwa ini,persoalan keberanian untuk mencuba sesuatu
yang baharu telah ditunjuk dengan jelas oleh watak Haiqal.

WATAK / PERWATAKAN

Soalan 18 : Bincangkan perwatakan watak utama dalam novel yang anda kaji.

Novel yang saya pelajari ialah novel Silir Daksina. Watak utama novel ini ialah
Haiqal Haqimi.

Antara perwatakan Haiqal Haqimi yang dipaparkan oleh pengarang ialah


Haiqal Haqimi seorang yang prihatin . Haiqal prihatin terhadap Ratna yang menangis
kerana gagal dalam SPM. Sebagai contoh, Haiqal telah menasihatinya supaya
jangan bersedih kerana gagal dalam peperiksaan tidak bermakna gagal dalam
kehidupan.

Selain itu, Haiqal juga seorang yang setia kawan. Walaupun telah tamat
persekolahan, Haiqal
masih meneruskan persahabatannya dengan Ratna. Contohnya, Ratnalah
merupakan tempat dia meluahkan dan menceritakan masalah yang ditanggungnya.
Haiqal juga masih berhubung dengan Ratna semasa dia trggal di Johor. Mereka
sering berhubung melalui SMS.

Selain itu, Haiqal juga seorang yang tegas dalam membuat keputusan.
Misalnya, Haiqal Haqimi tegas dengan keputusannya iaitu memilih kelas sastera
apabila masuk ke tingkatan enam walaupun ibunya menyuruh Haiqal masuk ke
kelas ekonomi. Haiqal Haqimi juga tetap dengan keputusannya untuk pergi ke Johor
bagi menjejaki warisan ayahnya walaupun dilarang keras oleh uminya.

15
Soalan 19: Bincangkan perwatakan salah seorang watak sampingan yang
terdapat dalam novel yang anda pelajari.

Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Salah satu
watak sampingan yang terdapat dalam novel ini ialah Tauke Lim.

Salah satu perwatakan Tauke Lim yang digambarkan oleh pengarang ialah
Tauke Lim seorang yang berjimat cermat. Sebagai contoh , ketika cikgu Nizam
menyuruh Tauke Lim membeli kereta baharu,Tauke Lim tidak mahu . Tauke Lim
menyatakan bahawa dia perlu berjimat dalam berbelanja demi persekolahan anak-
anaknya.

Selain itu, Tauke Lim seorang yang mengenang jasa. Sebagai contoh Tauke
Lim mengenang jasa cikgu Nizam yang telah membantunya semasa keretanya
rosak. Cikgu Nizam telah menolong Tauke Lim membeli bateri dan memasang bateri
keretanya. Setelah kereta Tauke Lim dapat dihidupkan, Tauke Lim telah mengajak
Cikgu Nizam ke pekan kerana dia ingin belanja cikgu Nizam minum teh Tarik di
restoran mamak.

Seterusnya, Tauke Lim seorang yang yang meminati seni warisan budaya
Melayu khususnya tarian zapin. Sebagai contoh , tauke selalu ke balai raya untuk
melihat orang berlatih tarian zapin. Dia menyatakan bahawa dia suka melihat budak-
budak muda berlatih. Tauke Lim juga menyatakan bahawa walaupun dia berbangsa
Cina dia bangga dengan keistimewaan warisan budaya dan Bahasa Melayu.

NILAI

Soalan 20 : Huraikan Nilai yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina, karya Nizar Parman. Dalam
novel ini terdapat banyak nilai yang dipaparkan oleh pengarang, antaranya ialah nilai
kegigihan. Nilai kegigihan dapat dilihat melalui peristiwa masyarakat kampung yang
diketuai oleh Cikgu Nizam gigih memperjuangkan seni warisan budaya. Sebagai
ncontoh masyarakat kampung Seri Purnama sering berlatih tarian zapin di balai
raya. Cikgu Nizam menyatakan dia amat mengagumi rakan-rakannya seperti
Roslan, Ramli daan sudin yang gigih belajar dan berlatih zapin. Golongan veteran
pula seperti Pak Haji salam, Wak Aruf, Wak parmin dan juga abang Bakir
bersungguh-sungguh mengajarkan tarian zapin kepada generasi muda.

16
Selain itu terdapat juga nilai keberanian. Nilai ini dapat dilihat melalui watak
Tauke Lim. Pada waktu pagi,Tauke Lim menorah getah, manakala pada waktu
petang pula Tauke Lim mengelilingi kampung untuk membeli hasil-hasil kampung
seperti buah pinang, getah beku, getah sekerap, biji kopi dan pisang. Barangan
tersebut akan dijualnya di bandar.

Nilai seterusnya ialah nilai tidak berputus asa. Sebagai contoh, Ratna yang
gagal mendapat keputusan yang baik dalam SPM bercita-cita untuk menjadi
usahawan yang berjaya. Dia ingin membuka restoran sendiri di Bandar Kuala
Terengganu.

Isi tambahan
Nilai kasih sayang.
Haiqal begitu sayang kepada arwah ayahnya, sehingga dia sanggup pergi ke
kampung arwah ayahnya untuk menjejaki bekas-bekas kehidupan Abdullah bin
Kayan.

Nilai kegigihan.
Tauke Lim gigih meneruskan kehidupan di kampung Seri Purnama sehingga dia
boleh membeli sebidang tanah tapak rumahnya.

Nilai semangat setia kawan.


Haiqal berkawan baik dengan Ratna dan mereka saling menasihati antara
satu sama lain.

Nilai tanggungjawab.
Tauke Lim tidak mahu membeli kereta baru walaupun sering rosak kerana dia
hendak menyimpan duit untuk keperluan persekolan anak-anaknya.

Nilai kerjasama.
Penduduk kampung Seri Purnama mengamalkan nilai kerjasama yang erat
sehingga majlis
persembahan tarian zapin yang dianjurkan itu berjalan lancar.

Nilai berbudi bahasa.


Ai Ling atau See Hwa amat berbudi bahasa ketika melayan Haiqal yang
berseorangan di kampung Seri Purnama.

Nilai cinta akan seni budaya bangsa.


Contohnya arwah bapa Haiqal berusaha keras untuk menghidupkan kumpulan
zapin DPurnama yang telah berkubur setelah ahli kumpulannya berpecah belah.

Nilai hormat menghormati.


Walid, iaitu ayah tiri Haiqal sangat menghormati pendirian Haiqal untuk mengenali
kehidupan ayah kandungnya di kampung Seri Purnama. Dia memberikan
sokongan apabila Haiqal nekad ke sana.

17
Soalan 21 : Huraikan tiga nilai kemanusiaan dalam novel yang anda kaji.

Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman.
Antara nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel yang saya kaji ialah nilai
keprihatinan. Sebagai contoh, Haiqal prihatin terhadap Ratna yang menangis kerana
gagal dalam SPM. Buktinya, Haiqal telah menasihati Ratna supaya jangan bersedih
kerana baginya gagal dalam peperiksaan tidak bermakna gagal dalam hidup. Selain
itu, watak ayah Cikgu Amirulnizam juga telah menonjolkan nilai keprihatinan dalam
novel ini. Sebagai contoh, ayah Cikgu Amirulnizam berasa kasihan terhadap nasib
Tauke Lim sekeluarga. Buktinya, Tauke Lim berasal dari Ipoh, Perak datang
mengadu nasib di Johor kerana semua tanah milik keluarganya di Perak habis dijual
untuk membayar hutang abang Tauke Lim yang suka berjudi. Ayah Cikgu
Amirulnizam telah membenarkan Tauke Lim menorah getahnya dan bersetuju untuk
membahagi dua hasil daripada kebun getah tersebut.

Di samping itu, nilai kasih sayang juga merupakan nilai kemanusiaan yang
terdapat dalam novel ini. Sebagai contoh, Walid menyayangi Haiqal walaupun Haiqal
merupakan anak tirinya. Buktinya, walid melayani Haiqal dengan baik dan langsung
tidak membeza-bezakan kasih sayang
antara Haiqal dengan adik tirinya, Nurul Asiyah. Selain itu, watak Cikgu Amirulnizam
juga menonjolkan
nilai kasih sayang. Cikgu Amirulnizam amat menyayangi anaknya . Dia selalu
teringat akan anaknya Aiman. Buktinya, apabila Cikgu Amirulnizam melihat Ai Ling,
secara tidak langsung dia terkenang akan anaknya, Aiman. Usia Aiman yang sebaya
dengan Ai Ling menyebabkan rindunya kepada Aiman terubat.

Nilai kemanusiaan lain yang terdapat dalam novel ini ialah novel tidak
berputus asa. Sebagai
contoh, Ratna tidak berputus asa walaupun dia gagal dalam SPM. Buktinya, Ratna
bercita-cita untuk
menjadi usahawan Berjaya dengan membuka restoran sendiri di Bandar Kuala
Terengganu setelah

gagal mendapat keputusan yang baik dalam SPM.

Nilai kemanusiaan lain


1. Ketabahan
2. Kegigihan
3. Tanggungjawab
4. Amanah

18
Soalan 22 : Huraikan 3 nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam novel yang
anda pelajari

Novel yang saya pelajari ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Antara nilai
kemasyarakatan yang terdapat dalam novel Silir Daksina ialah nilai
kerjasama.Sebagai contoh , penduduk kampung bekerjasama semasa berlatih tarian
zapin di balai raya.Cikgu Amirulnizam mengagumi rakan-rakannya yang gigih belajar
dan berlatih menari zapin.Pak Haji Salam juga bersungguh-sungguh mengajarkan
tarian zapin kepada generasi muda.

Selain itu,nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam novel ialah nilai bantu-
membantu.Sebagai contoh,ayah Cikgu Nizam berasa kasihan terhadap nasib Tauke
Lim sekeluarga yang datang mengadu nasib di Johor. Dia telah membenarkan Tauke
Lim untuk menoreh getahnya dan membahagi dua hasil daripada kebun getah
tersebut.

Seterusnya,nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam novel ialah nilai ramah


mesra.Nilai ini ditunjukkan oleh Tauke Ong. Walaupun Tauke Ong berbangsa Cina
tetapi dia beramah mesra dengan semua penduduk kampung Seri
Purnama.Contohnya,Tauke Ong kelihatan sangat mesra menegur pelanggan-
pelanggan lain sewaktu dia hendak bersarapan di warung Wak Min.

Soalan 23 : Berdasarkan novel yang anda pelajari, jelaskan 3 peristiwa yang


dikaitkan dengan nilai kasih sayang

Novel yang saya pelajari lalah novel Silir Daksina k.arya Nizar Parman.
Dalam novel ini, terdapat peristiwa yang boleh dikaitkan dengan nilai kasih sayang
antaranya, Walid menyayangi Haiqal walaupun Haiqal anak tirinya. Menurut
Haiqal,walid melayaninya dengan baik dan langsung tidak membezakan kasih
sayang antara Haiqal dengan adik tirinya, Nurul Asiyah.Peristiwa ini menunjukkan
nilai kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya walaupun bukan anak kandung.

Selain itu, Cikgu Nizam sering merindui anaknya Aiman. Kerinduannya itu
menyebabkan dia menitiskan air mata. Dia menatap potret wajah anaknya berulang
kali dan didakapnya ke dada. Dia menyatakan bahawa dia terlalu rindu akan
anaknya Aiman. Peristiwa ini menunjukkan nilai kasih sayang seorang bapa
terhadap anaknya.

Seterusnya, umi dan walid sangat mengambil berat akan keselamatan Haiqal.
Contohnya, Haiqal ingin ke warung Ratna namun umi dan waiid melarang. Umi dan
walid risau akan keselamatan Haiqal kerana pada masa itu jam sudah menujukan
puku1 10 malam Umi meminta Haiqal bertemu dengan kawannya itu pada han esok.
Peristiwa ini menunjukkan kasih sayang ibu bapa terhadap anak

19
Kasih sayang anak terhadap bapa juga dipaparkan oleh pengarang dalam
novel ini. Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa Haiqal bertekad untuk pulang ke
kampung arwah ayahnya di Batu Pahat Johor bagi menjejaki warisan ayahnya.
Setelah membaca manuskrip tulisan ayahnya Abdullah bin Kayan, Haiqal berasa
sedih mengenangkan nasib ayahnya yang hidup terseksa dan kesunyian.

Kasih sayang ibu terhadap anak juga dapat dibuktikan dengan peristiwa umi
yang tidak membenarkan Haiqal tinggal dengan ayahnya di Johor kerana dia tidak
mahu berpisah dengan Haiqal. Bapa haiqalmiaitu Abdullah bin Kayan pernah ke
Kuala Terengganu untuk mengambil Haiqal tinggal bersama-sama dengannya ,
tetapi umi tidak membenarkannya. Peristiwa ini menunjukkan bahawa umi sangat
sayang akan Haiqal. Umi juga tidak mahu Haiqal mengikuti jejak ayahnya dalam
bidang sastera kerana baginya bidang sastera tidak mempunyai masa depan yang
cerah sebaliknya mahu Haiqal mengambil alih perniagaan batik yang diusahakannya
di Terengganu. Peristiwa ini menunjukkan bahawa umi sangat menyayangi Haiqal
kerana sebagai seorang ibu sudah pasti umi ingin yang terbaik untuk masa depan
anaknya.

Soalan 24 :Huraikan peristiwa yang dikaitkan dengan nilai kerjasama


berdasarkan novel yang telah anda kaji.

Berdasarkan novel Silir Daksina yang saya kaji ,terdapat beberapa peristiwa yang
menunjukkan semangat kerjasama telah telah dipaparkan oleh pengarang.

Antaranya ialah peristiwa penduduk kampung Sri Purnama bekerjasama


berlatih tarian zapin. Contohnya, masyarakat kampung berlatih tarian zapin di balai
raya.Golongan veteran seperti Pak Haji Salam Wak Aruf,Wak Parmin dan juga
Abang Bakir bersungguh-sungguh mengajarkan tarian zapin kepada generasi muda.
Peristiwa ini telah menunjukkan semangat kerjasama antara masyarakat untuk
mengembangkan seni dan budaya khususnya tarian zapin.

Peristiwa yang seterusnya ialah peristiwa penduduk kampung berbincang


untuk membuat persiapan agar persembahan tarian zapin yang akan diadakan di

kampung mereka berjalan dengan lancar. Sebagai contohnya,setelah


selesaiberlatih tarian zapin,penduduk Kampung Sri Purnama seperti Tauke
Lim,Cikgu Nizam,Pak Haji Salam dan beberapa orang ahli kumpulan zapin
berkumpul di atas pentas untuk berbincang tentang persiapan majlis dan
persembahan zapin yang akan diadakan di kampung mereka.Peristiwa ini telah
menunjukkan semangat kerjasama penduduk kampung dalam menjayakan sesuatu
usaha.

20
Selain itu, setelah selesai persembahan zapin, masyarakat kampung Seri
Purnama bekerjasama untuk mengemas balai raya setelah selesai persembahan
tarian zapin. Peristiwa ini menunjukkan kerjasama dalam menjalankan sesuatu
tugas agar tugas tersebut dapat dijalankan dengan lebih mudah dan cepat.

Isi tambahan

i Pak cik Bakar telah mengutarakan cadangan Haikal untuk mengadakan


persembahan zapin kepada ketua kampung. Ketua kampung telah mengadakan
mesyuarat bersama-sama penduduk kampung untuk mendapatkan persetujuan.
Nilai kerjasama ini membawa keharmonian dalam kehidupan mereka.

ii Penduduk kampung Seri Purnama yang bekerjasama dan bersatu padu tanpa
mengira kaum telah membuatkan kehidupan di kampung itu kekal harmoni.

iii Pak cik Bakar, Wan Arif, Haji Salim, Cikgu Amirulnizam, Tauke Lim dan penduduk
kampung yang lain hidup harmoni dan saling bekerjasama dalam menjayakan
sesuatu aktiviti.

Soalan 25 :Huraikan peristiwa yang dikaitkan dengan nilai bantu-membantu


berdasarkan novel yang telah anda kaji.

Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Dalam
novel ini terdapat nilai bantu-membantu. Antara peristiwa yang menunjukkan nilai
tersebut ialah peristiwa peristiwa Cikga Nizam membantu Tauke
Lim.Contohnya,Cikgu Nizam telah menumpang anak Tauke Lim iaitu Ai Ling dan Ai
Ching ke sekolah kerana keretanya rosak.Cikgu Nizam juga telah membeli bateri
kereta untuk Tauke lim serta memasangnya sehinggalah kereta Tauke Lim dapat
dihidupkan semula.Peristiwa ini juga telah menunjukkan sikap saling membantu
antara satu sama lain.

Selain itu nilai bantu-membantu juga dapat dilihat melalui peristiwa ayah
Cikgu Nizam membantu Tauke Lim. Tauke Lim berasal dari Ipoh Perak. Tauke lim
sekeluarga datang ke Johor kerana semua harta bendanya telah habis digunakan
untuk membayar hutang abangnya yang suka berjudi. Melihat kesusahan yang
ditanggung oleh Tauke Lim, ayah Cikgu Nizam telah membenarkan Tauke Lim
menoreh di kebun getahnya dan hasilnya akan dibahagi dua. Tauke Lim juga
dibenarkan membina rumah di kebun getah tersebut.peristiwa ini menunjukkan nilai
membantu seseorang yang berada dalam kesusahan.

Selain itu , nilai bantu-membantu juga dipaparkan melalui peristiwa Ong See
Hwa dan Lazim membantu Haiqal Haqimi untuk menjejak warisan ayahnya Abdullah
Kayan. Untuk itu Ong See Hwa dan Lazim telah membawa Haiqal ke balai raya
lama. Di balai raya tersebut Haiqal dapat melihat hasil karya ayahnya yang
tersimpan di bilik bacaan di balai raya itu. Haiqal juga dapat melihat sijil-sijil
penghargaan ayahnya yang dipamerkan di balai raya itu.. Dengan bantuan Ong See
Hwa dan Lazim, Haiqal dapat mengetahui sejarah hidup ayahnya. Dia mendapati
bahawa ayahnya seorang yang hebat.Hal ini menyebabkan Haiqal berazam untuk

21
meneruskan usaha ayahnya dalam mengembangkan seni kebudayaan dan
kesusasteraan.

Soalan 26: Berikan 2 contoh peristiwa untuk membuktikan nilai keberanian .

Novel yang saya kaji ialah Silir Daksina karya Nizar Parman .Dalam novel ini
terdapat peristiwa yang menunjukkan nilai keberanian.

Nilai keberanian ini dipaparkan oleh pengarang melalui watak Ai Ling . Ai Ling
berani mendeklamasikan sajak di khalayak ramai walaupun dia masih kecil iaitu
berumur 7 tahun.Sebagai contoh,Ai Ling mendeklamasi sajak semasa persembahan
zapin diadakan di kampungnya.Dia telah membuat persembahan di hadapan
penduduk kampung dan YB Samsuri yang menjadi tetamu kehormat dalam majlis
itu.Peristiwa ini menunjukkan keberanian membuat persembahan di khalayak.
Selain itu nilai keberanian juga di tunjukkan oleh watak Haiqal. Menurut cerita
Bab 6 dalam novel Silir Daksina,Haiqal berani membuat keputusan untuk pulang ke
kampung demi mencari kebenaran serta menjejak warisan ayahnya walaupun
ditentang hebat oleh uminya . Peristiwa ini menunjukkan nilai keberanian dalam
membuat keputusan.

Nilai keberanian seterusnya ialah berani menanggung risiko. Hal ini dapat
dilihat melalui peristiwa Haiqal berani pergi ke Johor walaupun itu merupakan kali
pertama dia pergi ke sana .Di Johor juga tidak ada sesiapapun yang dikenalinya dan
dia juga tidak tahu mahu tinggal di mana.Namun begitu, Haiqal tetap dengan
keputusannya untuk pergi ke Johor.

Semasa tinggal di Johor,Haiqal telah mencuba dan belajar untuk bermain


alat muzik dan tarian zapin walaupun dia tidak pernah membuat perkara sedemikian
sebelum ini. Melalui peristiwa ini,nilai keberanian untuk mencuba sesuatu yang
baharu telah ditunjuk dengan jelas oleh watak Haiqal.

LATAR MASA/ LATAR TEMPAT / LATAR MASYARAKAT

LATIHAN 27: Huraikan latar masyarakat

Berdasarkan novel yang telah anda kaji,jelaskan tiga latar masyarakat yang
terdapat dalam novel yang telah anda kaji.
Novel yang saya pelajari ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Antara
latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini termasuklah masyarakat yang
penyayang. Sebagai contoh.walid menyayangi Haiqal walaupun Haiqal bukan anak
kandungnya.Menurut Haiqal walid telah melayaninya dengan baik dan langsung
tidak menbeza-bezakan kasih sayang antara Haiqal dengan adik tirinya ,Nurul
Asiyah.

Latar masyarakat yang seterusnya ialah masyarakat yang mementingkan diri


sendiri.Contohnya, umi Haiqal seorang yang bersikap ego dan mementingkan diri

22
sendiri sehingga sanggup memutuskan hubungan antara Haiqal dengan ayah
kandungnya. Ayah kandungnya pemah ke Terengganu untuk
mengambil Haiqal supaya tingggal bersamanya, namun umi tidak membenarkannya.

Terdapat juga latar masyarakat yang setia kawan iaitu Haiqal dengan Ratna .
Ratna dan Haiqal merupakan rakan sekelas semasa di tingkatan empat dan lima.
mereka masih berkawan walaupun telah tamat zaman persekolahan. Sebagai
contoh,Ratna sentiasa memberi kata-kafa. semangat supaya Haiqal meneruskan
hasratnya untuk menjejaki warisan Abdullah bin Kayan .Ratna juga menasihati
Haiqal supaya berterus terang dengan uminya tentang hasrat Haiqal untuk ke Johor.
.Persahabatan Haiqal dengan Ratna masih diteruskan walaupun Haiqal tinggal di
Johor.Mereka masih sering berhubung dengan SMS.

Novel Silir Daksina

1. Masyarakat yang cinta akan budaya bangsa.


Pak Cik Bakar, Haji Salim, dan Cikgu Zam melibatkan diri dalam seni tarian
zapin bagi memperkasa seni warisan

2. Masyarakat yang gigih berniaga.


Ibu bapa Haiqal mengusahakan kilang batik dan memiliki butik di sekitar
Kuala Terengganu.

3. Masyarakat yang tolong-menolong.


Penduduk kampung bergotong-royong memasak untuk jamuan sempena
persembahan tarian zapin di Kampung Seri Purnama.

Soalan 28
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan tiga latar tempat beserta
peristiwa yang terdapat dalam novel tersebut.

Novel Silir Daksina

1.Pantai Batu Buruk


Haiqal sering berjalan-jalan di tepi pantai Batu Buruk ini. Haiqal dan Ratna
membincangkan masa depan dan meluahkan masalah yang dihadapi antara satu

23
sama lain. Haiqal sering mengunjungi warung Ratna untuk menikmati laksam.
Warung Ratna terletak di Pantai Batu Buruk.

2. Kampung Seri Purnama


Haiqal telah berkunjung ke Kampung Seri Purnama untuk menjejak warisan
Abdullah bin Kayan. Haiqal telah bekenalan dengan Pak Cik Bakar, Wak Arif, Haji
Salim, Lazim dan Tauke Ong di kampung ini.

3. Pantai Punggur
Cikgu Nizam membawa Ai Ling dan Ai Ching bersiar-siar di tepi pantai ini pada
waktu petang. Pantai Punggur merupakan pantai yang terkenal di daerah Batu
Pahat.

4. Warung Wak Min


Warung Wak Min merupakan tempat tumpuan penduduk kampung untuk sarapan
pagi. Selepas mereka bersolat Isyak di masjid, mereka akan berkumpul di Warung
Wak Min untuk berbual sehingga larut malam.

5. Balai raya Kampung Seri Purnama


Balai raya ini menempatkan galeri dan pameran Abdullah bin Kayan. Haiqal telah
melihat sumbangan bapanya dalam dunia penulisan dipamerkan dalam balai raya
ini.

6. Restoran Mamak
See Hwa dan Haiqal makan tengah hari di restoran mamak yang terkenal di pekan
Parit Raja selepas datang dari Terenggan

PENGAJARAN

Soalan 29 : Huraikan pengajaran dalam novel yang anda kaji.

Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina. Dalam novel ini terdapat
banyak pengajaran yang digarapkan oleh pengarang . antaranya ialah Kita
hendaklah tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapi. Sebagao contoh

Haiqal tabah menghadapi dugaan tidak dapat berjumpa dengan ayahnya kerana
dilarang oleh ibunya.

24
Pengajaran lain ialah kita mestilah mempunyai sikap pemaaf terhadap orang
lain. Walaupun ibu Haiqal melarang Haiqal menjejak warisan ayahnya di
Kampung Sri Purnama namun begitu dia masih menelefon ibunya untuk
mengundang ibunya, walid dan adiknya menyaksikan persembahan zapin di
kampung Sri Purnama.

Pengajaran seterusnya ialah kita mestilah mempunyai sifat kerjasama dalam


melakukan tugas yang diberi. Ong See Hwa dan penduduk kampung bekerjasama
dengan Haiqal untuk menubuhkan AKSARA sehinggakan mereka berjaya
mengadakan persembahan zapin di balai raya Kampung Sri Purnama.

Kita hendaklah melaksanakan amanah yang diberikan kepada kita dan


memberikannya kepada yang berhak. Sebagai contoh See Hwa telah
memberikan manuskrip yang ditulis oleh Abdullah Kayan kepada Haiqal walaupun
dia amat menyayangi manuskrip itu.

Kita perlulah gigih berusaha walaupun dihimpit kesusahan demi menyara


keluarga serta memperbaik taraf kehidupan. Sebagai contoh Tauke Ong telah
bekerja mengambil upah menoreh getah di kebun ayah Abdullah Kayan dan menjadi
peraih hasil pertanian orang kampung untuk menyara keluarganya.

ISI TAMBAHAN Novel Silir Daksina


1. Kita hendaklah tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapi
Haiqal tabah menghadapi dugaan tidak dapat berjumpa dengan
ayahnya kerana dilarang oleh ibunya.

2. Kita mestilah mempunyai sikap pemaaf terhadap orang lain.


Walaupun ibu Haiqal melarang Haiqal menjejak warisan ayahnya di Kampung Sri
Purnama namun begitu dia masih menelefon ibunya untuk mengundang ibunya,
walid dan adiknya menyaksikan persembahan zapin di kampung Sri Purnama.

3. Kita mestilah mempunyai sifat kerjasama dalam melakukan tugas yang


diberi.
Ong See Hwa dan penduduk kampung bekerjasama dengan Haiqal untuk
menubuhkan AKSARA sehinggakan mereka berjaya mengadakan persembahan
zapin di balai raya Kampung Sri Purnama.

4. Kita hendaklah melaksanakan amanah yang diberikan kepada kita dan


memberikannya kepada yang berhak.
See Hwa telah memberikan manuskrip yang ditulis oleh Abdullah Kayan kepada
Haiqal walaupun dia amat menyayangi manuskrip itu.
5. Kita perlulah gigih berusaha walaupun dihimpit kesusahan demi menyara
keluarga serta memperbaik taraf kehidupan.
Tauke Ong telah bekerja mengambil upah menoreh getah di kebun ayah Abdullah
Kayan dan menjadi peraih hasil pertanian orang kampung untuk menyara
keluarganya

25
SOALAN KEMAHIRAN BERFIKIR.
Soalan 1: Bincangkan peristiwa menarik yang terdapat dalam novel yang kaji.
Berikan alasan anda.
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Dalam novel ini
terdapat beberapa peristiwa menarik.
Antara peristiwa menarik ialah peristiwa Rafiqah, Walid dan Siti Aisyah
datang menonton persembahan kesenian di kampung Sri Purnama. Peristiwa ini
menarik kerana ibu Haiqal yang sebelum ini menentang keras cita-cita Haiqal dalam
bidang seni sudah mula menyokong cita-cita Haiqal dalam bidang seni dan
hubungan mereka semakin akrab.

Peristiwa menarik yang seterusnya ialah peristiwa Haiqal datang ke kampung


Sri Purnama untuk menjejak warisan Abdullah Kayan. Peristiwa ini menarik kerana
Haiqal dapat meneruskan cita-cita Abdullah Kayan dalam bidang seni di Kampung
Sri Purnama. Sebagai contoh Haiqal telah mengadakan persembahan tarian zapin di
kampung Sri Purnama . persembahan itu turut disaksikan oleh Yang Berhormat
Datuk Syaiful Azizi .

Peristiwa Tauke Ong membantu dari segi kewangan untuk menjayakan


persembahan zapin di Kampung Sri Purnama juga merupakan peristiwa yang
menarik . Peristiwa ini menarik kerana Tauke Ong yang berlainan bangsa dan
agama dengan penduduk Kampung sri Punama mempunyai hubungan yang rapat
dengan penduduk kampung Sri Purnama. Dia beramah mesra dan sanggup
membantu penduduk kampung. Contohnya dia selalu menaja makanan sekiranya
penduduk kampung kampung mengadaakan sesuatu majlis.

Peristiwa Haiqal melanjutkan pelajaran dalam bidang seni di universiti. Peristiwa ini
menarik kerana Haiqal berusaha untuk meneruskan cita-cita ayahnya iaitu Abdullah
Kayan.

Peristiwa See Hwa yang membersihkan rumah Abdullah Kayan dan balai raya di
Kampung Sri Purnama walaupun Abdullah kayan sudah lama meninggal dunia.

Peristiwa ini dapat menunjukkan See Hwa seorang yang amanah dalam melakukan
tugas yang diberi oleh Abdullah kayan.

Soalan 2: Huraikan cabaran yang dihadapi watak utama dan cara mengatasi
cabaran tersebut

26
Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina. Watak utama novel ini ialah
Haiqal Haqimi. Dalam novel ini banyak cabaran yang dihadapi oleh watak utama.
Antaranya ialah cabaran Haiqal untuk pergi ke kampung arwah ayahnya . Ibunya
Rafiqah tidak membenarkan Haiqal pergi ke Kampung Sri Purnama. Cara
mengatasinya Haiqal berdegil dengan pergi juga ke kampung arwah ayahnya.

Cabaran lain ialah cabaran untuk meneruskan kesenian zapin di kampung


Sri Purnama. Haiqal tidak pandai menari tarian zapin, namun dia telah mempelajari
tarian tersebut daripada penduduk Kampung Sri Purnama . kawannya Lazim dan
Ong See Hwa turut mengajar Haiqal menari. Untuk mengadakan persembahan
zapin di kampung Sri Purnama Haiqal telah berbincang dengan penduduk kampung
dam meminta persetujuan daripada Penghulu Haji Jamil. Akhirnya Haiqal berjaya
mengadakan persembahan zapin yang turut disaksikan oleh YB Syaiful Azizi. Yb dan
pnduduk kampung sangat berbangga dengan semangat yang ada pada Haiqal
dalam mengembangkan kesenian tersebut.

Cabaran seterusnya ialah cabaran untuk merapatkan hubungan antara Haiqal


dengan ibunya setelah berlakunya perselisihan faham antara mereka. Cara
mengatasinya ialah Haiqal menghubungi walidnya dan memberitahu bahawa dia
akan mengadakan persembahan zapin di kampung Sri Purnama. Ibunya telah
datang bersama-sama dengan walid dan adiknya Nurul Asiyah untuk menyaksikan
persembahan zapin daripada Haikal. Kedatangan itu menyebabkan Haiqal dan
ibunya berbaik semula.

Soalan 3: Jelaskan konflik dalaman yang dihadapi oleh watak utama


berdasarkansatu novel yang anda telah pelajari.

Novel yang saya pelajari ialah novel Silir daksina karya Nizar Parman. Dalam
novel ini pengarang menggambarkan bahawa watak utamanya iaitu Haiqal Haqimi
menghadapi konflik dalaman, antaranya ialah Haiqal terpaksa membaca secara
sembunyi dan menyembunyikan Manuskrip yang dihantar oleh See Hwa agar tidak
diketahui oleh emaknya.

Konflik dalaman juga dihadapi oleh Haiqal setelah membaca manuskrip yang
dihantar oleh Ong See Hwa .Haiqal merasa amat rindu kepada arwah ayahnya . Dia
dapat merasakan betapa ayahnya hidup dalam kesunyian dan kesedihan kerana
terpaksa terpisah dengan orang yang disayanginya.

Konflik dalaman seterusnya ialah hati Haiqal meronta-ronta ingin mengetahui


mengenai ayahnya tetapi dia tidak bertanya uminya bimbang akan mengguriskan
hati uminya. Haiqal akhirnya memberitahu juga keinginannya untuk menjejaki
kampung arwah ayahnya untuk mengetahui sejarah dan latar belakang ayahnya.

Haiqal menghadapi konflik apabila dia memberitahun ibunya bahawa dia


ingin ke Johor. Hal ini kerana ibunya tidak membenarkan dia ke Johor. Haiqal
terpaksa bergaduh dengan ibunya kerana masing-masing tidak mahu bertolak ansur
mengenai keinginan Haiqal untuk ke kampung ayahnya.

27
Soalan 4: Watak utama sesebuah novel sering dikaitkan dengan pelbagai
cabaran. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan cabaran yang
dihadapi oleh watak utama

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 5 ialah novel Silir Daksina karya Nizar
Parman. Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh watak utama, Haiqal
Hakimi dalam novel Silir Daksina. Antaranya ialah cabaran menghadapi
kehilangan orang tersayang. Sebagai contoh Umi Haiqal tidak membenarkan
Haiqal bertemu dengan bapanya, Abdullah Bin Kayan setelah mereka bercerai. Umi
Haiqal tidak mahu dia mengikut jejak bapanya sebagai seorang pencinta seni dan
budaya. Sewaktu bapa Haiqal menghembuskan nafasnya yang terakhir, Haiqal tidak
dibenarkan menziarahi jenazah bapanya. Hal ini telah menyebabkan Haiqal
memendam perasaan rindu yang amat sangat terhadap arwah bapanya.

Seterusnya ialah cabaran menjejaki misteri kehidupan bapanya.


Setelah membaca manuskrip lama tulisan ayahanya iaitu Abdullah bin Kayan Haiqal
membuat keputusan hendak pergi ke Johor bagi menjejaki warisan ayahnya itu.
Apabila dia memberitahu uminya tentang hasratnya itu, uminya menentang keras
sehingga berlaku pertengkaran antara Haiqal dan uminya.Walau bagaimanapun
Haiqal bertegas untuk meneruskan hasratnya itu. Misteri kehidupan arwah bapa
Haiqal tersingkap apabila Haiqal pergi ke kampung halaman ayahnya di Parit Raja
dan di situlah Haiqal mengenali siapakah sebenarnya Abdullah Bin Kayan.

Cabaran lain yang dihadapi oleh Haiqal ialah cabaran mempertahankan seni
tarian zapin.Sebagai contoh,Haiqal menghidupkan kembali seni zapin dengan turut
bergiat aktif berlatih menari zapin di balai raya kampung tersebut. Akhirnya tarian
zapin kembali diminati oleh anak-anak muda kampung. Haiqal juga membuat
persembahan di hadapan YB Syaiful Azizi dan disaksikan oleh umi, walid dan
adiknya Nurul Aisyah.

Cabaran untuk pergi ke kampung arwah ayahnya. Umi tidak


mengizinkan Haiqal pergi ke Kampung Seri Purnama bagi menjejaki arwah
ayahnya. Umi tidak memberi duit belanja untuk Haiqal pergi ke Kampung Seri
Purnama. Haiqal juga risau akan kehidupannya semasa di Batu Pahat kerana
tidak ada sesiapa yang dikenali dan inilah baru pertama kali dia ke sana.

Soalan 5
Berdasarkan novel yang anda telah pelajari, huraikan peristiwa yang
menimbulkan rasa simpati terhadap pembaca.

Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina karya Nizar Parman. Dalam nevel ini
terdapat peristiwa yang menimbulkan rasa simpati terhadap pembaca.

28
Pembaca akan berasa simpati terhadap Haiqal kerana tidak pernah
berjumpa dengan ayah kandungnya Abdullah Bin Kayan. Haiqal berpisah dengan
bapanya sejak kecil kerana umi dan bapanya bercerai. Haiqal tinggal dengan
uminya di Terengganu mankal ayahnya tinggal di Johor. Ketika berusia 12 tahun,
bapanya meninggal dunia ketika Haiqal menduduki peperiksaan UPSR.

Pembaca juga berasa simpati kepadaa Haiqal kerana tidak dibenarkan oleh
uminya menziarahi ayahnya semasa ayahnya meninggal dunia. Umi dan bapa
tirinya pergi ke kampung arwah ayahnya untuk menziarahi jenayah Abdullah bin
Kayan tetapi Haiqal dilarang untuk turut sama kerana sedang menduduki UPSR.
Haiqal hanya mampu menangis kerana tidak dapat menatap wajah ayahnya buat
kali terakhir.

Pembaca juga berasa simpati terhadap tauke Lim. Tauke Lim telah ditimpa
nasib malang akibat abangnya yang kaki judi. Semua tanah mendiang bapanya
telah habis digadaikan. Oleh itu, tauke terpaksa berhijrah dari Ipoh ke kampung Seri
Purnama untuk mengambil upah di kebun arwah ayah cikgu Nizam. Ibu cikgu Nizam
turut bersimpati dengan nasib yang menimpa tauke Lim.

Peristiwa seterusnya yang menimbulkan rasa simpati pembaca ialah


peristiwa cikgu Amirulnizam atau cikgu Zam yang terpaksa berpisah dengan
anaknya yang masih kecil kerana telah berpisah dengan isterinya akibat mereka
tidak sehaluan. Cikgu Zam merupakan seorang yang pencinta sastera dan budaya
Selain itu, dia juga terpaksa menanggung kerinduannya terhadap anaknya Haiqal
atau Aiman yang berada jauh di Terengganu dengan menatap potret Aiman ketika
berusia setahun lebih yang menjadi menawar kerinduannya terhadap Aiman.

Pembaca juga bersimpati dengan Ratna kerana tidak mendapat keputusan


yang baik dalam peperiksaan SPM. Pada hari keputusan SPM diumumkan Ratna
menangis . Haiqal bersimpati dengan Ratna dan memujuk Ratna yang sedang
menangis dengan mengatakan bahawa kegagalan dalam peperiksaan bukan
bermakma gagal dalam hidupnya.

Peristiwa Cikgu Zam menyembunyikan penyakitnya sehingga meninggal


dunia juga menimbulkan rasa simpati kepada pembaca. Hal ini kerana Cikgu Nizam
menanggung kesakitannya itu keseorangan tanpa orang yang disayanginya.
Peristiwa Cikgu Zam yang merindui anaknya Haiqal terpaksa mencurahkan kasih
sayangnya kepada Ai Ling.

Soalan 6
Setiap novel memberikan kesan yang positif kepada pembaca.

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan tiga peristiwa yang
memberikan teladan kepada pembaca.

Novel yang saya kaji ialah novel Silir Daksina. Dalam nevel ini terdapat peristiwa
yang memberikan teladan kepada pembaca.

29
Antaranya ialah peristiwa cikgu Nizam yang aktif dalam aktiviti sastera dan
budaya serta menghidupkan kumpulan zapin DPurnama yang telah lama terkubur.
Cikgu Zam telah mendapat sokongan padu daripada Tauke Lim, Pak Cik Bakar, Haji
Salleh dan orang-orang kampung untuk mengaktifkan kegiatan sastera dan budaya.
Haiqal telah pergi ke kampung ayahnya iaitu Kampung Seri Purnama untuk
meneruskan kegiatan sastera dan budaya. Dengan bantuan Tauke Ong, See Hwa,
Pak Cik Bakar dan Lazim, Haiqal dapat menjejaki kehidupan arwah ayahnya. Haiqal
juga mencadangkan agar kumpulan zapin DPurnama dihidupkan semula setelah
sekian lama terkubur setelah ayahnya meninggal. Peristiwa ini perlu diteladani
supaya kita juga berusaha untuk mengembangkan warisan budaya agar kekal
hingga generasi akan datang.

Peristiwa ayah Cikgu Nizam yang memberikan pertolongan kepada Tauke


Lim yang berada dalam kesusahan semasa dia dan keluarganya baru berpindah ke
Kampung Seri Purnama. Tauke Lim mengambil upah menoreh getah di kebun getah
datuk Haiqal hingga akhirnya berjaya mengubah kehidupan sekeluarga. Peristiwa ini
perlu diteladani kerana kita perlu membantu orang yang berada dalam kesusahan.

Peristiwa masyarakat Kampung Seri Purnama yang telah bekerjasama


dengan Haiqal dalam menjayakan majlis persembahan tarian zapin jincat. Majlis
tersebut berjalan lancar dan mendapat sambutan daripada penduduk kampung dan
YB Datuk Syaiful Azizi. Peristiwa ini perlu diteladani supaya sesuatu kerja yang
dijalankan dapat dijalankan dengan lancar mudah dan cepat .

Peristiwa Haiqal menunaikan solat subuh apabila sampai di stesen bas Batu
Pahat sebelum menaiki teksi ke Kampung Seri Purnama. Peristiwa ini dapat
dijadikan teladan kerana kita harus mempunyai pegangan keagamaan dan taat akan
perintah agama.

Peristiwa Tauke Lim menunjukkan sikap pemurah dengan selalu menaja


jamuan yang diadakan di kampungnya dan membelanja kawan-kawan di warung.
Peristiwa ini dapat dijadikan teladan kerana kita perlulah bersikap pemurah dlam
hidup bermasyarakat.

Peristiwa Pak Cik Bakar, Wak Min, Haji Salim, Tauke Lin dan See Hwa
merupakan masyarakat majmuk yang hidup dalam harmoni di Kampung Seri
Purnama. Peristiwa ini boleh dijadikan teladan kerana kita hidup dalam masyarakat
majmuk perlu bersatu padu demi kehidupan yang sejahtera dan harmoni.

NOVEL DI SEBALIK DINARA


Soalan 1
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan dua persoalan yang terdapat
dalam novel tersebut.

Novel Di sebalik Dinara

30
1.Persoalan kebijaksanaan saintis menghasilkan penyelidikan dan inovasi.
Karl telah mencipta mikrocip hasil kajiannya selama 20 tahun untuk dimasukkan ke dalam
badan Farisha yang akan mampu menyalurkan pemikirannya kepada Farisha.

2. Persoalan kecanggihan teknologi alaf baru.


Apartment Farisha yang dilengkapi dengan retinal scanner dan intercom yang
bersambung dengan rumah Azraai.

3. Persoalan sikap setia kawan yang tinggi.


Shida, rakan serumah Farisha sentiasa membantu Farisha ketika seperti manghantar
Farisha ke stesen monorel, menghantar ke pejabat Soft Lab dan membantu Farisha
menyemak dokumen kontrak.

4. Persoalan kasih sayang.


Walaupun Farisha merupakan anak angkat, Azraai menyayanginya seperti adik
kandung.Marilyn tetap mencari anak kandungnya Farisha.Dia menggunakan segala
kepakarannya untuk mengesan kedudukan Farisha.Karl yang sedang nazak mengalirkan
air mata apabila mendengar Farisha memanggilnya ayah.

5.Persoalan sikap dengki dan berdendam.


Karl telah membuang nama Medina dalam setiap penyelidikan yang dulakukan walaupun
Medina memberikan sumbangan yang besar. Ada pihak yang telah menyusupkan virus
bom jangka ke dalam sistem Dinara untuk melumpuhkan syarikat Soft Lab.

6.Persoalan ketaksuban dalam dunia sains.


Oleh sebab kejayaannya yang cemerlang dalam bidang sains telah menyebabkan Karl
telah tergamak mengubah kejadian alami anaknya dengan menanam mikrocip ke dalam
tubuh anaknya sejak bayi tanpa bius.

7.Persoalan kesungguhan dalam menjalankan tugas.


Farisha telah berjaya menembusi sistem keselamatan Bank Sapurba kerana
kesungguhannya.Aqram pula berjaya mengesan dan menemui Farisha setelah berusaha
selama sebulan.Marilyn pula berjaya menemui anaknya Farisha setelah sekian lama
terpisah semasa dia kurang siuman.

Soalan 2
Persoalan merupakan idea-idea sampingan yang diketengahkan oleh pengarang untuk
menyokong idea utama dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang telah anda kaji,
huraikan persoalan kegigihan berusaha dalam novel tersebut.

Novel Di Sebalik Dinara


- Farisha dan Rosman ialah pakar komputer. Mereka berganding bahu menjadi rakan
sekerja dalam satu syarikat yang sama iaitu secured Shell Sdn. Bhd. Mereka bersama-
sama berusaha untuk mendapatkan kontrak dalam bidang komputer. Farisha dan
Rosman bersatu hati untuk menerima tawaran projek mini daripada Soft Lab yang
terletak di Cyberjaya. Mereka sanggup menanggung risiko dngan halangan yang akan
dihadapi.
- Dr Maxi dan rakan-rakannya berusaha keras untuk menjayakan projek Dinara. Mereka
menggunakan segala kebijaksanaan untuk mempergunakan Farisha dan Shida sebaik
mungkin untuk projek Dinara.

31
- Medina sanggup menculik Farisha di Pagoh yang pada ketika itu, Farisha berada dalam
kereta bersama-sama abangnya, Azraai. Farisha telah dibawa untuk bertemu dengan
Medina iaitu ibunya.

- Farisha begitu tabah menghadapi pelbagai dugaan dalam percubaan menculiknya.

- Dr Maxi bersedia dengan Plan B iaitu menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha.

- Shida berusaha mencari bukti tentang penyakit Farisha tetapi tidak berjaya sebaliknya
dia mengetahui rahsia Farisha yang merupakan anak angkat.

Soalan 3
Teknik imbas kembali merupakan salah satu teknik yang selalu digunakan oleh pengarang
dalam karya mereka. Berdasarkan sebuah novel yang anda telah pelajari, jelaskan
peristiwa yang menggunakan teknik imbas kembali.
Novel Di Sebalik Dinara

Peristiwa Karl yang telah masuk ke dalam badan Shida teringat kembali kepada Medina
yang digambarkan sebagai wanita yang pernah dicintai.

Farisha teringatkan kembali kepada rakan sekolahnya yang telah menjadi mangsa
kebakaran apabila rumahnya dijilat api.

Alia teringat kembali asal usul dirinya yang dahulunya bernama Rusmina, pernah menjadi
isteri dan hidup bahagia dengan Karl, tetapi akhirnya menjadi penderhaka.

Azraai terkenang kembali tentang peristiwa 26 tahun yang lampau iaiatu semasa dua orang
lelaki datang berjumpa dengan keluarganya dan menyerahkan Farisha yang masih kecil
untuk dijaga oleh keluarganya.

Medina teringat kembali peristiwa Karl memindahkan ingatan seorang bekas banduan yang
ditemuinya di pinggir kota ke dalam mindanya sehingga dia menjadi separuh gila.

Aqram teringatkan kembali rahsia dirinya yang sebelum diberi identiti yang baharu. Umurnya
yang sebenarnya ialah 60 tahun dan bernama Akeem, adik Karl yang terencat akal.

Soalan 4
Jelaskan konflik dalaman yang dihadapi oleh watak utama berdasarkan satu novel yang
anda telah pelajari.
Novel Di Sebalik Dinara
1. Farisha mendapat tahu abangnya Azraai mengalami masalah jantung. Dia juga amat
tertekan apabila mengetahui dia anak angkat sehingga tidak dapat meneruskan sesi
berhubung dengan Karl kerana dia akhirnya pengsan akibat tekanan darah sangat tinggi.

32
2. Konflik juga berlaku semasa dia berada di hospital apabila dia didatangi oleh orang
suruhan Medina untuk memintas WALL yang ada dalam otak Farisha.
3. Farisha juga terkejut apabila dia mendapat tahu dia anak tidak sah taraf.
4. Konflik terhadap Farisha juga terjadi apabila dia mendapat tahu bahawa ibunya pernah
hendak membunuhnya.

5. Farisha jatuh sakit setelah menjalani tiga kali sesi pemindahan maklumat tersebut
sebelum maklumat sepenuhnya diperoleh daripada Karl.

Soalan 5
Watak utama sesebuah novel sering dikaitkan dengan pelbagai cabaran.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari huraikan cabaran yang dihadapi oleh
watak utama

Novel Di Sebalik Dinara


Novel yang telahsayapelajari di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara,
Karya Dayang Noor. Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh watak utama,
iaitu Farisha dalam novel Di Sebalik Dinara

1 Cabaran untuk melepasi sistem keselamatan Bank Sapurba.


Farisha sahaja yang mampu menggodam sistem bank tersebut kerana pasukan yang
menggantikan Farisha selepas peristiwa itu gagal menembusi lapisan rangkaian
keselamatan Bank Sapurba.

2 Cabaran untuk menerima kenyataan bahawa dia sebenarnya seorang anak angkat.
Hal ini diketahui sewaktu Farisha berkunjung ke rumah abangnya Azraai, Azraai telah
menunjukkan satu fail peninggalan arwah ayahnya. Fail tersebut mengandungi dokumen
permohonan untuk menjadikan Farisha sebagai anak angkat.

3 Cabaran sewaktu bersemuka dengan bapa kandungnya.


Farisha dibawa berjumpa dengan bapa kandungnya, iaitu Karl ketika Karl berada dalam
keadaan yang semakin kurang stabil. Melalui pertemuan itu juga Farisha akhirnya
mengerti bahawa tujuan dia ditawarkan projek bernilai RM1.5 juta adalah semata-mata
untuk menyelamatkan sistem Dinara kerana Karl tidak boleh melakukannya secara
bersendirian.

4 Cabaran sewaktu dia sakit selepas berkomunikasi dengan Karl.


Farisha yang mengalami tekanan darah tinggi telah pengsan dan dirawat di hospital.
Masalah yang timbul akibat kesan daripada mikrocip yang terdapat dalam tubuhnya.

5 Cabaran apabila Farisha ingin diculik oleh Karl dan konconya.


Farisha yang menjadi mangsa keadaan telah menjadi mangsa culik. Oleh itu, Azraai
telah membawa lari Farisha supaya tidak diculik oleh Karl.

Soalan 6

33
Kebiasaannya sesebuah novel menonjolkan watak utama yang bersikap tabah
menghadapi cabaran dalam kehidupan. Huraikan cabaran-cabaran tersebut yang
dihadapi oleh watak utama dalam dua buah novel yang anda kaji dan cara watak tersebut
menyelesaikan cabaran itu.

Novel Di Sebalik Dinara.

1. Farisha tabah menghadapi cabaran apabila karl telah memasukkan mikrocip di dalam
tubuhnya. Cara mengatasinya ialah Farisha telah melarikan diri daripada karl supaya tidak
dijadikan sebagai uji kaji.
2. Farisha juga tabah menghadapi masalah diculik oleh Karl dan konconya. Cara
mengatasinya Azrai telah membawa lari Farisha supaya tidak ditangkap oleh Karl.
3. Farisha tabah menghadapi penyakit yang dihadapi akibat kesan daripada mikrocip yang
terdapat pada tubuhnya. Cara mengatasinya Farisha telah dirawat di hospital.

Soalan 7
Berdasarkan dua buah novel yang telah dipelajari, huraikan dua watak dan perwatakan
sampingan novel tersebut.
Karl Novel Disebalik Dinara
1 Bapa kandung kepada Farisha
2 Seorang saintis yang hebat mencipta pelbagai teknologi.
Karl menanam pelbagai implan dan memasukkan pelbagai ubat dalam tubuh anaknya
untuk menjadikannya genius dan mampu meneruskan kepandaiannya dalam bidang
sains.

3 Seorang bapa yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarganya.


Karl tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik. Dia
mengajak isterinya, Rusmina untuk meninggalkan agama. Selain itu, Rusmina telah
diseksa hingga cacat apabila enggan mengikut Karl meninggalkan agama dan hidup
sebagai ateis.

4 Seorang yang bersaing kehebatan dalam bidang teknologi.


Karl terlalu taksub untuk membuktikan kehebatannya bersaing dengan Merilyn @ Medina
dalam ciptaan sains sehingga melupakan aspek kemanusiaan. Karl telah mengorbankan
ramai manusia dan menjadikan mereka sebagai bahan kajian, termasuk anaknya sendiri
Farisha dijadikan bahan kajiannya.

5 Seorang yang tidak berperikemanusiaan


Karl telah mendera Alia (Rusmina) kerana tidak mahu memeluk agamanya sehingga
cacat. Selain itu, Karl juga menjadikan Alia dan Aqram sebuah robot demi kepentingan
dirinya.

34
Aqram Novel Disebalik Dinara
6 Aqram seorang berbudi bahasa.
Aqram telah menegur Farisha dengan sopan semasa mereka bertemu di lapangan
terbang Senai.

7 Seorang yang bijaksana


Aqram telah mengambil cawam minuman Farisha untuk membuat DNA darah.

8 Seorang yang patuh kepada ketua


Aqram sangat patuh kepada arahan ketuanya iaitu Dr Maxi dan Karl walaupun kerap
dimaki hamun oleh Karl. Mereka juga sanggup meneruskan misi mencari Farisha untuk
menyelamatkan Dinara walaupun banyak rintangannya.

9 Seorang yang gigih dalam melaksanakan tugas.


Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Alia saling bekerjasama dan beusaha gigih untuk
mencari Farisha dan menyelesaikan masalah dalam Dinara. Mereka selalu berbincang
untuk kepentingan Dinara.

10 Seorang yang berperikemanusiaan.


Aqram meminta Dr maxi menghentikan sesi yang dijalankan terhadap Shida.

Soalan 8
Berdasarkan dua buah novel yang anda telah pelajari, huraikan dua nilai murni yang
terdapat dalam novel tersebut.

Novel Di Sebalik Dinara


1. Nilai kasih sayang.
Azraai amat menyayangi adiknya Farishab walaupun Farisha hanyalah anak angkat.

2. Nilai kerjasama / tolong menolong.


Rosman bekerjasama dengan Azraai untuk mengesan Farisha yang telah diculik oleh
orang-orang
Marilyn.

3. Nilai keberanian.
Farisha berani menerima tawaran berjumlah RM1.5 juta daripada Syarikat Soft Lab untuk
menggodam siatem Dinara dalam masa empat minggu sahaja.

4. Nilai kepatuhan kepada ketua.


Dr. Maxi dan Aqram mematuhi amanat ketuanya, Karl yang mengarahkan mereka
mencari Farisha untuk menggodam sistem Dinara yang diceroboh.

5. Nilai setia kawan.


Shida setia kawan kerana selalu membantu Farisha semasa Farisha memerlukan
bantuannya.

6. Nilai kerajinan.

35
Farisha dan Rosman rajin menambahkan ilmu mereka dengan menyertai simposium
tentang penggodaman sistem di Hotel Renaissance.

7. Nilai keprihatinan.
Khairul dan Aqram prihatin terhadap situasi yang dialami oleh Shida dan mereka meminta
Dr. Maxi membetulkan memori Shida.

Soalan 9
Penulis sering menerapkan nilai-nilai murni melalui watak-watak dan peristiwa-peristiwa
yang terdapat dalam karya mereka. Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan nilai
kerjasama yang terdapat dalam novel tersebut.

Novel Di Sebalik Dinara


1 Rosman dan Farisha saling bekerjasama untuk membangunkan syarikat perkongsian
mereka iaitu Secured Shell.

2 Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Alia saling bekerjasama untuk mencari Farisha dan
menyelesaikan masalah dalam Dinara. Mereka selalu berbincang untuk kepentingan
Dinara.

3 Farisha dan Alia bekerjasama untuk menggondam komputer di Soft Lab.

4 Rosman dan Farisha bekerjasama untuk menjalankan projek mini yang ditawarkan oleh
Soft Lab.

5 Karl bersama Medina pada peringkat permulaan bekerjasama membina Dinara.

Soalan 10
Banyak pengajaran yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan berpandukan peristiwa
yang dipaparkan dalam novel. Bandingkan pengajaran yang terdapat dalam dua novel yang
anda kaji.

Novel Di Sebalik Dinara


1. Kita hendaklah rasional dan sentiasa berwaspada dalam membuat keputusan.
Farisha tidak terus menerima tawaran daripada Aqram dalam projek mini dengan syarikat
Soft Lab walaupun tawaran yang diberikan bernilai RM 1.5 juta, sebaliknya Farisha
memikirkannya secara mendalam dan meminta pendapat abangnya Azraai berkenaan
tawaran yang dikemukakan.

2. Kita perlulah tabah menghadapi dugaan dalam kehidupan.


Farisha tetap tabah menerima perkhabaran daripada abangnya Azraai bahawasanya dia
merupakan anak angkat sahaja kepada keluarga Azraii yang selama 26 tahun Farisha

36
beranggapan Azraai merupakan abang kandungnya. Walaupun pada permulaannya,
Farisha sukar untuk menerima kenyataan ini, namun akhirnya dia reda dengan takdirnya.
3) Kita hendak mempunyai sifat pemaaf terhadap semua orang.
Farisha tetap memaafkan ibu dan bapanya iaitu Medina dan Karl yang telah melakukan
pelbagai ujikaji sains dan menyerahkan kepada keluarga angkat serta berniat
membunuhya semasa kecil.

4) Kita tidak seharusnya mempunyai tanggapan negatif terhadap orang lain.


Farisha pada mulanya enggan membenarkan Marilyn memeluknya kerana percaya
bahawa ibunya pernah ingin membunuhnya semasa kecil.

5) Kita janganlah menganiaya orang lain untuk kepentingan diri sendiri.


Dr. Maxi menjadikan Shida sebagai pengganti Farisha untuk membolehkan maklumat
yang diharapkan daripada Karl dapat disampaikan melalui Shida.

Soalan 11
Dalam sesebuah novel terdapat kepincangan masyarakat yang berlaku sering
diketengahkan oleh pengarang. Berdasarkan novel yang anda pelajari, jelaskan peristiwa
berkaitan kepincangan masyarakat yang terdapat dalam novel.

Di Sebalik Dinara
6 Kepincangan masyarakat dalam hubungan kekeluargaan.
Farisha terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat disebabkan pertelingkahan antara
kedua ibu bapanya iaitu Karl dan Medina untuk menjadi seorang saintis yang paling
terkemuka sehinggakan membahayakan nyawa Farisha.

7 Kepincangan masyarakat dalam penyalahgunaan teknologi.


Karl seorang saintis terkemuka telah memasukkan mikrocip khas ke dalam tubuh Farisha
bagi membolehkannya pemikirannya disalurkan kepada Farisha.

8 Kepincangan masyarakat tidak mempunyai sifat perikemanusiaan.


Dr Maxi tetap ingin meneruskan ujian terhadap Shida walaupun keadaan Shida semakin
teruk dan kemungkinan otaknya akan rosak sekiranya ingatan tidak dipadamkan.

9 Kepincangan masyarakat yang tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ketua


keluarga
Karl tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik. Dia
mengajak isterinya, Rusmina untuk meninggalkan agama dan hidup sebagai ateis.

10 Kepincangan masyarakat melakukan kesalahan jenayah untuk mencapai matlamat


yang diinginkan
Medina sanggup mengupah Farid dan Amin untuk menculik Farisha untuk berjumpa
dengannya dan menyatakan dia amat menyayanginya.

Soalan 12
Dalam sesebuah novel terdapat peristiwa-peristiwa yang menarik perhatian pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, pilih dua peristiwa yang menarik dan
nyatakan sebab peristiwa itu berjaya menarik perhatian anda.

Novel Disebalik Dinara

37
1. Peristiwa Azrai menjaga Farisha di hospital. Peristiwa ini menarik kerana walaupun Azrai
dan farisha hanyalah adik-beradik angkat tetapi hubungan kasih sayang mereka amat
akrab.

2. Perisitwa Farisha menjadi uji kaji oleh Karl dan Dr. Maxis. Perisitwa ini menarik kerana
kita dapat lihat kecanggihan dan kemodenan sains dan teknologi pada masa kini.

3. Peristiwa Shieda menggantikan tempat farisha untuk bekerja di Soft Lab. Peristiwa ini
menarik kerana menunjukkan hubungan akrab antara sahabat tidak mengenal waktu susah
atau senang.

4. Peristiwa Azrai memasang retinal Scanner di rumah Farisha. Peristiwa ini menarik kerana
kecanggihan penggunaan sains dan teknologi.

5. Peristiwa Karl membawa lari Farisha daripada Medina. Peristiwa ini menarik kerana
menunjukkan perasaan kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya yang akan dijadikan
bahan uji kaji oleh ibunya sendiri.

Soalan 13
Berdasarkan novel yang anda telah pelajari, huraikan peristiwa yang menimbulkan rasa
simpati terhadap pembaca.

Novel Di Sebalik Dinara

1 Peristiwa seorang bapa, iaitu Karl yang sanggup menjadikan anaknya, iaitu Farisha
sebagai bahan uji kajinya. Karl menanam pelbagai jenis implan dalam tubuh Farisha agar
Farisha menjadi anak yang genius. Karl tidak menggunakan bius ketika menanam
implan dalam tubuh Farisha ketika masih bayi.
Peristiwa ini telah menimbulkan rasa simpati terhadap pembaca kerana tergamaknya
seorang bapa kandung menanam implan ke dalam tubuh bayi yang masih kecil.
Seharusnya seorang bapa mestilah mempunyai perasaan kasih dan sayang kepada
anaknya dan bukan menganiayai anaknya.

2 Peristiwa Shida menjadi galang ganti Farisha kerana ketika itu Farisha di dalam hospital
Putrajaya untuk menerima rawatan. Selain itu, Shida telah menjadi trauma apabila
berinteraksi di bawah sedar dengan Karl. Setelah Shida berinteraksi dengan Karl, watak
Shida yang asalnya menjadi seorang wanita periang telah menjadi seorang yang murung
dan trauma.
Peristiwa ini telah meninmbulkan rasa simpati pembaca terhadap pembaca kerana Shida
tidak mempunyai kepakaran mengenai komputer.

3 Peristiwa Karl memukul isterinya, Rusmina hingga cedera parah kerana enggan
meninggalkan agamanya. Kemudian Rusmina dibina kembali menjadi manusia cyborg
dan ditukar identiti menjadi Alia
Peristiwa ini menimbulkan simpati kepada pembaca kerana untuk memenuhi impiannya,
Karl sanggup melakukan apa sahaja termasuk mencederakan isterinya, Rusmina.

38
4 Peristiwa Dr. Maxi tidak memulihkan ingatan asal Shida yang kini fikirannya dipenuhi oleh
ingatan dan perasaan Karl. Hal ini menyebabkan Shida kehilangan diri sendiri dan
menjadi tidak siuman.
Peristiwa ini menimbulkan rasa simpati kepada pembaca kerana Karl sanggup menjadi
Shida sebagai bahan ujikaji dan sengaja tidak memulihkan ingatan asal Shida sehingga
menjadikan Shida kurang siuman.

5 Peristiwa Marilyn dibina kembali menjadi manusia cyborg dengan memasukkan minda
banduan dan ditukar identiti menjadi Medina.
Peristiwa ini berjaya meraih simpati pembaca kerana manusia Marilyn telah tidak
berupaya menjadi manusia sepenuhnya.

Soalan 14
Setiap novel memberikan kesan yang positif kepada pembaca.
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan tiga peristiwa yang memberikan
teladan kepada pembaca.

Novel Di Sebalik Dinara

1.Peristiwa yang memberikan teladan ialah Peristiwa di mana Aqram, Dr Maxi dan
kakitangan Soft Lab bekerjasama untuk menyelamatkan Dinara daripada kemusnahan.
Aqram dan Dr Maxi bersungguh-sungguh menjejaki Farisha untuk menyelamatkan Dinara
daripada musnah. Mereka mencari Farisha kerana mereka yakin Farisha boleh
menyelamatkan Dinara daripada musnah.

2.Peristiwa Farisha berasa amat bersyukur dan reda di atas ketentuan Allah, di mana
Farisha dibesarkan oleh keluarga angkat beragama Islam dan diberi sepenuh kasih sayang
seperti keluarga sendiri. Walaupun Azraai tahu Farisha hanya anak angkat dalam
keluarganya, dia sangat sayang kan adiknya itu. Dia selalu mengambil berat dan memantau
pergerakan adiknya. Dia juga memasanga alat kawalan keselamatan di apartmen Farisha.
Dia juga selalu menjadi tempat rujukan adiknya untuk banyak perkara.

3.Peristiwa Farisha tidak tergesa-gesa menerima tawaran Aqram dan Soft Lab untuk projek
mini bernilai tinggi. Sebaliknya, Farisha meminta pandangan abangnya yang lebih
berpengalaman iaitu Azraai. Peristiwa ini wajar diteladani pembaca kerana dalam hidup kita
hendaklah sentiasa berhati-hati ketika membuat keputusan.

4. Peristiwa Farisha dan Rosman menghadiri simposium Keselamatan Sistem di Hotel


Renaissance untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang komputer walaupun
mereka telah menjadi pakar dalam bidang tersebut. Jelaslah peristiwa ini boleh diteladani
kerana mereka sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang komputer walaupun
mereka telah menjadi pakar dalam bidang tersebut.
5. Peristiwa Azrai dan ibu bapanya menjaga dan mendidik Farisha dengan baik serta
merahsiakan identitinya seperti yang diamanahkan oleh Dr. Maxi dan Aqram ketika
menyerahkan bayi itu kepada ibu bapa Azrai. Azrai dan ibu bapanya menjaga amanah yang
telah diberikan.

6. Peristiwa Farisha, Aqram dan Karl menggunakan pengangkutan awam untuk


mengurangkan kesesakan jalan raya dan memelihara alam sekitar. Mereka sangat
menyayangi dan menghargai alam sekitar dan peristiwa ini boleh diteladani oleh pembaca.

Soalan 15
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan dua latar masyarakat yang
dipaparkan dalam setiap novel tersebut.

39
Novel Disebalik Dinara
Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor
dan novel Silir Daksina semasa di Tingkatan 5.

1. Masyarakat saintis yang banyak melakukan penyelidikan.


Karl, Medina, Dr. Maxi, dan kakitangan Soft Lab banyak menjalankan ujikaji dan
penyelidikan. Karl pernah memenangi anugerah inovasi peringkat kebangsaan.

2 .Masyarakat yang bersaing untuk menunjukkan kehebatan masing-masing.


Karl dan Medina bersaing untuk menunjukkan kehebatan hasil kajian mereka
berdua.

3. Masyarakat yang mementingkan kasih sayang dalam keluarga.


Azraai memasang retinal scanner di rumah Farisha untuk melindungi keselamatan
adiknya daripada jenayah yang berleluasa.

4. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.


Wanita di lapangan terbang yang bercakap di telefon dengan
suara yang kuat. Dia tidak mempedulikan orang yang ada di
sekelilingnya sehingga membuat Farisha berasa jengkel.

5. Masyarakat yang celik ICT.


Farisha hebat dalam dunia ICT sehingga berjaya menggodam
komputer di Soft Lab.

Soalan 16
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan tiga latar tempat beserta peristiwa
yang terdapat dalam novel tersebut.

Novel Di Sebalik Dinara

1. Bilik kerja Farisha di Soft Lab


Farisha ditunjukkan bilik yang akan digunakannya untuk menjalankan projek mini Soft Lab.
Di situ juga Farisha mendapat penerangan daripada Alia dan Aqram tentang tugasannya.
Bilik tersebut dilengkapi dengan dinding dwifungsi, boleh juga digunakan sebagai touch
screen.

2. Lapangan Terbang Senai


Farisha menunggu penerbangan dari Senai ke Kuala Lumpur. Di sini dia menyaksikan sikap
manusia yang mementingkan diri, bercakap di telefon dengan kuat sehingga mengganggu
orang lain.

3. Monorel Stesen kereta api ke Puchong


Dalam perjalanan untuk ke rumah agam Karl bersama Aqram, Farisha dapat menemui
seorang makcik dan OKU wanita yang memakai gelang getah berwarna ungu menandakan
mereka sebagai pesakit kanser. Dia berbual-bual ringkas dengan wanita itu.

4. Rumah agam Karl di Puchong

40
Di sini Farisha dan Rosman dibawa oleh Aqram untuk bertemu Dr Maxi bagi
membincangkan projek mini Soft Lab. Perbincangan berlaku melibatkan bidang tugas dan
kos projek mini tersebut. Farisha terkejut dengan nilai projek mini yang agak tinggi iaitu
RM1.5 juta.

5. Rumah Azraai
Farisha mengunjungi abangnya untuk makan malam. Dia tidak menyangka akan menerima
khabar yang sangat buruk daripada abangnya. Malam itu dia mengetahui rahsia penyakit
abangnya dan kenyataan bahawa dia hanya anak angkat.

6 Arkib Syarikat Soft Lab


Shida meneliti maklumat tentang Medina. Tiba-tiba Alia datang membawa Shida menemui
Dr. Maxi di Makmal B.

Soalan 17
Peleraian merupakan unsur utama dalam plot sesebuah cerita. Daripada novel yang telah
anda baca, jelaskan persitiwa yang menjadi peleraian dalam novel tersebut.

Di Sebalik Dinara

1. Hari ini merupakan hari paling hiba bagi Farisha kerana menghadap seorang insan yang
sepatutnya dipanggil ayah.

2. Karl terbaring tidak berkata-kata. Dr.Haris menyatakan bahawa aktiviti otaknya semakin
menurun. Semua yang ada di situ masuk bergilir-gilir mendekati Karl.

3. Bermula dengan Aqram, Dr.Maxi, Khairul Anwar, Medina, Alia, dan akhirnya Farisha.
Farisha mengucapkan selamat tinggal kepada ayahnya namun tiada jawapan.

4. Tepat pukul tujuh malam Dr.Haris mengumumkan Karl meninggal dunia. Wasiat terakhir
Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya di tabur di Selat Melaka.

5. Upacara dijalankan di Port Dickson. Selepas upacara itu semua orang bercakap-cakap
tentang kenangan masing-masing semasa Karl masih hidup.

6. Tetapi terdapat keanehan dalam diri Shida. Dia pandai berfalsafah seperti Karl.

7. Dalam percakapannya Shida mengajak mereka pulang ke Sort Lab untuk menyelamatkan
Dinara. Aqram dapat rasakan bahawa yang berfalsafah dan berkata-kata itu bukan Shida
tetapi Karl.

8. Aqram sangat yakin itu ialah Karl.

41