Anda di halaman 1dari 7

RANCANGAN PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAKAP

___________________________________________________________________

1. TAJUK : Pertolongan Cemas (Balutan & Anduh)

2. KUMPULAN SASARAN : Pengakap Muda

3. MASA : 90 minit

4. KEMAHIRAN SEDIA ADA :


4.1 Murid mengetahui asas pertolongan cemas.
4.2 Murid mengetahui ikatan buku sila.

5. OBJEKTIF :
Pada akhir sesi ini, peserta akan dapat :
5.1 Membuat balutan untuk kepala, tapak tangan dan kaki menggunakan skaf pengakap
dengan betul.
5.2 Membuat anduh tangan (besar) menggunakan skaf pengakap dengan betul.

6. KAEDAH :
6.1 Tunjukcara & Amali
6.2 Kooperatif

7. NILAI MURNI :
7.1 Bekerjasama
7.2 Bertanggungjawab

8. BAHAN-BAHAN :
8.1 Kain anduh (skaf pengakap)
8.2 Buku Skim Latihan Pengakap Muda
8.3 Buku Log
8.4 Nota Balutan & Anduh
8.5 Gambar jenis-jenis pembalut (Slaid Powerpoint)

9. PENYAMPAIAN :
9.1 PERMULAAAN (15 minit)
Guru penasihat mengambil kehadiran murid.
Ketua patrol bertugas melaporkan kehadiran kepada guru pembimbing.
Murid menyanyikan lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan Lagu Pengakap
Malaysia dengan iringan muzik.
Murid membaca ikrar Persetiaan Pengakap

9.2 LANGKAH 1 (15 minit)


Guru bertanyakan kepada pelajar mengenai pengalaman sendiri atau melihat
kecederaan (luka) orang lain di bahagian kepala, tangan, lutut atau kaki dan cara
bagaimana mereka memberi bantuan awal atau merawatnya.
Guru menunjukkan gambar berkaitan dengan jenis-jenis pembalut. (Lampiran 1)
Guru menunjukkan bahagian yang terdapat pada skaf pengakap untuk dijadikan
kain anduh dan kegunaannya.

9.3 LANGKAH 2 (20 minit)


Guru memperkenalkan 4 jenis balutan luka menggunakan pembalut serta
kecederaan yang terlibat iaitu luka di kepala, lengan, tapak tangan, lutut dan
kaki. (Lampiran 2)
Guru melakukan demontrasi ikatan balutan tapak tangan ke atas seorang murid.
Murid tidak terlibat akan melihat dan memahami cara guru merawat dan
memberi bantuan awal kepada mangsa.
Selepas lima minit, guru melakukan cara ikatan balutan bagi ,lutut dan kepala.
Guru menunjukkan demonstrasi tentang cara-cara membuat anduh tangan
membalut kecederaan lengan menggunakan skaf.

9.4 LANGKAH 3 (Aktiviti berkumpulan : 30 minit)


Murid dikehendaki memilih pasangan.
Setiap pasangan dikehendaki memiliki satu skaf pengakap.
Guru memberi arahan tugasan. Murid dikehendaki membuat amali bagi
membalut kecederaan menggunakan balutan dan anduh dengan arahan guru.
Tukar peranan selepas seorang jadi mangsa.

9.5 PENUTUP (10 minit)


Guru bertanyakan kepada murid mengenai jenis luka yang terdapat pada
anggota badan.
Murid menjawab jenis ikatan balutan yang sesuai bagi gambaran kecerderaan
luka yang digambarkan oleh guru.
Guru merumuskan pengajaran.
LAMPIRAN 1

Triangular Bandage.

Cravat Bandages

Trauma Pack

Roller Bandages

Sterile Gauze Pads

Bandage Compress

Adhesive compress
LAMPIRAN 2

a) Ikatan balutan tapak tangan.

Langkah 1

Letakkan tangan yang luka di tengah-tengah


kain anduh. Kemudian hujung kain dilipat ke
hadapan.

Langkah 2

Ibu jari dibawa ke tengah sedikit dan lilit


secara bersilang.

Langkah 3

Lilit secara berulang sehingga kemas dan


selesa.

Langkah 4

Ikat buku sila di hadapan dan kemaskan kain


anduh
b) Ikatan balutan Lengan

1. Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang
tercedera.
2. Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu.
3. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau
dilipat ke bahagian dalam untuk lebih kemas.

c) Ikatan balutan Lutut


Langkah 1

Lipat kain anduh secara memanjang dan


letakkan di kawasan yang luka.

Langkah 2

Silangkan kain di belakang dengan sebelah


kiri hujung kain di bawah dan hujung kanan
kain di atas.

Langkah 3

Ikat dengan kemas balutan tadi dan pastikan


pesakit selesa.

d) Ikatan balutan Kepala


Langkah 1

Sediakan pembalut cincin dan letakkan di


atas kepala.

Langkah 2

Tarik kedua-dua bucu End kain anduh ke


belakang kepala.

Langkah 4

Silangkan bucu End kain anduh dan ikat


buku sila kedua-dua bucu End tersebut di
bahagian hadapan kepala. Manakala bucu
point ditarik ke atas belakang kepala dan di
pinkan.

Anda mungkin juga menyukai