Anda di halaman 1dari 14

ajuk 11 : Pengaplikasian KBT dalam P&P BM

Pengaplikasian Kemahiran Bernilai Tambah dalam Pengajaran dan


pembelajaran Bahasa Melayu
Tajuk 11 Kemahiran Belajar Cara Belajar
Kemahiran Kajian Masa Depan
Kemahiran Berfikir

Sinopsis
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) kemahiran yang diajarkan dalam bilik darjah, dan dapat
diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan dalam senario dunia yang global. KBT yang
dimaksudkan ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi,
kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran
konstruktivisme, dan pembelajaran kontekstual.
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang pengaplikasian kemahiran bernilai
tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Terdapat tiga kemahiran bernilai
tambah yang dimuatkan dalam tajuk ini:
Kemahiran Belajar Cara Belajar
Kemahiran Kajian Masa Depan
Kemahiran Berfikir

Hasil Pembelajaran
Mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu di dalam bilik darjah.

Fikirkan:
Fahami maksud Kemahiran Bernilai Tambah dan pelaksanaannya dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah.

Kemahiran Bernilai Tambah


Umumnya terdapat tiga kemahiran bernilai tambah dalam tajuk ini, iaitu :
Kemahiran Belajar.Cara Belajar
Kemahiran Kajian Masa Depan
Kemahiran Berfikir

11.1 Kemahiran Belajar Cara Belajar (BCB)


Perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan
Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak
untuk menghadapi dunia yang sering berubah, dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.
Proses untuk memperoleh teknik belajar sama ada bersama guru atau tanpa guru.

Rasional Belajar Cara Belajar


Diperkenalkan atas beberapa sebab
Masa di bilik darjah terhad
Pengetahuan dan maklumat yang diterima di kelas juga terhad
Murid perlu bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka
Murid perlu belajar untuk memperoleh maklumat tambahan di luar waktu
persekolahan
Murid perlu meningkatkan keupayaan mereka untuk mempelajari sesuatu
Sejajar dengan matlamat pendidikan untuk menyemai kemahiran belajar
seumur hidup dalam kalangan murid

Objektif Belajar Cara Belajar


Menyediakan murid yang berupaya belajar sendiri tanpa guru
Membolehkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan bahan
lain sebagai sumber pembelajaran
Membolehkan murid membuat refleksi dan menilai tahap pembelajaran sendiri
Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ke situasi
lain, sama ada dalam mata pelajaran lain dan pergaulan

Peranan Guru
Menentukan objektif pembelajaran
Menyesuaikan gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran murid
Menyediakan pelbagai teknik dan aktiviti untuk menjalankan pengajaran dan
pembelajaran
Memilih bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
Berbincang dengan murid
Menilai secara formatif dan sumatif dan merekodkan pencapaian murid
Mengambil tindakan susulan yang sewajarnya

Peranan Murid
Mengenal pasti kecenderungan gaya pembelajaran
Menilai keupayaan diri untuk belajar dan mengambil tindakan seterusnya
Menetapkan matlamat dan diharapkan dapat menjayakannya
Berbincang dengan guru sama ada matlamat yang ditetapkan mampu dicapai
atau tidak
Merancang pembelajaran secara terperinci
Melaksanakan perancangan
Melaporkan kemajuan pencapaian
Berbincang dengan rakan sebaya dan guru tentang tugasan, kerja projek, dan
penguasaan kosa kata
Membuat refleksi dan menilai pencapaian
Memberikan ganjaran atas kejayaan sendiri

Kemahiran Belajar
Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk menambah ilmu pengetahuan serta
meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan.
Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran
- Mendengar
- Membaca
- Mencatat nota
- Menulis
- Mengingat
i. Kemahiran Mendengar
Sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia
Mendengar ialah aktiviti aktif dari segi mental kerana melibatkan kefahaman
dan pemprosesan maklumat yang didengar
Kemahiran mendengar melibatkan
- Perkara yang didengar
- Sebab perlu mendengar
- Penyampai yang didengar
- Cara mendengar dengan berkesan
- Cara meningkatkan kemahiran mendengar

ii. Kemahiran Membaca


Penting untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan, dan fakta tentang
sesuatu perkara
Proses kompleks yang melibatkan proses komunikasi antara pembaca
dengan penulis melalui tulisan yang dibaca
Empat jenis gaya bacaan:
1. Skimming / Luncuran
- Kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas
tentang sesuatu bahan atau maklumat
- Bertujuan untuk membuat pandangan umum tentang dokumen dengan
segera
- Dilakukan dengan cara membaca tajuk, pendahuluan, dan rumusan
sesuatu bahan atau dokumen atau membaca menggunakan
pergerakan mata yang cepat dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada
bahan yang dibaca

2. Scanning / Imbasan
- Kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat yang lebih
mendalam daripada skimming
- Antara tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai
jawapan kepada sesuatu persoalan
- Membaca pendahuluan, dan rumusan teks secara mendalam, membaca
kandungan bab dengan pantas sambil mencatatkan kata kunci dan konsep yang
dinyatakan.

3. Bacaan Intensif
- Kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat terperinci
- Memerlukan penumpuan yang teliti terhadap bahan atau dokumen yang dibaca
- Ketekunan dalam pembacaan mesti tinggi
- Mengambil masa yang lebih panjang untuk mendapatkan makna perkara
yang dibaca Tujuannya adalah semata-mata untuk mendapatkan semua maklumat
dengan mendalam.
- Catatan perlu dibuat untuk mengumpul maklumat

4. Bacaan Laju
- Teknik bacaan yang memerlukan kebolehan seseorang membaca dengan
laju dan mampu memahami dengan serentak perkara yang dibaca
- Tumpuan utama pada idea utama atau isi-isi penting dalam sesuatu bahan
bacaan
- Penguasaan bacaan laju banyak membantu pelajar menggunakan masa
yang terhad secara optimum, dapat menjimatkan masa dan untuk
memperoleh maklumat tambahan pada kadar yang cepat

iii. Kemahiran Mencatat Nota


Aktiviti merekod fakta, maklumat dan isi penting daripada bahan yang dibaca,
dilihat atau didengar
Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar seperti kuliah, ceramah,
penerangan, temu duga, dan membaca buku
Tujuannya adalah untuk mendapatkan isi-isi penting sebagai bahan rujukan

iv. Kemahiran Menulis


1. Kemahiran Menulis Laporan
Perkara-perkara yang berikut perlu diberi pertimbangan
- Memilih topik sekiranya tidak diberikan
- Mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber
- Meneliti dan memilih maklumat yang relevan dengan topik
- Membuat nota
- Menyediakan kerangka laporan
- Menulis draf pertama dan mengenal pasti sumber
- Melengkapkan laporan dengan jadual, graf, dan bahan grafik
- Menyemak draf
- Membuat pemurnian dan menulis draf kedua
- Menerbitkan laporan

2. Kemahiran Menulis Cepat


Menulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiran menulis dengan kepantasan yang tinggi dan
tulisannya boleh dibaca oleh orang lain
Kriteria menulis cepat
- Kelajuan menulis
- Tulisan yang boleh dibaca
- Kandungannya difahami
Kebaikan menulis cepat
- Dapat menulis lebih banyak maklumat
- Dapat menjimatkan masa
- Dapat mengingat kembali fakta atau maklumat dengan cepat
v. Kemahiran Mengingat
Proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan
deria lihat yang baik
Satu kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian
yang telah berlaku selepas beberapa lama

Jenis Ingatan
Ingatan jangka pendek
- maklumat tersimpan sebentar sahaja
Ingatan jangka panjang
- maklumat yang kekal dalam ingatan
Proses Ingatan
Terdapat tiga langkah proses ingatan
1. mendaftar maklumat hingga boleh dikekalkan dalam ingatan
(enkoding)
2. menyimpan maklumat
3. mengingat kembali maklumat (decoding)

Cara mengingat
Mereka cerita
Mencipta irama atau lagu
Membuat catatan
Membuat lakonan
Membuat senarai semak
Mencipta akronim
Membuat rantaian atau berlawan
Melakar grafik dan ilustrasi peta, graf, dan peta minda
Mengingat secara kumpulan ( Contoh: nombor telefon)
Mengulang
Melatih tubi
11.2 Kemahiran Kajian Masa Depan (KMD)
Satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara
atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan.
Murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya
mereka mendapat manfaat yang maksimum
Strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi
pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan
Bertujuan untuk mendidik generasi baharu yang bersedia menghadapi cabaran dan perubahan
Akan membantu generasi akan datang menyedari bahawa masa depan pasti berubah, dan penuh
dengan cabaran dan dugaan. Mereka boleh merancang masa depan sesuai dengan hasrat
mewujudkan masyarakat Malaysia berwawasan, rasional, kreatif, dinamik, boleh menerima serta
boleh menangani perubahan
Masa depan sukar diramalkan, justeru kita perlu tahu cara meramalkan masa depan supaya
boleh menangani perkara yang akan dihadapi

Rasional Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan (Empat prinsip)

1. Prinsip Perubahan
Perubahan yang pesat dan mendadak dalam bidang teknologi, industri, ekonomi dan
sebagainya berdasarkan pengalaman dahulu tidak semestinya boleh dijadikan asas untuk
membuat keputusan dan merancang

2. Prinsip Pandangan Jauh


Pandangan jauh membolehkan seseorang mengambil langkah-langkah
pencegahan sebelum krisis berlaku. Sekiranya krisis itu masih berlaku,
seseorang masih berupaya menangani perubahan dan kesan daripada krisis
tersebut
.
3. Prinsip Perancangan Strategik
Bayangan dan andaian tentang masa depan boleh membentuk dan mempengaruhi tindakan
kita pada masa ini. Oleh hal yang demikian, bayangan dan andaian tersebut boleh digunakan
dalam perancangan secara strategik untuk mencapai masa depan yang diingini

4. Prinsip Pengupayaan
Remaja selalunya menunjukkan keprihatinan dan kebimbangan tentang masa depan
mereka. Mereka perlu dibekalkan dengan kemahiran perancangan strategik, cara menangani
masalah serta cara penyelesaian masalah kendiri agar mereka tidak dilanda kebimbangan dalam
menghadapi perubahan atau sesuatu yang tidak dijangka.

Objektif Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan


Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal-hal masa
depan
Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan
Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan
Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan
Membina sikap dan nilai tentang masa depan

Faedah kepada murid


merangsang murid berfikir
menyemai semangat optimistik tentang masa depan
menggalakkan murid memahami kesepaduan antara pelbagai bidang ilmu
berupaya menangani dan menyelesaikan isu-isu kritikal
menyediakan murid meneroka alam pekerjaan masa depan
menyemai keyakinan diri untuk menghadapi masalah dan membuat keputusan
murid berminat dan seronok kerana mereka boleh mengeluarkan idea dan
pandangan tentang sesuatu tema

Faedah kepada guru


pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid
guru berperanan sebagai fasilitator kerana murid memainkan peranan sebagai peneroka yang
aktif
pelbagai gaya pembelajaran seperti lisan, audio, kinestatik, dan komunikasi berpusatkan murid
boleh digunakan.
iklim dalam bilik darjah seronok, dan menarik dengan suasana kreatif serta persekitaran yang
boleh merangsang murid untuk belajar

Perancangan seorang guru dalam pengajaran dan pembelajaran Kajian Masa


Depan
Aspek yang perlu diambil kira
perancangan yang strategik
isu dan tema yang relevan
berpusatkan murid
aplikasi sebagai projek, kerja kokurikulum atau sepanjang hayat
peranan guru sebagai fasilitator

11.3 Kemahiran Berfikir (KB)


Merupakan proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap
sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan, dan membuat pertimbangan yang
wajar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, dan seterusnya membuat refleksi
dan metakognitif terhadap proses yang dialami.
Diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan
kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis
Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah, atau
membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan
Kemahiran berfikir merupakan operasi yang diskrit dan ringkas, manakala operasi yang
kompleks dan rumit dipanggil proses berfikir

11.3 Kemahiran Berfikir


1. Kemahiran Berfikir secara Kritis
1.1 Menganalisis secara Kritis
Menganalisis Idea
membandingkan dan membeza
mengelas
meneliti perhubungan bahagian-keseluruhan
membuat urutan
Menganalisis Hujah
mencari sebab dan kesimpulan
mengusul periksa andaian
1.2 Menilai secara Kritis
Menilai Maklumat
Menentukan kebolehpercayaan sumber
Menilai Inferens
menerangkan sebab
membuat ramalan
membuat generalisasi
menaakul melalui analogi
membuat penaakulan bersyarat

2. Kemahiran Berfikir secara Kreatif
Menjana Idea-Idea Alternatif
Menjana kemungkinan-kemungkinan
Mencantum Idea-Idea
Mencipta metafora
Proses Berfikir
(a) Membuat Keputusan
(b) Menyelesaikan Masalah

Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada dua kategori yang utama, iaitu
1. Kemahiran Berfikir secara Kritis
2. Kemahiran Berfikir secara Kreatif
Kemahiran Berfikir secara Kritis
Didefinisikan sebagai kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk
menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan,
kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan
menggunakan alasan dan bukti yang munasabah
Pemikiran kritis ditakrifkan sebagai penggunaan operasi berfikir yang asas
untuk menganalisis, mentafsir dan menilai sesuatu hujah dengan mendalam
Hanya terhad kepada penghasilan huraian idea-idea yang sedia ada sahaja
dan tidak menghasilkan idea-idea baharu

Kemahiran Berfikir secara Kreatif


Didefinisikan sebagai kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk
menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baharu, asli, dan bernilai sama
ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan
Pemikiran kreatif ditakrifkan sebagai penggunaan operasi berfikir yang asas
untuk mengembangkan atau mencipta idea atau hasil yang baharu, estetik, dan
membina.
Ditandai oleh keupayaan melihat sesuatu daripada pelbagai sudut. Cara ini
digunakan untuk menghasilkan pelbagai kemungkinan, cadangan, idea dan tindakan

Proses Berfikir
Kemahiran membuat keputusan ialah keupayaan minda untuk memilih satu
pilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan untuk mencapai tujuan atau objektif yang
ditentukan berdasarkan kriteria tertentu.
Kemahiran menyelesaikan masalah ialah keupayaan minda untuk mencari
idea-idea dan langkah-langkah alternatif untuk mengatasi kekurangan atau halangan yang ada
bagi mencapai objektif yang dihasratkan
Kemahiran membuat keputusan dan kemahiran menyelesaikan masalah
berperanan sebagai proses terhadap kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran adalah menuju ke arah membuat keputusan atau menyelesaikan masalah
Model Kemahiran Berfikir
Ke

mahiran Berfikir

Kemahiran Berfikir Kemahiran


Secara Kritis Membuat Keputusan
Berfikir Secara Kreatif
- mencirikan dan - menjana idea
- membanding dan membeza Menyelesaikan Masalah
- menghubung kait
- mengumpul dan mengelas - membuat inferens
- membuat urutan - meramal
- menyusun mengikut - membuat hipotesis
keutamaan - mensintesis
- menganalisis - mengitlak
- mengesan kecondongan - membuat gambaran
- menilai mental
- membuat kesimpulan - menganalogi
- mereka cipta
Objektif Mengajar Kemahiran Berfikir
Dunia memerlukan manusia yang lebih canggih pemikiran, iaitu manusia yang memiliki
kemahiran berfikir pada peringkat tinggi, bijaksana dan berfikiran cemerlang.
Sebagai usaha membantu pelajar menguasai kemahiran-kemahiran kognitif dan metakognitif
Untuk meningkatkan keupayaan atau kemahiran pelajar-pelajar berfikir pada tahap tinggi,
melalui isi-isi pelajaran dalam subjek-subjekyang diajarkan di sekolah-sekolah
Untuk mencapai kemahiran berfikir dalam proses broad thinking seperti penyelesaian
masalah, pengkonsepsian dan membuat keputusan.
Menyediakan pelajar-pelajar yang mahir berfikir secara menyeluruh
Menggalakkan pelajar-pelajar menggunakan kemahiran-kemhairan kognitif tahap tinggi dalam
interaksi mereka dengan bahan-bahan pembelajaran, guru dan sebagainya
Arahan:
Sila baca dan fahami tentang kemahiran bernilai tambah yang dimuatkan dalam tajuk ini.
Setelah anda menguasai kemahiran bernilai tambah yang dibincangkan, rancang satu
pengajaran yang menerapkan kemahiran-kemahiran tersebut, seterusnya di amalikan dalam sesi
tutorial.
Sila berbincang dengan rakan anda sekiranya anda masih kurang faham tentang kemahiran ini
dan buat rujukan lanjutan.