Anda di halaman 1dari 2

Nama samaran : Ani

1. Pn.Jessy bekerja di sebuah kilang. Beliau berfikir untuk memulakan perniagaan menjual
kek secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatnnya. Oleh itu, beliau ingin mengikuti
kursus membuat kek. Kawan beliau telah memberikan dua brosur kursus kek.Berikut
adalah meklumat terperici mengenai 2 kursus yang ditawarkan.

Top Bakers Senang dan Sedap


5 jenis kek 4 jenis kek
1 jenis cupcake Bonus: 2 resipi kek lapis istimewa
Resipi percuma (4 jenis kek) Bayaran : RM 300.00 (Tunai)
Masa & hari boleh ditentukan sendiri. Kelas : 4 kali
Jumlah kelas : 6 kali Hari & Waktu: Ahad (1:00 5:00 ptg)
Bayaran Dikendali oleh pemilik kedai kek ABC
RM 580 (2 kali bayar) Pn.Ani.
RM 550 (tunai) Minum petang disediakan kepada
Pakar membuat kek yang diiktiraf peserta.
Sijil penyertaan diberikan kepada
peserta yang berjaya menghabiskan
kursus dengan sepenuhnya.

a) Kursus membuat kek yang manakah sesuai dipilih oleh Pn.Jessy?


A. Top Bakers
B. Senang dan sedap

Justifikasi :
Kemahiran yang dipilih adalah kemahiran membanding beza. Mencari persamaan dan
perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau
peristiwa.

Dalam contoh di atas, untuk membuat pilihan kursus yang tepat Pn.Jessy perlu membuat
perbandingan antara maklumat kursus. Puan Jessy memilih Kursus membuat kek
anjuran Top Bakers kerana dalam kursus itu akan diajar 5 jenis kek dan 1 jenis cupcake.
Selain itu, resipi percuma bagi 4 jenis kek juga diberikan kepada peserta.
Memandangkan Puan Jessy bekerja , kelebihan untuk memilih masa dan hari kursus
yang ditentukan sendiri menjadi suatu ciri yang baik untuk Puan Jessy. Kursus juga
dikendalikan oleh pakar membuat kek yang diiktiraf dan sijil penyertaan juga diberikan
kepada peserta. Ini akan menjadi satu ciri yang akan membantu Pn.Jessy semasa
memulakan perniagaan nanti.

Jawapan: A.

b) Setelah membanding beza kedua-dua kursus, Pn.Jessy bercadang untuk mengikuti


kursus membuat kek anjuran Top Bakers. Apakah perkara yang diambil kira oleh
Pn.Jessy dalam membuat keputusan tersebut?
I. Bayaran
II. Masa & Waktu kelas
III. Makanan
IV. Orang yang mengendalikan kursus
A. I,II dan III C. I,II dan IV
B. II,III dan IV D. III dan IV

Kemahiran yang digunakan dalam soalan ini adalah kemahiran menganalisis.

ANALISISmerujuk kepada kebolehan untuk mencerakinkan atau memecahkan bahan


kepada bentuk-bentuk komponen yang lebih kecil. Ini mungkin meliputi mengenalpasti
bahagian-bahagian, analisis perhubungan atau perkaitan antara bahagian-bahagian
berkenaan dan mengenalpasti prinsip organisasi bahan-bahan berkenaan

Justifikasi:

Puan Jessy bekerja sebagai pekerja kilang sahaja. Bayaran dan masa kelas
dikendalikan hendaklah bersesuaian dengan waktu kerja Puan Jessy. Dari segi bayaran
kursus yang dikendalikan oleh Senang dan Sedap lebih murah berbanding dengan Top
Bakers. Walaupun bayaran yang dikenakan oleh Top Bakers agak mahal tetapi bayaran
boleh dijelaskan secara dua kali. Dari segi faktor masa pula Top Bakers lebih sesuai
kerana boleh ditentukan sendiri. Puan Jessy boleh menghadiri kelas selepas waktu kerja.
Individu yang mengendalikan kursus Top Bakers juga diiktiraf dan diberi sijil jika peserta
berjaya menghabiskan kursus ini.

Jawapan : C

c) Memandangkan Pn.Jessy ingin belajar membuat kek untuk tujuan perniagaan kualiti
pengisian kursus hendaklah mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Apakah pilihan
kursus yang paling tepat untuk Pn.Jessy?
A. Top Bakers
B. Senang dan Sedap

Soalan ini menggunakan kemahiran menentukan kebolehpercayaan sumber.


Menentukan sejauhmana sesuatu itu boleh dipercayai kebenarannya berdasarkan
sumber asalnya

Justifikasi:
Berdasarkan maklumat yang diberikan kursus membuat kek Top Bakers dikendalikan
oleh pakar membuat kek yang diiktiraf. Manakala kursus Senang dan Sedap dianjurkan
oleh pemilik kedai sahaja. Tambahan pula, Top Bakers akan memberikan sijil jika peserta
menghabiskan kursus dengan berjayanya. Sijil ini akan membantu Pn. Jessy semasa
berniaga nanti.

Jawapan: A

Anda mungkin juga menyukai