Anda di halaman 1dari 10

Teks Pengacara Majlis Sambutan Hari Guru

CONTOH TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS SEMPENA SAMBUTAN HARI


GURU

( Seperti sebelum ini, Teks ucapan dibawah adalah sekadar contoh yang saya sediakan
untuk rakan rakan guru yang memerlukan bantuan untuk Sambutan Hari Guru ..Tidak
ada kaitan langsung dengan apa yang sebenarnya berlaku di SMK Demak Baru.Saya
sekadar menggunakan nama-nama yang berkenaan sahaja.)
Siapa yang berkenan tu ambillah ya...tapi hanya satu je...jangan lupa tinggalkan
komen ...
kita sama-sama berkogsi idea di sini.. Pantun-pantun yang ada itu saya cipta
seadanya..jadi tidak seindah seperti pantun orang lain

PENGENALAN

PERHATIAN .MINTA KERJASAMA SEMUA PELAJAR UNTUK MEMBERI LALUAN


MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU AKAN BERLANGSUNG SEBENTAR LAGI.
TERIMA KASIH
.
PARA PELAJAR DIINGATKAN BERDIRI KETIKA PERARAKAN MASUK GURU-GURU
KE DATARAN SMK DEMAK BARU.

PERARAKAN GURU

RAKAN-RAKAN PELAJAR SEKALIAN,MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMBERIKAN


TEPUKAN YANG GEMURUH KEPADA SEMUA GURU-GURU SMK DEMAK BARU

MAJLIS MEMOHON TUAN PENGETUA UNTUK MENABURKAN KUNTUMAN-


KUNTUMAN BUNGA DIIRINGI OLEH PENOLONG-PENOLONG KANAN KEPADA
BARISAN GURU-GURU YANG DIKASIHI DAN DIRAIKAN.
SEBELUM MAJLIS DITERUSKAN KITA AKAN SAKSIKAN DAHULU PERSEMBAHAN
KAWAD KAKI DARIPADA KADET PERTAHANAN AWAM.PBSM,KADET
POLIS,PENGAKAP DAN KRS...SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN.

DEMIKIANLAH TADI PERSEMBAHAN KAWAD KAKI YANG DIPERSEMBAHKAN OLEH


WAKIL DARI KADET MASING-MASING.TERIMA KASIH DIUCAPKAN.

Ya Rasulullah,dikau guru kami yang teragung,


Sambutan hari guru akan kami sambut,bukan sahaja sebuah penghargaan buat guru-
guru kami,bahkan kami sertakan juga buat dikau sebagai guru kepada guru-guru kami...
BISMILLAHIRAHMANIRAHIMASSALAMUALAIKUM , SALAM SEJAHTERADAN
SELAMAT PAGI

YANG BERUSAHA
CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID ,
PENGETUA SMK DEMAK BARU

YANG DIHORMATI

EN BUSMAN BIN RAMLI


YANG DIPERTUA PIBG,SMK DEMAK BARU
YANG DIHORMATI,

PN MISIA BINTI HJ ZAIN


PENOLONG KANAN AKADEMIK

YANG DIHORMATI,

EN RAZALIE BADAR
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
,
EN SELAMAT BIN MASUNI,
PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM.
.
EN JAMAL SHUKURI BOLAHASSAN
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS,
BARISAN PENDIDIK YANG DISAYANGI.
WARGA KERJA SMK DEMAK BARU
AJK-AJK PIBG SMK DEMAK BARU.
BARISAN PENGAWAS DAN RAKAN-RAKAN YANG DIKASIHI SEKALIAN

.BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI,KERANA PADA PAGI INI KITA DAPAT


BERSAMA-SAMA BERKUMPUL BAGI MERAIKANKAN INSAN YANG AMAT KITA
SANJUNGI DAN HARGAI..
Pergi ke pasar membeli lada
tidak lupa membeli kuini
GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA.
itulah tema perayaan hari guru tahun ini..
NYANYIAN LAGU NEGARAKU/LAGU SEKOLAH

SEBAGAI PEMBUKA TIRAI,MAJLIS KITA PADA HARI INI.DIJEMPUT PARA GURU DAN
PELAJAR BERDIRI DAN BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU KEBANGSAAN
LAGU NEGARAKU DAN DIIKUTI PULA LAGU SEKOLAH DEMAK GEMILANG.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN ITU TADI.


BACAAN BACAAN DOA
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN
Panggilan cikgu adalah keramat
Bersabar menabur jasa dan juga bakti
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS KITA PADA HAR INI YANG PENUH
BERMAKNA IN,MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAH TANGAN MENGAMINKAN
BACAAN DOA YANG AKAN DLAFAZKAN OLEH AL FADHIL USTAZ BADRUL HISYAM
BIN MAJID.

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMANYA MEMPERSILAKAN.


Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

MAJLS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH


KEPADA USTAZ BADRUL HISYAM BIN MAJID ATAS BACAAN DOA ITU TADI.
YA ALLAH KAU BERIKANLAH RAHMAT
UNTUK DIA INSAN GURU YANG KAMI SAYANGI
SEMOGA HIDUPNYA SENTIASA SELAMAT
DALAM SETIAP CABARAN YANG DIHARUNGI....

UCAPAN DARIPADA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA.

SIDANG MAJLIS SEKALIAN, AGENDA SETERUSNYA ADALAH MEMBACA


PERUTUSAN DARIPADA PENGAEAH PELAJARAN MALAYSIA.DENGAN ITU MAJLIS
MENJEMPUT EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN UNTUK MEMBACAKAN TEKS
PERUTUSAN TERSEBUT..
DEMIKANLAH TADI TEKS UCAPAN DARIPADA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA.
PASTINYA SEGALA NASIHAT DAN AMANAT AKAN MENJADI INGATAN DAN
PEDOMAN UNTUK SEMUA.TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA CIKGU JAMAL .
JALAN BERIRINGAN BERPEGANGAN TANGAN
KALAU TERJATUH SAMA MERASA
GURU DAN MURID MENCIPTA KEMERLANGAN
SAMA-SAMA MENABUR JASA..

UCAPAN MENTERI PELAJARAN


SETERUSNYA PULA MAJLIS MENJEMPUT EN SELAMAT BIN MASUNI UNTUK
MEMBACAKAN TEKS UCAPAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA.DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN SELAMAT MASUNI .

UCAPAN WAKIL PELAJAR.

BERHENTI HUJAN TERBIT PELANGI


INDAH DIPANDANG TAK MAMPU DIDEKATI
IKHLAS AJARANNYA KAMI SANJUNGI
BUDIMU GURU DI KENANG SAMPAI MATI

PARA GURU DAN PELAJAR SEKALIAN, SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT


PERWAKILAN KETUA PENGAWAS SELAKU KETUA MURID SMK DEMAK BARU
MEWAKILI PARA PELAJAR.IAITU
SAUDARA.........................................................UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN
KHAS SEMPENA HARI GURU. DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SAUDARA .......................................... ATAS
UCAPAN SEBENTAR TADI.
LUAS SUNGGUH SAWAH DI SANA
CANTIK TERLIHAT DIWAKTU SENJA
ENGKAULAH GURU INSAN BIJAKSANA
GIGIH MENDIDIK BERHATI WAJA

UCAPAN YDP PIBG


PARA HADIRIN SEKALIAN, MAJLIS MENJEMPUT PULA USTAZ BUSMAN RAMLI YG
DIPERTUA PIBG MEWAKILI IBU BAPA UNTUK MENYAMPAIKAN
UCAPAN.DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ...................................................... ATAS
UCAPAN ITU TADI.

UCAPAN PERASMIAN OLEH PENGETUA


KAIN BATIK CANTIK BERSERI
DIBAWA DARI PULAU JAWA
GURU MENDIDIK ILMU DIBERI
KEIKHLASAN GURU MENYENTUH JIWA

HADIRIN SEKALIAN MAJLIS DITERUSKAN DENGAN SEGALA HORMATNYA


MEMPERSILAKAN CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID PENGETUA SMK DEMAK BARU
BAGI MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN PERAYAAN
HARI GURU SMK DEMAK BARU. DIPERSILAKAN .

CANTIK SUNGGUH SI ANAK KEDIDI,TERIMA KASIH DI UCAPKAN DI ATAS


UCAPAN ITU TADI...SEGALA AMANAT AKAN KEMAS TERSIMPAN DI HATI.

BACAAN IKRAR GURU/NYAYIAN HARI GURU


PEGANG KACA HARUS BERINGAT
BIMBANG TERLUKA SUSAH NANTI
IKRAR DIBACA PENUH SEMANGAT
JANJI TERPATRI DISUDUT HATI

BERALIH KITA KE ACARA SETERUSNYA DENGAN MENJEMPUT SEMUA GURU KE


PENTAS UNTUK BACAAN IKRAR YANG AKAN DIKETUAI OLEH EN SAEII BISUNI
.MOHON PARA GURU BERDIRI DI ATAS PENTAS DAN SELEPAS ITU,KITA AKAN
DIPERDENGARKAN DENGAN KELUNAKAN SUARA OLEH PARA GURU DENGAN
NYANYIAN LAGU KAMI GURU MALAYSIA ,LAGU PENDIDIK BUMI KENYALANG DAN
BIARKU MENJADI LILIN.
DEMIKIANLAH TADI NYAYIAN BEBERAPA LAGU DARIPADA GURU-GURU YANG
KITA SAYANGI.

ACARA PEMOTONGAN KEK

SEKARANG KITA TELAH SAMPAI KE ACARA PEMOTONGAN KEK OLEH PN


PENGETUA DAN PEN.-PEN KANAN,MOHON PARA GURU BERSAMA-SAMA BAGI
MENGIRINGI PENGETUA UNTUK ACARA PEMOTONGAN KEK.
MAJLIS MENGUCAPKAN SETINGGI PENGHARGAAN KEPADA PARA GURU DI ATAS
KERJASAMA YANG DIBERIKAN. KEK ITU TADI ADALAH SUMBAGAN DARI BANK
RAKYAT.

PERSEMBAHAN MURID PPKI


PARA GURU DAN RAKAN PELAJAR SEKALIAN.
DARI TEBU MENJADI GULA
ARENA PERSEMBAHAN MENYUSUL PULA
DARI PELAJAR GURUPUN ADA
ILMU DIBERI KEKAL SAMPAI BILA-BILA..
BUAT BEKALAN PENUH DI DADA..

PERSEMBAHAN TARIAN

BAGI MEMERAHKAN LAGI MAJLIS KITA PADA PAGI INI, KITA MULAKAN DENGAN
SATU PERSEMBAHAN TARIAN 1 MALAYSIA DARIPADA PELAJAR PENDIDIKAN
KHAS SEBAGAI TATAPAN KHUSUSNYA UNTUK GURU-GURU YANG DIRAIKAN
PADA HARI INI. SAMA-SAMALAH KITA SAKSIKAN .

UNTUK MAKLUMAN HADIRIN SEKALIAN,PERSEMBAHAN ITU TADI DI BAWAH


PIMPINAN PUAN KAMARIAH KUNGGIDAN PUAN LINA MILI.

SEKALUNG PENGHARGAAN DIUCAPKAN.


PERSEMBAHAN NYAYIAN DARI WAKIL PELAJAR

SETERUSNYA KITA AKA N DIHIBURKAN PULA OLEH ALUNAN SUARA DARIPADA


NYAYIAN ADIK..................................DENGAN TAJUK LAGUNYA.............................. SA
BEGITULAH MERDUNYA ALANUN SUARA OLEH ADIK---------------------...............
YANG DIHADIAHKAN OLEH PELAJAR BUAT GURU-GURU YANG
TERSAYANG..SEKALUNG PENGHARGAAN TERMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN
ISTMEWA ITU TADI..

CABUTAN BERTUAH
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,
KITA HENTIKAN SEKETIKA ACARA PERSEMBAHAN YANG SETERUSNYA UNTUK
MEMBERI LALUAN CABUTAN BERTUAH PULA.DENGAN SEGALANYA HORMATNYA
MENJEMPUT PN MISIA HJ ZAIN,PENOLONG KANAN PENTADBIRAN UNTUK
MENCABUT LIMA NOMBOR BERTUAH.DENGAN SEGALA HORMATNYA
DIPERSILAKAN.

DIBACAKAN NOMBOR BERTUAH YANG PERTAMA IAITU.


PERSEMBAHAN BADAN PENGAWAS
MAJLIS AKAN DISERIKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN PERSEMBAHAN
SKETSA DARIPADA BADAN PENGAWAS. SAMA-SAMA LAH KITA SAKSIKAN.
.
DEMIKIANLAH TADI PERSEMBAHAN PERSEMBAHAN SKETSA OLEH BADAN
PENGAWAS.

PERSEMBAHAN GURU

MAJLIS TIDAK AKAN MERIAH JIKALAU TIDAK DISERIKAN DENGAN


PERSEMBAHAN OLEH GURU..DIJEMPUT CIKGU .................................UNTUK
MENYAMPAIKAN SEBUAH LAGU YANG BERTAJUK...............................................
DENGAN INI DIPERSILAKAN

TERIMA KASIH DIUCAPKAN

PERSEMBAHAN LAGU PUISI

HANYA INI YANG MAMPU KUBERI


LAGU PUISI UNTUKMU HAYATI
JASA GURU TIDAK TERPERI
TIDAK JEMU MENABUR BAKTI

PERSEMBAHAN SETERUSNYA PULA ADALAH NYANYIAN LAGU PUISI DARIPADA


BEBERAPA ORANG PELAJAR SMK DEMAK BARU.
DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH KEPADA KUMPULAN NYANYIAN PUISI ITU TADI.

PENYAMPAIAN KAD UCAPAN/TANDA HATI KEPADA PENGETUA.

WARGA PENDIDIK,WARGA KERJA SERTA RAKAN-RAKAN PELAJAR SEKALIAN..


ACARA PADA PAGI YANG BERBAHAGIA INI DITERUSKAN LAGI DENGAN
PENYAMPAIAN KAD-KAD UCAPAN HARI GURU DAN TANDA HATI DARIPADA
BADAN BERUNIFORM KELAB DAN PERSATUAN KEPADA INSAN YANG KITA
SAYANGI LAGI KASIHI PENGETUA SMK DEMAK BARU CIKGU HAJAH FATIMAH
HAMID
.
SEBELUM ITU MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MENJEMPUT PENOLONG-
PENOLONG KANAN BAGI MENGIRINGI TUAN PENGETUA KE PENTAS BAGI
MENERIMA KAD-KAD DAN TANDA HATI DARIPADA WAKIL SETIAP KELAB DAN
PERSATUAN.
DENGAN SEGALA HORMATNYA DPERSILAKAN.
DIMULAKAN DENGAN WAKIL DARI
1.KELAB PENCIPTA ALAM
2.KELAB KOPERASI
3.KELAB KEUSAHAWANAN PPKI
4.PBSM
5.PENGAKAP
6.KRS
7.PERTAHANAN AWAM (KAFA)
8.PERTAHANAN AWAM (KAFA) PENDIDIKAN KHAS
9.PANDU PUTERI
10.PUTERI ISLAM
11.KADET BOMBA
DAN YANG TERAKHIR
12.KADET POLIS.

PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS SUMBANGAN PIBG


ANUGERAH DIBERI SEKADAR SUKA HATI
MENJADI SALAH SATU ACARA PERSEMBAHAN
SEMUA GURU HEBAT DIHATI
SUNGGUH SUSAH MEMBUAT PILIHAN

MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KEPADA


BEBERAPA ORANG GURU YANG TELAH BERJAYA MENAMBAT HATI PELAJAR-
PELAJAR SMK DEMAK BARU.UNTUK MAKLUMAN ,TELAH DIBUKA SEJAK
SEBULAN YANG LALU.SEMUA GURU TELAH DICALONKAN DAN PEMILIHAN TELAH
DILAKUKAN OLEH SEMUA PELAJAR DI SEMUA TINGKATAN .UNDI TERTINGGI
TELAH TERPILIH DIANGGAP PEMENANG
DIMULAKAN DENGAN
* Anugerah Guru Paling Rajin.
* Anugerah Guru Paling Berdedikasi
* Anugerah Guru Paling Berketrampilan
* Anugerah Guru Paling Periang
* Anugerah Guru Paling Prihatin
*Anugerah Guru Paling Penyayang
*Anugerah Guru Paling Popular
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PUAN PENGETUA ATAS PENYAMPAIAN
ANUGERAH ITU TADI.

PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA GURU-GURU TINGKATAN.


Guru
Mencurahkan ilmu dengan motivasi
Mengajar dengan penuh dedikasi
Bersabar menabur jasa dan bakti
Mengisi minda yang masih kosong ini
Pengorbananmu ku sanjungi
Menjadi penggerak jati diri
Terimalah sedikit cenderahati
Sebagai tanda kenangan budi

SETERUSNYA PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA GURU-GURU


TINGKATAN.DIJEMPUT KETUA-KETUA KELAS DISEMUA TINGKATAN MEWAKILI
KELAS MASING-MASING UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAMATA ATAU TANDA
HATI KEPADA GURU KELAS MASING-MASING.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PELAJAR SMK DEMAK BARU ATAS
TANDA INGATAN ITU TADI..SESUNGGUHNYA..BUDI YANG DTABURKAN OLEH
GURU SELAMA INI TAK TERMAMPU UNTUK DIBALAS.. UCAPAN TERIMA KASIH
KAMI BUAT CIKGU..SEBENARNYA ADALAH TERLALU KECIL JIKA DIBANDINGKAN
DENGAN PENGORBANAN YANG DILAKUKAN OLEH GURU SELAMA INI.
Sekuntum terima kasih kami berikan,
Sebagai mengharumkan hatimu yang suci,
Setelah mendidik kami dengan sepenuh hati,
Menjadi insan bijak bestari,

kami mengharapkan para guru akan terus dirahmati Tuhan dengan tubuh badan
yang sihat. Malah kami berharap agar para guru tidak jemu untuk mendidik kami
agar menjadi insan yang berguna. Kami berjanji akan belajar bersungguh-
sungguh, seterusnya memperolehi keputusan yang cemerlang

MARILAH SAMA-SAMA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH CIKGU KEPADA BARISAN


GURU YANG KITA Guru,
SEMUA SAYANGI INI.
NYAYIAN LAGU IBU PERTIWIKU

PARA GURU DAN RAKAN PELAJAR YANG BUDIMAN.


KITA SEMAKIN HAMPIR KE PENGHUJUNG MAJLIS,SEBELUM KITA BERSURAI
MARILAH SAMA-SAMA KITA BERDIRI DAN BERSAMA-SAMA MENYAYIKAN LAGU
IBU PERTIWKU
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN ITU TADI.

PENUTUP

AKHIRKATA TAMATLAH SUDAH MAJLIS KITA PADA PAGI INI. SEKALI LAGI SYABAS
DAN TAHNIAH KEPADA WARGA SMK DEMAK BARU KERANA DAPAT BERSAMA-
SAMA DALAM SAMBUTAN HARI GURU BAGI TAHUN INI.

sesungguhnya guru insan kedua selepas ibu bapa yang paling berjasa kepada
kita
dia memberitahu,memahamkan,mendidik dan memimpin kita untuk mencapai
kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan akhirat.
tanpa guru siapalah kita

AYUH BERSAMA KITA UCAPKAN SELAMAT HARI GURU MAJLIS MENJEMPUT


SEMUA GURU DAN DIF-DIF JEMPUTAN UNTUK MENIKMATI SEDIKIT JAMUAN
RINGAN DI KAWASAN LOBI.
KEPADA SEMUA PELAJAR JAMUAN DI ADAKAN DI KELAS MASING-MASING.
TERIMA KASH DAUN KELADI
PANJANG UMUR KITA SAMBUT LAGI
BUAT GURU KAMI SUDAHI
SELAMAT HARI GURU BUATMU DIKASIHI
JASA GURU TERPAHAT DIHATI
SEKIAN.SALAM SEJAHTERA

WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT

payahnya nak ucap terima kasih kan.......