Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG BHARU

JALAN DATUK ABDUL RAZAK


50300 KUALA LUMPUR

PKSR II
PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (PJK)


TAHUN 6

MASA : 1 JAM

MARKAH
NAMA

KELAS

Arahan: Kertas ini mengandungi 4 bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan
Bahagian D. Jawab keempat-empat bahagian berkenaan.

BAHAGIAN A
Bahagian ini mengandungi 25 soalan dengan empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bulatkan jawapan
yang paling tepat.

1. Berperahu dan berakit adalah contoh aktiviti rekreasi di.

A darat
B udara
C air
D padang

2. Semasa melakukan aktiviti rekreasi pakai pakaian yang nipis dan ..

A ringan
B tebal
C kemas
D bersih

3. Jaket keselamatan digunakan semasa melakukan aktiviti ..

A berkayak
B berbasikal
C berjogging
D berlari

4. Berikut adalah tempat yang sesuai untuk melakukan aktiviti rekreasi kecuali .

A hutan
B sungai
C laut

(1)
D lombong

5. Apakah yang akan berlaku sekiranya tidak mematuhi papan tanda amaran dan peraturan ?

A kemalangan
B kematian
C tindakan undang-undang
D Semua di atas

6. Berikut adalah langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi bagi melakukan aktiviti di dalam
hutan kecuali

A memaklumkan kepada pegawai perhutanan yang bertugas


B diiringi oleh orang yang dewasa
C membawa kelengkapan dan peti pertolongan cemas yang lengkap
D memusnahkan dan merosakkan flora dan fauna yang terdapat di dalam hutan

7. Berikut adalah zat makanan yang perlu diambil oleh seseorang atlet kecuali .

A protein
B mineral
C kolesterol
D karbohidrat

8. Apakah yang dimaksudkan dengan ketangkasan?

A Berlari semua posisi .


B Bergerak dengan pantas.
C Berlari sambil melompat.
D Bergerak dengan pantas bertukar arah atau posisi

9. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi ketangkasan seseorang individu ?

i. umur
ii. saiz badan
iii. pemakanan
iv tahap kematangan

A ii, dan iv
B i dan iv
C ii, iii dan iv
D i,ii, iii dan iv

10. Namakan anggota-anggota badan yang terlibat semasa melakukan aktiviti menyangga bola dalam
permainan bola tampar?

i kaki
ii tangan
iii kepala
iv lutut

A i,ii dan iii


B i,ii dan iv
C ii dan iii
D ii,iii dan iv

(2)
11. Kita perlu melakukan aktiviti memanas dan menyejukkan badan sebelum dan selepas melakukan
aktiviti kerana ..

A memberikan keselesaan
B mengelakkan kecederaan
C membuatkan minda lebih cergas
D membantu menurunkan kolestrol

12. Kepantasan larian seseorang atlet boleh diukur melalui acara larian pecut ________

A 100 meter
B 200 meter
C 400 meter
D 800 meter

13. Seseorang yang cergas bergantung kepada kecergasan fizikal. Berapa kerapkah senaman yang
perlu dilakukan dalam seminggu?

A 2 kali
B 3 kali
C 4 kali
D 5 kali

14. Kemahiran yang digunakan dalam permainan sepak takraw adalah seperti berikut kecuali ..

A merejam
B menghadang
C memegang
D mengumpan

15. Berikut adalah kedudukan pemain dalam permainan sepak takraw. Namakan posisi X pada gambarajah
di atas ?

A Apit kiri
B Apit kanan
C Tekong
D Penjaga garisan

(3)
16. Apakah kesan rasuah dalam sukan ?

i. Moral pasukan akan jatuh


ii. Maruah pasukan akan jatuh.
iii. Orang ramai tidak mempercayai kewibawaan pemain.
iv. Masyarakat menyanjung orang yang terlibat dengan rasuah.

A i dan ii
B ii dan iv
C i, ii dan iii
D ii. iii dan iv

Menyimpan wang persatuan


Mengeluarkan wang untuk pertandingan
Menyenaraikan anggaran perbelanjaan

17. Pernyataan di atas adalah merujuk kepada tugas-tugas seorang ________.

A Pengerusi
B Bendahari
C Setiausaha
D Naib Pengerusi

18. Minuman yang mengandungi etanol seperti bir, wain dan samsu adalah sebahagian daripada
minuman .

A bergas
B isotonik
C beralkohol
D berkarbonat

19. Keracunan makanan disebabkan oleh ..

i makanan tercemar
ii makanan yang luput tarikh
iii makanan bertin yang kemek
iv makanan yang tiada nama pengeluar

A i dan ii
B ii, iii, dan iv
C i, ii, dan iii
D iii dan iv

20. Pertolongan cemas bermaksud

A Membawa mangsa ke hospital.


B Menelefon doktor.
C Mendapatkan bantuan.
D Memberi pertotongan awal kepada mangsa

(4)
21. Peti pertolongan cemas perlu diletakkan di tempat ..

A tinggi.
B sejuk dan nyaman.
C yang senang diambil dan mudah dilihat.
D makmal sains

22. Susunkan cara-cara merawat kecederaan ringan mengikut susunan yang betul

i cuci luka atau calar-calar dengan air yang bersih


ii balut atau tutup luka dengan menggunakan plaster berubat
iii gunakan antiseptik untuk mencegah pembiakan bakteria
iv sapukan ubat luka dengan kain kasa

A i, ii, iii dan iv


B i, iii, iv dan ii
C iv, i, iii dan ii
D ii, iii, i dan iv

23. Cadangkan cara-cara menghapuskan dan mencegah denggi.

i Membersihkan saluran longkang tersumbat


ii Berekreasi pada waktu senja dan puncak
iii Membiarkan air bertakung
iv Menanam tin kosong

A i dan ii
B ii dan iv
C i dan iv
D ii dan iii

24. AIDS boleh berjangkit melalui beberapa cara kecuali....

A Seks rambang
B Pemindahan darah
C Ibu yang di jangkiti kepada anak
D Bersentuhan

25. Berikut adalah tanda-tanda demam malaria kecuali....

A Makan dengan banyak


B Sakit pada bahagian sendi-sendi
C Hilang cecair badan
D Demam kuat yang berulang-ulang

(50 MARKAH)

(5)
BAHAGIAN B
Bahagian ini mengandungi 10 soalan. Tandakan () bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan
yang tidak benar.

NO SOALAN JAWAPAN

1 Ketinggian merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kekuatan seseorang.

2 Keupayaan meregang otot serta kebebasan sendi bergerak dikenali sebagai kelenturan.

3 Kemahiran asas memegang peluru ialah memegangnya di bahagian tengah dan


menggunakan tiga jari.

4 Gimnastik artistik ialah pergerakan yang serentak dengan ritma.

5 Dalam permainan bola tampar, pihak yang menerima servis boleh memainkan bola
sebanyak 3 kali termasuk hantaran ke gelanggang lawan.

6 Sebuah pondok telefon telah rosak disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab


seorang remaja. Tindakan remaja ini dikenali sebagai vandelisme.

7 Kementerian Hal Ehwal Pengguna merupakan pihak yang bertanggungjawab membuat


pengesahan halal bagi sesuatu produk makanan.

8 Perubahan diri seperti kedatangan haid akan berlaku bagi kanak-kanak lelaki yang
memasuki alam keremajaan.

9 Hormon hidrogen merupakan salah satu daripada hormon yang terdapat di dalam badan
manusia.

10 Dalam permainan bola keranjang, dua mata akan diberi kepada pemain yang dapat
melakukan jaringan dalam kawasan separuh bulatan.

(10 MARKAH)

(6)
BAHAGIAN C
Bahagian ini mengandungi 10 soalan. Berpandukan pilihan jawapan yang diberi, isikan tempat-tempat
kosong dengan jawapan yang betul.

1. Sebagai seorang pelari jarak jauh, aktiviti ............................................ akan meningkatkan daya
tahan kardiovaskular.

2. ............................................... merupakan sukan yang memerlukan komponen kekuatan.

3. Salah satu daripada komposisi tubuh badan dikenali sebagai .................................................... .

4. Aktiviti ...................................................... dapat meningkatkan tahap kelenturan seseorang.

5. Dalam permainan sepak takraw, sepak mula dimulakan dengan ..................................................


melontar bola kepada tekong.

6. Penggunaan barangan makanan yang sudah luput tarikhnya akan memudaratkan


tahap ................................................. seseorang.

7. Salah satu daripada tanda-tanda awal penyakit demam denggi ialah ........................................ .

8. Rendam bahagian yang cedera di dalam air sejuk merujuk kepada rawatan awal
bagi ................................................................... .

9. ................................................ merupakan salah satu bahan yang terdapat di dalam peti


pertolongan cemas.

10. ................................................ merupakan salah satu daripada tanda-tanda penyakit AIDS.

(20 MARKAH)

(7)
BAHAGIAN D
Bahagian ini mengandungi 10 soalan. Berdasarkan pilihan yang diberi, gariskan jawapan yang paling tepat.

1. (Mineral, Antiseptik) merupakan salah satu daripada zat makanan yang perlu diambil oleh
seseorang atlet.

2. (Berjalan, Lompat kuadran) merupakan sejenis aktiviti ketangkasan yang sesuai diamalkan
oleh seseorang atlet.

3. Dalam permainan bola tampar (kaki, tangan) merupakan anggota yang paling banyak terlibat
semasa latihan menyangga bola.

4. Kebolehan melakukan sesuatu pergerakan yang pantas dengan daya maksimum dalam masa
yang singkat dikenali sebagai (kuasa, kekuatan).

5. (Ice, Heroin) adalah nama lain bagi dadah jenis Syabu.

6. Salah satu cara AIDS boleh merebak dan berjangkit ialah melalui (sentuhan, pemindahan
darah).

7. Seseorang perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan daripada doktor sekurang-kurangnya


(2 kali setahun, 2 kali sebulan).

8. (Gunting, Pisau) merupakan salah satu alat yang terdapat di dalam peti pertolongan cemas.

9. Dalam ujian kecergasan, (jantung, otot) adalah komponen yang diuji dalam ujian kecergasan.

10. (Riben, Palang sejajar) digunakan sepenuhnya di dalam gimnastik irama.

(20 MARKAH)

SOALAN TAMAT
Disediakan oleh,

..................................................... ...................................................
(RADIEN BIN BOHARI) (CHE MAZWIN BIN TAJUDDIN)
Ketua Panitia Guru Penolong Kanan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Tadbir dan Kurikulum
Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu Sekolah Kebangsaan Kampung Bharu
KUALA LUMPUR. KUALA LUMPUR.

(8)
(9)

Anda mungkin juga menyukai