Anda di halaman 1dari 4

Bab 4 Pendekatan kaunseling keluarga

Terapi keluarga struktural Minuchin

Menekankan pentingnya proses daripada isi dan melihat struktur keluarga sebagai struktur yang
terdiri atas sejumlah transaksi komunikasi keluarga

Fokus utama: subsistem dan batas-batas yang ada dalam keluarga tersebut. Batas tersebut dapat
bersifat kaku, jelas, kabur.

Tugas pakar terapi adalah menolong mereka mencari struktur yang sesuai supaya keluarga tersebut
mempunyai resolusi yang berpotensi untuk menghadapi sebarang krisis, khasnya krisis keluarga.

Tujuan utama: mengatasi pelbagai masalah dengan mengubah struktur system yang mendasari

Sesi terapi bersifat aktif, penekanan pada proses yang dijalankan3 tahap campur tangan:

1. Terapi berusaha bergabung dan ditempatkan oleh system keluarga. Terapis harus
menyesuaikan dengan system komunikasi dan persepsi keluarga
2. Pembentukan diagnosis struktural bermula dengan bergabung dengan keluarga dilanjutkan
dengan adanya penglibatan ahli terapi. Memerlukan pemerhatian dan reformulasi hipotesis
yang terus menerus
3. Apabila terapi teraputik bergerak maju, ahli terapi berusaha menggunakan intervensi yang akan
menghasilkan penstrukturan system keluarga

Teknik:

Mintesis / tiruan: mengamalkan gaya komunikasi keluarga


Mengaktualisasi pola urus niaga keluarga: keluarga memainkan adegan interaksi
Menandakan batas-batas: menguatkan batas-batas yang kabur dan melonggarkan yang kaku

Terapi keluarga strategik J.Haley

Fokus: Perubahan perilaku bukan perubahan pemahaman, lebih menumpukan perhatian pada teknik
daripada teori

Keluarga = individu saling berinteraks idan saling mempengaruhi, Mempunyai peraturan dan cara
bertingkah laku tertentu, sentiasa cuba kekalkan kestabilan walupun bermasalah.

Peranan kaunselor: lebih banyak memberi arahan, campur tangan dalam menentukan goal, pelan
spesifik (kerja rumah) utk mengubah.

Teknik yang digunakan: perintah, perintah paradoks, menetapkan gejala

Punca-punca masalah:

1
Perubahan struktur dlm system hierarki keluarga menimbulkan ketidakstabilan.
Ahli kelompok tidak bertanggungjawab.
Peraturan tidak sesuai.
Masalah individu: tidak ingin berubah; menyalahkan orang lain.

Lima tahap dasar terapi:

1. Tahap sosial: kaunselor berbicara terhadap setiap orang dalam keluarga dan
memperlakukannya seperti tetamu.
2. Tahap masalah: kaunselor melontarkan soalan khusus seputar masalah yang dihadapi
keluarga tersebut
3. Tahap interaksi: kaunselor mengumpulkan seluruh ahli keluarga untuk membincangkan
masalah mereka sambil memerhati proses interseksional
4. Tahap penetapan tujuan: kaunselor mendefinisikan secara operasi tujuan-tujuan yang
diinginkan keluarga
5. Tahap penetapan tugas: kaunselor memberikan arahan yang diselesaikan di sela-sela sesi
dan dibincangkan dengan ahli keluarga

Proses:

1. Peringkat Prasesi: suasana terapeutik yg membolehkan ahli melibatkan diri, bersedia membuat
perkongsian tanpa berasa diancam.
2. Peringkat Masalah: kaunselor memproseskan soalan kepada klien untuk memahami,
menganalisis, menerokakan masalah sebenar.
3. Peringkat Interaksi: Ahli diminta atau dipaksa utk membincangkan masalah mereka: hierarki,
coalition, komunikasi.
4. Peringkat Goal Setting: Fokus kepada isu yg paling memerlukan penyelesaian, setujui oleh
kaunselor dan ahli. Sambil membincangkan masalah, sambil menentukan matlamat (goal)
untuk menyelesaikan masalah dan cara mencapai matlamat.
5. Peringkat Akhir: Peringkat setting-tugas (Task-setting stage). Merumuskan sesi-sesi dengan
memberikan KERJA RUMAH kpd ahli-ahli keluarga utk melakukan di luar sesi.
6. Sebagai tambahan, kaunselor melanjutkan pemahamannya terhadap masalah keluarga,
dinamika.

Teknik-teknik - Kerja rumah (homework assignments):

Matlamat- mengubahkan dinamika keluarga yg bermasalah.

Dilakukan di luar sesi. Membantu perjalinan hubungan yg lebih erat. Bersifat hands-on. Hanya
diberikan selepas beberapa sesi yang membantu membina hubungan saling mempercayai antara
kaunselor dengan keluarga.

Terapi keluarga multigenerasi Bowen

Keluarga dilihat sebagai sebuah unit yang saling bergantung secara emosional, dengan pola-pola
perilaku yang terbentuk seiring perjalanan masa dan sering kali diulangi kembali dari generasi ke
generasi. Keluarga mencipta iklim emosional dan pola perilaku yang akan diduplikat oleh anggota-
anggotanya dalam hubungan-hubungan di luar setting keluarga.

2
Fungsi utama dari ahli terapi adalah langsung tapi tidak konfrontasi dan dilihat melalui penyatuan
keluarga. Bowen cuba merapatkan antara pendekatan yang berorientasikan pada psikodinamika
yang menekankan pada perkembangan diri, isu-isu antar generasi dan peranan-peranan masa lalu
dengan pendekatan yang menghadkan perhatian pada unit keluarga dan pengaruhnya dimasa kini.

Tujuan utama campur tangan:

(A) mengurangkan tahap kebimbangan keluarga secara keseluruhan, sehingga membolehkan


anggota-anggotanya untuk berfungsi secara bebas dan mengubah perilaku-perilaku bermasalahnya,

(B) mengingkatkan tahap pembezaan dasar masing-masing anggota dari kebersamaan emosional
keluarga, proses yang membolehkan ahli-ahlinya untuk memberikan respons terhadap pelbagai
situasi emosional secara lebih berkesan. Refleksi diri tentang keluarganya sendiri merupakan hal
yang berguna bagi ahli terapi keluarga.

Tujuan terapi:
memaksimumkan perbezaan diri pada masing-masing anggota keluarga.
Kerangka umumnya dari Bowen adalah mengutamakan masa kini dan tetap memperhatikan latar
belakang keluarga.
Aturan dari tidak sedarkan diri adalah konsep terkini yang menyatakan konflik yang tidak disedari
walaupun saat ini tampak pada masa interaktif.

8 Kaedah menganalisis kes

Perbezaan individu

Triangulasi

Sistem emosional keluarga

Proses unjuran keluarga

Ketiadaan emosional

Proses penularan multigenerasi

Posisi saudara kandung

Penjanaan masyarakat

Terapi keluarga berfokuskan penyelesaian de Shazer

Terapi berfokuskan kepada penyelesaian yang diinginkan oleh individu. Penyelesaian adalah lebih
utama diberi penekanan berbanding permasalahan. Setiap permasalahan ada penyelesaian.

Teknik yang digunakan berfokus kepada celik akal untuk mendapatkan penyelesaian & keadaan atau
apa yang dilakukan sebelum klien menghadapi masalah tersebut tidak memberi fokus kepada
masalah.

3
Kaunselor berpendapat apabila fokus diberikan kepada penyelesaian, keluarga tidak akan
bermasalah & keluarga berfungsi

Teknik yang membawa kepada celik akal:


Exception-finding question: Penyoalan kepada keadaan di mana klien bebas daripada
permasalahan yang dihadapi
Miracle question: Membawa klien berimaginasi apa yang akan terjadi sekiranya masalah dialami
secara ajaib dapat diselesaikan.
Scaling question:Satu teknik penyoalan/ pertanyaan yang meminta klien menilai keadaan dirinya
Coping question: Pertanyaan yang meminta klien mengemukakan pengalaman keberhasilan
dalam menangani masalah yang dihadapi
Compliments: Peneguhan yang diberikan oleh kaunselor kepada klien kepada tahap kemajuan
yang ditunjukkan

Terapi keluarga Model Satir V.Satir

kenaikan self-esteem ahli keluarga sebagai sarana untuk mengubah sistem interpersonal keluarga.
Pendekatan ini mengandaikan kewujudan hubungan antara self-esteem dan komunikasi, di mana
kualiti yang satu mempengaruhi kualiti yang lain.

Tujuan dari pendekatan ini adalah meningkatkan kematangan keluarga.

Tugas ahli terapi dalam terapi ini sebagai berikut:

Memudahkan penciptaan harapan dalam keluarga.


Mengukuhkan kemahiran coping pada ahli keluarga dan proses-proses coping dalam keluarga
itu.
Memberdayakan setiap individu dalam keluarga itu agar dapat menentukan pilihan dan
bertanggungjawab terhadap pilihan yang diambilnya.
Memperbaiki kesihatan masing-masing anggota keluarga dan kesihatan dalam sistem keluarga
itu.

Teknik-teknik yang digunakan dalam pendekatan ini adalah:

Kronologi fakta kehidupan keluarga, riwayat keluarga holistik.


Metaphor, iaitu perbincangan tentang sebuah idea dengan menggunakan analogi.
Drama. Para ahli keluarga memainkan adegan-adegan yang diambil dari kehidupan mereka.