Anda di halaman 1dari 8

Sirih junjung berhias indah,

Sekacip pinang pembuka kata,

Bunga manggar kilau bercahaya,

Datang berkunjung ke majlis meriah,

Sejarah terukir nilai permata,

Lembaran sejarah kini bermula.

Diiringi paluan kompang, berjalan masuk ke Dewan, pasangan pengantin yang


cantik lagi menawan, yang segak lagi bergaya, pasangan Raja Sehari; NAMA
POMPUAN... dan NAMA LAKI

Anak Cina memasang lukah

Lukah dipasang di Tanjung Selasih

Pasangan pengantin segak melangkah

Mara menuju mahligai kasih

Panas kering siapakan tahu

Hujan rintik di Pulau Pandan

Berjalan seiring bersentuh bahu

Samalah cantik samalah padan

<MEMPELAI BERADA DI PENTAS>

Melayang serindit di atas permatang

Merbah berkicau di hujung muara

Pemanis kata selamat datang

Awal Bismillah pembuka bicara


Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamu `Alaikum W.B.T.

Allah swt berfirman di dalam surah Ar-Rum ayat 21:

Maksudnya

Dan di antara membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia


menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri,
supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di
antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya
yang demikian itu mengandungi keterangan - keterangan (yang menimbulkan
kesedaran) bagi tanda-tanda orang-orang yang berfikir.

Hari ini menugal jagung

Hari esok memintal tali

Hari ini kita berkampung

Meraikan mempelai dua sejoli

Di malam hari terang senegeri

Memberi cahaya di tengah balai

Majlis indah bertambah seri

Untuk meraikan kedua mempelai

Yang dihormati Tan Sri-tan Sri, Puan Sri-puan sri, dato-dato, datin-datin, tuan-tuan,
puan-puan serta hadirin sekalian, bagi pihak keluarga Tuan... dan Puan . , saya
ingin mengalu-alukan kehadiran semua tetamu jemputan pada hari ini.
Sesungguhnya kehadiran para tetamu sekalian amatlah bermakana dan dapat
menyerikan majlis kita pada hari ini.
Burung Nuri hinggap di balai

Balai seri buatan Pak Tua

Tempat berehat rakan dan taulan

Duduk tersenyum kedua mempelai

Menadah tangan memanjatkan doa

Moga jodoh sentiasa berkekalan

Dengan itu, bagi memohon majlis ini diberkati dan dirahmati Allah, marilah sama-
sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh
..

Terima kasih diucapkan.

Orang jauh dikenang-kenang

Hanya terkenang pada yang satu

Mula berkenalan kemudian bertunang

Akad dilaksana sama bersatu

Anak Cina mengail patin

Mengail patin di tepi titi

Senyum terukir pasangan pengantin

Tanda gembira penuh di hati


Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini, mereka mula berkenalan
dan akhirnya memutik rasa cinta di dalam hati kedua-dua pasangan ini.

Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat restu keluarga, mereka
mengikat tali pertunangan pada _________________. Dan pada hari yang penuh
bermakna ini, janji sepakat yang telah dibuat telah ditunaikan di dalam Majlis yang
penuh berbahagia ini.

Bagi tidak membuang masa lagi, kita terus ke majlis menepung tawar dan merenjis
air mawar.

Dengan itu, saya menjemput :

Demikianlah tadi, acara menepung tawar dan merenjis air mawar bagi
memeriahkan majlis persandingan pasangan dua sejoli yang segak dan cantik di
singgahsana.

Puan dibawa ke Gunung Ledang

Dibawa dengan penuh beradab

Pinggan mangkuk telah terhidang

Kini masa makan beradab


Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan
beradab. Dengan rasa hormatnya, saya menjemput pasangan pengantin dan ahli
keluarga untuk bersama - sama ke meja yang disediakan bagi menikmati hidangan.

Semerbak bunga seroja

Dibelai dara pingitan

Lauk pauk penuh semeja

Jemput mempelai menikmati hidangan

Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan
untuk sama sama menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang
baru tiba, saya mengalu alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis
yang bersejarah ini.

Orang jauh dikenang-kenang

Hanya terkenang pada yang satu

Mula berkenalan kemudian bertunang

Akad dilaksana sama bersatu

Hadirin sekalin, suka duka, kasih-cinta, pahit manis waktu berkasihan dan
diijabkabulkan ingin dikongsi oleh pasangan mempelai, buat sekalian yang hadir.
Sama-sama kita saksikan persembahan multimedia.
Demikianlah tadi, persembahan layar yang memuatkan gambar gambar pasangan
mempelai yang kita raikan ini dari zaman kanak kanak sehinggalah mereka
dewasa dan seterusnya menjadi suami dan isteri.

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya

Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Dengan itu, Majlis ingin mempersilakan Dr. Ab Latif Bin Ibrahim, ayahanda
pengantin perempuan untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Kepada pasangan pengantin, itulah sebentar tadi luahan rasa hati daripada
ayahanda tercinta mendoakan agar ikatan yang terbina akan sentiasa diBerkati dan
diRahmati Allah S.W.T.

Aduhai NAMA PENGANTIN POMPUAN dan juga NAMA PENGANTIN LAKI

Janganlah risau jangan gundah,

Ambik senang ambik mudah

Pesan tok imam dalam khutbah nikah,

Sentiasa waras dalam susah

Jangan seperti retak menunggu belah

Rahsia di rumah jangan di bawa ke tanah

Didengar orang jadi fitnah

Banyak sabar banyak tabah

InsyaAllah rukun damai serumah-rumah.


Hadirin yg dimuliakan, agenda majlis diteruskan ke upacara memotong kek selamat
pengantin baru. Dipersilakan kedua mempelai berangkat ke sudut kiri pentas utk
upacara memotong kek.

Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta


itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi
melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.

Tiup serunai di atas kota

Uda memupuk bunga melati

Mula kenal kemudian bercinta

Cinta tersemai di dalam hati

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan

Umpama berkayuh telah sampai di muara

Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan
ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat
semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh
keberkatan ini.

Tanam laguna tumbuh kelapa

Terbit bunga pucuknya mati

Budi semua kami tak lupa

Sudah terpaku di dalam hati

Tuan puteri tersenyum-senyum


Melihat laksamana bermain rodat

Senyum-senyum jangan tak senyum

Sudah sempurna segala adat

Pergi ke dusun memetik kelapa

Kelapa muda si kelapa barli

Jari disusun maaf dipinta

Panjang usia bersua kembali

Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa
kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat
semua, Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.