Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN SEKOLAH (SESI PETANG)

TARIKH : 17 MEI 2017 (RABU)


MASA : 1200 1300

1. Nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah.

2. Bacaan doa.

3. Majlis penyampaian hadiah


3.1Bulan bahasa (Panitia Bahasa Melayu)
3.1.1 Pertandingan deklamasi sajak dan pidato bagi tingkatan 1 3.
3.2 Bulan bahasa (Panitia Bahasa Inggeris)
3.2.1 Pertandingan public speaking, essay writing, spelling bee dan poem recitation.
3.3 Pertandingan catur (11-12 Mei 2017 di SMK Assyakirin)
3.3.1 Tempat kedua (P15)
3.3.2 Tempat ketiga (L15)

4. Laporan disiplin (Cikgu A. Vignisbary)


4.1Cikgu A. Vignisbary menegur pelajar kerana tidak membuat sebarang catatan seperti yang
telah dimaklumkan dalam perhimpunan yang lepas. Untuk masa akan datang jadikan
mencatat nota penting semasa perhimpunan sebagai amalan.
4.2Semasa peperiksaan yang akan berlangsung pada minggu hadapan, pelajar tidak
dibenarkan untuk meniru dan perlu mematuhi semua peraturan peperiksaan.
4.3Pelajar diingatkan tentang isu ponteng yang semakin teruk belakangan ini dan amaran
diberikan kepada pelajar yang ponteng.
4.4Penggunaan permainan fidget spinner yang berleluasa di sekolah. Pelajar dilarang untuk
membawa, membeli atau menjual alat tersebut di sekolah.
4.5Teguran kepada pelajar yang meninggalkan buku teks di dalam kelas dan kawasan
sekolah. Hukuman akan dikenakan kepada pelajar jika melakukan kesalahan tersebut.
Tindakan kali pertama : kembalikan buku teks jika dapat mengesan pemiliknya
Tindakan kali kedua : buku teks akan disita.

5. Ucapan pengetua
5.1Untuk pelajar tingkatan 3, ujian lisan bertutur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris PT3
telah berlangsung tetapi masih ada pelajar yang tidak hadir semasa peperiksaan dan
melengah-lengahkan ujian tersebut. Penilaian kerja kursus PT3 untuk Sejarah sedang
berlangsung dan perlu disiapkan di dalam kelas dalam masa yang telah ditetapkan. Jika
pelajar tidak melengkapkan tugasan untuk PT3, pelajar ini tidak akan diberi kelas semasa
ke tingkatan 4 tahun hadapan. Untuk pelajar tingkatan 1 dan 2, PBS juga perlu
dilengkapkan dan pengetua berharap keputusan peperiksaan pelajar akan meningkat pada
PP1 nanti
5.2Isu kebersihan masih lagi disebut, terutamanya yang melibatkan Projek Bins (Kitar
semula). Perlu dilaksanakan mengikut kriteria pertandingan yang telah disebut dalam
perhimpunan lepas. Jika projek ini tidak berjaya, pelajar akan dikenakan denda RM 1 setiap
seorang setiap bulan.
5.3Sambutan Hari Guru peringkat sekolah akan diadakan pada 26 Mei 2017. Hanya pelajar
sesi pagi dan 25 orang pengawas sesi petang akan terlibat.
5.4Cuti penggal pertama akan bermula dari 27 Mei 2017 hingga 11 Jun 2017. Pelajar
tingkatan 3 akan menduduki peperiksaan selepas cuti.
5.5Sekali lagi isu ponteng sekolah/ kelas ditekankan oleh pengetua. Jika pelajar ponteng lebih
20 hari, akan dikenakan hukuman gantung sekolah (semasa peperiksaan).
5.6Mulai penggal kedua, papan tanda kelas tidak akan diletak lagi di tapak perhimpunan.
Pelajar perlu ingat kedudukan barisan masing-masing.
5.7Pengumuman pelajar yang kehilangan sejumlah wang sila berjumpa dengan PK HEM.

6. Perhimpunan tamat pada jam 1 petang.

Dicatat oleh,

(HAIRFA CHE ZAIR)

Anda mungkin juga menyukai