Anda di halaman 1dari 3

MATLAMAT PENGAJARAN

Matlamat pengajaran saya adalah meningkatkan pembelajaran murid menguasai


kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira ) yang belum dikuasai dalam
tempoh yang ditetapkan. Seterusnya berusaha untuk mengatasi masalah pembelajaran
dalam kemahiran tertentu dan menanam sifat yakin pada diri sendiri.

Selain itu, saya juga akan berusaha untuk membantu murid mengubah sikap negatif
dan tingkahlaku yang menjejaskan. Saya juga akan berusaha untuk meninggikan nilai
kemahiran di dalam penilaian berteraskan pengukuhan pembelajaran yang jelas.

Matlamat yang terakhir adalah melahirkan murid-murid yang celik 3M, berdikari dan
berdisiplin serta dapat melalui arus perdana dengan ceria.

Di samping itu, saya sentiasa akan memberikan komitmen yang terbaik terhadap
tugas dan tanggungjawab yang diberikan. Antara komitmen pengajaran saya ialah
sentiasa berdedikasi untuk meningkatkan mutu penyampaian saya agar ia membuka
minda dan pemahaman pelajar.

CADANGAN AKTIVITI PENAMBAHBAIKAN

Dalam usaha menceriakan bidang pengajaran Pemulihan Khas Bahasa Malaysia dan
Matematik tahun 1, 2 dan 3, saya bercadang untuk:

memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada
kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan
menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang
padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama.
Untuk mencapai hasrat ini saya haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan
teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang
canggih dan menarik. Penambahbaikan bahan-bahan pengajaran memang menjadi
keutamaan saya. Oleh sebab BBM saya, kebanyakkannya dalam bentuk power point
maka ada elemen-elemen tertentu dalam slaid tersebut akan ditambah atau
digugurkan. Demikian juga halnya dengan lembaran-lembaran kerja, ada antaranya
perlu kepada pengubahsuaian agar lebih sesuai dan bermakna terhadap pembelajaran
pelajar.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar membolehkan para pelajar


menumpukan sepenuh perhatian sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Setiap aktiviti yang dilakukan di dalam bilik darjah dilaksanakan
dengan penuh bersemangat dan tekun dengan harapan agar segala ilmu yang
disampaikan kepada para pelajar akan dapat digunakan sebaik mungkin demi untuk
melahirkan para pelajar seimbang dan harmonis seiring dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar, guru
akan menggalakkan pelajar untuk berfikir dan memberikan keyakinan kepada pelajar
untuk memberikan jawapan sambil membimbing pelajar untuk memberikan respons
yang relevan dengan tugasan ataupun soalan yang diberikan. Setelah para pelajar
dapat menjawab segala soalan yang diajukan, penumpuan kepada respons dan
jawapan yang mereka berikan secara lisan dapat diberikan. Seterusnya guru juga
dapat memberikan panduan untuk pelajar membetulkan dan membuat
penambahbaikan terhadap jawapan yang ditulis di papan tulis agar keadaan kelas
terkawal dan para pelajar lain tidak terdorong untuk membuat bising sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Hubungan komunikasi dua hala ini yang dimaksudkan ialah hubungan antara guru
dengan pelajar. Kemahiran komunikasi merupakan salah satu elemen yang sangat
penting dalam tatacara perhubungan guru dengan pelajar. Hubungan komunikasi di
sekolah melibatkan hubungan antara guru dengan pelajar. Saya akan mengenali para
pelajar kerana apabila mengetahui tentang latar belakang pelajar, setiap
permasalahan yang timbul sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dapat
dianalisis. Sebagai contohnya, seseorang guru yang amat menitiberatkan tentang
hubungan dengan para pelajar dengan sendirinya berjaya mengambil hati para pelajar
sekaligus menyebabkan kelas dalam keadaan terkawal sepanjang proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung. Dalam proses pembelajaran, kasih sayang,
persefahaman dan saling memahami antara guru dan murid amat penting.