Anda di halaman 1dari 3

1.

0 Pengenalan

Pengawas sekolah adalah para pelajar yang terpilih yang diberikan tanggungjawab
untuk membantu pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian
disiplin para pelajar ke tahap yang lebih baik, mereka dianggap mata dan telinga
sekolah. Pengawas juga adalah pelajar, mereka memerlukan keyakinan diri untuk
bertugas dengan penuh dedikasi dan berketerampilan. Bagi merealisasikannya mereka
memerlukan bimbingan dan panduan.

Untuk mencapai ke tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas mereka memerlukan
bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada
mereka. Para pengawas juga perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka
serta mengetahui senario seluruh pelajar itu sendiri. Percambahan fikiran dan minda
adalah salah satu cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka.

2.0 Objektif

2.1 Setelah berakhirnya kursus ini, diharapkan para pengawas dapat:


2.1.1 Mengenal diri sendiri sebagai seorang pengawas dan mengenali kawan-kawan.
2.1.2 Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
2.1.3 Memahami dan mampu mengendalikan perbincangan secara yang betul.
2.1.4 Mewujudkan kumpulan pengawas yang bekerja di dalam satu pasukan.
2.1.5 meyakinkan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak.
2.1.6 Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.
2.1.7 Mengetahui bahawa tugas mereka sangat penting dan diperlukan oleh pihak sekolah.
2.1.8 Menyedari bahawa mereka adalah pemimpin kecil di sekolah.

3.0 Tarikh dilaksanakan


3.1 29 Oktober 2012 (Isnin)

4.0 AJK Pelaksana


4.1 Rujuk Lampiran A

5.0 Tempat
5.1 Kawasan Sekolah
6.0 Aktiviti
6.1 Rujuk Lampiran B

7.0 Anggaran Perbelanjaan


No Perkara Anggaran Jumlah
1. Makan
RM 4 x 59 RM 236.00
Minum Pagi
RM 4 x 59 RM 236.00
Makan Tengahari
Jumlah Keseluruhan RM 472.00

Sumber Kewangan
1. PCG Ko-Kurikulum (Melibatkan Kursus Kepimpinan)

8.0 Penutup

Sesungguhnya program ini merupakan aktiviti yang amat berguna dan penting untuk
meningkatkan keyakinan murid untuk menjadi seorang pemimpin yang boleh membantu guru.
Disamping itu, program ini banyak membantu murid untuk menjadi seorang pemimpin yang
berkesan dan mampu mengurangkan beban guru dalam mengawal murid-murid sekolah.
Disediakan oleh,

___________________
(JABIT BIN SOPINING)
Setiausaha
Program Kepimpinan 2012
Sk. St Martin

Disemak oleh,

___________________
(RASHDI BIN SAPAEE)
Penyelaras,
Program Kepimpinan 2012
Sk. St Martin
Diluluskan oleh,

___________________
(RICKY AK GUNDAH)
Guru Besar
Sk. St. Martin, Merdang

Anda mungkin juga menyukai