Anda di halaman 1dari 3

BANGKU KAYU CANTIK

Assalamualaikum kawan-kawan

Nak dengar saya bercerita tak? Mari rapat sikit ke hadapan. Cerita saya ini kisah
sedih tapi banyak pengajaran.Tajuknya Kayu Bangku Cantik. Ceritanya
begini

Masih aku teringat peristiwa yang telah meragut nyawa abahku.

Aku suka duduk dibangku kayu yang dibuat oleh abah yang terletak dibawah
pokok jambu. Bangku itulah yang menjadi tempat bersembang emak dengan
kawan-kawan Amanah Ikhtiarnya. Bermacam-macam cerita yang emak
sembangkan dari jumlah bayaran mingguan duit Amanah Ikhtiar, rantai leher
yang baru beli , tawaran pergi ke Mekah, anak muda merempit hinggalah gossip
artis-artis kawan-kawan. Di bangku kayu itulah tempat kegemaran mereka .Di
dalam rumah panas kata mereka. Kadang-kadang aku geli hati melihat kawan-
kawan emak sanggup datang awal semata-mata mahu duduk di bangku kayu
buatan ayah.

Begitu jugalah kawan-kawan abah, bangku kayu tetap menjadi pilihan sekiranya
mereka bertandang ke rumah aku. Kisahnya mestilah politik tanahair, Obama
datang ke Malaysia, orang kena ragut, lembu Si Mat Nor masuk kebun orang
hinggalah ke harga sawit yang semakin naik.

Bukan sekadar emak dan abah aje aku dan kawan-kawanku juga menjadikan
bangku kayu sebagai tempat untuk kami bersembang terutamanya apabila
menyiapkan kerja sekolah.Kadang-kadang cerita kami boleh meleret-leret
sampai ke cerita hantu kat bumbung sekolah. Betul ke bohong ye kawan-kawan

Aku rasakan bangku kayu itu telah menjadi taman rekreasi dikampung aku.
Pada petang itu aku duduk seorang diri di bangku kayu buatan ayah kerana
emak pergi rewang di rumah Pak Teh. Pak Teh akan mengadakan kenduri
kahwin untuk anak perempuannya yang jelita itu almaklumlah kerjanya model
pakaian muslimah. Bosannya waktu cuti begini kerana kawan-kawanku telah
pergi bercuti dan hanya aku yang berada di kampung. Emak mahu aku
mengulangkaji pelajaran kerana aku ada instrumen saringan 2 Bahasa Inggeris.
Susah juga tu kawan-kawan.

Bangku kayu abah sangat cantik dan sering menjadi penunjuk arah bagi orang
yang datang ke kampung kami sebagai panduan. Aku merasa sangat bangga.
Bangku kayu cantik abah ini sangat berjasa kepada semua penduduk kampung
dan juga orang luar. Mereka menggelar abah dengan nama Wak Ali Bangku
Cantik.

Hari semakin petang , aku nampak emak dan abah pulang dengan motosikal
yang dipandu abah. Sebaik sampai emak menghulurkan bungkusan kepada aku
lalu akupun masuk ke dalam rumah. Abah meluahkan rasanya bahawa malam
ini hujan lebat akan turun kerana keadaan awan yang gelap dan petir yang
berdentam-dentum.

Pada malam itu hujan turun dengan lebat , kawan-kawan.

Emak dan abah mula bimbang banjir akan melanda. Air mulai naik. Emak dan
abah sibuk mengangkat barang-barang. Aku turut membantu emak dan abah.
Hujan sangat lebat ributpun bertiup kencang. Abah sangat risau akan bangku
cantiknya.

Abah bimbang jika bangku kayu cantiknya dihanyutkan oleh arus. Emak tahu
abah sangat sayang akan bangku itu. Emak juga bimbang akan kenduri rumah
Pak Teh. Mesti khemah telah diterbangkang oleh angin kencang. Kesian Pak
Teh .

Tiba-tiba abah meluahkan hasratnya untuk mencabut bangku kayu. Emak


melarang keras tindakan abah tetapi abah tetap berdegil. Abah terus membuka
pintu dan keluar mendapatkan bangku kayu tersebut. Lilit kepala abah terbang
begitu jua dengan selendang emak. Aku hanya mampu melihat melalui tingkap
yang terbuka. Banyak pasu bunga emak pecah. Begitu juga dengan kasut diluar
habis dihanyut air.

Aku bergegas untuk membantu tetapi dilarang emak. Emak meminta aku berada
didalam rumah. Emak mencungkil kaki bangku kayu itu. Akhirnya bangku itu
dapat diangkat.

Tiba-tiba aku terdengar satu bunyi yang aneh aku melihat pokok kelapa
tumbang menghala kearah abah. Aku menjerit . Aku lihat pokok kelapa itu
betul-betul menghempap abah. Abah menjerit kesakitan dan akhirnya jeritan itu
tenggelam dalam kuatnya bunyi angin dan hujan yang lebat.

Aku dan emak sedaya upaya mengalihkan batang kelapa . kami membawa abah
ke dalam rumah. Harapan kami agar abah selamat. Tapi Allah lebih sayangkan
abah. Bunyi angin, hujan dan kilat sambung-menyambung bercantum dengan
tangisan kami berdua.

Selepas itu aku sering bersedih dan lalai dengan pelajaran. Dengan semangat
dan dorongan emak aku bangkit kembali .Emak mengingatkan aku ajal,maut
ditangan Allah.

Tidak sedar ku menitisair mata apabila mengingatkan abah. Abah pergi kerana
bangku kayu cantik itu. Tapi kata emak abah pergi kerana ajalnya bukan bangku
kayu. Pesan emak kepadaku sekiranya ajal nya juga sampai janganlah bangku
kayu itu dimusnahkan jagalah ia seperti peninggalan berharga. Aku juga
menyayangi bangku kayu itu kerana ia sangat bernilai kepada aku dan orang
kampung.

Macam mana kawan-kawan cerita saya tadi kalau kawan hendak merasa duduk
di bangku kayu datanglah ke rumah saya.

Kepada kawan-kawan dan para pendengar terima kasih kerana mendengar cerita
saya. Jumpa lagi kawan-kawan.

Anda mungkin juga menyukai