Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI ANALISIS SWOT

Saya Durgga A/P Perienpam telah diamanahkan untuk melaksanakan tugasan


pengajaran dan pembelajaran dalam acara larian berganti-ganti selama 30 minit. Saya telah
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran saya dengan menggunakan rakan sekelas saya
sebagai murid saya. Sepanjang melaksanakan tugasan olahraga yang diberikan oleh Encik
Barchan Singh A/L Harbant Singh,saya mendapat banyak pengetahuan dan ilmu serta banyak
pengalaman. Pengetahuan dan ilmu ini menjurus kepada cara menyediakan rancangan untuk
mengajar kemahiran dalam olahraga.

Saya berasa bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan kerja kursus ini dalam
tempoh masa yang diberi dengan sempurna. Kumpulan kami terdiri daripada 3 ahli, Durgga
A/P Perienpam, Venisha A/P Jaraman, Aaranidewi A/P Mathialagan.Setelah kami membuat
perbincangan dalam kumpulan kami telah memilih kemahiran hantaran dan terima baton
dalam sub topik acara lari berganti-ganti untuk melaksanakan pengajaran mikro. Kami telah
melaksanakan pengajaran mikro pada 05 April 2017 (Rabu) pada pukul 8.30-9.00 pagi di
padang IPGKPP.

Kekuatan yang terdapat dalam pelaksanaan pengajaran mikro ini ialah dari segi
rancangan peyediaan peralatan bagi mengajar. Sebelum kami melaksanakan pengajaran mikro
kami telah menyediakan peralatan yang diperlukan sebelum 8.30 pagi bagi mengajar seperti
kon, skital dan baton dari stor sukan IPGKPP. Semasa menjalankan pengajaran mikro ini
kami memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan peralatan dari stor sukan secara
meluas. Kami juga memastikan bahawa semua pelajar dapat peralatan yang mencukupi dan
sama. Selain itu, kami mendapati para pelajar kelihatan begitu aktif dan seronok sekali ketika
kami melaksanakan permainan kecil. Penglibatan mereka yang begitu aktif telah
meningkatkan keyakinan kami untuk terus melaksanakan pengajaran mikro ini dengan
jayanya dan kami rasa gembira dapat mencunkil kegembiraan murid kami. Hal ini demikian
kerana, sukan merupakan satu-satunya di mana murid di sekolah rasa sangat gembira.

Selain kebaikan, terdapat kelemahan dalam diri saya ketika pelaksanaan pengajaran
mikro ini. Dalam pelaksanaan pengajaran mikro ini, arahan yang telah diberikan oleh saya
tidak begitu jelas sehingga pelajar mengalami kesukaran untuk melaksanakan aktiviti
tersebut. Pada masa yang sama saya begitu gementar dan resah ketika melaksanakan ansur
maju kedua. Bahasa yang saya gunakan itu tidak jelas dan sukar untuk difahami oleh murid
kerana saya gagal menggunakan istilah-istilah yang betul.

Ancaman sepanjang pengajaran mikro ini berlangsung murid juga menggunakan


ruang yang disediakan untuk larian berganti-ganti dengan secukupnya. Hal ini, merumitkan
lagi proses pengajaran mikro kerana kelas telah tambah menjadi ruih dan sukar untuk
dikawal. Seterusnya, pelajar yang terlalu aktif telah menjadi salah satu ancaman bagi saya.
Pelajar tidak mendengar arahan saya dan hanya bermain antara satu sama lain. Hal ini telah
menjadikan proses pengajaran mikro menjadi huru hara.

Peluang yang saya dapat melalui pelaksanaan pengajaran mikro ini ialah mendapat
pengalaman yang berguna untuk masa depan. Saya telah mendapat pengetahuan yang lebih
dalam kemahiran menerima dan menghantar baton dengan baik. Seterusnya, pengajaran
mikro telah memberikan pengalaman untuk mengawal pelajar secara kreatif dan efektif.
Sebagai pendidik kita harusla sentiasa sabar dan peka akan keadaan kelas. Saya sangat
bersyukur dengan segala ilmu yang telah saya perolehi sewaktu pengajaran mikro ini bersama
rakan-rakan saya. Akhirnya, saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru
pemimbing saya yang banyak memberi tunjuk ajar sepanjang pengajaran mikro saya.

Anda mungkin juga menyukai