Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PRESTASI UJIAN

1. PEPERIKSAAN : SPM

2. TAHUN : 2016

3. MATA PELAJARAN : MATHEMATICS PAPER 2

4. KOD KERTAS : 1449/2

5. NAMA PEMERIKSA :

6. KOD PEMERIKSA :

7. ULASAN UMUM FORMAT PENILAIAN


7.1 Format

7.2 Masa

7.3 Item Wajib dan Elektif

7.4 Aspek Keseragaman

7.5 Aras Kesukaran

Aras Rendah:
Aras Sederhana:
Aras Tinggi:

8. ULASAN UMUM SKEMA PEMARKAHAN


8.1 Peruntukan Markah

8.2 Ketekalan

8.3 Adakah skema pemarkahan mudah untuk diikuti semasa pemeriksaan?

8.4 Adakah skema pemarkahan memenuhi kehendak semua jenis jawapan?

9. LIPUTAN SOALAN BERBANDING LIPUTAN KANDUNGAN MATA


PELAJARAN

KANDUNGAN TAJUK SOALAN

2 Bentuk dan Ruang 2.13 Garis dan Satah dalam Tiga Dimensi 4
2.8 Pepejal Geometri 5
1
2.4 Perimeter dan Luas 9
2.16 Transformasi 13
2.14 Pelan and Dongakan 15
2.15 Bumi Sebagai Sfera 16
3. Hubungan
3.4 Persamaan Linear 3
3.6 Ungkapan dan Persamaan Kuadratik 2
3.8 Garis Lurus 6
3.10 Kecerunan dan Luas di Bawah Graf 11
3.15 Penaakulan Matematik 7
3.13 Matriks 8
3.17 Kebarangakalian 10
3.9 Graf Fungsi 1 & 12
3.16 Statistik 14

10. KESESUAIAN ITEM


10.1 Kesesuaian item dengan kurikulum dan PdP.
Item yang dikemukakan adalah menepati kandungan kurikulum dan PdP.

10.2 Bahasa, istilah, tugasan dan kandungan.


Secara amnya, bahasa dan istilah yang digunakan dalam kebanyakan item adalah sesuai dan mudah
difahami. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa soalan diluar rutin.

i. Soalan 4 : Ayat puncak papan tanda itu, NM, adalah 40 cm tegak di atas lantai mengufuk.
Calon mendapat idea NM adalah 40 cm dan berada tegak di atas lantai mengufuk.
Majoriti calon menandakan 40 pada garis NM pada gambarajah.

ii.Soalan 5 : Bahasa yang digunakan mudah untuk difahami. Walaubagaimanapun langkah yang
digunakan oleh calon untuk mendapat jawapan adalah tidak selaras dengan pemberian markah.
Rajah silinder berbentuk segiempat tidak sesuai bagi pelajar lemah. Pelajar menggunakan rajah
untuk mencari formula sebagai kaedah mudah bagi memperoleh satu atau dua markah dengan
hanya menggantikkan dalam formula.

iii.Soalan 7 : Pengiraan luas dalam soalan penaakulan matematik sangat mengelirukan calon. Selain
itu,
a) Soalan 7a , terdapat penggunaan simbol-simbol yang di luar rutin soalan.
b) Soalan 7b , rajah jujukan corak-corak digunakan bagi menggantikan jujukan nombor.

iv.Soalan 8a : Calon diminta membentuk persamaan linear serentak untuk mewakili maklumat yang
diberi.
Soalan 8b : Peruntukan markah K terlalu rigid.

10.3 Kesesuaian
Secara keseluruhannya, item adalah bersesuaian dengan tahap pembelajaran calon dan tidak
menyentuh sensitiviti sesuatu kaum dengan jelas.

10.4 Kualiti Kertas Soalan


Secara keseluruhannya, item dalam kertas soalan adalah berkualiti untuk menilai kemahiran dan
pengetahuan calon. Kualiti rajah yang digunakan sangat jelas. Selain itu, kertas graf berwarna
2
memudahkan calon untuk memplot dan melukis graf dengan baik.
11 ARAS KESUKARAN

Aras Kesukaran Nombor Item Peratus


Rendah 1,2,10, 12, 13, 16 37.5%
Sederhana 3, 6, 9,11, 14, 15 37.5%
Tinggi 4,5,7,8 25.0%

12. IMPAK ITEM KEPADA JAWAPAN CALON


Soalan 4
Sudut antara garis dan satah adalah satu soalan yang calon biasanya dapat skor. Bila soalannya
diKBATkan dan dikelirukan dengan rajah yang memerlukan segitiga kaki sama, majoriti calon lemah
dan sederhana tidak mencuba untuk menggunakan sin atau kos tetapi masih terikat dengan tangen.
Calon cemerlang juga ada yang tidak dapat menjawab soalan ini.

Soalan 5
Calon masih lagi baru dengan soalan yang menggunakan situasi kehidupan seharian. Gambarajah
yang digunakan dan maklumat pada soalan tidak seragam. Soalan menggunakan istilah silinder
manakala gambarajah menunjukkan bentuk segiempat tepat. Keadaan ini menyebabkan pelajar panik
dan tidak mahu berfikir dan menjawab soalan.

Soalan 7
Soalan 7a
Calon lemah
Hanya meneka jawapan tanpa berfikir disebabkan penggunaan simbol.

Calon sederhana
Hanya betul satu soalan 7a(i) dan meneka untuk soalan 7a(ii)

Calon cemerlang
dapat menjawab soalan dengan tepat.

Soalan 7b
Calon lemah
Soalan dibiarkan kosong tanpa menjawab kerana tidak dapat memahami kehendak soalan

Calon sederhana
Soalan dicuba untuk menjawab tetapi tidak mendapat markah penuh kerana tidak dapat membuat
kesimpulan secara aruhan berdasarkan jujukan corak-corak

Calon cemerlang
Calon mencuba untuk menjawab dan betul seperti dalam skema jawapan.
Calon yang tidak mendapat markah penuh berlaku kecuaian semasa melakukan penggantian formula

3
Contoh jawapan pelajar.

Soalan 8
Soalan 8a
Calon lemah
Cuba untuk membina persamaan linear serentak.

Calon sederhana
Hanya dapat menjawab betul soalan 8a.

Calon cemerlang
Dapat menjawab soalan dengan tepat

Soalan 8b
Calon lemah
Soalan dibiarkan kosong tanpa menjawab kerana tidak dapat membina persamaan linear serentak
pada soalan 8a.

Calon sederhana
Soalan dicuba untuk menjawab tetapi tidak mendapat markah penuh kerana tidak dapat membina
matriks songsang dengan tepat.

Calon cemerlang
Calon mencuba untuk menjawab dan betul seperti dalam skema jawapan.

4
Contoh jawapan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai