Anda di halaman 1dari 2

Pangkalan Sultan Abdul Halim runtuh di tepi laut Butterworth, Pulau Pinang,

Malaysia. Ia berlaku pada hari Ahad, jam 4.40 petang, 31 Julai 1988. Suasana panik
itu menyebabkan 32 orang mati dan 1,674 orang lagi cedera.

Laluan kanan jambatan terminal masih boleh digunakan. Pengguna lain pula beralih
kepada Jambatan Pulau Pinang yang jauh dan lebih cekap.

Punca tragedi ini adalah kesesakan teruk di Pangkalan Sultan Abdul Halim ini sekitar
10,000 orang. Terdapat dua perayaan serentak melibatkan kaum Cina iaitu Pesta
Dewi Kwan Yin di Georgetown dan sambutan ulang tahun Gereja St Anne di Bukit
Mertajam, Pulau Pinang. Perarakan kereta berhias diadakan di Padang Kota Lama
dan di Padang Kota Baru serta melalui jalan-jalan utama di bandar Georgetown.
Patung-patung puteri dewi ini diarak di sepanjang jalan berlampu warna-warni di
tengah-tengah bandar raya pada hari Ahad malam 31 Julai 1988. Penganut agama
Buddha dari kalangan kaum Cina terpanggil untuk hadir kerana ia diadakan 60
tahun sekali saja mengikut kalendar China (sekali dalam jangka masa seumur
hidup) dan perayaan ini dipercayai membawa tuah kerana Kwan Yin bermaksud
'Dewi Pemurah'. Pelancong dari Singapura, Hong Kong dan Taiwan juga turut serta
ketika itu.

Gereja St Anne di Bukit Mertajam juga mengadakan pesta besar-besaran sempena


ulang tahunnya. Ramai kaum Cina menganut ugama Kristian berdoa di gereja ini
pada pagi Ahad dan petangnya mereka bergerak ke Pulau Pinang untuk melancong
dan melakukan upacara keagamaan Buddha.

Kesesakan di Jambatan
Kebiasaan pada hujung minggu, ramai yang memilih ke pulau untuk menikmati
keindahan selat Butterworth, menikmati keindahan matahari merah terbenam dan
seterusnya berjalan kaki ke Padang Kota. Disebabkan itu, Jambatan Pulau Pinang
yang dibuka pada 1985 itu tidak dapat menampung terlalu banyak kenderaan
awam.

Kesesakan jeti
Pangkalan Sultan Abdul Halim dibina pada 1956 tidak mampu menampung
'serbuan' 10,000 penumpang. Tiangnya daripada besi kongkrit sementara lantai
daripada papan tebal. Gelegar lantai, pagar dan dinding daripada besi tumpat,
melintasi ruang laluan kereta di sebelah bawah. Pangkalan ini ada dua tingkat.
Tingkat bawah untuk laluan kenderaan yang keluar dan masuk. Tingkat atas pula
untuk laluan penumpang dari Stesen bas Butterwoth - keluar dan masuk. Jam 4.40
petang itu, gelegar besi jambatan terminal bengkok dan patah. Lantai-lantai papan
turut roboh. Dinding besi dan bumbung roboh ke bawah. Penumpang bahagian atas
menggelongsor dan terhimpit oleh tiang dan pelantar papan. Kenderaan di bawah
remuk

Mangsa
Seramai 32 orang mati dan pada masa yang sama mencederakan 1,674 orang.[2]
Mangsa dibawa ke Hospital Butterworth, Hospital Bukit Mertajam dan lain-lain.
Pasukan Bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa. Laluan sebelah kiri itu
terhenti seluruhnya. Tetapi laluan sebelah kanan masih boleh beroperasi membawa
penumpang ke pulau dan sebaliknya. Runtuhan ini dibiarkan begitu sahaja buat
beberapa lama untuk siasatan dan rancangan pembesaran.Berita pangkalan feri
runtuh ini disiarkan oleh Berita Utama TV3 jam 8.00 malam

Kesan
Selepas kejadian itu, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang membuat kajian
terhadap kesesuaian dan kecekapan penggunaan feri antara Butterworth dengan
Pangkalan Raja Tun Uda di sebelah Pulau Pinang. Penumpang bas ekspres tidak
sahaja diturunkan di Stesen Bas Butterwoth tetapi juga dipindahkan di Sungai Dua
dan Gelugor.

Kini, perkhidmatan feri semakin tidak cekap dan lambat menyebabkan penumpang
terpaksa beratur panjang. Hanya pelancong dan pengunjung yang bernostalgia
akan menggunakan feri tersebut. Pekerja yang berulang alik menyeberangi selat
lebih suka memilih Jambatan Pulau Pinang.Pangkalan Sultan Abdul Halim dibina
semula dengan beberapa pengubahsuaian.

Dalam Budaya masyhur


Pada 11hb April 2015 dan 2hb Ogos 2015, Program TV3, Detik Tragik telah
menayangkan sebuah episod mengenai tragedi berkenaan.[6]

Rujukan
Jejak: Tregedi hitam terminal feri
^ Gambar mangsa
^ Kenaikan tambang feri membebankan rakyat
^ Mesyuarat DUN Pulau Pinang
^ Pulau Pinang Feri Runtuh Berita Utama TV3 pada 1988
^ "Detik Tragik' - Paparan Eksklusif Tragedi & Bencana Di Malaysia". extra Tonton.
12 Mei 2015. Dicapai pada 2016-05-05

Anda mungkin juga menyukai

  • Adat Tradisi
    Adat Tradisi
    Dokumen6 halaman
    Adat Tradisi
    Chong Hui Yi
    Belum ada peringkat
  • Adat Tradisi
    Adat Tradisi
    Dokumen6 halaman
    Adat Tradisi
    Chong Hui Yi
    Belum ada peringkat
  • Adat Tradisi
    Adat Tradisi
    Dokumen6 halaman
    Adat Tradisi
    Chong Hui Yi
    Belum ada peringkat
  • Adat Tradisi
    Adat Tradisi
    Dokumen6 halaman
    Adat Tradisi
    Chong Hui Yi
    Belum ada peringkat
  • Adat Tradisi
    Adat Tradisi
    Dokumen6 halaman
    Adat Tradisi
    Chong Hui Yi
    Belum ada peringkat
  • Adat Tradisi
    Adat Tradisi
    Dokumen6 halaman
    Adat Tradisi
    Chong Hui Yi
    Belum ada peringkat
  • Adat Tradisi
    Adat Tradisi
    Dokumen6 halaman
    Adat Tradisi
    Chong Hui Yi
    Belum ada peringkat
  • Adat Tradisi
    Adat Tradisi
    Dokumen6 halaman
    Adat Tradisi
    Chong Hui Yi
    Belum ada peringkat