Anda di halaman 1dari 1

Salam sejahtera,

Pendidikan inklusif ialah pendidikan yang disediakan kepada mereka


yang bermasalah dalam penglihatan, pendengaran, pembelajaran dan pintar
cerdas. Pendidikan tersebut mempunyai pendekatan baru yang lebih
menekankan kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan
dan pencapaian dalam pengembangan kemahiran-kemahiran berbanding
dengan pendekatan lama yang berfokus hanya kepada kecacatan dan
ketidakbolehan murid berkeperluan khas.

Objektif pendidikan inklusif ini adalah untuk meningkatkan penerimaan


dan kesedaran orang awam tentang kepelbagaian keupayaan murid
berkeperluan khas dan membantu membina keyakinan murid berkeperluan
khas agar potensi yang optimum dapat tercapai. Selain itu, pendidikan
inklusif bermatlamat untuk mendapatkan hak sama rata untuk belajar dalam
persekitaran seperti murid arus perdana tanpa halangan atau limitasi
terutamanya dalam peralatan pembelajaran. Bukan begitu sahaja,
pendidikan inklusif ini juga bermatlamat untuk memastikan agar murid
berkeperluan khas mampu menyesuaikan diri dengan murid arus perdana.

Sekian, terima kasih.