Anda di halaman 1dari 4

Kenyataan Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat; Ustaz Dato Abu Bakar bin

CHik

Rakyat Memerlukan Undang-Undang Islam

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------

Ordinan Darurat (EO) dan Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah
dimansuhkan sebelum ini menjadi perhatian pelbagai pihak apabila ia
seolah-olah akan diwujudkan semula semenjak tercetusnya gejala jenayah
berat yang semakin membimbangkan. Justeru itu, dikatakan Malaysia
memerlukan semula undang-undang yang telah dimansuhkan itu.

ISA dan EO ketika masih wujud membolehkan kerajaan menahan


seseorang tanpa bicara. Kuasa penahanan ISA dan EO terletak pada kerajaan
(executive) dan bukannya Mahkamah (Judiciary). Dimana kerajaan tidak
perlu membuktikan tahanan adalah sebenarnya telah mengancam
keselamatan negara ataupun telah menggugat ketenteraman awam. Atau
kerajaan tidak perlu mengumpulkan bukti, mendakwa di mahkamah dan
mengemukakan bukti tersebut di mahkamah.

Justeru itu, sekarang semangat ISA dan EO kembali lagi dalam bentuk
pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah (PCA) iaitu penahanan tanpa
bicara selama dua tahun yang boleh diperbaharui lagi untuk tempoh selama-
lamanya sama seperti ISA dan EO.

Sekiranya berlaku penahanan seperti ini, ianya akan mengulangi dan


balik semula kepada undang-undang gasar (barbaric) yang selamanya
adalah tidak sesuai dengan kebebasan individu dan melampaui hak-hak
yang diperlukan untuk seseorang manusia.
Cuma perbezaanya ialah satu badan pencegahan jenayah yang
dianggotai oleh lima orang yang diberikan kuasa untuk mengeluarkan
perintah tahanan dan bukannya menteri dalam negeri bagi ISA dan EO.

Walaubagaimanapun, badan pencegahan jenayah tersebut tiada kuasa


untuk menyiasat, memeriksa semula ketepatan siasatan kepada apa-apa
penemuan oleh pegawai penyiasat. Oleh kerana itu badan pencegahan
jenayah tersebut ketika menggunakan budi bicaranya mengeluarkan
perintah tahanan secara efektifnya tertakluk kepada laporan oleh pegawai
siasatan.

Lebih mendukacitakan sebarang keputusan oleh badan pencegahan


jenayah tersebut tidak boleh dicabar di mahkamah melainkan ketidak
patuhan prosedur.

Oleh itu penahanan tanpa bicara ini adalah satu alat yang berkuasa
pada tangan kerajaan sekarang dan terbuka kepada disalah guna
sepertimana ISA dan EO dimana kita melihat activist, pemimpin politik,
blogger dan wartawan ditahan untuk menyekat tentangan politik kepada
kerajaan

Saya suka mengambil kesempatan dalam ruangan ini, bahawa sebagai


salah seorang bekas tahanan ISA di Kemunting (1984-1986), saya
menegaskan bahawa penahanan saya itu tidak ada sebab lain melainkan
sebab politik. Dimana tujuan pihak berkuasa adalah untuk membendung
pengaruh PAS dan hasrat kerajaan untuk melaksanakan pemerintahan
secara tidak demokratik.

Saya telah merasai apa yang menimpa diri saya adalah kezaliman
yang telah dilakukan oleh kerajaan BN ke atas diri saya. Daripada awal
penahanan, saya telah mencabar mereka untuk menuduh saya di bawah
mana-mana undang dan di bawa kes ke mahkamah. Mereka menahan saya
selama dua tahun dua bulan adalah bagi memuaskan nafsu besar Dr.
Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri pada ketika itu.

Apa yang seharusnya dilakukan oleh kerajaan pada hari ini ialah
mengajak para alim ulama dan pakar undang-undang khususnya pakar di
dalam perundangan Islam untuk memulakan suatu penggubalan undang-
undang baru yang lebih mendekati kehendak syara dan mampu menjaga
kepentingan asasi manusia iaitu agamanya, nyawanya, akalnya,
keturunannya dan harta bendanya.

Tentulah tidak dapat dinafikan bahawa undang-undang hudud dan


qisas serta takzir atau pun undang-undang berdasarkan Syariat Islam telah
dijamin keadilannya oleh Allah SWT yang mencipta alam ini.

Marilah kita sama-sama mengambil peringatan dengan firman Allah SWT :

MAKSUDNYA : (setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu


(engkau dan pengikut-pengikutmu, Wahai Muhammad) ke arah ugama Yang
jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, Iaitu ugama Yang Allah
menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk
menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah
itu; itulah ugama Yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahui. (Surah Ar-Ruum; 30)

Kenapakah manusia ini apabila gagal melakukan kebaikan atau


menghadapai kesusahan kerana perlakuan manusia itu sendiri tidak mahu
kembali kepada perintah Allah SWT seru sekalian alam. Sebaliknya mahu
melakukan kezaliman ke atas manusia dengan undang-undang kebinatangan
yang menggunakan kuasa kerajaan terhadap rakyat.
PAS sentiasa waspada terhadap usaha kerajaan mengongkong rakyat
sehingga mereka tidak bebas mempraktikkan hak-hak mereka sebaliknya
PAS juga ingin menyaksikan bahawa kerajaan telah membuka luas pintu
jenayah negara ini melalui dasar liberal mereka dan mendiskriminasikan
Islam dan penganutnya di negara ini. Kita memberi amaran kepada kerajaan
janganlah menggunakan kuasa dan menjadi Taghut (tuhan kebendaan) bagi
menguasai rakyat negara ini.

Anda mungkin juga menyukai